Sunday, December 26, 2010

BULAN HILANG... TIMBUL BINTANG 3

Menarik juga bila baca kenyataan Kerajaan Selangor yang melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2011... siap keluar pekeliling yang meminta semua agensi meletakkan logo tersebut di semua surat dan dokumen rasmi. Saya pasti usaha tersebut boleh memberikan promosi yang baik bagi menarik lebih ramai pelancong ke Selangor pada tahun hadapan


Menarik juga logo ni... cuma ada macam yang tak kena pulak rasanya. Akal nakal saya telah mula memikirkan segala yang bertentangan. Cuba kita perhatikan bendera Selangor dan 'crest' Kerajaan Negeri... cuba kita perhatikan betul-betul... sebelum kawan-kawan saya di dalam Kerajaan Selangor menuduh saya yang bukan-bukan... lapangkan fikiran dan amati maksud tersirat tindakan terbaru ni.







Samada saya kurang pengamatan atau sememangnya disengajakan... kenapa logo Selangorshines tidak ada gambar bulan? Bukankah bulan itu perlambangan Islam jika mengikut PAS? Kenapa bulan dibuang dan diletakkan bintang sahaja... 3 bintang pulak tu.

Akal nakal saya tidak boleh berhenti berfikir... apakah ini permulaan usaha politik di Selangor untuk 'memadam' dan 'melakarkan' semula sejarah Selangor? Apakah penggunaan 3 bintang ini satu usaha provokasi atau tindakan 'test line'?

Apakah dengan hanya meletakkan 3 bintang... pelancong akan tahu ianya adalah Selangor. Atau ini adalah usaha terbaru pihak-pihak tertentu yang hendak melakarkan semula kononnya... KOMUNIS BINTANG TIGA dahulu adalah pejuang kemerdekaan?

... rasanya tak payah la buang jatidiri Negeri Selangor semata-mata hendak menunjukkan betapa 'open-minded', betapa 'plural'nya atau betapa 'tidak hormatnya' kita terhadap identiti Selangor yang memang telah lama terpampang di bendera Selangor.

... akan kurangkah pelancong kiranya kita letak bendera Selangor di logo Selangorshines?



Read more

Saturday, December 25, 2010

SUATU MASA DI TAHUN 80-AN... MASA TU MEMANG 'COOL' BEB




Suatu masa dulu, siapa yang pakai spek ni... kira cool la masa tu... famous Rayban ni beb. Selain dari melindungi mata dari pancaran ultra violet... ianya agak berkesan untuk beritahu anak dara yang kita ni 'cool'... hahaha. Bukan semua mampu pakai spek ni dulu... masa tu harga RM250 boleh tahan mahal tu. Entah ke mana tah hilangnya spek ni, rasa-rasanya boleh jadi style untuk tahun 2011 nanti... mana la tau kan... mana la tau laku lagi... hahaha.

Tengok budak-budak sekarang ni, lain macam pulak fesyen spek diaorang. Bentuk pun macam-macam dengan warna yang agak 'striking' ala-ala penyanyi British bernama Boy George dulu. Tapi apesal yang lelaki sekarang pakai spek perempuan... lenggok jalan tu beb.



Suatu masa dulu, masa kereta tidak begitu banyak di jalanraya... pusingan nombor pendaftaran kereta tidak la sekerap sekarang ni. Hanya pegawai tinggi kerajaan atau VVIP atau businessman kaya yang mampu pakai nombor pendaftaran cantik satu, dua atau tiga angka. Yang kerabat raja pulak masa tu boleh pakai nombor pendaftaran berwarna kuning. Asal ada je member yang datang sekolah naik kereta dengan nombor pendaftaran cantik, memang tabik spring la. Tapi apesal pada masa tu kan, orang asyik sebut 'nombor flat'... musykil nih.

Sekarang ni sesiapa jua yang ada duit boleh beli nombor pendaftaran cantik secara tender... masuk sahaja bidaan. Pusingan nombor pendaftaran juga amat cepat... tak sampai sebulan. Hari ni kita nampak nombor WTE 111, tak sampai sebulan dah keluar nombor WTF 111. Dan untuk mendapatkan nombor cantik... ada yang sampai RM70,000. Ada berani?


Dulu tak ramai yang minat kereta Mini Clubman ni. Saya masih ingat guru displin saya pernah guna kereta ni. Bayangkan ada sekali tu kami ada game bola di Kapar dan kenderaan tak cukup untuk bawa semua pemain. 6 orang beb naik kereta kecik ni dengan kelajuan 60km/j... bayangkan masa tu jalan nak hala ke Kapar bukannya dekat. Dekat sejam baru sampai... patah pinggang duduk berasak. Sambil tu sempat tanya cikgu... 'apesal cikgu pasang lampu Hella sampai 3 bijik depan muncung kereta ni?'. Selamba je diaorang jawab... 'itu nak bergaya je la, bukan boleh nyala pun'. Tapi masa tu kami terima jawapan cikgu dengan penuh hormat... sebab memang 'cool' la nampak kereta tu... masa tu la kan.

Sekarang cuba korang pasang lampu Hella tu 3 bijik depan kereta korang... agak-agak orang kata 'cool' tak?


Budak-budak dulu kalau bercakap memang beradab. Kalau ada yang kurang ajar pun... boleh dibilang dengan jari. Itupun setakat suka mencarut je la... takde la mereka menggelarkan orang tua ke siapa ke dengan perkataan yang biadap atau 'hostile'.  Masing-masing masih menghormati satu sama lain. Punya la masyarakat jaga budaya, Menteri Penerangan pada masa tu, Dato Mohamed Rahmat cukup teliti cara berpakaian dan rupa jika hendak keluar di peti televisyen. Kalau yang jantan tu rambut panjang, yang perempuan pakai menjolok mata... jangan harap la nak keluar di media.

