Thursday, July 21, 2011

PERCUTIAN SATU MALAM... CAMERON HIGHLANDS


Saya memang sentiasa teruja dengan alam semulajadi... sentiasa nampak chanteq. Walaupun separuh bukit ni ditanam tea oleh Bharat Plantations... ianya tetap satu pemandangan yang paling indah. Nak pergi Bukit Cherakah... habis dah naik batu-bata.

Agak buntu juga bila nak pilih tempat percutian... dan masa yang terluang hanyalah 24 jam sahaja. Nak layan Melaka sekarang nih... tiap-tiap minggu jem, begitu juga Port Dickson yang sentiasa panas. Dan tempat yang paling hampir dan sejuk... Cameron Highlands. Harap Genting Highlands... dah macam pergi pasar basah Seksyen 6, Shah Alam pagi Sabtu... penuh giler.

... asalnya pergi Cameron ni sebab nak sangat makan jagung mutiara bakar hahaha. Tapi dah terlanjur pergi tu kan... saya dan orang rumah redah semua tempat. Dulu dah berapa tahun tak pergi Cameron kami cuma datang, dok kat hotel, tengok ladang strawberi, ladang teh, beli sayur dan bunga... dan balik. Kali ini kami bercadang untuk melakukan lebih dari itu... explore la konon.

Banyak dah berubah Cameron sekarang ni berbanding 5 tahun lepas... pembangunan lebih teratur dan chanteq. Tahniah la orang Pahang. Dulu saya naik dari Tapah... jalan giler sempit tu dan agak berbahaya masa tu. Kali ni saya pandu SUV ikut Simpang Pulai... jauh sikit la sebab kena lajak ke depan dan patah balik ke belakang, cuma jalanraya hingga ke atas memang elok dan selesa. Agak awal saya bertolak dari Shah Alam sebab expect nak sampai kat atas sebelum pukul 1pm.



De' La Ferns... ini la hotel tempat saya menginap, sebelum padang golf. Ini kali kedua saya menginap di sini... suka sebab selesa dan bilik agak besar. Saja saya pilih hari Khamis, kononnya takmo serentak dengan orang yang bercuti hujung minggu tapi memang silap juga rupanyer... bulan June rupanyer Singapura cuti... penuh diaorang booked hotel kat atas nih. Nasib baik ada kosong... sewa dalam RM220+ kalau tak silap including breakfast. Kalau datang Jumaat atau Sabtu... dekat RM400 tuh.

... memang banyak tempat menginap kat atas nih, pilih la mana suka. Saya tak mahir sangat nak kasi syor... so sila la rujuk kat website :). Ramai kawan-kawan yang syorkan makan steamboat kat atas nih... cuma tak jumpa yang sesuai. Dan memang rezeki saya kot sebab tau-tau dah ada steamboat kat sebelah hotel tempat saya menginap... selesai masalah.



Tak sempat nak ambil gambar waktu siang sebab kepala ingat naik makan steamboat malam... hehe. So, inilah tempatnya dan HALAL. Mari kita lihat tempat makan ni macam mana... cam biasa la, kalau bab makan... saya akan ambil gambar lebih sket hahaha...

M
A
K
A
N

T
I
M
E
.
.
.


... amacam, memang selesa. Makan steamboat waktu malam dengan cuaca yang sejuk.



Inilah pemandangan restoran steamboat dari bilik saya...



Orang rumah saya yang juga seorang photographer amatur memang suka ambil gambar pekerja restoran tempat kami makan.



Brader ni buat pengakuan jujur... 'saya masih bujang dan belum berpunya'.







... layan makan sampai sejam, memang best.



Lobi hotel tempat saya menginap... nampak so English dan best.

... oleh kerana tak banyak aktiviti malam di Cameron, balik awal la beb. Cuaca sejuk, bilik selesa takde aircond dan perut kenyang... 'wahai nujummmm pak beelaaalangggggg....'

z
z
z
Z
Z
Z
z
z
z

Lepas solat Subuh terus duduk luar balkoni semata-mata untuk ini...




... subhanallah. Thank you Allah kerana mengurniakan mata ini.

Lepas mandi... perut lapar dan.... breakfast early morning sebab lepas tu nak pergi beberapa tempat sebelum matahari tinggi...



