Monday, December 19, 2011

10 MINIT TUNGGU LAMB KHABSA

Musim hujan sekarang ni, teringin pulak nak try makanan Arab... Lamb Khabsa di Zam-Zam Arabic Restaurant. Sambil-sambil menunggu ni, menulis la kejap apa yang patut. Teringat pulak trip ke Mesir tahun lepas... trip yang benar-benar mencabar dan menyeronokkan.

... baru nak tulis, tau-tau dah siap la pulak 'takeaway' nih. Maybe next time, bila ada masa yang amat sesuai... saya akan tulis tentang pengalaman 'mengembara' di bumi Mesir. Memang amat panjang kalau nak menceritakannya di waktu yang singkat nih... sepanjang sejarah Mesir itu sendiri.

Apapun, Lamb Khabsa dah siap dibungkus... kita jumpa dilain waktu. Sementara itu, nikmatilah pemandangan yang saya ambil semasa berada di Sungai Nil... sungai yang panjang kisah sejarahnya.









... jangan main hujan, nanti demam :)
Read more

Tuesday, December 13, 2011

NASI LEMAK 1.0 -VERSI MALAYA

Saya kira tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak mengenali nasi lemak. Antara makanan ringkas yang paling digemari dan murah harganya. Semasa di sekolah rendah dahulu, pasti ada kelibat anak-anak kecil yang berjalan di taman-taman perumahan, mengusung bakul yang berisi nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang dan suratkhabar. Pada hemat saya, mereka ini adalah anak-anak dari keluarga yang miskin yang mengambil peluang menjual nasi lemak bagi membantu keluarga. Memang murah pada masa tu, semurah RM0.50 sahaja sebungkus. Nasi lemak, sambal yang diletak atas potongan daun pisang dan telur rebus suku size.... nampak memang amat ringkas tapi puas makan. Kadang-kadang tu sampai 2 bungkus sekali bedal hehehe.

Kena kalau nasi lemak yang dijual tu, kita dah pernah test... memang tunggu di jalan masuk taman beb. Kalau nak tunggu dia sampai kat rumah kita yang terletak di hujung taman... kirim salam je la. Ada juga yang jual pada harga RM1 sebungkus... semua jadi double la, telur rebus tu pun dapat setengah dan siap timun lebih pulak tu. Dan memang puas makan sampai kadang-kadang tu buat bekal ke sekolah.

Rata-rata pada zaman tu, pendapatan setiap keluarga tidaklah mewah... jadi, nasi lemak bungkus memang sesuatu yang amat dinikmati. Tapi itu dululah... sekarang ni, hidangan nasi lemak yang sama... sampai RM10 sepinggan pun ada. Macam-macam ada dalam tu... ayam, sotong, ikan kering... saya tak minat sangat. Dah tak rasa macam makan nasi lemak... dah macam lauk campur. Saya masih lagi menggemari nasi lemak yang dijual seperti dulu... dibungkus dalam kertas suratkhabar beralaskan daun pisang. Kadang-kadang rasa agak janggal makan nasi lemak dalam pinggan walaupun dah banyak kali berbuat demikian.




Mungkin ada perkara tertentu lebih elok dibiarkan seperti dulu walaupun harga tidak semurah dulu. Dan kadang-kadang tu sanggup bangun awal pagi memandu sejauh 20-30 minit, semata-mata hendak makan nasi lemak yang biasa dimakan waktu sekolah dulu... yang dijual di kaki lima kedai.

... mungkin juga ada perkara tertentu lebih elok jika dibiarkan sedemikian seperti dulu... tak perlu 2.0, tak perlu inovasi, tak perlu rebranding... biarlah seadanya :).
Read more

Friday, December 9, 2011

CIMBCLICKS - BILA KLIK KENA TIPU

Dear Customer!

Your Online account has been subjected to compulsory update to secure it from electronic fraud.
Please Click Here to update.


Thank you & have a good day ahead!

Warm Regards
CIMB Team

Hari ni saya terima email di atas yang tertera sender Cimbclicks.com... tiba-tiba suruh saya update akaun online, padahal saya tak guna langsung akaun online CIMB. Bila musykil bersarang kat kepala ni, saya cubalah klik 'Click Here' dan terus redirect ke website cimb.com... ok, that is cool, mungkin betullah kot website cimb. Kebiasaannya, saya akan semak address website ni di kolum atas sekali page website tu dan beginilah rupanya...






Message email yang saya terima dari sender... CIMB Clicks, macam real beb





Beginilah redirect website tu... cuba perhatikan address di atas yang menggunakan http://cimbclicks.com.my.pcdlog.com/ibk/selection.......

.......... betul ke website nih?!!!

Saya pun gagau la ke website official CIMB dan lain pulak feature website tu walaupun nampak macam hampir-hampir sama...






Website CIMB menggunakan secured address iaitu https://www.cimbclicks.com.my/ibk/ ... memang lain beb, cuba perhatikan betul-betul.

Saya yakin email yang saya terima itu dihantar oleh sindiket secara rambang. Apatah lagi apabila rediect page tu, terus minta kita berikan userID dan password... sedangkan website cimb yang sebenarnya tidak minta password. Jadi, sebelum tangan tu gatal nak tekan bagi password... semak official website cimbclicks.com.my atau telefonlah mana-mana cawangan cimb untuk mendapatkan pengesahan. Silap-silap bagi password, lesap semua duit gaji nanti beb.

So, hati-hatilah semua... semua orang nak kaya mudah sekarang ni.
Read more

Thursday, December 8, 2011

KITA TIDAK DILAHIRKAN UNTUK HIDUP SELAMANYA

Alhamdulillah, di Malaysia ini jika kita ke pelusuk mana sekalipun... apabila tiba waktu solat, kita masih boleh mendengar laungan azan yang menandakan wajibnya kita meninggalkan segalanya sebentar untuk kita dirikan solat. Bukan lama pun tempoh untuk melakukannya, dalam 10 minit sahaja. Dan di Shah Alam ini, di beberapa tempat tertentu... kita boleh mendengar azan yang adakalanya dari 2,3 tempat sekaligus. Maklumlah, hampir setiap taman perumahan mempunyai surau... kita boleh saksikan sendiri bersusun kereta di bahu jalan apabila pemandunya berhenti sebentar untuk solat.





Ada yang memilih untuk solat berjemaah dan ada juga yang lebih selesa solat bersendirian... ikut masing-masing la, jangan solat 'takyah' sudah.





Sejuk hati melihat anak-anak ini membaca Al-Quran sementara menunggu tibanya waktu solat. Teringat di zaman kanak-kanak dulu apabila saya sering ikut arwah abah ke surau di quarters Istana Klang. Dan saya perhatikan didikan agama peringkat awal ini amat subur di Shah Alam... alhamdulillah.

Pernah juga saya melihat di Masjid TUDM Subang, semasa solat Jumaat... seorang lelaki yang kudung kedua-dua kakinya, datang untuk bersolat Jumaat dengan menaiki 'skateboard'. Sama seperti skateboard yang digunakan oleh budak-budak skater boys di Extreme Park, Shah Alam. Beliau menggunakan kedua-dua tangannya untuk menggerakkan skateboard tersebut dengan bag sandang di belakang.

... rasa sedih ada, bangga pun ada melihat saudara seagama yang begitu menghargai solat Jumaat.

Dan banyak kali juga saya lihat di Masjid Negeri Shah Alam, beberapa lelaki yang cacat penglihatannya... jalan berpimpinan satu sama lain menuju ke dewan solat. Dan agak terharu menyaksikan apabila mereka berada di antara 7 saf hadapan.

Itu juga yang saya saksikan hari ini semasa solat Asar di Masjid Negeri Shah Alam, dua orang pemuda yang rabun/cacat penglihatan bersolat di saf paling hadapan. Perasaan saya agak bercampurbaur apabila melihat mereka... cuma mampu berdoa agar saya bersyukur dengan sepasang mata yang dipinjamkan untuk sementara waktu ini. Tak dapat saya bayangkan jika kehilangannya di waktu saya sudah amat terlalu selesa memilikinya, ditambah pula dengan hobi saya yang amat meminati fotografi.

Namun kelebihan mata yang saya miliki ini kadangkala 'menyeksa diri'. Setibanya saya ke tempat letak kereta setelah selesai solat asar tadi, sebuah kereta yang cuma terletak selang beberapa buah kereta... pecah cermin pintu belakangnya. Amat jelas ianya seperti dipecahkan oleh seseorang yang mahu mengambil barang di tempat duduk belakang.

MALU kerana ianya berlaku di tempat letak kereta di dalam kawasan masjid.