Tapi agak kesal sedikit sekarang ni bila kita baca blog, facebook dan di mana sahaja... orang seolah-olah dah hilang budi bahasa atau boleh saya kata... hilang maruah lidah. Suka-sukahati diaorang je bagi gelaran yang 'kurang ajar' pada orang tua. Nak harap orang politik yang menggelar diri mereka Ketua Masyarakat... lagi kurang ajar!! Mungkin la orang sekarang kata mereka lebih terbuka.... lebih 'advanced' kata orang putih.

... mungkin ada yang kata tahun 80an telah berdekad berlalu. Apa la yang ada sangat pada tahun 80an kan... internet pun takde masa tu. Tapi cuba perhati... mana ada sekarang orang buat siaran radio 90s ke atau 2000s ke... orang semua kata 'The 80s'... dan sememangnya muzik zaman 80an kekal mekar hingga ke hari ini.

... kalau sahaja keharmonian dan budi pekerti di zaman 80an dapat kembali... tentu Malaysia sekarang menjadi kekal indah dan harmoni. Harap je la kan.... harap.


Read more

Thursday, December 23, 2010

CERITA SATU MALAM JUMAAT


Terkedu sekejap bila Kerajaan Selangor hari ni umumkan pengharaman logo 1Malaysia di premis perniagaan di kawasan jajahan Majlis Daerah Kuala Langat. Logo ini dikatakan bermotif politik kerana ianya adalah inisiatif dari Barisan Nasional yang juga parti memerintah Malaysia buat masa ini. Saya kira tentu perkara ini teramat serious di dalam agenda Kerajaan Selangor kerana ianya dibincangkan dan diputuskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)... satu jawatankuasa peringkat exco yang melaksanakan dasar Kerajaan Negeri. Alasannya sememangnya hanya satu... 'logo tersebut bermotif politik'.

Untuk pengetahuan mereka yang tidak mengetahui apa itu MMKN, ahli-ahlinya terdiri dari komponen parti yang memerintah dan beberapa pegawai tertinggi kerajaan. Saya juga cuba memerhatikan dari sudut lain tentang logo ini dari perspektif seorang muslim... takde salib, takde imej syaitan, imej binatang jauh sekali. Mungkin 'makrifat' ahli-ahli MMKN terlalu tinggi hingga logo ni nampak sama seperti logo 1Israel... mungkin kot.

Mungkin ini la kot yang dikatakan logo 1Israel yang dikatakan ilham kepada 1Malaysia yang juga dikatakan logo bersifat agenda politik Barisan Nasional. Agaknya kalau logo 1Malaysia tersebut dibenarkan berleluasa tertampal di premis perniagaan maka seluruh rakyat Selangor akan menjadi Yahudi... mungkin itulah agaknya yang bermain di dalam fikiran Kerajaan Negeri Selangor. Begitu risau benar mereka 'akidah' rakyat Selangor akan terpesong jika logo 1Malaysia tertampal. Tak mengapa guna logo mata biru sebab biru itu ketenangan... tak mengapa guna logo bulan sebab pungguk sentiasa merindu... tak mengapa guna logo roket sebab boleh bom negara yang tak mau ikut telunjuk. Tapi jangan sekali-sekali logo 1Malaysia sebab salah.

Tapi 'orang bulan' dalam MMKN tak pernah pulak timbulkan isu berbagai logo lain yang lebih 'menjolok hati' orang muslim... mungkin kerana tak sesat akidah kot. Cuba perhatikan logo yang menjadi kegemaran ramai dan mungkin juga pengikut 'cap bulan' di Selangor.

... sori penyokong MU :)


'Orang Bulan' takmo ke keluarkan fatwa pasal logo di atas tanpa perlu bimbang kehilangan undi... atau mungkin mereka lebih rela hilang akidah dari kehilangan undi agar dapat duduk di pejabat besar Putrajaya... kompleks pentadbiran yang dulunya pernah mereka habis-habisan tuduh Che Det sebagai pembaziran mega Kerajaan Malaysia.

... marahkan nyamuk kelambu dibakar
... marahkan anak, menantu disindir
... marahkan 1Malaysia, peniaga-peniaga kecil disergah
... gilakan undi, hilang akidah
Read more

Saturday, December 18, 2010

PEGUAM SYARIE... MASUK ISLAM, BUKAN SUSAH PUN

Hari ni Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah menetapkan untuk menolak sebarang perlantikan bukan Islam sebagai seorang peguam syarie. Syabas saya ucapkan apabila perkara ini ditangani dengan cara yang cukup berhemah. Bagi seorang yang cetek agama seperti saya ni... kalau nak jadi peguam syarie, boleh apa salahnya... anuti la agama Islam yang sememangnya suci ni. Tak payah la sampai nak tuntut hak sampai ke mahkamah atas dasar hak persamaan, liberal atau apa saja alasan yang boleh dimanupilasikan bagi memungkinkan juga peluang untuk menjadi peguam syarie.

Kecoh sekejap isu ni dulu... sampai ada juga orang Islam yang tergamak menyatakan sokongan demi meraih simpati sokongan undi... demi menunjukkan betapa liberal Islamnya mereka... demi menunjukkan bahawa Islam itu adil dan saksama menurut tafsiran mereka. Dan hari ini Alhamdulillah... Majlis Fatwa telah memberikan keputusan.

Apabila isu ni timbul dulu, saya juga agak kehairanan kenapa beriya benar peguam bukan Islam tersebut hendak menjadi peguam syarie. Dalam benak kepala saya terfikir juga... peguam syarie yang ada sekarang kurang hebat kot atau mungkin 'market' kes syarie adalah besar atau mungkin sebab-sebab lain yang peguam tersebut sendiri maklum. Mana tidaknya, dulu juga kecoh apabila bukan Islam mengatakan terdapat kes-kes di mana orang bukan Islam 'dibicarakan' di Mahkamah Syariah tidak mendapat pembelaan sewajarnya akibat perbalahan dan kekaburan tentang agama sebenar seseorang... terutamanya yang melibatkan orang bukan Islam menganut Islam secara senyap-senyap.

