Beberapa hari lagi tahun 2009 akan menutup tirai dan terbuka la jendela tahun 2010. Apa istimewa sangatnya tahun 2010 ini... yang saya nampak hanyalah ramai bakal pengantin baru berebut-rebut memilih tarikh 10.10.10 sebagai tarikh melangsungkan perkahwinan. Bayangkan kalau kita terpaksa memenuhi 10 undangan perkahwinan untuk hari itu sahaja... gerenti ada yang merajuk sebab kita tak sempat nak hadir... hais. Bayangkan jugak berapa banyak cerek letrik kita kena beli...
Monday, December 28, 2009
Seorang Wanita Yang Hebat

'Untuk mendapat anak pertama, saya terpaksa membuat IVF sebanyak 16 kali terutama selepas percubaan awal berakhir dengan kegagalan'... begitulah kata-kata YM Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar. Dan beliau juga merupakan pengasas Tabung Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang telah begitu bermurah hati membiayai kos rawatan fertiliti IVF untuk 48 pasangan di seluruh negara bagi mendapatkan cahaya mata.Apa lagi yang lebih hebat dari...
Labels:
kedai kopi politik
Saturday, December 26, 2009
Cakap Betul.... Tapi Di Tempat Yang Salah
Orang berbudi kita berbahasa... begitulah ayat orang tua-tua yang biasa kita dengar. Selain dari dua sifat yang dimiliki oleh orang Melayu iaitu melatah dan mengamuk... kita semua sudah sedia maklum orang Melayu amat mementingkan sifat berbudi bahasa. Malahan orang Melayu dahulu juga amat suka berpantun bagi meluahkan isi hati mereka.Ada seorang kawan pesan saya jangan tulis tajuk ini kerana ianya adalah perbualan di antara saya dan dia namun jari saya tidak dapat menahan...
Labels:
kedai kopi politik
Friday, December 25, 2009
2010... Tahun Mencari Calon YB Untuk Pilihanraya Ke-13
Ramai juga rakan-rakan yang bertanya kepada saya azam tahun hadapan 2010. Sambil tu sempat juga mereka tanya apakah azam tahun ni telah tercapai. Lalu saya sekadar menjawab, tahun 2008 dan 2009 bukanlah tahun-tahun yang menggembirakan buat saya namun tidaklah saya terangkan secara terperinci kepada mereka. Cuma cukuplah saya sekadar menjawab, tahun 2010 adalah tahun mencari rezeki sebanyak mungkin dan semoga saya sentiasa hampir kepada Allah dalam apa jua tindakan saya....
Labels:
kedai kopi politik
Thursday, December 24, 2009
Appadaa... Box-Office Malaysia Yang Mengalahkan Avatar
Kalau la cerita kehilangan enjin pesawat F-5E Malaysia difilemkan... saya amat pasti ianya akan mengalahkan cerita Avatar. Elok la kalau diberi tajuk... APPADAA!! Nak jadi tragisnya pulak lagi cerita tu, kebetulan la pulak hangar TUDM tu betul-betul di belakang rumah saya... dalam 2km je jaraknya... kot la memang enjin tu ada kat hangar tu. Haru beb... memang betul-betul haru. Baru beberapa bulan dulu saya dok sindir sorang kawan (... nama rahsia) pasal pesawat yang...
Labels:
kedai kopi politik
Wednesday, December 23, 2009
2012... Malaysia Tanpa 'Malay'?
Sengaja saya pilih tajuk yang nampak agak radikal ni... Malaysia tanpa Melayu? Tapi tulisan ini bukanlah berbentuk perkauman, jauh sekali sebagai hasutan. Idea tulisan ini timbul setelah saya duduk minum bersama-sama kawan lama yang aktif dalam pembangunan modal insan dan antara topik yang timbul adalah apakah yang akan terjadi kepada 'competitiveness level' pelajar-pelajar Melayu pada masa akan datang sekiranya MARA kehabisan duit untuk menghantar pelajar untuk melanjutkan...
Labels:
kedai kopi politik
Tuesday, December 22, 2009
Apabila Idola Bukan Lagi Seorang Manusia
Saya agak tertarik dengan tulisan di beberapa blog... 'di saat BN memerlukan sokongan bagi meluluskan Bajet 2010, ada Ahli Parlimen yang sedang sibuk bercinta...'. Sungguh memang tergelak saya baca tulisan tu... nampak sinis tapi itulah dia politik Malaysia... cukup berwarna-warni. Esoknya sibuk keluar berita kata... 'PM ambil berat tentang kehadiran ahli parlimen di Dewan Rakyat'... walhal pada masa tu PM pun takde kat Parlimen.Sedikit dari perkara yang saya pelajari...
