Tuesday, April 12, 2011

PANGGILAN 'PELIK' DARI 'BANK ABC'

Sejak 2 minggu kebelakangan ni, hampir setiap hari saya menerima panggilan telefon di mana nombornya tidak saya tahu dari mana asalnya. Hari ni kebetulan agak santai sedikit masa dan tergerak hati untuk mengangkat panggilan tersebut... dan dari seorang wanita tele-marketer kot. yang bercakap dengan nada dan gaya seperti dari kakitangan bank yang adakalanya menelefon saya atas urusan perbankan. Nombor telefonnya memang hampir sama dengan lokasi sebuah bank di Kuala Lumpur... yup, saya angkat panggilan tersebut.

Dia perkenalkan diri dari RHB Bank dan terus bertanyakan tentang kad kredit saya... apabila saya tanya samada dia dari bahagian kad kredit, dia 'divert' dan beritahu tentang 'skim perlindungan kad kredit' yang ditawarkan oleh 'RHB Bank' tah betul tah tidak. Oleh kerana agak laju beliau bercakap, saya tidak begitu pasti biji butir ceritanya... yang saya perasan dia kata ada skim perlindungan untuk baki kad kredit yang tidak dapat dibayar... kurang lebih begitulah. Agak asyik juga takkan tergoda kot hahaha dengar kepetahan wanita ni bertutur yang memang seperti lenggok percakapan kebanyakan kakitangan bank yang saya kenali.

Dia kata 'bank' ingin menawarkan skim perlindungan tersebut dan akan menghantar borang untuk saya isi... lalu dimintanya alamat saya... dan saya beri. Saya kata kalau beliau dari RHB Bank... takkan alamat saya tiada dalam rekod. Dia kata rekod tu 'P&C'... maklumat sulit katanya. Dengan 'bodohnya'... ya saya beri alamat saya.. apa sangatlah kalau nak hantar borang kan. Tapi semasa dalam perbualan tadi, saya teringat pulak... macam mana minah ni tahu saya pemegang kad kredit RHB Bank kalau dia kata dia kakitangan RHB Bank... takkan la alamat pun tak boleh dapat dari department lain. Menyesal sudah sebab 'terbagi' alamat saya.

Tiba-tiba dia minta nombor kad pengenalan saya kartu tanda... macam orang tak bersalah saya kata tak ingat nombor kad pengenalan dan wallet tertinggal dalam... tak tau la boleh pakai ke tidak alasan nih hahaha. Saya kata saya akan beri esok... lepas tu, dia minta pulak saya beri nombor kad kredit... semua nombor di depan dan belakang kad. Terus saya kata 'esok esok' dan letak telefon.

Selepas tu saya cuba buat panggilan ke nombor tadi... 'The number you have dialled, is not in service. Please try again... 1900'. Hadoiiiiiiiii... sudah kena la. Nasib baik la saya tak bagi nombor kad pengenalan dan kad kredit tadi. Memang urutan perbualan telefon itu sungguh spontan dan 'macam style orang bank tanya soalan la'... memang terasa macam 'kena pukau' sekejap. Alhamdulillah... semoga Allah sentiasa melindungi saya. So, kawan-kawan di luar sana... hati-hati la, rasanya ni sindiket penipuan kad kredit nih.

03-27813100... 03-27811900. Hati-hati la dengan nombor ini dan sindiket sebegini. Saya mungkin tersilap sangka tapi apabila nombor itu sendiri tiada dalam perkhidmatan... selalunya kalau dari Malaysia... mesti ada suara wanita berbahasa Malaysia atau dalam English... suaranya pun kita boleh cam suara mesin yang biasa digunakan Telekom Malaysia... ini suaranya lain macam pulak bunyinya.

... hati-hati beb.

42 comments:

  1. thanks for the info. saya baru je dapat panggilan dari nombor ni tapi saya tak angkat. saya cuba google no ni dan terjumpa post anda. terima kasih sekali lagi untuk info berguna ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga google nombor ini, dan sampai di sini, terima kasih~

      Delete
  2. hi.. i just received the phone call too... i actually gave her my college address... so i nak tanye if die orang send pe pe kat sane ke tak? or send you to?