Tak silap saya memang ada peruntukan undang-undang yang mengatakan 'any person' (... tak ingat Seksyen berapa) boleh menjadi peguam namun ianya wajar dibaca bersama dengan Peraturan Peguam Syarie 1993 yang secara jelas menyatakan kelayakan menjadi peguam syarie haruslah... SEORANG MUSLIM. Secara logik akal seorang Islam juga... mana bisa seorang bukan Muslim berbicara dan mengadili kes syarie seorang Muslim kan... memang harus tidak masuk akal tu.

Apa yang saya fahami sedikit-sedikit tentang perundangan Islam ni... ianya bersifat 'Divine Law', ada roh... bukan sekadar tulisan. Ianya seperti satu bentuk kehidupan keseluruhan yang mesti dipenuhi jiwa dan raga, dianuti, difahami maksud keadilannya... 'it's a way of life'. Ianya bukan sekadar pelaksanaan semata-mata. Memang benar ada sedikit kekurangan dalam pelaksanaan di sana dan di sini namun ianya bukanlah alasan untuk menyatakan prinsip perundangan Islam itu tidak suci dan gagal. Kesilapan seorang Muslim dalam perlakuan sehariannya sama sekali tidak akan menjejaskan kesucian agama Islam melainkan ianya akan merugikan orang tersebut... agama Islam akan kekal suci selamanya, hanya saja kita ada 'kepentingan sendiri' yang lebih memenuhi kehendak diri dan bukan kehendak agama. Dan sesungguhnya saya amat sangsi seorang bukan Islam boleh menjiwai Islam sekiranya beliau menjadi peguam syarie.

Memang ada 'arguements' bila Perlembagaan Persekutuan digunapakai dalam segala hal semata-mata untuk mendapatkan hak mengikut tafsiran undang-undang. Namun, ikut pemahaman 'businessman' seperti saya... mahkamah sivil teratas juga harus merujuk kepada undang-undang di bawah dan bukan sewenang-wenangnya boleh 'over rule' hentam keromo.

Puak-puak yang mengaku Liberal Islam pun... hati-hatilah bila dah jadi pemimpin. Janganlah apabila hak dan kepentingan Islam dicabar sedikit orang bukan Muslim... puak-puak ni jadi lebih lajak dari laju, lebih sudu dari kuah. Kononnya hendak menunjukkan itulah Islam yang sebenarnya... orang lain adalah fanatik, ekstrimists, fundamentalist atau sesat. Bila ada isu yang membabitkan ketidakadilan orang bukan Islam... puak-puak ni seperti pekak dan bisu... kononnya diam itulah sifat liberal.

Hingga sekarang saya masih menunggu bilakah YB Islam 2.0 dalam Kerajaan Selangor berani tampil ke hadapan dan kata... 'SYARAT UNTUK SIJIL HALAL BAGI PENGUSAHA MAKANAN YANG AKAN DIJUAL KEPADA MUSLIM HARUSLAH SEORANG MUSLIM'. Walaupun saya sangsi ianya akan berlaku namun... itulah doa saya. Saya harap mereka seberani Allahyarham Bekas Mufti Selangor, Ustaz Ishak Baharom yang yakin menyatakan merokok adalah haram di Selangor.

... saya sentiasa yakin, Islam akan mekar di Selangor.
Read more

DUA ALAM

Kali pertama saya dengar perkataan ini ialah semasa di sekolah rendah. Pada masa itu dua alam lebih merujuk kepada binatang bernama katak yang dikatakan boleh hidup di dalam air dan daratan sepertimana ketam. Dan apabila ia dirujuk kepada seorang manusia, kami lebih merujuknya sebagai pondan atau bapuk. Namun tidak pernah terlintas pada masa itu untuk merujuk perkataan tersebut menjangkau ke perbuatan atau perlakuan seks... hanya dari segi gerak-geri yang lembut semata-mata.

Namun sekarang ini, perkataan dua alam telah diluaskan skop pemahamannya. Seseorang yang 'gemar' terhadap kaum sejenis, seseorang yang 'gemar' terhadap sejenis atau tidak sejenis dengannya, seseorang yang bersifat berlawanan dengan lahiriahnya dan berbagai penjenamaan yang diberikan terhadap perkataan 'Dua Alam'. Kalau dahulu perlakuan 'luar tabii' ini mendapat tentangan namun sekarang ianya mendapat pembelaan sewajarnya oleh orang Islam sendiri yang menggelar diri mereka sebagai LIBERAL.... tidak salah mengakui perbuatan songsang itu atas nama 'hak kebebasan peribadi'.

Hari ini saya merasa agak kurang senang apabila terbaca di satu blog yang menyiarkan video Youtube seorang Melayu Islam yang terang-terangan mengakui beliau seorang gay. Mungkin beliau merasakan dengan pengakuan tersebut... ianya menegakkan kebenaran kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Akal waras saya sebagai seorang Muslim amat sukar menerima 'pengakuan ikhlas kata kan tidak kepada hipokrit' ini... menjadi buntu dari segala sudut untuk merasionalkan pengakuan berani budak ni. Kalaupun dia mungkin (agaknya la) teringin hendak mengatakan kepada dunia bahawa dia sebenarnya terperangkap di dalam badan yang kebetulan sejak lahir mewarisi Islam namun pemahaman saya tentang semua fahaman agama yang ada di dunia ni... hubungan sejenis sememangnya bukan amalan yang diterima.