Labels:
kedai kopi politik
Kecoh... Kursus Biro Tata Negara (BTN)
Mungkin sudah agak lama saya tidak menulis dalam blog ni. Sejak kepulangan ayahanda saya ke rahmatullah pada 1 Zulhijjah yang lalu, saya lebih banyak menumpukan kepada perkara-perkara lain terutamanya terhadap kerja-kerja fotografi saya. Namun saya juga ada mengikuti berita mengenai satu bentuk kursus yang dikatakan 'perkauman' dan 'kaedah indoktrinasi' yang telah begitu lama dikendalikan oleh BTN. Apa sebenarnya dan siapakah BTN ini? Sepintas baca macam jahat sungguh...
Labels:
kedai kopi politik
Tuesday, November 24, 2009
Apa Yang Kita Bantah Dulu... Kita Lakukan Sekarang
Saya hanya mampu tersengih bila baca kenyataan Tok Guru Nik Aziz tentang anak menantunya yang memegang jawatan di dalam Perbadanan Menteri Besar (Kelantan). Kesian dekat dia pun ada... marah dekat penasihat dia pun ada. Saya kira tentulah beliau melantik anak menantunya setelah mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri oleh Penasihat Undang-Undang Negeri... Tok Guru kata penasihat tu tak komen apa-apa. Saya amat yakin Tok Guru berniat baik semasa melantik anak menantunya.Biarlah...
Labels:
kedai kopi politik
Berita Besar Dan Berita Kecil
Agak tersentuh sedikit dengan berita hari ini di Sinar Harian... 'SULTAN SELANGOR TITAH LAPOR PADA BAGINDA RINTIHAN RAKYAT'. Banyak yang boleh ditafsirkan dari titah Tuanku ini lebih-lebih lagi ianya sudah tentu akan dimanipulasikan oleh segelintir ahli politik. Suka hati mereka la... dah memang macam tu cara hidup mereka semata-mata untuk kekal hidup dan jadi tumpuan media.'Beta harap semua YB-YB yang dipilih oleh rakyat ni... buatlah kerja dan jaga rakyat'... agaknya...
Labels:
kedai kopi politik
Sunday, November 22, 2009
Kehendak Diri Dan Tuntutan Undang-Undang
Sehingga ke hari ini, saya masih diasak dengan berbagai soalan mengenai Dr. Asri oleh beberapa orang kawan-kawan. Saya amati agak samarata bilangan penyokong dan bukan penyokong Dr. Asri di kalangan mereka namun apa yang kurang saya gemari adalah perbezaan pendapat tentang isu Dr. Asri ini rupa-rupanya sedikit merenggangkan kemesraan persahabatan di kalangan mereka. Isu yang cuma tentang permit telah menjangkau dan bercampur-baur dengan persoalan-persoalan lain hinggakan...
Labels:
kedai kopi politik
Friday, November 20, 2009
Kepulangan Ayahanda Ke Rahmatullah
Al-Fatihah. Pada 18hb November 2009 bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1430, ayahanda saya Haji Ibrahim B. Sulaiman atau lebih dikenali Pak Brahim @ Ibrahim Besar telah kembali ke rahmatullah di waktu maghrib menjelang tiba. Ianya suatu kehilangan besar bagi saya dan juga keluarga. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada hari ini di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam dan bagi pihak keluarga saya ingin merakamkan jutaan penghargaan terima kasih kepada DYMM Baginda...
Tuesday, November 17, 2009
1 + 1 = TIGA?... HAISSS
Kerajaan Selangor mengumumkan perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan bayaran imbuhan sebanyak RM1 sebulan... tu dia. Selepas keluar berita ni, bertalu-talu sms kawan-kawan masuk ke henfon saya minta ulasan ringkas. Saya menjangkakan tentu ramai yang akan menyatakan rasa syukur atau yakin dengan perlantikan ni... tapi semua sms dan email yang saya terima seperti... '... ni apehal pulak tiba-tiba lantik Anwar jadi Penasihat Ekonomi?'. Ramai yang tak...
Labels:
kedai kopi politik
Saturday, November 14, 2009
Cerita 1001 Malam... Cerita Tak Berkesudahan
Semasa di sekolah rendah dulu, saya pernah baca sebuah buku bertajuk... Kisah 1001 Malam. Ringkasnya buku itu menceritakan tentang seorang gadis yang berkahwin dengan sang Raja yang suka membunuh kesemua gadis yang pernah dikahwininya setelah berakhirnya malam pertama. Gadis terakhir yang dikahwininya itu cukup bijak... beliau bercerita tanpa henti dan bersambung-sambung hingga sang Raja tidak dapat membunuh isterinya tu sebab sentiasa ada sambungan cerita. Dan tak...
Labels:
kedai kopi politik
Saturday, November 7, 2009
Permit Oh Permit
Seorang peguam tidak akan dapat menjalankan firma guamannya jika tidak mempunyai sijil guaman dari Majlis Peguam. Seorang berkelulusan perakaunan tidak boleh menggunakan nama jawatan Akauntan jika tidak mempunyai sijil tauliah dari Institut Perakaunan Malaysia... dan begitu juga profession profesional yang lain di Malaysia... perlu ada tauliah... perlu ada permit. Jika tidak ada... TIDAK BOLEH. Gunalah apa alasan sekalipun... memang begitu peraturannya dan kita perlu...