MALU kerana ianya berlaku di kala umat Islam sedang menunaikan solat.

MALU kerana ianya pasti dilakukan oleh seseorang yang ada mata celik seperti saya... yang boleh melihat dan menikmati pemandangan sebaliknya digunakan untuk 'rekki' kereta orang kot-kot ada barang berharga yang boleh disonglap.

... bukan lama pun hidup ni kan.
Read more

Wednesday, December 7, 2011

MBO CINEMA - PANGGUNG WAYANG PERTAMA DI SHAH ALAM

Suatu ketika dulu, panggung wayang tidak dibenarkan berada di dalam bandar Shah Alam. Saya agak kurang pasti apakah ada sebarang larangan bertulis tentang perkara ini, namun sekarang panggung wayang berjenama MBO telah pun memulakan operasi tayangannya di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam. Mungkin kedudukan Bukit Jelutong ini yang terletak agak berjauhan dari Pusat Bandar Shah Alam, maka kehadiran panggung wayang ini tidak begitu dirasai oleh sebahagian besar penduduk Shah Alam. Apatah lagi panggung wayang di Bukit Raja, Klang dan MBO Cinema di Subang Parade, Subang Jaya adalah lebih dekat jaraknya bagi sebahagian besar penduduk Shah Alam.

Terpulanglah kepada penerimaan masing-masing terhadap kewujudan panggung wayang ni di Shah Alam. Bagi saya yang boleh dikatakan agak 'kaki wayang' ni, saya menghargainya kerana agak berdekatan dengan rumah. Kepada sesiapa jua, bila ke panggung wayang ni 'tengok wayang'... bukan 'buat wayang' sendiri kat dalam tu haha. Just behave politely and treat this place as a 'tempat liburan keluarga'.

Di mana Space U8, Bukit Jelutong ni... google sendiri la beb haha. Dan MBO Cinema ni berada di tingkat 3 (Dengar khabar Shalin's Bowl pun mungkin dibuka berdekatan dengan MBO)... orait la tu kan. Filem versi 3D pun ada beb... harga tiket double sket la.

So, meh kita tengok...






Masuk je, kita akan nampak logo ni di feature wall MBO. Seriously, saya jangkakan posisi ini akan menjadi tempat yang paling sesuai untuk bergambar :)





Di entrance juga, ada display panel yang agak retro... cara pamer secara non-digital.





Layan Ombak Rindu beb hari tu... hahahaha. Orang kata la dulu saya macam Aaron Aziz, la ni saling tak tumpah macam Haron Mahfiz dalam citer Anak Bapak.... hahahaha, orang kata la, bukan saya kata.





Di ruang legar MBO, ada kaunter menjual makanan... macam-macam ada.





Ni la lebih kurang kedudukan seat dalam bilik yang paling besar... Cinema No. 7. Ada pilihan untuk 'couple seat'... korang jangan ingat seats ni tempat buat drama pulak. Cuma ada orang tertentu prefer privacy bila pergi menonton berdua... especially laki bini. Tiket normal RM10 kot, so sapa nak couple seat ni... kena tambah singgit la beb. Apa sangat la kan... selesa la untuk saya yang kaki panjang nih.





Ni dia menu yang ada... pilih.

Selamat menonton guys... boleh la Ombak Rindu tu, buat layan jiwa. 'Tuhannnn, tolong lembutkan hatinyaaaaaaa'.... pergh, suara cam Hafiz AF beb... hahaha.
Read more

Monday, December 5, 2011

GRAFITI - ARTIS JALANAN

Kebetulan hari ni saya ke Seksyen 2, Shah Alam... tempat di mana bertahun-tahun saya habiskan masa belajar di ITM. Dah banyak berubah tempat ni... gerai-gerai lama tempat kami lepak dulu lepas kelas, sekarang telah bertukar wajah... lebih teratur dan bersih. Namun kedai-kedai lama masih ada di situ. Dan di satu sudut dinding kedai yang menghadap asrama... saya saksikan sesuatu yang sememangnya menjadi minat saya sejak kecil... LUKISAN. Grafiti di dinding yang dilukis oleh entah siapa benar-benar menarik perhatian saya... sangat chanteq.











Kedua-dua lukisan di dinding ni bukanlah hakmilik saya... saya cuma mahu abadikan di sini. Sebelum ianya dicat semula oleh pemilik kedai atau dicemari oleh pelukis-pelukis lain... saya mahu gambar ini dirakamkan dan direkod untuk tatapan sesiapa jua yang menghargai seni. Apapun, saya amat mengagumi kedua-dua lukisan ini... memang chanteq. Tahniah la kepada sesiapa yang melukisnya.

Nota: Grafiti di atas bukanlah hakmilik penulis, diminta tidak digunakan semula untuk apa-apa tujuan.
Read more

Thursday, December 1, 2011

MAKAN-MAKAN DI SHAH ALAM - B'YYU PATISSERIE CAFE

Ada orang kata Shah Alam ni agak 'kekampungan' sedikit berbanding bandar-bandar besar yang lain... setidak-tidaknya itulah pendapat sebilangan orang luar yang berkunjung ke sini. Senyap sunyi katanya menjelang maghrib... takde tempat liburan. Hanya baru-baru inilah muncul panggung wayang MBO di Space U8, Bukit Jelutong... itupun terletak di luar pusat bandar dan hujung bersempadan dengan Subang dan Sungai Buloh. Ramai juga yang hairan bagaimana panggung wayang ini mendapat kelulusan sedangkan ramai penduduk Shah Alam memaklumi panggung wayang 'tidak dibenarkan' di sini. Tapi itu cerita lain... kena tanya orang politik, mereka lebih bijak.

Saya cuma ingin bercerita tentang satu tempat makan yang agak santai iaitu B'yyu Patisserie Cafe yang terletak di Ground Floor, Plaza Shah Alam, Seksyen 9, betul-betul di sebelah Hotel Concorde Shah Alam. Tabik hormat saya pada pengurusan plaza ni kerana dahulu tempat ini agak 'kureng', malah orangramai lebih gemar berkunjung ke Kompleks Shah Alam. Kini, ianya banyak berubah... banyak kedai makan menarik di sini.









Beginilah rupa cafe ni... sedikit English dan cuma mengambil ruang yang agak terhad tapi tersusun. Tempat duduknya ada di dalam dan juga di koridor entrance cafe ini (... sori, tak dapat ambil gambar sebab ada orang duduk. Takut kena marah)


Boleh tahan juga kuih-kuih ni... sedap ke tak, kena try sendiri la beb.


Agak kosong sedikit hidangan yang dipamerkan... mungkin sebab saya datang juga selepas tengahari. Kalau awal mungkin banyak kot.





Ada juga hidangan yang lain... boleh pilih dan harga pun agak berpatutan.

Pada saya, tempat ni memang menarik sebab selesa dan cantik... makanan pun boleh tahan. Jadi kalau nak lepak-lepak makan dan ambil gambar... mungkin ini tempat yang sesuai. Cuma sekarang ni tempat letak kereta agak terhad sebab makin ramai pengunjung... hasil dari kerja keras pengurusan menambahbaik plaza.

Apa lagi kedai makan yang ada di sini........?

Tutti Frutti, Subway, Windmill, restoran sushi, Chicken Rice, Laksa Shack, kopitiam, Pelita Nasi Kandar, Starbuck, Baskin Robbins, Nyonya Kitchen, Thai Restaurant, Nando's, Papa John, Sahara Tent, steamboat... itulah yang saya boleh ingat hehe.

Kedai lain.........?

Giant, Giordano, butik pakaian, kedai buah-buahan, gerai-gerai kecil di tingkat bawah sekali, beberapa kedai telefon dan komputer, kedai alat musik... DAN LAIN-LAIN. Hahahaha... jenuh la weh nak ingat semua... korang pergi sendiri la.

Apa pun kata orang... Shah Alam is still the best :)
Read more

Monday, November 28, 2011

ROTI GULAKU DAH CUKUP MANIS

Agak lama juga saya hendak menulis tentang makanan kegemaran saya di waktu kecil dulu... ROTI GULA. Kali terakhir saya menjamahnya mungkin semasa di sekolah menengah kot. Kalau kata lama sangat... orang kata saya dah tua pulak sekarang ek... hahaha. Dulu tak tunggu mak siapkan, saya boleh buat sendiri... apalah sangat roti gula ni kan... hahaha.

Agak unik juga cara saya membuat roti sapu mentega bergula ni. Pada masa itu, kami biasa membeli roti benggali sahaja... sebab murah. Rotinya agak ringan dan berlubang lompang... menandakan ianya tidak begitu padat. Kebiasaannya memang tak sempat nak tunggu roti tu keesokkan harinya sebab memang habis dibedal malamnya buat cicah dengan kopi panas hahaha.