Hari ini juga saya terbaca seorang produser yang penuh kontroversi hendak menerbitkan sebuah filem bertajuk Anak Ikan... sebuah filem gay kata media tersebut, yang bakal mengundang kontroversi... seperti hampir semua filem terdahulu yang pernah ditayangkan oleh produser tersebut. Katanya filem tersebut berbentuk realiti dunia gay dan ada unsur pengajaran kepada masyarakat. Terus-terang saya katakan... saya sangsi maksud tersebut akan tercapai... sepertimana jua paparan berbagai jenis gambar dan berita yang berunsur seks, kononnya untuk menyedarkan masyarakat. Saya amat sangsi kerana budaya murni dalam masyarakat makin hilang walaupun bertahun lamanya alasan seperti ini digendangkan setiap hari di media. Saya mungkin prejudis namun hakikat bercerita sendiri.

Dan hari ini, sepertimana hari semalam... saya lihat semakin ramai anak lelaki muda yang berpakaian ala-ala heteroseksual katanya... dengan aksesori yang digemari perempuan... dengan jalan lenggang-lenggok mengalahkan anak dara. Dan si anak dara pula... tegap jalannya mengalahkan jantan... jalan berkepit dengan seorang anak dara dengan lagak seperti pasangan kekasih. Ada juga yang menegur saya supaya tidak prejudis atau buruk sangka... kononnya saya seperti seorang fundamentalist agama... semuanya serba tidak boleh. Hairan juga apabila tafsiran saya bahawa seorang lelaki harus seperti lelaki begitu juga sebaliknya... dianggap sebagai fanatik agama.

Dan yang paling mendukacitakan saya apabila hingga ke hari ini... puak-puak yang begitu kuat memalukan gendang agama lebih berminat menyuruh anak muda berdemonstrasi tapi begitu sepi terhadap isu-isu gay dan lesbian di kalangan umat Islam di Malaysia. Mereka hanya hebat terhadap isu yang boleh mendapatkan perhatian berskala besar... demi mendapatkan tempat tinggal mewah di Putrajaya (Puakaville).

Hari ini seperti hari yang lalu, saya yakin tiada siapa jua yang mahu hidup 'Dua Alam' kerana hampir semua 'penganutnya' mengatakan mereka telah dilahirkan dengan naluri sedemikian. Namun hati saya kerap mengatakan... 'takkan Allah tersilap dalam penciptaanNya?'. Dahulu hal ini tidak begitu ketara, hanya sejak akhir-akhir ni... sejak dunia tanpa sempadan diperkenalkan di Malaysia, sejak Islam Liberal di Malaysia mengatakan, biar anak muda tentukan hala hidup mereka, sejak tiada tapisan filem di media, sejak ada NGO mengatakan kesalahan peribadi tidak harus dihukum, sejak media di Malaysia disuruh supaya tidak 'double standard' terhadap penyiaran bahan tatapan umum atau dengan lebih tepat lagi... SEJAK KITA BERKAWAN KARIB DENGAN PERALATAN ELEKTRONIK.

... mungkin agaknya apabila muncul satu kaum Luth yang dominan suatu hari nanti, barulah kita terhegeh nak bertindak sambil menyalahkan satu sama lain. Itupun kalau sempat la... kalau terselamat dari malapetaka banjir besar... kalau ada lagi kapal seperti di zaman Nabi Nuh. Itupun kena berebut-rebut dengan segala bagai binatang yang tidak pernah mengamalkan seks sejenis.
Read more

Sunday, December 5, 2010

KENAPA FILEM 2 ALAM KURANG SAMBUTAN

Kesian jugak saya dengan Dr. R ni bila dengar filem pertama dia, 2 Alam kurang mendapat sambutan yang menggalakkan. Dengar khabarnya kutipan tak sampai RM500,000 keseluruhan... tapi belum la ada berita rasmi. Hanya suara-suara sumbang rakan-rakan yang kurang senang dengan style rambut Dr R... hahaha, jangan marah. Tentu hampa Dr. R kita ni sebab filem pertama dia tak sehebat produk jualan dia... takpe la Dr., demikian la dugaan seorang usahawan. Mudah-mudahan berjaya suatu hari nanti... bangsa kita pun boleh la tumpang bangga.

Hari ni gatal tangan la pulak nak jadi pengkritik filem sebab rasa macam ada yang tak kena pulak bila filem Melayu lain boleh kutip juta-juta pada masa Harry Potter dan Rapunzel sedang mengganas di pasaran. Mari kita lihat dari sudut yang di luar kebiasaan dari apa yang ditulis oleh kebanyakan blog yang ada di Malaysia ni... teruk diaorang tu, asyik tahu kutuk orang je (... hahahaha)

TAJUK CERITA TU SENDIRI
Agaknya promo team cerita ni tak perasan kot... asyik sibuk nak pilih artis sampai diaorang terlupa. Mana boleh pakai tajuk 2 Alam beb... memang salah tu secara politik. Perdana Menteri pun pakai angka 1 je... 1Malaysia. Ni korang nak lawan tokeh pergi letak angka 2... memang la rakyat marah takmo tengok kat panggung. PM sendiri pun makan bulan tu nak bagi rakyat faham dan terima slogan 1Malaysia... tu pun bukan semua 25 juta rakyat Malaysia boleh terima. Inikan pulak nak kutip RM40 juta dalam tempoh wajib tayangan. Tukar promo team la Dr.... pecat je diaorang tu.