Labels:
kedai kopi politik
Wednesday, November 4, 2009
Talent Scout, Head Hunter... Dan Dr Asri.
BAKAT... inilah ciri yang dicari oleh semua pencari bakat yang dikenali sebagai talent scout dan head hunter. Kerja mereka adalah mencari bakat-bakat terbaik yang ada di pasaran untuk 'dijual' kepada mana-mana organisasi maju di dunia yang begitu menghargai bakat dan kebolehan. Bukanlah satu kerja mudah mencari personaliti yang mempunyai 'satu package' untuk dimanipulasi oleh mana-mana organisasi berasaskan keuntungan bagi menarik perhatian umum dan media. Khabarnya...
Labels:
kedai kopi politik
Tuesday, November 3, 2009
Kerajaan Tempatan - Antara Cukai Dan Perkhidmatan
Majlis Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan... itulah istilah yang mungkin menimbulkan satu pertanyaan balas spontan... apa tu? Tetapi kalau saya sebut Majlis Bandaraya Shah Alam atau Pejabat Daerah Petaling... 'ohhhhhh'... itulah yang akan terkeluar dari mulut masing-masing. Dan bila sebut kedua-dua pihak kerajaan tempatan ni... semua orang akan teringat... cukai tanah dan cukai taksiran. Ramai juga yang tak tau tentang cukai ni sehinggalah mereka memiliki...
Labels:
kedai kopi politik
Tuesday, October 20, 2009
Masjidku Surauku
Cuba park kereta dekat Extreme Park, Seksyen 13, Shah Alam... lepas tu jenguk seberang jalan... ada sebuah surau @masjid sebelah traffic light tu. Start enjin.. cuba drive hala ke mana-mana taman perumahan sekitar bandar Shah Alam yang jaraknya cuma 10-15 minit perjalanan... akan jumpa juga surau dan masjid. Dan akhir sekali park kereta dekat Masjid Shah Alam... ada berbelas ekar tanah lapang dalam masjid ni dan begitu juga di surau dan masjid yang tadi kita lalu. Sambil-sambil...
Labels:
kedai kopi politik
Sunday, October 18, 2009
Cuti Politik... Hek Eleh
'Zaid Ibrahim umum cuti enam bulan dari PKR'. Saya tak tau ada pulak cuti sebegini wujud kerana ahli politik kerja 24 jam... tak pernah cuti kerana kerjanya berkhidmat untuk rakyat. Ketua Wanita PKR kata... dia bercuti untuk tunai haji kerana ada sedikit perkara yang harus dilakukan bagi menguruskan tujuan itu. Maksudnya, Zaid hendak 'menyucikan diri' la sebelum ke tanah suci... kalau ikut pemahaman saya la. Tapi kenapa pulak Timbalan Presiden PKR kata... masih belum...
Labels:
kedai kopi politik
Saturday, October 17, 2009
Kemahiran Yang Hilang...
Jangan terkeliru dengan tajuk tulisan saya kali ini kerana ianya seakan-akan tajuk sebuah buku yang amat popular suatu ketika dahulu... Permata Yang Hilang. Buku tersebut amat sesuai untuk mereka yang akan melangsungkan perkahwinan kerana membicarakan secara terperinci tentang hubungan seksual di antara suami isteri. Namun demikian, buku tersebut juga telah berjaya mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan hubungan seksual yang sememangnya agak janggal untuk dibicarakan...
Labels:
kedai kopi politik
Thursday, October 15, 2009
Bahasaku Nan Indah
Beberapa bulan yang lalu saya berpeluang bergambar dengan A. Samad Said yang kebetulan terserempak di depan toko buku Borders, Pavillion Mid-Valley. Terkenang saya bagaimana beliau dan rakan-rakan berjuang untuk memperkasakan Bahasa Melayu di Malaysia hinggakan sanggup berdemonstrasi di jalanan. Tapi bukanlah tujuan saya untuk berdiskusi tentang demonstrasi tersebut mahupun tentang pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas isu ini dalam tulisan saya kali ini....
Wednesday, October 14, 2009
Cerita Kenduri Kahwin
Agak lama juga saya bercadang untuk bercerita tentang kenduri kahwin ni... terutamanya yang dibuat di kawasan perumahan. Semasa kecil dulu, setiap kali ada kenduri kahwin di quarters kediaman saya, boleh dikatakan hampir seluruh penduduk akan terbabit. Bukan sehari dua malah persediaannya memang meriah sejak sebulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Apa yang menarik perhatian saya setiap kali adanya orang nak kahwin adalah pada hari berlangsungnya kenduri tersebut......
Subscribe to:
Posts (Atom)