Ok... macam mana saya buat roti mentega bergula ni...........

Saya belajar buat roti gula ni secara tak langsung dari arwah abah... walaupun ianya kerap disedia dan disaji oleh mak saya. Adakalanya roti tu ada berbaki, dua tiga hari tak berusik sebab ada makanan lain yang lebih menarik. Satu hari tu saya terbau seperti roti dibakar tapi mak pulak sedang gosok baju... pelik gak. Jenguk ke dapur, saya perhati abah tengah bakar roti benggali tu atas tudung periuk aluminium... kami takde dapur gas masa tu tapi dapur minyak gas. "Meh tengok macam mana abah buat roti gula macam mak buat tu"... begitulah kata-katanya.

Begini caranya... ol skool style. Tudung periuk itu disapu minyak masak terlebih dahulu dan diletakkan di atas dapur yang agak sederhana apinya. Apabila nampak wap panas naik, letakkan roti yang disapu mentega dan gula pasir diatasnya. Terpulanglah nak manis macam mana... lebih gula ditaburkan, lebihlah manisnya. Dan pada masa tu saya hanya kenal mentega sebagai PLANTA... ikut brand di tin tu hahaha. Samalah macam kita sebut semua jenis mee segera sebagai MEGI hik hik.

Berbalik pada roti tadi... jangan sampai hangus beb. Bukan lama pun kena letak atas tudung periuk tu. Agak-agak macam nak cair je gula tu, dah boleh angkat dah.

Selepas pada tu memang saya kerap buat roti gula ni sendiri sebab saya suka letak planta tebal-tebal dan gula secukup rasa. Saya agak kurang selesa dengan benda yang terlalu manis sangat sejak kecil. Kacang je kan nak prepare roti gula nih... perkara yang mencabar hanyalah nak hidupkan api kat dapur minyak gas tu... banyak keje beb.

Sekarang roti gula dah jadi salah satu perniagaan yang menguntungkan. Sekeping roti tu harganya hampir RM4.80, walhal sebuku roti paling mahal pun tak sampai RM4. Tapi sebab dah suka kan... apatah lagi roti tu dibuat stim dan tidak dibakar. Memang naik selera beb apatah lagi dikembarkan dengan kopi pekat panas time-time winter di Malaysia ni.

....... apa lagi mau :).

Read more

Monday, November 21, 2011

REZEKI DI BUMI ALLAH

Cuti sekolah datang lagi dan kali ini tempohnya agak panjang... cuti penggal ketiga (istilah kami semasa sekolah dulu). Dan saya berada di kedai mamak Pelita, Seksyen 9 Shah Alam... sarapan sambil menunggu kawan untuk berbincang tentang perniagaan. Di kawasan ini memang banyak kedai dan pejabat, terdapat juga beberapa pejabat agensi kerajaan di bangunan Shah Alam Mall ni. Pagi Isnin, tak banyak kakitangan awam berada di kedai mamak ni, mungkin masing-masing sedang sibuk menyusun kerja untuk hari-hari berikutnya.

Lagu-lagu Hindustan era 70-an dulu sedang berkumandang... saya memang meminati lagu-lagu sebegini tapi... pada hari Isnin yang lembab ni, hadoiii... lemau sikit la. Tak boleh nak buat apa, malas nak ke kedai makan lain sebab harus berjumpa dengan beberapa rakan yang ada berdekatan sebentar lagi.

Takde niat hendak menulis sebenarnya tapi ada satu pemandangan yang agak mengusik jiwa sedikit... pemandangan yang biasa saya lihat setiap kali cuti sekolah. Waktu sebegini, saya pasti akan terserempak dengan makcik atau 'aci' (panggilan kami di waktu kecil untuk wanita India yang sudah berumur, maaf kiranya kurang sesuai) menuju ke tempat kerja masing-masing sambil membawa cucu yang mungkin masih bersekolah rendah. Ada juga yang saya amati mereka sebenarnya bekerja sebagai cleaner di pejabat. Dari raut wajah mereka, saya kira pasti agak susah hidup mereka hinggakan terpaksa bekerja di usia emas sebegini. Dan cucu mereka, begitu gembira mengikut nenek mereka seolah-olah hendak pergi membeli-belah. Demikianlah selalunya, cucu mana yang tidak gembira dapat bersama datuk nenek mereka... saya dulu suka juga mengikut atuk saya tapi ke kedai kopi la, layan minum kopi susu dalam piring :).

Mungkin si kecil itu belum mengenal erti mencari rezeki. Harap mereka dapat pengajaran dan pengalaman berguna bersama nenek mereka... mudah-mudahan kehidupan mereka semakin baik dan lebih murah rezeki di masa hadapan. Kegembiraan yang mereka rasakan sekarang semasa mengikuti nenek mereka bekerja, adalah salah satu dari hidup getir nenek mereka mencari rezeki halal. Bagi kita yang mungkin lebih bernasib baik, jangan pula dipandang hina mereka ini... kita cuma cukup bernasib baik kerana ditakdir Allah sedikit bertuah dari orang lain.

Selalu saya mengingatkan diri sendiri dan anak-anak saudara saya, apa saja kerja yang halal adalah pekerjaan mulia... yang membezakan hanyalah pendapatan dari kerja tersebut. Jangan sesekali dipandang hina pekerjaan sesiapa jua tapi perhatikan betul-betul... apakah kita sanggup untuk bekerja sebagai cleaner atau pemandu lori atau apa saja pekerjaan yang dikatakan orang sebagai 'tak glamer'? Tidak ada salahnya langsung dengan pekerjaan sedemikian namun kalau kita memang jenis kurang kuat menggunakan tulang empat kerat... belajarlah rajin-rajin dan carilah pekerjaan yang sesuai dengan mental dan kudrat kita. Saya kenal dengan beberapa pemandu lori kontena dulu... sekarang mereka adalah towkeh lori dan mempunyai pekerja sendiri. Saya juga kenal dengan ramai kawan-kawan yang mempunyai 'big business import export'.... dahulunya mereka banyak mengorbankan usia muda untuk belajar dan mencari pengalaman dengan melakukan berbagai pekerjaan yang amat memenatkan.

Pemilik kedai mamak ini dulunya juga hanya pendatang ke Malaysia, bersusah payah bekerja mencari rezeki di sini. Sekarang ramai antara mereka memiliki berbelas cawangan seluruh Lembah Klang... dahsyat bila dengar mereka menderma dalam jumlah yang amat besat setiap bulan Ramadhan.

Kita semua bagaimana... harapnya janganlah berpecahbelah dan bercekau semasa kita. Jangan dijadikan perbezaan politik sebagai pemangkin untuk bermusuh kerana musuh kita yang sebenar adalah KEMISKINAN DAN KEMELARATAN. Saya yakin kita boleh duduk semeja... dan saya yakin kesudahannya kita menuju ke tempat yang sama suatu masa nanti... KUBUR.

Selamat bekerja rakan-rakan sekalian. Semoga Allah memandang kalian semua dengan penuh kasih sayang dan rahmat. Mudah-mudahan Ar-Raudhah jua diperolehi di dunia dan akhirat kelak.

Al-Fatihah buat ayahanda Ibrahim Sulaiman yang telah meninggalkan kami 2 tahun yang lalu. Semoga Allah mengurniakan syurga kepada beliau. Sesungguhnya seorang abah yang amat hebat.

Read more

Saturday, November 19, 2011

CITTA MALL, SUBANG

Yup, sebuah lagi mall dibuka di Subang, Selangor... Citta Mall. Bersaiz agak sederhana besar dan hanya 4-tingkat kot, tak perasan pulak tadi beb... atau mungkin 3-tingkat. Kalau diambilkira G Floor, kira 4 tingkat la kot... kan hehe. Nevermind, lokasi Mall ni, jika datang dari Subang Airport... sebelah kira selepas jejambat, masuk ke simpang kiri bila nampak bangunan Symphony. Jangan masuk ikut simpang ke kiri di bawah jejambat tu... jauh nak pusing ke Citta Mall nanti. Bagi sesiapa yang datang dari Federal Highway atau NKVE... boleh buat u-turn di bawah jejambat tu dan kemudian masuk simpang kiri yang hanya 200m je kot.

