Monday, March 26, 2012

AZAN - PANGGILAN YANG DISAHUT MANUSIA PELUSUK DUNIA

Surau Seksyen 3, Shah Alam adalah antara surau yang agak menjadi tumpuan ramai disebabkan kedudukannya yang amat berdekatan dengan kedai-kedai makan yang ada di Seksyen 3. Sederhana besar dan chanteq juga binaannya sejak dibuat pengubahsuaian. Dan seperti biasa, jemaah waktu solat Zohor di sini agak ramai juga bilangan saf... kadang-kadang sampai 3 barisan. Bagi 'peminat' kedai mamak seperti saya ni... kedai mamak yang amat berhampiran dengan surau ni, memang sentiasa menjadi tumpuan saya. Nak park kereta senang... dalam kawasan surau. Sebab free hahaha... tapi hulur-hulur la duit kat tabung besi surau tu beb bila nak keluar kan... dari masukkan duit kat parking berbayar kat luar tu dan maintenance jalan tahapahapa sekarang ni kat Shah Alam (ayat tak puashati hahaha... tukarrrrrr).

Tapi ni bukan pasal cerita surau der... ceramah agama bukan, motivasi jauh sekali. Ini tentang kisah kehidupan... sedikit sketsa perjalanan hidup seorang insan yang juga ada hak di bumi Allah ini. Sketsa yang sedikit mengingatkan saya...



.......... ingatkan saya hebat dah, rupanya ada orang lagi hebat



Tatkala saya memberikan salam kedua seusai solat sunat... saya saksikan seorang lelaki berkopiah mengesut bergerak menggunakan kedua-dua belah tangannya kerana kedua-dua kakinya tiada... beliau kudung. Benar... kudung sekudungnya hingga pangkal. Bersama-sama dengan kami yang sempurna tubuh badan (mudah-mudahan akal fikiran juga)... berjemaah menghadap Allah.


............... solat dalam keadaan insaf dan syukur, memang amat besar nikmatnya


Selesai solat sunat... doa saya panjatkan kepada kedua ibubapa dan mertua, juga buat seluruh muslimin muslimat... lebih-lebih lagi untuk diri sendiri :). Jejak kaki saya terhenti seketika apabila melangkah keluar dari dewan solat surau. Lelaki kudung tadi ada di ruang depan... di depannya beliau hamparkan lapik yang menjual minyak wangi...


Saya hulurkan RM10... dengan niat hadiah kepada beliau atas susah payah menyusun botol-botol minyak wangi ini dengan susunan 'seni'. Amat teliti beliau meletakkan kedudukan dan jarak botol-botol itu... lurus dan berdimensi. Wangi minyak kasturi ni... dan mata saya tertumpu ke placard yang ada di sebelah...


Sekali lagi... mata saya bukanlah tertumpu pasal isikandung tulisan tu. Cuba perhatikan tulisannya... chanteq dan... 'SENI'.



........... saya memang seorang peminat seni lukisan dan fotografi



Bukan itu sahaja yang membuatkan saya kagum... hati seni beliau memang membuatkan saya 'irihati', apatah lagi melihat tulisan yang chanteq. Namun kekaguman saya bertambah apabila melihat hasil kerja beliau...


Seriously... ini satu hasil kerja yang amat baik, walaupun belum siap sepenuhnya. Kalau sesiapa pernah bekerja di mana-mana syarikat korporat atau pernah mengikuti kursus-kursus motivasi... tentu familiar dengan peralatan tulisan seperti crayon, marker pen, pen basah, pen kering, pensil... lelaki ni menggunakan semua itu untuk menghasilkan lukisan. Saya katakan lagi... ini satu lukisan yang chanteq, saya tahu kerana saya pernah menjadi 'perantara' untuk membeli beberapa lukisan yang berharga puluhan ribu ringgit.

'Abang kalau nak lukisan ni, datang lepas Asar... insyAllah siap nanti'. Aduhhh... bukan rezeki saya untuk memiliki lukisan sechanteq ini yang cuma berharga RM30.... itulah yang dia beritahu saya... RM30. Sukar sebenarnya hendak menentukan harga sesebuah lukisan... sebagai 'perantara' pembeli dan penjual... saya tahu nilai sesebuah lukisan. Dan hasil kerjatangan lelaki ini... lebih dari RM30.

Cuak juga nak ambil gambar. 'Saya beli minyak wangi ni dan ambil gambar boleh ke... nak tulis dalam blog'. Inilah yang sempat saya rakamkan aksi beliau...


Yup... beliau bergerak menggunakan skateboard, sama seperti budak-budak yang main di Extreme Park, Seksyen 13. But brader ni... way too cool kalau nak compare dengan budak-budak skater tu. Hahahaha sorry boys... nanti abang snap gambar aksi-aksi terlentang kuak dada korang... one fine day.


............ 'kalau abang nak lukisan ni, saya simpankan sampai Asar nanti'.


Sampai sekarang saya rasa terkilan sebab tak dapat lukisan tu... hal ke sana-sini, terlupa nak solat di Surau Seksyen 3... bukan rezeki saya.

'Saya ada facebook, kalau nak tengok lukisan yang pernah saya buat... add fren saya'. Beliau keluarkan sekeping kertas, lipatnya elok-elok dan dikoyakkan 4 segi semata-mata hendak menuliskan facebook name dia...


... jadi, bagi sesiapa yang ingin add fren brader Dasuki ni... silakan add.





................ saya masih lagi 'irihati' dengan kebolehan senilukis lelaki ini, sepertimana saya 'irihati' dengan rakan-rakan yang begitu berbakat dalam lukisan dan fotografi.




Selamat majujaya kawan... kebolehan lelaki ini benar-benar 'membutakan' mata saya untuk menyedari bahawa beliau sebenarnya seorang yang kudung kedua-dua kaki.

Allahu Akbar... selawat dan salam kepada Rasulullah. Semoga Allah kurniakan Ar-Raudhah kepada kedua ibubapa kita semua.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...