BELAJAR DARI ORANG LAIN 

Tahukah Dr. dari mana idea cerita Harry Potter tu? Bertahun-tahun lamanya pembikin filem Harry Potter tu menjalankan kajian terhadap minat orang ramai terhadap sesuatu filem dan Malaysia merupakan satu negara di mana mereka kaji sikap orang ramai terhadap bahan bacaan. Produser filem Harry Potter tu buat filem setelah mereka dapati sebuah novel tahun 80an dulu mendapat sambutan yang amat menggalakkan di Malaysia... Siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis. Saya kira  Dr. dan saya membesar di era yang sama kot (... saya muda banyak sikit la)... tak percaya, baca la buku tu. Cuba lihat versi 2 alam yang Harry Potter hidangkan... alam manusia dan alam jin... memang amat menarik tu beb. Tapi apa pasal Dr. buat filem 2 Alam versi lain... tak semenggah tu dengan budaya alam Melayu kita. Kalau setakat filem ala-ala alam macam tu... kat Youtube pun banyak dah... macam-macam pelakon dari pelbagai bangsa ada.

IKLAN FILEM 
Saya rasa pun macam ada yang tak kena dengan iklan promo filem ni. Bila terbaca di beberapa akhbar... saya jadi konfius. Ni iklan filem ke atau iklan MLM produk... sebenarnya saya dan mungkin juga ramai lagi rakan-rakan sepemikiran dengan saya agak alergik dengan iklan MLM. Bila lihat iklan tu je... rasa macam takleh masyuk dalam kotak fikiran untuk menerima yang itu adalah iklan. Tak tau la sebab perkataan ke atau gambar iklan tu ke... tapi memang tak berapa nak 'menggoda' kalbu la untuk pergi menonton wayang. Takkan nak salahkan kami pulak kan... sebab iklan sepatutnya menarik minat, mahal belanja tu beb.

'MUKABUKU' 
Facebook ni sebenarnya dah jadi satu senjata untuk iklan. Bila timbul je satu isu, sekejap je satu Malaya dah tau. Boleh tahan gak ramai 'Like' fesbuk Dr... dekat 28,944 dah peminat. Tahniah la Dr... saya tak sampai pun 300 friends. Itu pun jenuh dok invite orang namun apakan daya saya tak sekacak Dr. Tapi cuba lihat fesbuk lain yang ada kaitan dengan nama Dr... ada satu fesbuk 'Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey... 3,886 likes tu. Maknanya kalau tiket wayang harga RM8 (contoh la weh)... dah short RM31,088 tu. Satu lagi komuniti fesbuk (Kami Tak Suka... tak sanggup lak tulis habis) ada sampai 19,152 likes... lagi short RM153,216. Pendek kata ada beberapa lagi fesbuk yang agak negatif terhadap Dr. dan beribu-ribu orang yang likes. Tapi ada juga orang yang suka Dr... fesbuk Kami Suka Style Rambut Dr Rozmey. Tapi jumlah yang likes cuma 1,751... takleh cover jugak collection bro... dan diaorang ni dah termasuk di dalam senarai kutipan beberapa ratus ribu tu.

.......... walau apa pun, saya tetap berharap Dr tidak berputus-asa atau marah. Apabila saya lihat Dr bersungguh mengeluarkan modal yang besar untuk membuat filem, saya yakin suatu hari nanti Dr pasti berjaya menarik minat kaki wayang seperti saya. Kadang-kadang tak perlu berbelanja besar pun untuk promosi filem... percaya la cakap saya. Cuba lihat adik beradik KRU... cukup dengan dengar saja nama produksi mereka, orang dah yakin filem pasti menarik. Tengok saja Khalid Mamat... orang dah tersengih. Dengar saja Ahmad Idham... orang teringat watak dia dalam sitcom lawak dulu dengan Wardina.

.......... kalau Dr boleh berjaya dengan produk kesihatan tu, pasti boleh dengan yang lain. Kadang-kadang aura, penampilan dan gaya bahasa sudah cukup untuk membuat hati tertarik... bukan susah pun kan.
Read more

Friday, November 26, 2010

APABILA MOSCOW DAN BEIJING TOLAK DOLAR AMERIKA

Agak menarik apabila kedua-dua pemimpin Rusia dan China yang bertemu baru-baru ini sepakat untuk menolak penggunaan dolar Amerika dalam urusan perdagangan dua hala kedua-dua negara. Setelah sekian lama, tiba-tiba timbul persetujuan ni... di saat ekonomi China sedang naik. Sehingga hujung tahun 2010 ni, tukaran perdagangan dua hala kedua negara dijangkakan mencapai USD60 bilion dan sebahagian besar dari jumlah tersebut didagangkan di dalam matawang dolar.

Tiba-tiba pulak tukar kaedah penggunaan matawang... bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan matawang Amerika ni. Dengar ceritanya ada kemungkinan berlaku lagi krisis kewangan dunia tidak lama lagi... lebih-lebih terhadap matawang dolar Amerika. Agak-agak Amerika nak berdiam diri ke... negara ni la satu-satunya negara yang cukup tidak bermoral di dalam pasaran matawang dunia. Apabila semua negara lain tidak dibenarkan mencetak wang kertas mereka sesuka hati... Amerika ni main suka-suka dia je cetak duit setiap kali mereka kekurangan duit di pasaran. Apabila mereka main cetak tanpa had... saya pasti sampai suatu ketika mereka sendiri tidak berupaya mengawal peredaran matawang mereka di dalam dan luar negara.

Tapi kenapa semua orang percaya sangat kat Amerika ni... semua yang berasal dari Amerika dianggap baik, mendahului zaman dan lebih bagus dari sesiapa pun. Saya kira itulah hasil dari usaha keras Amerika mempromosikan diri mereka melalui hiburan, jenama, kebebasan hidup tanpa had dan berbagai lagi corak kebebasan yang mereka jenamakan sebagai hak.
Saya kira juga tentu Amerika tidak berupaya untuk mencari pasal dengan China... berbagai kaedah mereka gunakan dahulu untuk memburukkan nama China di pasaran antarabangsa terutamanya yang membabitkan soal kebebasan hak dan bersuara di China. Dan saya juga jangkakan Amerika pasti akan menyerang matawang Yuan Remninbi China... mungkin mereka akan menaikkan nilai matawang itu hingga membuatkan ianya menjadi terlalu tinggi dan sekaligus menyebabkan produk serta tenaga mahir China menjadi mahal dan tidak berdaya saing... terutamanya untuk pasaran Rusia, India, Arab dan Asia Tenggara.