Inilah rupa Citta Mall... simple je, kedai yang ada di dalam pun selapis. Maksudnya tak payah pusing-pusing... tawaf kiri dan kanan je hehe. Tempat letak kereta agak luas tapi kalau takmo panas... masuk basement, parking ikut warna. Tapi tak luas sangat Mall ni, so mustahil la boleh terlupa di mana letak kereta. Nak selamat, guna la kamera phone tu dan snap nombor tiang... tu pun kalau ingat la phone ada kamera haha. Gambar kat bawah terpaksa diambil dua kali sebab kamera phone tak cukup wide angle... tak bawak kamera besar. Gambar hari ni hanya guna kamera 5mp Blekberi :)... so, harap di'excuse' kualiti gambar yang ada.

Mall ni menggunakan open air corridor... maksudnya laluan di depan kedai takde aircond... pakai kipas je. Tapi semua kedai ada aircond la... so jangan la bising panas hehehe... takmo panas, lepak dalam kedai, makan-makan dan borak-borak.





Saya terfikir juga kenapa namakan Mall ni 'Citta'... takkan la kurang nama dalam Bahasa Malaysia kan. Dan kebetulan ternampak la pulak satu poster di dinding kedai yang sedang direnovate... 


Itu rupanya maksud 'Citta'. Tapi kalau tak silap saya la... Citta ni juga bermaksud Citra, yang dikatakan salah seorang pengasas atau guru Buddha... juga seorang pedagang kaya berasal dari Savatthi. So, takmo komen banyak-banyak pasal ni... itu bab lain :). Mungkin la owner Mall ni mengharapkan 'berkat' dan beroleh kekayaan melimpah-ruah... sapa takmo kaya beb.

Apa ada di Mall ni? Sehingga hari ini, belum begitu banyak kedai beroperasi tapi nampak banyak juga pengubahsuaian berlaku yang menandakan beberapa kedai baru akan beroperasi kelak... kalau tengok dari kedai-kedai yang ada dan akan dibuka... Citta Mall ni mungkin akan jadi 'food haven' bagi penduduk daerah Petaling. Sori beb, panggung wayang takde, groceries pun belum nampak tanda-tanda... kedai gadgets pun tak nampak bayang.

... untuk 'kaki makan' seperti saya, i loike :).



Inilah rupanya 'entrance'... satu-satunya entrance di Citta Mall, agak lapang dan luas. Kalau hujan, boleh la turunkan penumpang di sini sementara drebar nak pergi park kereta. Di situ ada 'De Cafe Coffee' yang nampak agak cozy. Kalau jalan hala ke kiri (ke atas)... di situ ada PappaRich Kopitiam, chanteq dan hujung sekali ada Chilli's... faveret place kalau nak bedal lamb :).

Mari kita pusing-pusing dan lihat apa lagi ada di sini... buat masa ni :)



Ni makanan untuk orang nak diet... katanya. Seriously, Italian BMT roti oregano kat Subway ni memang sedap.



Err... ni bukan kedai orang Muslim. Saja ambil gambar sebab chanteq :)



Saya agak 'kureng' sikit dengan western foods... kena pulak spaq atau pasta, setahun sekali boleh la.





Bagi sesiapa yang layan rancangan realiti Masterchef sekarang ni, mesti perasan one day tu budak-budak yang menang dijamu di Meatworks... ni la tempatnya. Kedai memang cozy giler dan ada jual barang makanan sikit. Tak tau la apa menunya... meat la kot. One fine day... kena terai la nampaknya beb.


Well, sekarang tak payah nak redah jalan jem dan parking yang amat terhad di Bangsar... Chawan sekarang dah dibuka di sini... full house beb masa saya pergi tadi. Pun tak sempat nak terai sebab dalam kepala dah set Wondermilk.


Ini la +Wondermilk... yang terkenal dengan kek kecik-kecik yang besar sikit dari size bola golf dan harga sebijik yang tak hingat mahalnya. Tak plan pun nak makan sini tapi masa nak parking tadi... kedai ni depan mata di tempat letak kereta.


Budak-budak yang jaga dalam ni agak friendly. Hanya kek kecik-kecik dalam sangkar gelas tu... full menu ada kat dinding belakang :)


Harga? Korang tengok la sendiri price tag tu... 'it's not about money money moneyyyyyyyy'... sekali-sekala bawa la family makan situ. Kata orang... jangan nanti dikonon-konon kan dek kaum... hahaha.


Tu dia... teh se'cup' tu RM6, Carmomile... ye, jangan sebut pasal harga :). Tapi seriously, cheese kek tu memang sedap giler... berbaloi la dengan tempat yang chanteq dan menyegarkan untuk lepak borak-borak.

Di laluan corridor depan kedai-kedai dalam Citta Mall ni, ada gerai kecik-kecik yang jual macam-macam barang murah. Lebih kurang macam di Amcorp Mall tu la. Ada Harvey Norman di tingkat atas sekali, BBQ King yang jual alat-alat bbq, McD di hujung dekat-dekat Chawan, kedai basikal bila la basikal dalam store tu nak bergerak lagi, kedai buku Times kecik je dan beberapa kedai lagi yang dah mula operasi. Bawa la family ronda kejap sebab kalau tak puashati pun, at least dah datang tengok. Lepas tu boleh hala ke Subang Parade atau Empire Gallery dah selamat ke? yang terletak hanya 15 min dari Citta Mall ni. Dah cuti sekolah pun kan... jenguk la bawak budak-budak kejap, lepas tu gi tengok wayang kat MBO Subang Parade :).

Ok... itu saja untuk kali ni. Insyallah saya akan cuba menulis sekerap mungkin seperti yang diminta oleh pembaca-pembaca setia blog nih. Terutamanya pasal MAKAN.

SELAMAT MENJAMU SELERA :)
Read more

Thursday, October 27, 2011

MERPATI DUA SEJOLI

Ini bukan cerita chinta... masih lagi cerita tentang makan. Bagi mereka yang pernah tinggal di kampung atau pinggir bandar semasa kecil di tahun-tahun 70an dan 80an, pasti biasa dengan suasana di mana ramai yang membela burung merpati. Di kebanyakan bandar kecil, terdapat ramai juga pemilik kedai yang membina rumah/sarang burung merpati yang agak unik binaannya di atas bumbung kedai yang selalunya rata. Rumah kecil itu dibina di antara 2-4 tingkat dengan bilangan pintu kecil yang begitu banyak yang selalunya boleh memuatkan 2-4 ekor burung dalam satu ruang. Dan selalunya satu rumah itu boleh memuatkan hampir 20-40 ekor burung merpati. Mereka yang mempunyai tanah pula akan membinanya berhampiran dapur di belakang rumah.

Yup, saya pernah membina rumah burung merpati ini semasa kecil dulu... tidaklah sepenuhnya, sekadar membantu memperkemaskan binaannya :). Adakah ianya seronok... di zaman itu, tiada tolok bandingnya kerana kemahiran pertukangan melambangkan kejantanan... hahaha. Setidak-tidaknya saya terbabit dengan orang dewasa melakukan kerja-kerja 'orang yang dah bersunat'... kerja orang lelaki.

Satu kepuasan yang sukar diucapkan membela burung merpati. Ianya haiwan yang jinak dan apabila terlalu biasa... ia akan makan beras yang kita hulurkan di tapak tangan. Namun jangan haraplah ianya mudah ditangkap kerana sedikit sahaja gerakan kita yang dirasakannya mengancam... ia akan terbang lari. Mungkin itulah sebabnya kot muncul kata-kata... 'Jinak-jinak merpati'.

Merpati ini cuma diam masa makan. Tapi apabila malam menjelang dan semua masuk ke sarang... kita akan dengar sayup-sayup burung itu berketur (betul ke bahasa ni?)... kurrrrr, kurrrr. Begitulah kot kurang lebih bunyinya... hahaha. Ia berketur hinggalah ke subuh. Dan bunyinya agak kuat sedikit sekiranya sarang didekati oleh binatang lain... atau 'benda'. Haha... begitulah kata arwah datuk setiap kali saya tanya. Dan kalau di kampung, statement sedemikian amatlah mengganggu jiwa apatah lagi bilik air terletak di luar rumah... tahan kencing beb sampai pagi.

Pada masa itu jugalah saya dapat tahu merpati boleh dimakan... kena sembelih macam ayam. Dan saya tahu dengan cara yang agak tragik. Suatu hari datuk memanggil saya untuk tangkap beberapa ekor burung merpati. Tanpa mengesyaki apa-apa, seorang budak yang cukup inesen masa tu (hahaha) berjaya menunjukkan skil menangkap beberapa ekor sekaligus. 'Ha, pegang kuat-kuat kaki dan kepak tu'. Zasss, tak perasan bila masa arwah keluarkan pisau dan sembelih merpati tu. 'Ha, lepaskan dulu, kejap lagi lepas mati ambil balik'. Memang terkedu beb... MELELEH AIRMATA. Merpati yang kita bela berbulan-bulan macam pet... hilang nyawa dah dan bakal jadi lauk. Dekat 4 ekor 'tumpas' di tangan saya... menung tengok merpati tu menggelupur dan pelan-pelan mati. Padahal dah banyak kali tolong pegang ayam untuk disembelih. Come on... cute merpati tu beb.

