Wednesday, July 20, 2011

RESTORAN DAUN PISANG VERSI MALAYA

Agak lama juga saya tak cuba kedai makan baru... memanjang kopitiam je naik boring gak tengok mee kari tu haha. Seorang rakan FB Shah Alam Residents, brother Ali Amir Razali ada mentioned satu tempat makan yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam (belakang Hotel Concorde)... Restoran Daun Pisang yang terletak bersebelahan Restoran Cili Merah. Jadi, pada hari Sabtu lepas baru-baru ni... sempat saya singgah. Macam biasa... kena taste baru tau.



Sori la, tak sempat nak ambil gambar kedai... perut sudah lapar. Kedai makan ni rasa-rasanya dimiliki oleh owner Restoran Cili Merah sebelah... di sebelah belakang ada pintu yang menghubungkan kedua-dua restoran. Restoran ini berhawa dingin... ada big industrial fan pulak tu kat dinding atas yang akan pastikan suasana di dalam restoran sejuk... yup, memang selesa sejuk. Berbanding dengan restoran sebelah yang tidak berhawa dingin... kaki rokok memang suka la 'open air' macam tu saya bukan perokok :). Kerusi dan meja memang banyak... semasa saya datang, ada beberapa orang yang sedang menjamu selera... masa tu dah hampir pukul 2.30pm dan saya baru nak makan lunch.

..................... sedap keeeee. Sekarang mari kita explore sikit tempat ni... susah nak kata sedap ke tak, kena try sekali baru tahu. Tekak masing-masing kan... hehe :)





Hampir sama seperti restoran daun pisang di tempat lain... menu mentah seperti ni memang wajib, pilih dan masak. So, hari tu saya pilih... ayam, ikan tenggiri, telur ikan makanan kolestrol wajib nih dan udang kecil 5 ekor. Siap pilih... diaorang goreng ayam, ikan tenggiri dan telur ikan, manakala udang saya minta masak pedas berkuah pekat. Semua tu diaorang goreng dengan bawang... so, manis dari bawang tu memang masuk la. Amacam... air liur sudah keluar haaa.

Masih ada beberapa lagi menu lain kalau nak pilih... saya tak sempat nak perhati sebab memang tengah lapar... so, pilih nasi kalau tak silap ada nasi minyak, papedom dan sayur... kari satu mangkuk. Saya nampak juga macam ada kari dalam tray macam kat kedai mamak tu... ada beberapa jenis kari kot tapi pun tak sempat nak tengok sebab dah amik order...

.
.
.
t
u
n
g
g
u

m
a
s
a
k
.
.
.

Macam lama tunggu... haha, actually tak sampai 10 minit kot lauk dah sampai. Yup, lauk sampai dulu kemudian barulah air sampai... hadoi, satu fail dah. Patut hantar la air dulu ke... sambil-sambil tunggu tu boleh la basahkan tekak.



Ni sampai dulu... dalam tray atas daun pisang. Wait seminit... saya memang kurang selesa sikit makan dalam tray besi macam ni sebab di restoran daun pisang lain... memang makan atas daun pisang je. Dan ada SAMBAL BELACAN.... ok, ni style Malaya.... wajib. Sayur kacang panjang, kobis dan timun... confirm Malaya. Nasi hidang pakai mangkuk ni memang saya kurang gemar juga sebab nanti melekat dan jadi berketul-ketul... saya suka nasi yang peroi sikit, sedap bila nak gaul dengan kari.


............... hahahaha, banyak pulak komplen.


Tak lama lepas tu lauk sampai...




Kari tu agak kurang kick sket... nak kata cair takde la tapi memang kurang ummph tukang masak moody kot. Yang lain-lain tu moderately sedap. Dan untuk kesemua lauk ni termasuk air dan makan berdua... RM40. Saya tak dapat nak tunjuk resit di sini sebab yang di tulis cuma.... 'Dept 04 8.50... Dept 03 7.00...'. Saya tak tau lauk yang mana satu merujuk kepada 'Dept' yang mana hahaha. Nampak macam mahal kan untuk makan tengahari... itu saya serahkan kepada budi bicara masing-masing. Seeloknya boleh la datang dan cuba dulu... kan.

Kalau nak yang lebih murah dalam RM10 ke bawah... ada juga set menunya...



So... boleh pilih yang ini, no hal.

Yang menariknya, restoran Cili Merah ada di sebelah dan lauk serta kuih-muih di situ memang banyak. Lepas lunch, boleh la jenguk ke sebelah dan pilih mana-mana kuih yang ada. Dan di bulan Ramadhan nanti, restoran Cili Merah ni memang ada jual lauk berbuka dan kuih-muih... banyak pilihan. Sedap ke tak... saya kira masing-masing boleh buat penilaian sendiri.

Selamat mencuba... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...