Memang sejuk pagi tu... jarang saya ambil breakfast seheavy begini. Dan lapar menyebab saya lahap habis semua... tenaga kena kumpul beb, nak kena drive balik Shah Alam lepas nih.



... saya duduk kat meja sebelah sebab nak ambil gambar sudut nih. Tak ramai lagi orang masa tu makan breakfast, so boleh la ambil gambar ni.


Tempat minum kat Bharat Plantations ni memang tempat kunjungan wajib... kira common dah la tapi tempat menarik sehingga kini.


... apa lagi mau :)


Ini pun tempat wajib ambil gambar sebab dekat sebelah jalan bawah cafe Bharat.


... kena jalan jauh sket la kalau nak ambil gambar sudut nih.


... macam saya tapi bukan saya :). Orang rumah curi-curi ambil gambar dengan kamera Olympus PEN-2 nyer... i loike :).




... sebelah tempat minum Bharat Plantations ni ada kedai menjual hasil produk tea dan beberapa souvenir lain. Boleh la kalau nak buat kenang-kenangan. Harga agak munasabah.

Pekan Tanah Rata masih seperti dulu walaupun ada sedikit perubahan facelift pada beberapa bangunan lama... ok la.


Tak perasan dulu ada ke tak... tapi sapa-sapa yang trendy breakfast tu... Setar Buk.





... siapa nak maklumat lanjut atau sesat, boleh la datang sini... hehehe, nampak macam takde orang je.


Kedai nasi kandar pun dah ada... boleh la tahan, kalau dah lapar kan... belasah je.


Sempat la singgah ke Sekolah Convent nih... saya memang minat rekabentuk bangunan ni. Dekat-dekat area Tanah Rata.



Menarik betul rumah kabin ni... ringkas dan kemas... dan tak payah aircond sebab udara memang sejuk.



Kalau kita balik atau datang dari arah Simpang Pulai... kita akan jumpa Tea House, juga milik Bharat Plantations nih... tapi viewnya tak menarik sangat la sebab bawah bukit.



Rose Valley nih, juga jalan menghala turun ke Simpang Pulai memang terkenal sebagai lokasi penerbit drama atau filem. Kena bayar sikit la kalau nak masuk, tak ingat berapa ringgit tapi dalam tu memang penuh dengan bunga ros... memang chanteq.



Lupa pulak saya nama resort nih... memang chanteq.

Dan saya merasa kagum dengan kerja keras penduduk di sini... mereka begitu aktif bercucuk tanam tak kira tempat. Bayangkan tebing bukit yang begitu curam dan tinggi pun mereka boleh bercucuk tanam... malahan hingga ke tepi jalan. Pemandangan ini saya pernah lihat di China dan Indonesia... mereka memang rajin. Cuba lihat...




Saya pernah beberapa kali pergi Mount climbing... dan bukit ini bukanlah rendah. Lari lutut beb kalau nak turun naik tebing nih apatah lagi kalau kita bercucuk tanam... ada berani?



... mereka tanam daun bawang hingga ke tepi jalan. Kita nak tanam satu pokok dalam pasu pun payah... habis kita simen laman depan... hahaha, senang tak payah nak potong rumput kan.

Ada beberapa ratus lagi gambar sebenarnya tapi kalau nak ditulis semua dan upload gambar di sini... jenuh. Hasrat kami untuk makan jagung mutiara bakar di pasar malam juga terbantut sebab pasar malam cuma ada pada hari Jumaat dan Sabtu. Tapi dapat jugalah makan jagung bakar tu di Keat Farm yang terkenal sebagai tempat menjual sayur dan bunga... sambil borong sambil makan.

B
A
L
I
K
.
.
.

Walaupun hanya semalam... pukul 3pm dah berangkat pulang namun puas juga sebab dapat pergi banyak tempat. InsyAllah akan berkunjung lagi untuk short trip. Kena pergi hari Jumaat gak sebab nak jagung bakar pasar malam... hahaha.

Memang benar kata arwah bapa saya... 'setiap tempat adalah rumah kita, di mana saja kita labuhkan punggung kita. Jangan banyak komplen dan terima la apa jua seadanya'.

1 comment:

  1. Actually, percutian ni sambil2 lalu je sebab attended few meetings hari tu. Tapi saya cuba olah la buat seperti 'ke mana kita boleh pergi dlm masa 24 jam'. Takkan nak masuk cerita business meetings sekali kot.... hehehe :).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...