Sedih tak lama... bila mak goreng merpati yang dah siap dibuang pelepahnya, kena pulak dengan nasik panas, sambal tumis dan sikit sayur... air kopi panas. Rasa macam nak repeat balik esoknya... haha. Betul juga kata atuk... 'kita bela ayam dan merpati ni sebab itu sumber makanan berkhasiat untuk kita. Bukan taraf kita bela binatang untuk hobi'. 'Nasib baik kucing tu tak boleh makan kan Tok?' Sengih arwah... risau gak beb kucing-kucing liar yang rajin datang ke rumah saya jadi lauk hahaha... teman lepak tu.

Yup, daging burung merpati memang sedap... manis dan lembut. Mana nak dapat lagi sekarang... kadang-kadang geram juga tengok burung merpati (tah sapa punya) kat Restoran Syed, Seks 3 Shah Alam tu... hahaha. Boleh juga dibuat masak lemak cili api. Adalah sebesar saiz puyuh kot atau kecil sedikit. Selalunya digoreng kunyit je.

... mana nak cari daging burung merpati sekarang ni?

Read more

Saturday, October 15, 2011

DAGING 'LEMBU PENDEK'


Entah kenapa topik ini boleh timbul tapi itulah perbualan kami semasa pertemuan dengan rakan-rakan yang lama tidak bertemu... rakan-rakan 'keje gomen' yang ada kaitan dengan pertanian, penternakan dan segala yang berkaitan dengan sumber makanan. Dan memang lebih menarik apabila perbualan topik ini berlaku ketika kami sedang baik punya 'sapederk'... hehe. Bagi saya memang agak 'kembang tekak' tapi bagi rakan-rakan... itu adalah isu negara yang amat penting.

BABI... nama jalanan untuk khinzir hahaha. Juga amat terkenal sebagai 'penambah ayat' bagi menzahirkan kemarahan dan kebencian. Silap-silap gaya tuturbahasa, juga boleh menimbulkan isu perkauman. Namun salah satu hakikatnya... khinzir merupakan sumber makanan asas bagi sebahagian penduduk dunia. Malahan semua bahan dari 'pelakon Angry Birds' ini dikatakan boleh dimanipulasi kegunaannya sebagai bahan sampingan makanan.

... no wonder perniagaan berkaitan berkaitan binatang ni dikatakan mencecah berbilion ringgit setahun. Permintaannya juga dikatakan meningkat saban tahun hingga terpaksa diimport masuk dalam bentuk daging beku. Katanya tempat pembelaan binatang ni semakin berkurangan, akibat dari berbagai bantahan dan kekangan politik semasa... saya tidak begitu berminat untuk berbicara politik tentang isu ini.

Sebagai seorang muslim... benar saya agak 'sentimen' sedikit tentang industri ini, apatah lagi ianya berlaku di Malaysia. Singapura juga dikhabarkan tidak membenarkan pembelaan babi di pulau itu... dengar ceritanya begitulah. Dan sebarang usaha pemantauan dan penyeliaan oleh pihak berkuasa, seringkali juga di'spin' oleh segelintir pihak menjadi 'isu perkauman'. Walhal perkara utama yang menjadi perbalahan adalah kesan dari pembelaan dan penyembelihan yang tidak dilakukan dengan teratur dan sempurna.

Namun demikian, saya tertanya juga... apa yang akan terjadi dengan industri makanan di Malaysia jika babi diharamkan pembelaannya di sini. Katalah... ini sekadar andaian liar saya... semua orang bukan muslim di Malaysia terpaksa 'melupakan' langsung daging babi akibat dari sekatan bela dan jual. Bermakna mereka akan beralih ke daging atau ayam atau ikan. Saya agak kurang pasti penawaran bahan makanan alternatif ini mampu menampung permintaan yang terlalu tinggi atau mendadak. Dan hukum ekonomi mengatakan, apabila permintaan menjadi terlalu tinggi berbanding penawaran... harga makanan tersebut akan melambung.

Dan terbayang juga saya... bila ikan kembung berharga RM10/ekor atau ayam menjadi RM30/kg... mampukah orang Melayu yang rata-rata masih berpendapatan rendah menikmati makan 'lunch' atau 'dinner'... atau terpaksa menjadi 'totally vegetarian'? Bila semua menjadi vegetarian pun... permintaan sayur-sayuran naik mendadak... bukan ramai pun orang tanam sayur di sini, banyak juga yang diimport dari luar. Nak bela ayam... mana boleh beb kat rumah teres atau apartment di Shah Alam ni... hehehe. Nak tanam sayur pun kena letak dalam pasu di belakang rumah atau anjung yang cuma sebesar 5' x 10'. Dapat la kot tanam pokok cili... itu pun kalau sempat nak jenguk lepas balik kerja dan saya rasa kebanyakan penduduk Lembah Klang sampai rumah lepas Isya'... saya yakin kita boleh cuba tapi pokok bukan boleh besar dalam masa seminggu, mungkin kita akan gagal bab istiqamah dalam menjaga pokok sehingga besar... lebih-lebih lagi bila sampai rumah, memang ingat nak mandi dan terus tidur je. Esok paginya subuh-subuh sepiee dah kena keluar rumah ke tempat kerja.

Jadi, janganlah isu ini menjadi terlalu sensasi hingga menjejaskan keharmonian... duduk baik-baik dan bincanglah. Tertarik sungguh dengan komen sorang kawan dalam isu ni... 'Sheikh, pegang babi boleh disamak lagi... mana ada dosa. Tapi dosa besar kalau berdua-duaan dengan bukan muhrim apatah lagi menyentuh mereka... samak pun tak guna'.

... begitulah kisahnya. So, ok ke kalau kita buka bisnes pusat pembelaan dan penyembelihan bersepadu babi? Peluang niaga... banyak masyuk ni beb :).



- Posted using BlogPress from my iPad - © ahmadzaimi89@gmail.com
Read more

Sunday, September 18, 2011

MAKAN-MAKAN YANG 'FAIL'

Lama betul tak menulis di blog ni... ada juga kawan-kawan minta saya tulis lagi tentang makan-makan politik takmo kata diaorang... hik hik. Apa la, best apa cerita politik... banyak bahan nih, cerita-cerita politik menarik dari sumber yang amat sahih lagi meyakinkan. Kalau nak cerita politik, kita sembang kat kedai kopitiam la... panjang sangat kalau nak tulis sini, silap-silap ayat... kena saman ratus-ratus juta nanti. Ada sapa-sapa nak tolong bayar?

Ada banyak bahan kalau nak tulis pasal tempat makan ni... tapi tak sempat nak tulis. Nak mulakan mana dulu pun tak tau. Nanti la kot tulis detail sket pasal tempat-tempat makan tu... ni hari nak pasal tempat makan yang nampak ada class sket... Gardens.

Saya cuba cari gambar-gambar lama kafe ni tapi tak jumpa la pulak... so saya tak dapat la nak paparkan dekor kafe ni di sini. Bagi sesiapa yang berkunjung ke MidValley KL, tentu akan tahu di mana letaknya kafe Gardens ni... kafe dengan dekor ala-ala English dan ada orang main piano dalam sangkar hahaha. Tak tau la siapa design dekor kafe ni... tapi 'i loike', menyamankan. Kafe butik ni juga rasanya terdapat di 1Utama, Damansara sebelah escalator dari basement parking. Kalau masuk kafe ni, confirm pelanggan akan bergambar kerana suasana dekor di dalamnya memang menarik.

Hari ni sempat saya berkunjung ke kafe Gardens, Midvalley KL... takde la niat nak makan situ tapi dah lalu kan, masuk la kejap hehehe. Cuma nak tulis panjang pasal kafe ni, 'mood' tak mari disebabkan pekerja yang ambil order.




Orang rumah saya order sirloin steak dan dia beritahu pada budak yang ambil order tu... 'welldone please'. Apa jadi lepas tu... saya cerita nanti.


Saya order lamb... memang faveret nih kalau ada peluang makan (teringat masa di China tahun lepas, puas makan lamb dan mee yang dibuat oleh tukang masaknya masa ambil order... the best ever). Dah makan sikit, baru teringat nak ambil gambar... hehe lapar.

Lamb saya memang no problem... walaupun mintak 'welldone' tapi tak berapa nak welldone... memang hangin sket la sebab bukan murah satu hal... nak mengunyah daging ni kalau tak welldone cara masakannya, memang agak liat sikit.

