Sunday, October 20, 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Saya mungkin orang yang paling lambat pergi ke Universal Studio Singapore (USS) di antara kawan-kawan... teruja mendengar cerita kawan-kawan maka saya 'set'kan hari yang sesuai ke sana. Kalau berkunjung ke JB, saya gemar tinggal di Thistle Hotel... tu je hotel yang saya tahu jalannya dan selesa haha.

Saya sekadar membawa pasport Malaysia ke sana... risau juga hendak ke USS dengan memandu sendiri. Kali terakhir saya memandu masuk ke Singapura beberapa tahun yang lalu... USS belum ada. Malahan Legoland dan Iskandar pun belum ada dalam perancangan kerajaan.

Saya bertanya beberapa orang rakan untuk ke sana... jawaban kurang memuaskan hahaha. Saya cerewet... yup. Orang rumah saya cuba bertanya dengan pekerja hotel cara mudah untuk ke sana... RM240 untuk one-way teksi, itu belum tambang balik yang juga RM240... gila beb, RM480 untuk teksi sahaja. Kena pulak bila dia sebut hampir RM200 lebih seorang untuk masuk USS... dua orang hampir RM800 lebih? Tak boleh jadi macam ni... makan?

Tiba-tiba teringat kawan twitter, En. Hazrey yang juga seorang wartawan di JB dan dia beritahu cara paling mudah dan murah untuk ke USS... terima kasih banyak kepada beliau dan di sini saya tuliskan untuk tatapan kawan-kawan. Mungkin ada cara lain yang lebih murah dan mudah... saya tidak tahu.

Ada perkhidmatan bas dari Tune Hotel JB terus ke USS... diuruskan oleh sebuah syarikat travel yang mempunyai pejabat di tingkat bawah Tune Hotel JB. Jadi, sesiapa nak mudah... boleh menyewa di hotel ini dan bersiap pada 7.00am untuk membeli tiket ke sana. Kaedahnya... first come first serve basis. Saya tinggal di Thistle Hotel, jadi terpaksa memandu awal pagi untuk membeli tiket di pejabat Odyssey Travel ini...




Di atas itulah pejabat Odyssey... tempat berkumpul di sini. Bas bertolak sekitar 7.30-8.30am dan akan mengambil kembali kita di USS pada pukul 7.15pm di tempat letak bas di bawah USS... jadi, bila turun nanti ambil gambar tiang dan tempat naik ke USS guna handphone agar tidak terlupa.

Bagaimana dengan package yang ditawarkan...


Bagi sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi nombor telefon di atas... Khai.


RM195 seorang... tambang pergi balik, tiket masuk, Voucher Gift SD5 dan Voucher Makan SD5. Kalau tak silap, voucher gift tu boleh digunakan apabila beli cenderahati di mana-mana kedai di dalam USS untuk barangan melebihi SD30. Voucher makan boleh digunakan di beberapa food court dan cafe di dalam USS.


Di atas adalah jadual berangkat...


Lihat facebook ini sekiranya ingin tahu lebih lanjut.


Tiket ada 3 bahagian... tiket masuk, voucher makan dan voucher gift.


Ambil gambar bas yang anda akan naiki kerana bas inilah juga yang akan mengambil anda balik nanti di USS di tempat yang sama di mana ia turunkan anda semasa tiba di USS.

Ringkasnya begini...

TEMPAT TINGGAL

Lebih murah sekiranya anda tinggal di Tune Hotel kerana bas akan bertolak dari sini. Anda mungkin perlu book awal bilik jika waktu cuti sekolah... pasti penuh. Saya tidak pernah menetap di hotel ini, jadi anda boleh kunjungi website mereka.

MINUMAN

Air mineral 500ml di Singapure berharga SD2.80 kalau tidak silap saya... duit kita dah hampir RM7.00 lebih. Kita boleh beli 7 botol mineral di sini. Bawa beg sandang dan bawa air mineral sendiri dari Malaysia... saya tak nampak pula petugas di kaunter tiket masuk memeriksa beg atau menghalang sesiapa membawa air mineral masuk ke dalam USS. Jauh nak berjalan di dalam USS (sila lawat website USS untuk melihat peta kawasan yang terdapat di dalam USS) korang semua nak aku tulis kat sini kan... memang banyak nak minum air.

Kalau hendak kepastian samada air mineral boleh dibawa masuk, tanya dengan Odyssey nanti semasa membeli tiket. Kedai 7-11 ada di sebelah pejabat Odyssey ini yang juga terletak di tingkat bawah Tune Hotel. Siapa tahu kan tiba-tiba USS tukar peraturan melarang air mineral dari luar di bawa masuk.

TIKET BAS DAN TIKET MASUK

Syarikat Odyssey ni menawarkan pakej menarik... RM195 seorang seperti yang saya nyatakan di atas tak perasan pulak berapa harga budak-budak.

PASSPORT

Pastikan pasport anda sah laku dan belum tamat tempoh... periksa betul-betul.

KASTAM DAN IMIGRESEN

Bas akan berhenti di Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia... anda kena melalui auto gate, tak payah cop-cop macam dulu. Selepas itu perlu berjalan untuk jarak yang agak jauh ke Pusat Pemeriksaan Imigresen Singapura... pastikan anda telah mengisi borang masuk ke Singapura (minta dari Odyssey), keratan borang itu nanti harus disimpan untuk keluar dari Singapura petang nanti. Jadi, simpan elok-elok dalam pasport.

Sila tanya dengan pemandu bas, di mana mereka berhenti di pusat pemeriksaan imigresen Singapura... samada Stesen A atau Stesen B. Kalau boleh ambil nombor telefon pemandu bas... jangan terlalu lambat sangat, takut ditinggalkan bas nanti.

USS

Jangan tergesa-gesa berjalan di dalam USS... nikmati masa anda sekeluarga sebab bas cuma akan datang pukul 7.15pm nanti. Bayangkan anda sampai lebih kurang pukul 10.30am dan ada banyak masa. Ada beberapa taman tema di dalam USS dan di setiap taman tema ada gift shops dan food court tersendiri... cuma hati-hatilah bila beli makanan, perhatikan tanda halal kalau ada. Mereka bukan seperti Malaysia...

Ok... cukup kot, cerita banyak-banyak hilang thrill nanti.

Oh ya... Hard Rock Singapura terletak di depan USS... lebih kurang macam dalam satu kompleks la. So, keluar awal sikit dari USS dalam pukul 5.30 dan pusing di kawasan kompleks yang ada Hard Rock dan beberapa kedai lain seumpama di Empire, Subang.

Tukar duit Singapura awal-awal di Malaysia... kot la dapat good bargain kat money changer tu. Takde kelam-kabut mencari dalam USS tu... tapi memang ada satu money changer di dalam USS.

Gambar USS terlalu banyak yang saya ambil, jadi tak dapat kongsi di sini...

Selamat bercuti.

1 comment:

  1. Nice post ! :) kalau nak ke SINGAPURA lagi hubungi saya ya. TIKET & SERVIS untuk Travel Plan to Singapore pada harga promosi. Contoh USS tiket harga 67 dollar & SEA AQUARIUM tiket harga 29 dollar sahaja. JESSICA 017-7055381 , jessica.travel8686@gmail.com
    Lawati juga page saya ya: Love Travel di Facebook! https://www.facebook.com/lovetravel86

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...