    ReplyDelete
  3. ... i tak terima apa2 lepas bagi alamat

    ReplyDelete
  4. google nombor ni terus naik u punya blog. thanks sbb ada info berguna. luckily sy x angkat nombor mcm nombor bank ni..sbb tau mesti ada something fishy yg dorg akan offer hahaha..

    ReplyDelete
  5. sy penah terima panggilan ni.. tp lelaki yg berckp. tp "masalah" pasal kad kredit BSN sy. Lg ler bodoh sbb sy xde kad BSN. Pas tu dia nk confirm IC sy. Yg seram sejuk tu sbb dia sebut betul.... tp sy ckp tu bkn no IC sy.. pas tu dia ckp nnti dia check balik. pas tu trus letak.. sy check no tu.. it's celcom punya fax number. sy email ler celcom suruh check line they all tu sbb ada org salah guna.. mmg ngeri je rasa masa tu sbb dorang tahu IC kita.. ni sure org dlm bank/telcos yg ada no IC kita g jual maklumat ni

    ReplyDelete
  6. ... dengar khabarnya pun, ada orang telco jual maklumat tapi tak tau la sejauh mana benarnya

    ReplyDelete
  7. hehehe.. I pown bru sat2x dpt panggilan drpd no ni, try to google it, then tjumpa this blog.. nsib baik xder kat dlm opis wak2 2... Thanx 4 the heads up!! :)

    ReplyDelete
  8. to blog owner..thanks so much for sharing..just received call from this no..ckp frm rhb.. and sy terus bgtau tak berminat..siap tny kita balik from which aspect yg tak berminat..malas nak layan then terus off hp.

    ReplyDelete
  9. tq for ur info.luckily x sempat nk pick up.satu keje lak nk melayan benda2 mngarut nih..tq again.

    ReplyDelete
  10. I receive the same call from a stupid guy. He just go on and on speaking without answering my first question, which I was asking him, 'what matter is this regarding'. After the third time asking in between him ignoring me and asking his own questions, he hung up. Pretty lame. Beware guys! 03-2781 3100

    ReplyDelete
  11. Tq Kevin... hope all ur guys responses help frens out there.

    ReplyDelete
  12. baru sesaat dpt panggilan ni, terus google sbb kebelakangan ni asik dpt call dr bank promot insurans. thanks 4 da info! really appreaciate it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik kan mana diaorang dapat no kita. Never bagi maklumat peribadi melalui telefon.

      Delete
  13. thanks so much bt owner blog ni...
    just now sy dapat call dr 03-27813100.
    bkn tadi je since last week asyik call je but luckily sy tak angkat pn hihi...
    pas dpt call tu trus cri kat google jumpa blog ni..thousand thanks to the owner blog...
    keep it up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glad to help. Diaorang memang licik dan very convincing. Please call officer bank yang u biasa berurusan... jangan sekali2 beri maklumat melalui telefon pada sesiapa jua.

      Delete
  14. mak aku baru dapat panggilan dr no ni 03-27813100, diorg prkenalkan diri sbg mizi penjual insurance dr takaful, ada kaitan ngan CIMB bank,dgr mcm diorg x mintak apa2, tp lama2 dah diorng pandai nak mintak no ic, skali aku yg becakap diorng dah mula panik, diorng kata nnt diorng kol balik, skali cek google no ni, jumpa kat blog ni,

    thx 4 info,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glad to help. Hati2 la... sentiasa berhubung dgn officer bank yang kita biasa berurusan walau macam mana penting pun caller tu kata nak maklumat.

      Delete
  15. errrr...ramai upenyer as i just received a MISSCALL from this number..hahahha klu die call blk pasni tau la ape i nk ckp kang..TQ SOOOO MUCH to the blog owner for sharing n plg penting to the GOOGLE man..hahha xsgka ttbe i rs nk google! XD klako la dunia ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba call balik no tu, kadang2 takde tone atau tidak diangkat dan putus line terus. Kalau dia kata dari bank, terus bagitau akan call balik. Then call la officer bank yang u selalu berurusan. Kadang2 memang tak perasan main jawab je sebab memang convincing cara dia tanya.

