Saturday, November 7, 2009

Permit Oh Permit

Seorang peguam tidak akan dapat menjalankan firma guamannya jika tidak mempunyai sijil guaman dari Majlis Peguam. Seorang berkelulusan perakaunan tidak boleh menggunakan nama jawatan Akauntan jika tidak mempunyai sijil tauliah dari Institut Perakaunan Malaysia... dan begitu juga profession profesional yang lain di Malaysia... perlu ada tauliah... perlu ada permit. Jika tidak ada... TIDAK BOLEH. Gunalah apa alasan sekalipun... memang begitu peraturannya dan kita perlu akur... walaupun kita ada pandangan sendiri dan menggunakan alasan paling terkenal di dunia untuk melanggar segala undang-undang... KEBEBASAN DAN HAK BERSUARA.

JAIS dah kata... nak ceramah kena ada permit. Terpulanglah kepada bidang kuasa yang ada pada JAIS nak beri tauliah atau tidak... kuasa itu telah diperuntukkan, diluluskan dan diperkenan oleh Sultan Selangor. Langgar peraturan itu sama la seperti menderhaka terhadap Sultan. Mula-mula saya agak simpati dengan Dr. Asri ni... tapi selepas tengok habis 'dihogahnya' sana-sini, tuduh semua orang... sampai tak pasal-pasal kawan-kawan pun boleh bergaduh sama sendiri dek menyokong dan menentang dia... naik menyampah pulak. Dah Selangor kata kena ada permit... mohon je la, apa payahnya sangat sampai merapu sana-sini buat bising. Kalau kena reject sekali... mohon la sekali lagi. Kata pejuang Islam... takkan sekali dua kena reject... terus langgar undang-undang. Kalau macam ni semua orang tak boleh buat kerja seperti yang tertulis dan termaktub... dek kerana Dr ni bekas mufti, Dr saja la yang betul... orang lain silap. Isunya pasal permit je... PERMIT!!

Saya agak terkilan juga la dengan tindakan Dr. ni. Memang kalau nak lawan hujah... confirm saya kalah... ye la, saya bukannya pelajar Kolej Islam Klang yang terkenal melahirkan ramai ilmuwan Islam. Cuma kebetulan je rumah saya amat berdekatan dengan kolej tersebut. Penyokong saya pun cuma ada la dua tiga kerat... itupun kaki kamera. Tapi tindakan Dr. ni mengajar orang... takpe langgar undang-undang kalau kita rasa kita benar. Tahniah juga la kepada Dr. kerana berjaya membuatkan orang lebih membenci JAIS... membuatkan JAIS semakin hilang kredibiliti. Esok kalau Dr. masuk politik, boleh la buat agensi sendiri... buat undang-undang version Dr. Dan saya amat yakin pada masa itu, akan muncul 1000 orang lagi seperti Dr. yang akan menentang Dr. pula kerana mereka juga mempunyai version tersendiri tentang pelaksanaan undang-undang syariah Islam.

Selangor juga ada EXCO Agama, Ustaz Hasan Ali... Dr fikir buta agama ke Hasan Ali ni sampai tak tau undang-undang syariah. Bukankah PAS sekarang salah satu pemerintah dalam Kerajaan Selangor. Mereka dulu paling banyak jadi mangsa bila tidak dibenarkan memberi ceramah di Selangor... dan mereka akur dahulu. Dan PAS masih mengekalkan peraturan itu kerana mereka yakin peraturan itu masih perlu. Sedikit sebanyak sebagai rakyat Selangor, saya terasa juga dengan tindakan 'menghogah' Dr ni. Bermakna juga JAIS tidak pilih bulu dalam tindakan walaupun Dr bekas mufti... kena juga ikut undang-undang syariah di Selangor... derhaka pada Sultan namanya kalau main suka hati langgar... haissss.

Bukan sikit Menteri yang terpaksa tinggalkan kerja mereka dek kerana nak melayan kerenah Dr ni... macam nak kiamat dibuatnya Malaysia. Dari isu yang cuma pasal permit... jadi kusut masai dah dengan sijil palsunya, konspirasi, tangan ghaib, jawatan... haru biru. Dah tau masuk tempat orang... faham-faham la... masuk kandang kambing mengembek. Esok kalau ada orang berniaga haram takde permit guna alasan Dr... macam mana? Agak-agak Menteri nak layan ke sorang brader jual burger kalau brader tu mengadu kat Menteri? Dr nak tolong brader tu jumpa Menteri?

Sudah-sudah la tu... belajar la ikut peraturan dan undang-undang agar jadi tauladan pada rakyat... bukan susah pun... ambil borang, isi, mohon... kena reject... mohon lagi. Ramai lagi orang yang mohon lesen meniaga dan macam-macam permit. Kena reject, mereka istiqamah mohon lagi sampai dapat, takde mereka bising sana sini. Takkanlah ulama tersohor macam Dr baru kena reject permit ceramah... dah melatah bagai nak rak. Ramai orang suka dengar ceramah Dr ni... ramai sungguh. Boleh bikin parti politik baru la gamaknya.

Kepada rakan-rakan di JAIS, bersabar la seperti biasa... seperti selalu. Kepada Dr. Asri, saya tiada niat buruk dengan tulisan saya ini... mintak maaf la kalau kurang sopan sikit... Selangor ni negeri saya... dulu, kini dan selamanya walau siapapun yang memerintah.

Ampun Tuanku.

2 comments:

  1. Bro...ulas sikit, apasail depa datang serbu macam nk tangkap nordin mat top lak....berlori polis

    ReplyDelete
  2. yup... saya agak terkilan sedikit dengan teknik tangkapan yang dilakukan... nampak kurang wajar. Saya ada bertanya pada rakan-rakan polis tentang cara tangkapan seperti ini. Mereka berkata kadang-kadang pendekatan psikologi terpaksa digunakan jika bilangan orang yang datang mendengar ceramah yang agak ramai, kedatangan pasukan penguatkuasa yang besar boleh menimbulkan rasa keraguan terhadap orang ramai untuk bertindak melawan sebab ianya pernah terjadi apabila pasukan penguatkuasa terpaksa bergelut dengan pendengar ceramah yang agak ekstrem dan kasar.

    Namun, pokok pangkal dalam tujuan tangkapan ini adalah... kesalahan memberikan ceramah tanpa permit dan akta itu telah diperuntukkan dan termaktub. Kita boleh 'argue' akta tersebut atas nama 'kebebasan dan hak menyampaikan ilmu'. Tapi bolehkah kita mengajar seorang yang tidak mempunyai lesen memandu untuk belajar memandu di atas jalanraya... dan apabila kita ditahan oleh polis atau JPJ... 'saya ada lesen memandu yang sah dan layak memandu, kenapa saya tak boleh mengajar orang belajar memandu?'. Agak2 mahkamah nak terima alasan kita?

    Kita boleh baca setiap baris ayat, kaji setiap tindakan orang dan berdebat apa pun tanpa ada batasan... untuk 'membenarkan' tindakan kita. Tapi menggunakan kehebatan bercakap dan berhujah kita untuk melanggar undang-undang atas nama 'kebebasan dan hak asasi'... tidak akan pernah menyelesaikan percanggahan... malahan jika kita menang pun dalam hujah itu... ianya akan sentiasa menimbulkan persoalan baru apabila ada orang lain merasakan 'kebebasan dan hak asasi' mereka tercabar dan tidak dipenuhi... disebabkan kita mahu 'kebebasan dan hak asasi' kita diikuti.

    ... kita harus sentiasa belajar mengikuti undang-undang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...