Sesuatu yang amat menarik untuk saya ikuti sehingga hujung tahun ni... saya kira juga Amerika pasti akan menjemput rakan-rakat Eropah mereka untuk sama-sama dalam 'jihad jahat' untuk mengekang kebangkitan China... malahan mungkin juga India dan Asia Tenggara.
Read more

Tuesday, November 23, 2010

KALAU ANGKA BOLEH BERKATA=KATA

Saya hampir boleh menulis untuk apa jua jenis topik... namun apabila tajuk ni 'blink' dalam kepala, saya tak tau macam mana nak mula perenggan tulisan ni... hadoi lemau. Bertahun-tahun lamanya saya bergelumang dengan angka bersesuaian dengan kerjaya saya. Tapi kali ini saya sedang berusaha untuk 'menulis angka-angka'... haha. Memang satu cubaan yang agak mencabar kerana setiap tulisan saya di sini adalah secara terus... tanpa dikarang terlebih dahulu atau diedit.

So... ada apa dengan angka beb. Kata orang angka boleh memberi ulasan yang amat baik kerana ianya tidak pernah menipu.

Saya rasa angka yang paling besar pada tahun ini ialah KUTIPAN JUALAN TIKET RM40 JUTA. Ada enam angka kosong selepas angka 40 tu beb... juta-juta tu. Bila produser filem 2 Alam kata filem tersebut berupaya memungut jualan tiket sebanyak itu... terkedu saya sekejap. Mana taknya... main saing-saing dengan filem paling mahsyur di abad ni... Harry Potter yang memungut sebanyak USD12 juta pada minggu pertama tayangan. Takde la saya nak kutuk filem keluaran orang kita... tapi kalau bermutu cerita tu setidak-tidaknya seperti Magika keluaran KRU Productions... boleh kot capai target tu.

Bil air rumah di Shah Alam ni tiap-tiap bulan RM0.65... saya ulangi setiap bulan sejak Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian subsidi air setelah terlepas cakap janji politik pada pilihanraya umum yang lalu. Nak pergi bayar pun... duit minyak lagi mahal kalau pandu kereta ke pejabat pos terdekat. Ada jugak eloklah tukar kerajaan tapi kalau setakat subsidi air yang dahulu pun sekadar RM8 sebulan... kena fikir dua kali la beb. Dengar cerita cukai pintu dan taksiran di beberapa daerah memang naik sejak tukar kerajaan... dengar cerita la. Takmo janji ke hapuskan cukai taksiran dan cukai pintu kalau menang pilihanraya akan datang nanti... itu pun dah kira merakyatkan ekonomi negeri... kata rakyat didahulukan. Asyik kasi exco kerajaan je tukar kereta baru... boleh kan.

Tarikh paling keramat tahun ni... 10.10.10. Macam-macam hal jadi pada tarikh tu... Malaysian MotoGP, beribu-ribu orang kahwin, orang bertunang, sambut harijadi... dan yang paling potong stim pada tarikh tu... kawan-kawan called saya semasa saya sedang menikmati deruman enjin pelumba dunia di Sepang semepena Malaysian MotoGP 2010... masa tu gak la dok tanya jalan nak ke kenduri kahwin di Shah Alam. Jenuh beb nak menerangkan hala ke sana-sini dek banyak roundabout kat Shah Alam.

Satu-satunya angka yang orang dewasa rimas ialah ANGKA HARIJADI. Bagi anak dara apabila angka 29 jadi angka 30... hik hik, mak dah makin kerap bising, bapak dah mula gulung kain pelikat sampai jadi skirt sebab dok menunggu pinangan orang. Yang lelaki pulak bila angka dah jadi 40 (hahaha kawan-kawan ku sekalian, selamat datang)... dressing pun dah tukar macam masa usia 20an. Tapi mana yang beringat tu memang nampaklah kerap sungguh ke surau dan masjid. Ayat pun dah menunjukkan tanda-tanda keimanan mula menebal... hahaha amin.

Dan angka apakah yang paling ditakuti orang terutamanya perempuan... ANGKA MESIN PENIMBANG. Lepas makan timbang, lepas jogging timbang, hari Ahad bertukar Isnin timbang, balik kenduri kahwin timbang dan yang paling dahsyat... lepas jumpa kawan yang slim, pun timbang gak. Ye la, dah kawan tegur baju kebaya elok tukar jadi kebarung... besar sikit ruang udara katanya haha.

Perasan atau tidak... perkataan 'angka' itu sendiri begitu penting dan bila ditambah beberapa huruf lain... ianya akan membentuk perkataan yang lain... sangka, angkatan, bangka, tangkap, langkasuka, langkat, rangka, nangka... dan bermacam-macam lagi perkataan. Kata orang umur hanyalah sekadar satu angka... sedar tak sedar... semakin naik angka umur, semakin dekat jugalah kita kepada kematian. Selepas dari itu, mungkin di dunia sana kelak.. angka sudah tidak begitu penting lagi. Jadi sama-samalah kita menjaga angka kehidupan kita di dunia ni sementara masih tinggal sisa sementara menunggu angka kematian yang memang pasti tiba.
Read more

Monday, November 22, 2010

ADAM LAMBERT VS LADY GAGA... TIBA-TIBA MUNCUL MAHER ZAIN

Beberapa hari yang lalu saya ada terbaca di beberapa sesawang mengenai beberapa cerita mengenai beberapa orang bukan muslim yang telah berminat dengan Islam malahan ada yang mengaku telah menganut agama Islam... kesan dari mendengar lagu Maher Zain. SubhanAllah... kalau benar, saya menganggap ianya tak ubah seperti kisah-kisah dunia sufi yang begitu indah dan di zaman moden ini... Maher Zain telah melakukan dengan caranya yang tersendiri.