Orang rumah saya lepas makan sikit, dia beritahu steak tu tak 'welldone' langsung... isinya agak merah sikit. So, saya panggil la budak tadi dan beritahu dia... 'please make it welldone'. Laju dia ambil plate tu dan bawa ke dapur... tunjuk kat chef kot. Selang beberapa minit, budak tu datang balik dan beritahu chef nak masakkan yang baru... yang kita ni pun nak tunjuk polite dan kesiannya... 'it's ok, no need to do that.'

Agak lama juga menunggu, lamb kat plate saya dah habis saya bedal... steak orang rumah saya tak sampai gak lagi hinggalah beberapa minit kemudian budak tu datang dan bawa ini...



HADOIIIIIIiiiiiiiii... rasa macam kena halau ada, nak baling kerusi pun ada hahaha. Mamat tu marah dah ni boleh packed kan steak tu. Yang kita ni menunggu steak tu, untuk habiskan makan di situ... panas-panas. DIA BOLEH BUNGKUSSSSssssss... nak tegur pun hilang mood.

Saya panggil budak lain budak Melayu dan minta bil... saya tanya juga budak mana yang ambil order tadi. Dia bagitau tu budak dari Filipina... hadoiiiiii, takkan tak paham English kot. Boleh budak Melayu ni lagi faham English dari budak Filipina tu... lemau. Dan saya beritahu la budak Melayu tu apa dah jadi... beriya-iya dia minta maaf bagi pihak Gardens.

.... so, maaf memang la boleh diterima tapi macam mana kaki makan yang ekstrim macam saya ni nak lupa peristiwa ni... maybe bertahun kot.

Apapun, mungkin ini kesilapan terpencil... it's ok la kot.

Rating pula... 
  • Dekor dan ambiance dalam Gardens ni memang menyamankan untuk lepak-lepak dan makan.
  • Steak di Windmill Shah Alam lebih sedap dan takleh celen Tony Roma :). Chilli's tu different kategori la beb.
  • Harga makanan dan minumannya fair la... lebih kurang harga di kafe-kafe butik seperti ni. Delicious tu harganya mengarut sket la... not my taste :p.

Itu je la kot... sesiapa yang nak cuba di kafe butik ni, silakan. Mungkin masing-masing boleh timba pengalaman yang tersendiri :).
Read more

Wednesday, August 17, 2011

SHAH ALAM - PERKAMPUNGAN URBAN MELAYU

Apa ada di Shah Alam... agak kerap juga soalan ini dikemukakan oleh ramai orang luar Shah Alam yang berhasrat untuk berkunjung ke sini. Demikian jugalah soalan itu kerap ditanya oleh rakan-rakan semasa saya belajar di ITM Shah Alam (sekarang UiTM). Tidak kurang juga ada yang membandingkan Shah Alam seolah-olah seperti Kuala Lumpur... bandar metropolitian yang serba moden. Mereka membayangkan 'skycrapers'... penuh dengan bangunan bertingkat-tingkat yang mencapai awan.



Shah Alam ini asalnya kawasan ladang kelapa sawit... sebuah kawasan di antara Bandar DiRaja Klang dan Petaling Jaya. Sekiranya kita datang dari PJ menghala ke Klang melalui Lebuhraya Persekutuan... sebelah kiri lebuhraya adalah kawasan perindustrian/kediaman dan sebelah kanan lebuhraya adalah kawasan kediaman sahaja. Dulu di kiri dan kanan lebuhraya ini merupakan 'dumping site' bahan-bahan buangan sisa pepejal... samada secara sah atau haram. Pada tahun 70an hingga awal 80an... tanah-tanah di Shah Alam ini amat murah... ada yang sekitar hanya RM5,000/ekar. Sekarang tanah lot banglo seluas 50' x 150' boleh mencecah jutaan ringgit.

... sejarah la pulak. Kita tinggalkan dulu bab sejarah... kalau nak tau, browse la mana-mana website.



APA ADA DI SHAH ALAM.....



Seingat saya, ikut kata-kata orang kerajaan yang saya kenal la awal 80an dulu... Shah Alam diwujudkan sebagai sebuah bandar pentadbiran baru Negeri Selangor bagi menggantikan Bandar Klang yang telah begitu padat pada masa tersebut. Disebabkan kebanyakan hakmilik tanah di Klang adalah hak individu... kos pengambilan tanah untuk membina pusat pentadbiran baru amat tinggi manakala keluasan tanah bangunan kerajaan yang sediada tidak memungkinkan pembangunan semula berskala besar. Namun saya ada juga mendengar beberapa lagi cerita lain tapi tak payah rasanya kot nak cerita semua sini... lari topik nanti.

Shah Alam adalah sebuah bandar kediaman moden dan pusat pentabdiran Kerajaan Selangor. Berbeza dengan bandar lain... KEDIAMAN adalah subjek utama pembangunan di Shah Alam. Namun demikian, dikatakan bahawa bangunan kediaman tidak boleh dibina melebihi ketinggian bangunan MBSA atau Menara Masjid Negeri Shah Alam... betul atau tidak, kita boleh perhatikan sendiri bangunan yang ada.


Pusat Beli-Belah... semuanya bersaiz sederhana di Shah Alam, seolah-olah dibina sekadar mencukupi untuk penduduk Shah Alam. Kompleks PKNS, Shah Alam Mall Seksyen 9, Alam Sentral Pusat Bandar, SACC Mall, Kompleks di Seksyen 18 (lupa nama)... dan yang akan datang Space U8 di Bukit Jelutong. Namun ini tidak pernah mendatangkan sedikit pun masalah kepada penduduk Shah Alam sebab Shah Alam ini dihubungkan dengan rangkaian lebuhraya... rasa-rasanya semua lebuhraya yang ada di Lembah Klang bersambung dengan Shah Alam. Jadi kalau kami hendak ke mall yang besar... hanya perlu pandu dalam 15-30 minit melalui rangkaian lebuhraya yang ada dan kita akan sampai ke Subang Parade, Empire Shopping Mall Subang, Sunway Pyramid, 1Utama dan Curve, Damansara, Bangsar Shopping Centre dan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Jadi, panggung wayang, pusat karaoke, megamall... amatlah tidak dialu-alukan oleh kebanyakan penduduk Shah Alam yang mahu mengekalkan kedamaian hidup berkediaman.

Mercu tanda... kami ada kubah masjid yang terbesar di dunia, itulah kubah Masjid Negeri Shah Alam dengan mimbar yang paling chanteq di Malaysia. Tugu Peringatan Selangor pula terletak di kawasan Bangunan SUK Shah Alam dan tahukah anda bangunan SUK ini mirip sebuah kapal? Mungkin juga ianya ilham dari Almarhum Sultan Salahuddin, ayahanda Sultan Sharafudin sekarang ini yang begitu meminati dunia pelayaran. Tasik Shah Alam di Pusat Bandar adalah sebuah tasik buatan dan merupakan rangkaian 3 buah tasik. Di sinilah terletaknya pusat rekreasi Wet World... sila datang awal jika hendak menggunakan kemudahan berbayar ini sebab memang penuh time cuti. Perpusatakaan baru Shah Alam juga menarik... di kawasan penuh pokok dan sebuah tasik, bersebelahan dengan Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (lebih dikenali sebagai Kampung SAS... haha, mungkin ikut singkatannya kot KGSSAAS). Selain itu, Stadium Shah Alam yang memang terkenal di dunia dengan bumbung konkrit tergantungnya. extreme park, go-kart race track... AMACAM? Dan ada juga I-City... bandar lampu yang berwarna-warni... tapi chanteq waktu malam dan gerhana matahari je la beb.

Bagi sesiapa yang meminati banglo dan mansion... boleh la bersiar-siar di kawasan Seksyen 7 dan 12... the rich and famous stay there :)

Di Shah Alam juga ada 2 istana... Istana Mestika, kediaman rasmi Sultan Selangor dan Istana Kayangan, kediaman rasmi Raja Muda Selangor. Boleh la datang ambil gambar di pintu istana... anda patut ambil gambar sebab kita ada Sultan yang paling 'cool' di Malaysia. Tuanku merupakan satu-satunya anak raja pertama yang belayar mengelilingi dunia dengan kapal layarnya yang mengambil masa beberapa bulan... anda berani? Baru berkayuh sampan kat Tasik Shah Alam pun... lenguh tangan. Tuanku juga telah beberapa kali melakukan ekspedisi kereta klasik dari Peking (Beijing) ke Paris... ribu-ribu kilometer tu beb... ada berani? Saya ada buku Tuanku tentang ekspedisi ini... memang amat mengagumkan.




