Thursday, February 11, 2010

Menanti Munculnya Mahadi

Setelah lama menunggu akhirnya mahkamah putuskan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan setelah lama tertangguh akhirnya perbicaraan dakwaan liwat Anwar Ibrahim akhirnya bermula. Namun rupanya yang tidak pernah berkesudahan adalah persengketaan pihak-pihak yang asyik menuduh satu sama lain... sama je dari dulu sampai sekarang. Walaupun naik berbuih ustaz-ustaz di dalam kedua-dua pihak berceramah sana-sini agar menjadi manusia yang lebih baik... rupanya nasihat itu tidak pernah diambil pakai oleh rakan-rakan mereka sendiri. Sibuk suruh orang jaga rumah masing-masing, rupa-rupanya rumah sendiri tunggang terbalik.

Setiap kali kita baca suratkhabar... balik-balik cerita tu juga yang muncul... GADUH, GADUH dan sampai kiamat pun GADUH. Sudah hampir dua tahun sejak pilihanraya lepas diadakan... ekonomi dok lagu tu jugak, sentiasa lembab. Budak-budak yang keluar dari universiti semakin ramai... mereka nak kerja apa? Yang semakin meningkat dewasa dan rasa memang patut dah kahwin pun semakin bertambah... nak bagi anak-bini makan apa? Masih ramai lagi ibu-ibu yang terpaksa bekerja bagi menambah pendapatan suami... bangun awal pagi buat kuih untuk jualan, kerja di hypermarket sebagai cleaner, jaga anak-anak kecil jiran dan berbagai lagi jenis pekerjaan. Dan kerja yang mereka lakukan itu hanya sekadar UNTUK HIDUP. Bayangkan ahli-ahli politik masih sibuk bergaduh hendak mengubah perkara-perkara besar kononnya... namun tiada apa yang berubah malahan mereka masih tinggal di rumah besar dan berkereta mewah.

Dan ahli-ahli politik sebegini masih lagi tergamak mempengaruhi orang ramai agar turut serta dengan mereka atas nama menuntut perubahan. Tapi nak tahu apa kesudahannya nasib mereka... cuba baca apa yang dikatakan oleh YB Zulkifli Nordin tentang nasib orang yang termakan dengan dakyah politik semasa... kebanyakan mereka itu hilang masa depan dan mengalami kehidupan yang sukar kerana menghadapi masalah dengan pihak berkuasa... namun siapa yang menolong mereka... TIADA. Malahan YB yang seorang ni diugut akan dipecat dan dilabel dengan berbagai tuduhan semata-mata beliau menjadi YB kepada rakyat... menyatakan pendapat rakyat biasa seperti kita yang tiada kuasa ini. Kasihan beliau... sungguh saya kasihan.

Demi mempertahankan tafsiran dan mazhab politik masing-masing... rakyat sentiasa menjadi mangsa secara istiqamah. Sungguh saya tidak akan melihat Malaysia ini mempunyai wakil rakyat yang benar-benar menjadi JUARA RAKYAT... mungkin tidak akan saya temui seorang pun sehingga akhir hayat.

Mudah-mudahan ahli-ahli politik di Malaysia ni bertukar menjadi INSAN suatu hari nanti... benar-benar menjadi wakil kepada rakyat, bukan wakil kepada parti...dengar suara rakyat, bukan suara parti... berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk Presiden parti... bekerja untuk rakyat, bukan untuk calon kerusi. Kalau mereka boleh menyuruh rakyat berani membuat perubahan... mereka juga haruslah berani bersuara di dalam parti untuk rakyat... walaupun mereka kemungkinan akan dipecat atau tidak dipilih sebagai calon pada pilihanraya akan datang.

Asyik suruh orang lain je buat... sapa-sapa pun boleh... kan.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...