Pertama kali saya mendengar lagu Maher Zain adalah pada bulan Ramadhan yang baru lepas berlalu... lagu For The Rest Of My Life. Jika tidak silap di SACC Mall, Shah Alam... saya amat tertarik dengan melodi lagu ni namun tidak begitu jelas liriknya pada masa tu sebab berbalam-balam dengan lagu raya yang ternyata lebih rancak. Selepas dari itu, saya lebih kerap mendengarnya di radio.

Semasa Maher Zain datang ke Malaysia baru-baru ini untuk mengadakan beberapa siri konsert... tiketnya fully sold out... habis beb orang booking in advance. Kuat sungguh aura Maher Zain ni... sama seperti zaman kegemilangan kumpulan Raihan dulu... rupanya begitu ramai rakyat Malaysia yang begitu meminati lagu berunsur dakwah (... saya tak pastilah yang perempuan actually suka lagu atau topi Maher Zain... haha).

Bukan senang hendak menarik orang bukan Islam untuk mendekati agama yang amat suci ini. Dan dari beberapa ceramah ustaz di youtube (... tak sempat beb nak pergi dengar ceramah kat luar) sememangnya berdakwah melalui lagu ni digalakkan dan amat diharuskan jika lagu itu berunsur ketuhanan yang memuji kebesaran Allah... dan Maher Zain telah berjaya melakukannya, sepertimana kumpulan Raihan dan Rabbani melakukannya.

Namun bila penghibur di Malaysia pula yang amat tertarik dengan Adam Lambert dan Lady Gaga... saya terfikir juga kesan hiburan dunia barat mempunyai aura yang sungguh kuat terhadap sebilangan umat Islam di sini. Bila dah ikut gaya penyanyi tu... saya kira tentulah orang itu menjadi idola kan... kot la saya salah, mintak maaf. Mungkin saudara Uncle Seekers kita boleh buat kajian kot... mana la tau kan ada mambang-mambang yang terlepas dok buat kacau sana-sini.

Sekarang ni dah lagu Korea pulak dok melanda radio di Malaysia... kadang-kadang tu separuh hari dimainnya lagu yang entah apa biji butirnya... lekka lekka pekka pekka dodo chet chet chet. Sekejap dengar suara sekejap dengan bunyi gergaji... tapi bila radio kerap main maknanya orang Malaysia suka la kot... nama pun 'hanya lagu hits dimainkan'. Esok bila dah budak-budak khayal sangat dan orang bising kat parlimen pasal budaya luar... lepas tu hari-hari panggil Ustaz Fadillah Kamsah kasi ceramah kat radio. Kalau tak cukup gak impact keinsafannya pada anak-anak muda... ustaz imam muda Asyraf tu pun dijemputnya sekali. Jenuh la ustaz-ustaz tu nak susuh ayat-ayat terkini untuk menyedarkan anak-anak muda.

... lepas Hindi... Indonesia. Lepas tu muncul Thailand dan disusuli oleh Filipina... tak sempat habis nafas Korea muncul sekali lagi selepas muncul sekejap Winter Sonata dulu. Esok-esok mau muncul balik era Drunken Master dan hantu cina Hong Kong.

Agaknya bila la Malaysia nak berkekalan dengan budaya uniknya... Malaysia Truly Asia. Mungkin dah takde kot... mungkin identiti Melayu Malaysia dah hilang. Atau mungkin kita sebenarnya tidak pernah bangga dengan keMelayuan kita selama ini.
Read more

Sunday, November 21, 2010

SILAT PENGANTIN DATANG LAGI

Selalunya bila hujung tahun sebegini, makin banyak jemputan khawin yang akan diterima... tiap-tiap minggu ada. Kalau silap susun jadual, boleh kecik hati kawan-kawan bila kita tak berkesempatan memenuhi jemputan. Namun ada satu acara yang saya rasa tak lengkap iaitu silat bunga pengantin... acara sebelum kedua mempelai naik atas pelamin... dah takde ke orang pandai silat bunga kot.

Ke mana hilangnya gelanggang silat yang begitu banyak pada tahun 80an dulu? Hampir setiap kampung ada gelanggang silat di Klang dulu... macam-macam jenis silat ada. Selepas kecoh satu Malaysia apabila bermacam-macam pihak minta silat diharamkan akibat dakwaan upacara mistik yang selalunya dikaitkan dengan silat... langsung lenyap tradisi silat Melayu. Mungkin pihak-pihak itu berasa bangga sekarang ini kerana berjaya menghapuskan kononnya ada unsur-unsur haram di dalam silat... tapi sekarang pun, moral budak-budak tidak juga menjadi semakin baik... makin teruk ada la. Senyap pulak pihak-pihak ni seolah hilang taring bersuara... rupanya 'terer' lawan jin je, dengan mat rempit mereka tak mampu langsung.

Hampir pupus dah silat Melayu dek komen-komen lantang yang sekadar tahu menuding tapi tak tahu berdamping... cakap dari jauh je. Tiada siapa pun mahu menjadikan silat sebagai satu aktiviti riadah... sungguh benar saya rasa terganggu apabila melihat puluhan orang berhimpun mengikut riadah Qi Gong di Tasik Shah Alam apabila saya berjogging di waktu pagi malahan melihat rakan-rakan mendaftar diri untuk mengikuti kelas yoga. Di mana riadah silat nih?