Dan apa yang paling orang Shah Alam suka buat di masa lapang... MAKAN DAN BERIADAH. Orang Shah Alam memang suka beriadah... awal pagi, tengahari, petang dan malam. Setiap hari terutamanya hari cuti... kita boleh lihat ramai orang Shah Alam di padang bola, berbasikal di jalan malahan berjogging di merata-rata taman kediaman.

Berapa banyak padang golf di Shah Alam dan yang amat berhampiran dengan Shah Alam?... KGSSAAS, Kota Permai Golf CLub, Glenmarie Golf Club, Guthrie 9-hole Bukit Jelutong, Kelab Golf Bukit Kemuning, Kelab Golf TUDM, Monterez Golf Club, Kelab Golf Subang... dan kalau rajin hingga ke Damansara, kita akan jumpa Kuala Lumpur Golf Country Club (5 star), Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Tropicana Golf Club... banyak beb, belum kira masuk dekat-dekat KL lagi. Bagi yang tak main golf... takde hal. Boleh datang makan di terrace lounge kelab-kelab ini sambil menikmati pemandangan padang golf yang memang sangat chanteq... believe me bro, harga makannya tidak la semahal yang anda sangkakan malahan lebih murah dari harga hotel... big portion pulak tu.




Kedai makan pula... merata-rata sekarang ini, semakin bertambah setiap tahun. Kalau pergi kedai mamak... semuanya size besar malahan kerusi meja melimpah hingga ke luar kawasan kedai. Sebabnya... orang Shah Alam amat menghargai makan bersama... bersama keluarga dan kawan-kawan. 1-2 jam tu dah memang gerenti beb... sampai 2-3 gelas teh tarik. Nampak macam takde kerja kan... tapi disebabkan kami kuat kerja la... kami amat menghargai waktu makan. Tak percaya... pergi la tengok dan ramai juga yang 'dressed up' untuk pergi makan je. Malahan sekarang ini, kedai kopitiam tumbuh melata di Shah Alam dan besar-besar belaka... selalu penuh terutamanya selepas waktu pejabat. Jadi, pilih la ikut selera masing-masing... mamak, Thai, Melayu, western, campur-campur... semua ada. Banyak kedai makan yang selesa dan amat bersih... dan gerai-gerai bergerak di bahu-bahu jalan juga tidak kurang enaknya... kena cuba la baru tahu. Rajin-rajin la bertanya, insyAllah bab makan ni... orang Shah Alam memang tak kedekut bagitau tempat makan yang best.... kan.



Itulah lebih kurangnya Shah Alam... bandar urban Melayu yang amat kami cintai dan hargai. Harap-harapnya kekal la seperti ini untuk selamanya. Bimbang juga dengan perkembangan politik sekarang ini yang kerapkali 'melanggar adat'. Contohnya, konsert telah dibenarkan di kawasan I-City Shah Alam, sedangkan kita ada stadium di mana konsert boleh diadakan secara tertutup dan jauh dari kawasan kediaman. Ayat politik saya... agak-agak lain macam je, kita tukarrrrrrrrrrrrr YB... haha.

Jadi kepada mereka yang berhajat untuk datang ke Shah Alam... anda amat dialu-alukan, selamat datang ke bandar kediaman kami. Kena pandai la susun jadual dan tempat lawatan kerana kami takkan bersetuju sama sekali untuk menukar landskap Shah Alam... hatta sebuah panggung wayang sekalipun :). But i can jamin you guys ... you can really enjoy the foods and hospitality. Di bandar ini juga anda akan lihat, Porsche Cayenne, BMW, Merc, Bentley, Ferrari dan Lambo sebelah menyebelah samada di trafik light atau kedai-kedai makan... hehe boleh tengok tapi jangan la ambil gambar, nanti tuannya sound la pulak hehe... calar kereta tu kang, ribu-ribu nak cat.

Shah Alam... dulu, kini dan selamanya.
Read more

Saturday, August 13, 2011

JUAL TASBIH DI TRAFIK LIGHT


Mungkin ramai yang tidak begitu memahami maksud gambar di atas jika saya tidak menceritakan gambaran sebenar tapi inilah antara pemandangan baru yang terdapat di Shah Alam... warga asing menjual tasbih di perhentian lampu isyarat. Kali pertama saya perasan 'pemastautin baru' ini ialah sehari dua selepas masuknya bulan Ramadan di waktu selepas zohor ketika saya dalam perjalanan ke pejabat. Dan selepas itu saya masih juga melihat kelibat warga asing ini pada hari-hari yang berikutnya.

Bertempat di 'cross-bridge' di Lebuhraya Persekutuan menghala ke kilang CSR Batu Tiga... beberapa kali saya melihat kelibat 2 lelaki dan seorang wanita warga asing yang tekun menunggu lampu isyarat bertukar merah untuk mereka memulakan 'operasi' menjual tasbih sambil memberi isyarat 'tapak tangan ke mulut' seolah-olah meminta belas ikhsan untuk makan. Dan beberapa kali juga saya cuba untuk mengambil gambar namun seringkali tidak berpeluang. Namun, beberapa hari lepas saya berjaya merakamkan seorang dari mereka sedang beraksi.


Beliau akan menunggu di hujung lampu isyarat sambil menunggu lampu bertukar merah, di mana deretan kereta akan berhenti... dan ketika itulah beliau akan berjalan dari tingkap ke tingkap kereta sambil meminta simpati pemandu untuk 'membeli' hasil jualannya. Macam tau-tau pulak dia lampu isyarat telah bertukar hijau dan dia akan ke tepi... dan perlahan-lahan beliau akan berjalan menuju ke lampu isyarat untuk memulakan 'aktivitinya'.

Dari satu sudut saya agak simpati juga... apatah lagi bila tengok muka kesian minta simpati, cair der jiwa macho hahaha. Tapi bila tengok mamat tu, rasanya macam sihat je. Kalau ramai lagi rakyat Malaysia boleh bersusah payah buat macam-macam kerja demi sesuap nasi untuk keluarga... hati kecil saya berdetik juga... mamat ni harus bekerja juga. Apatah lagi saya berasa agak kurang selesa melihat seseorang yang kelihatannya seperti muslim menjual tasbih sambil menadah tangan dari tingkap kereta ke tingkap kereta... mungkin kita yang muslim boleh memahami tapi bagaimana pandangan bukan muslim. Begitu jugalah sebagaimana kurang selesanya saya apabila ada budak-budak kita yang kelihatannya masih kanak-kanak menjual berbagai barangan di stesen minyak dan Komplek PKNS.

Aktiviti ini juga berlaku di perhentian lampu isyarat dari Giant Hypermarket menuju ke Bukit Jelutong. Warga asing yang berlainan tapi kelihatannya dari suku bangsa yang sama... sedang melakukan aktiviti yang sama. Bimbang juga saya bila lihat beliau dengan berani berjalan di celahan kereta dan diselang-seli dengan motorsikal yang tidak kurang lajunya.

Ada juga kedengarannya yang kurang senang dengan kehadiran warga asing ini dan pemandangan seperti ini. Dengar-dengarnya ada juga yang 'berselisih pendapat' laki bini... mana taknya sheikh, sorang kata bagi la... sorang kata tak payah bagi... boleh mendatangkan marah beb hahahaha. 

Apapun terpulang kepada diri masing-masing dan saya rasa mungkin ada pihak berwajib yang akan mengambil tindakan kot. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan warga asing ni... mungkin kaedah ini adalah biasa di luar negara malahan biasa juga saya lihat di Jakarta tapi kurang manis rasanya bila berlaku di Malaysia.

Selamat bersahur rakan-rakan sekalian... kadang-kadang 'hari sukar' kita tidaklah seteruk 'hari terbaek' orang yang kurang beruntung di dunia nih. Jadi sama-sama la kita mensyukuri nikmat yang kita ada sekarang ini dan terus berusaha demi masa depan diri dan keluarga. Doa saya buat semua... semoga Allah permudahkan urusan semua di dunia dan akhirat.... amen.
Read more

Thursday, July 28, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA... WE PROUD OF YOU


Gambar di atas saya ambil semasa Safee dan Amirul datang ke majlis pelancaran Karnival Bolasepak Merdeka PNSB pada tahun 2009 dulu... semasa mereka baru nak naik. Dan sekarang mereka membuat kita merasa bangga memakai jersey Harimau Malaya. Amirul adalah anak kepada Coach Zainal Nordin yang juga jurulatih pasukan bolasepak PNSB FC.