      Hati2 :)

      Delete
  16. baru je dapat call dari dari nombor tu.. sib baik meeting, x bawa hp.. terus google..

    ReplyDelete
  17. Hi, baru menerima panggilan dari nombor ni, tapi Alhamdulillah saya tak angkat kerana meeting. Lepas Google nombor dier, dapat blog ni. Ade sesiape yang melaporkan tak?

    ReplyDelete
  18. Hi, saya pon baru jer dapat phone call tu since 2 hari lalu, everytime sy nak angkat dia letak, bila saya call balik dia route pegi automatic operator, luckily saya check google dan jumpa blog ni, pasni memang sy x akan hiraukan nombor ni....sialan nyer scammer

    ReplyDelete
  19. Nak kongsi sikit dgn semua org. Sy pnah bekerja sbg telemarketer utk promote insurans. Insurans dari Pru dan mmg sy bekerja dlm bgnan syarikat kad kredit yg mana kami diberi list nama dlm sistem utk buat panggilan pd customer. Mmg x dinafikan mmg susah nak promote dkat customer melayu terutamanya sbb mcm dah trauma je semua dgn call mcm ni. Kami wajib terangkan produk terlebih dahulu. Dan jawab semua soalan customer. KALAU CUSTOMER SETUJU NAK DAFTAR baru lah boleh ambil details mcm nama, umur, ic, alamat, dll... Mmg maklumat tu ada tp kami x dibenarkan bgtau. Sbb ada kes customer tipu umur dsbnya. Untuk daftar ngan plan ni customer mmg kne bg 16 digit no. atas kad. Ni no pendaftaran keahlian. TAPI JGN SESEKALI BAGI 3 NO. BELAKANG KAD, SBLH SIGN TU. Kalau yg penipu mmg nak 3 no. blkg tu. Secara jujurnya mmg sama je cara yg tipu dan yg btol mcm kami. Tp sbg pengguna kena bijak utk bg mana maklumat yg blh atau tak. Lg 1, biasanya telemarketing yg btol2 ade rekod perbualan. So, kalau baca ic tu bace je laju2 dan jelas. Kalau org tu dah ada ic kte cepat je blh sahkan. Apa yg ditawarkan oleh telemarketer ni lbh berbaloi dan murah dr beli dkt kaunter tp jgn smpi tertipu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa perlu sebut no Kad sedangkan info itu ada pada bank..Pelik la.

      Delete
    2. Memang pelik... tapi kadang2 tak sedar kita terjawab.

      Delete
  20. dapat lagi call dr no ni...ari ni 7x dah call...lepas ni angkat kompom maki...thanks for the info.

    ReplyDelete
  21. haha bru je kne missed call td

    ReplyDelete
  22. Ptg tadi (kira-kira 12pm) telahpun sy terima satu pangilan (03-2781 1900) di mana beliau memperkenalkan dirinya sbgai pegawai "telemarketing" Sun Life Takaful Berhad. Beliau menawarkan suatu pakej insuran perubatan & kesihatan (dgn kerjasama Bank CIMB) dan menyuruh sy agar mendedahkan no kad pengenalan & alamat (tanpa no. kad kredit).

    Beliau jg menyatakan bhw pihak insuran akn hantarkan sijil insuran tu kat alamat saya dlm tempoh 30 hari. Sekiranya pangilan tersebut merupakan suatu penipuan, adakah sy akn terjejas dgn mendedahkan no. kp dan alamat sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak pasti samada anda akan terjejas atau tidak tetapi bagaimana mereka hendak hantar sijil insuran sedangkan bayaran tidak dibuat?

      Delete
    2. saya juga baru dapat panggilan tu dan telah mendedahkan IC dan alamat..

      Cik itu kata akan auto deduct RM60 setiap bulan dari account. tapi, dia x minta pula bank acc cimb.

      Delete
  23. hoho.sy tgh tggu kol dari MARA n JPA.tgk2 ada kol tp sy tgh on call td.bila kol balik,tak dapat.bila google,smpai ke sini pulak.thank u for the info :D

    ReplyDelete
  24. nice info... dapat coll tp x angkat tido.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...