Nampaknya nasib tidak menyebelahi kita pada malam ni untuk pra kelayakan bolasepak Piala Dunia... yup kita kalah dengan Singapura... errr Rusia, err Uzbekistan, err China... apa pun la. Memang berdebar giler tengok game malam ni... 90 minit yang mendebarkan. Saya tak mau ulas sangat la pasal game tadi di Stadium Bukit Jalil... kita akui je kita kalah, it's ok beb. 

Menyaksikan anak-anak muda Malaysia bermain malam ini memang sesuatu yang menyeronokkan... seperti melihat bola pada era 80an dulu... ada orang Kelantan, orang Selangor, orang KL... orang kita la semuanya, nama-nama yang biasa kita dengar sejak kita bersekolah rendah hingga menengah... anak-anak kelahiran Malaysia.

... saya takmo ulas pasal team Singapore sebab tak tau la budak-budak tu geng Jurong ke, Geylang ke... tah sapa-sapa tah.

... meh kita fokus dengan Harimau Malaya.

Malaysia main fairly good malam nih... FAM atau sapa saja la yang jaga bolasepak kat Malaysia ni tak payah la buat post mortem atau rombakan melulu. Budak-budak tu dan Rajagobal doing just fine... giler beb, kalah tapi kita masih bangga dengan team Harimau Malaya. Mana taknya... macam tengok Malaysia lawan The Rest of The World... dan masih boleh seri. You guys really rock it bro... thanks.

Memang lama tak rasa feeling macam ni... seronok tengok game Malaysia yang nampak mula konsisten untuk naik semula dalam dunia bolasepak. Berbanding beberapa tahun lalu... kejap naik kejap tenggelam. Mungkin kita patut hidupkan semula Pesta Bolasepak Merdeka dan jemput negara-negara yang bagus dalam bolasepak untuk turut serta... beri lebih lagi pendedahan. Saya peratikan Malaysia macam takut nak anjurkan kebelakangan ni sebab asyik jadi skuad belasahan... sekarang saya pasti senarionya sudah berbeza.

Barisan pemain kita malam ni memang muda-muda belaka... and they played fairly well. Habis, takkan nak kutuk pulak kan... at least kita dah mula somewhere. Kita jangan melatah sangat pasal result malam ni... mesti terus mencuba dan pasti boleh. Kalau tidak takkan stadium Bukit Jalil tu penuh beb... lama dah tak tengok penuh macam tu dan hampir semua orang pakai jersey Malaysia. Last dulu... dulu la kan... masa Selangor cemerlang, merata-rata kita lihat rakyat Selangor pakai jersey Selangor. 

Sebab apa.... sebab kita bangga dengan pasukan Selangor.

S
E
K
A
R
A
N
G

..................... MANA-MANA CERUK RANTAU PUN, KITA DAH MULA KEMBALI PAKAI JERSEY HARIMAU MALAYA SEBAGAI PAKAIAN HARIAN.

Sekali lagi kepada pasukan bolasepak Harimau Malaya.............. tahniah. Korang dah kerja keras, main bagus... dan kami puashati.

.................... kita boleh bikin lagi... PASTI BOLEH


Read more

Monday, July 25, 2011

SEKALI SEKALA MAKAN KEK... WELLLL

Saya tak berapa fancy sangat makan kek nih... mak saya selalu kata tekak saya ni 'tekak Melayu koman spanar'. Walaupun saya pun tak berapa pasti apa maksudnya tapi dari cara mak saya menyebut dengan idhram ma'alghunnah yang kurang sedap intonasinya... kira saya ni memang tekak Melayu deli la hahaha. Serious sheikh, berkali-kali saya cuba  makan kek... kadang tu tak habis. Yang habis tu bila slice kek yang memang dah kecik tu, dipotong lagi untuk sekali ngap. Memang ada yang sedap... kebanyakannya saya rasa memang sedap pun tapi... tekak takmo... koman betul. Orang rumah saya memang suka... dan pandai buat kek. Disebabkan saya tak berapa suka... so, dia buat 'on demand' je la.

Sebut pasal kek nih... saya selalu perhatikan sorang budak yang menjual kek 'homemade' di pagar masuk Pasar Seksyen 6... sejak bertahun-tahun yang lalu beliau jual kek di situ. Seawal pukul 9am kot dah ada dan kadang-kadang hingga tengahari... ikutlah berapa banyak kek yang beliau dah jual. Tak tahu la saya samada dia jual setiap hari kerana saya hanya ke pasar ni samada hari Sabtu atau Ahad. Mula-mula saya tengok beliau di situ, umurnya mungkin dalam lingkungan 14-15 tahun kot... yup, memang muda. Tapi tak tergerak pulak saya nak cuba beli kek tu... 

.
.
.
.
.
... beberapa tahun kemudian

Setiap kali berkunjung ke rumah saudara-mara, orang rumah memang gemar bawa buah tangan... tanda menghormati dan ingatan. Tak tau nak bawak apa dah, satu hari kebetulan lalu di kawasan tu... kami decided cuba try test kek ni. Yup... Marble Cheese Cake, sebab nampak macam sedap. Kami ke rumah mak saya selepas itu dan surprisingly... ramai yang suka dengan kek tu especially budak-budak.

... so, kami cuba sekali lagi selepas itu dan buatlah sedikit sesi suaikenal... peramah la katakan hehehe


Orang Shah Alam yang biasa ke Pasar Seksyen 6, Shah Alam tentu familiar dengan lokasi ni. Adik Muhammad Fadzli atau dengan panggilan Olie ni dah tukar lokasi port meniaganya. Sekarang ni jalan keluar dari pasar tu berhampiran simpang Surau Seksyen 6, belakang Stesen Petronas.  Simple je gerainya... tapi bila bertahun-tahun beliau berniaga hingga sekarang yang nampaknya macam dah berumur 17 tahun... saya kira perniagaannya berpotensi baik. Dan saya ulang sekali lagi... ikut tekak saya, Marble Cheese Cake dia memang sedap. Siap bagi diskaun lagi bila orang pompuan beli haha. Tak tau la kalau saya beli mungkin dapat diskaun jugak kot... gurau Olie, jangan marah.


Agak murah juga harga keknya dan Marble Cheese Cake tu memang orang borong habis kalau lambat beli. Saya beli juga kek coklat tu tapi disebabkan agak manis sikit saya memang anti sikit dengan gula dan garam, tak berapa nak makan la. Budak-budak memang suka kek coklat nih... cepat je habis. Mungkin la sebab kek, so saya kurang la sket... kalau coklat black bittersweet 70% tu, memang makanan saya sungguh la... hantu coklat haha. So kalau siapa-siapa nak beli Marble Cheese Cake ni... kena datang awal la sket sebelum pukul 11am sebab orang depan saya borong sampai 3... saya dapat beli yang last 2 je.


... yang dalam plastik tu saya punya, yang kat luar tu lupa la pulak apa nama keknya... nampak macam sedap je hahaha


Ini la antara produk kek yang Olie jual... ada macam-macam. Tak berani la saya kata semua sedap sebab saya cuma rasa Marble Cheese Cake (gambar bawah kiri tu) dan kek coklat. Kena datang dan try sendiri la beb baru tahu sedap ke tak... kan.


Inilah brader Olie kita... rajin dan peramah... senyum je manjang bila kena interview macam-macam dengan saya. Siap bagi saya business card lagi... class ko niaga dik hahaha. Tiba-tiba terasa jari macam melentik la pulak bila menaip hik hik.




Alamak... sori la brader, diharap sudilah anda pusingkan sikit monitor anda bila baca business card nih. Hahaha... kreativiti jurugambar yang agak janggal.

Apa pun saya agak mengagumi adik Olie nih... masih lagi berniaga bertahun-tahun di situ. Bila boleh sustain hingga sekarang, saya kira perniagaannya tentu bagus. Dan terima kasih la kepada pihak berkuasa kerana memberikan peluang beliau berniaga di situ untuk beberapa jam. Memang bersih tempat beliau berniaga tu... takde sampah langsung. Beliau juga ada memberikan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sesiapa yang membeli dengan kuantiti tertentu. Korang jangan la pulak order satu dan suruh hantar sampai ke Klang... kamon la, buat naya budak tu je. Dan saya pun ada berura-ura kalau ada buat makan-makan ke... mungkin boleh minta Olie hantar kek.

Selamat majujaya Olie... Tony Fernandez juga bermula dengan beberapa buah kapalterbang sahaja semasa memulakan Airasia... dan lihatlah sekarang kejayaan beliau dalam beberapa tahun. Siapa tahu... Olie juga akan jadi usahawan besar beberapa tahun lagi kerana pengalaman beliau sekarang ni memang amat berharga.

... everyone is living by selling something dan Olie telah memulakannya di usia muda... semoga berjaya... ameen.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...