Mungkin malu kot kita dengan silat nih... ikut kelas silat kang, orang tuduh pulak berdamping dengan jin. Atau mungkin kita tak kisah apabila satu persatu tradisi Melayu kita hilang dek nak ikut trend hidup moden... esok-esok ketupat pun kita tak kenal... mana tidaknya, nak menganyam pun tak reti (... macam saya).

... tv takmo main lagi ke cerita-cerita silat macam dulu... dapat cerita silat macam cerita AR Badul... Da Di Du pun jadi la... sekurang-kurangnya terhibur gak dengan budaya Melayu kita.
Read more

KAABAH KU... MASJIDIL HARAM KU

Sudah hampir selesai umat Islam menunaikan haji tahun 2010, semoga memperolehi haji yang mabrur... mudah-mudahan suatu hari nanti saya akan menyusul... insyAllah sekiranya berkemampuan segala-galanya. Saya masih ingat semasa kecil dulu, ketika ada saudara-mara yang hendak mengerjakan haji dengan pengangkutan kapal... hampir berbulan-bulan lamanya mereka meninggalkan Malaysia... itupun ramai juga yang meninggal dunia semasa di dalam perjalanan pergi dan balik.

Saya yakin setiap insan muslim seramai hampir 1.7 bilion umat Islam di dunia ini menyimpan hasrat untuk menunaikan haji suatu hari nanti... setidak-tidaknya sekali seumur hidup. Namun agak mustahil jika semua hendak melaksanakannya sekaligus kerana tempat ibadah yang paling suci itu hanya boleh menampung seramai 2.5 juta jemaah sekaligus... dan bagi kita di Malaysia, lebih kurang 25,000 orang sahaja yang diberikan visa untuk menunaikan ibadah itu setiap tahun.

Sememangnya dugaan untuk menunaikan salah satu rukun Islam ini amatlah besar, namun kali ini saya hanya berminat dengan satu perkara sahaja... tempat penginapan semasa menjalankan ibadah haji. Saya pernah menunaikan ibadah umrah pada tahun 1992 dahulu, pada masa itu kos menunaikan umrah hanya lebih sedikit dari RM4,200 melalui pakej Tabung Haji dan tempat penginapan amat dekat... betul-betul berhampiran masjid samada di Madinah mahupun di Mekah. Hotel pun agak sederhana namun kerana inginkan keberkatan kedua-dua tempat suci yang pernah dijejaki oleh Rasulullah ini, itu semua tidak langsung menjadi persoalan kerana sebahagian besar masa dihabiskan di dalam masjid.

Namun saya merasakan agak kurang senang dengan perkembangan 5 tahun kebelakangan ini. Saya pernah berkunjung ke Mekah sekali lagi sebelum rancangan pembesaran masjid dijalankan oleh kerajaan Arab Saudi. Pada masa itu masih banyak lagi hotel-hotel berhampiran masjid. Namun sekarang ini hampir kesemua hotel-hotel lama dan mampu didiami oleh majoriti umat Islam telah dirobohkan. Ianya telah digantikan dengan hotel yang bertaraf 5 bintang... dan kita sudah tentu maklum kos penginapan yang dikenakan. Terdapat beberapa hotel yang mengenakan kos penginapan sehingga USD1,000 untuk satu malam. Bayangkan kos untuk dua malam sahaja bersamaan dengan kos pakej mengerjakan umrah untuk 12 hari. Dan hotel-hotel murah yang dahulunya jauh lebih murah kini bersamaan dengan hotel yang dahulunya pernah berada berhampiran dengan masjid. Dan hotel-hotel murah ini terletak agak jauh dari masjid. Bayangkan betapa susahnya warga emas nanti kerana sememangnya ramai warga emas yang mengerjakan haji dan umrah.

Perniagaan hotel di Mekah dan Madinah kini telah menjadi satu komoditi yang lebih mementingkan keuntungan sehinggakan orang berebut-rebut hendak memiliki pajakan hotel tersebut... demi mengaut untung. Saya terfikir juga nikmat ibadah apakah yang kita akan perolehi nanti apabila kita terpaksa membelanjakan kos yang terlalu mahal untuk menunaikan ibadah dan dalam masa yang sama... ada umat Islam yang lain mengaut keuntungan berlebihan... namun mungkin itulah hukum permintaan dan penawaran dalam ekonomi moden. Apabila terlalu kurang kemudahan dan terlalu tinggi permintaan... kos yang naik macam roket terbang ke bulan.

Dahulu kita amat terpikat dengan Kaabah dan Madinah kerana ianya mempunyai tarikan dan keindahan yang tersendiri... dan saya yakin ianya akan kekal sedemikian hingga kiamat. Namun naluri manusia... siapa tahu kan. Apabila hotel mewah disediakan dengan berbagai kemudahan yang memenuhi keperluan badan... kita mungkin goyah jiwa. Telah kedengaran apabila ada jemaah yang solat di bilik hotel menghadap ke Kaabah kerana katanya... nampak Kaabah dengan jelas melalui tingkap hotel mewahnya. Sememangnya bilik menghadap Kaabah amat mahal harganya... dan amat mahal sewanya. Bila dah bayar mahal sangat... takkan nak tinggalkan bilik hotel kan. Kita mungkin boleh menafikannya namun tidak mustahil ianya berlaku... kerana ianya telah berlaku.

Semoga Allah menerima segala ibadah ikhlas kita... di mana jua kita berada dibumiNya... amen.
Read more

Saturday, November 13, 2010

CHINA: DARI KACAMATA SEORANG PENIAGA MELAYU

Dahulu dan sekarang, apa sahaja barangan yang berlabel "Made in China" amat sinonim dengan kualiti yang rendah, mudah rosak dan amat murah. Sebut la apa jua jenis barangan, kalau ianya dari China... kita agak berbelah bagi samada hendak beli atau tidak. Macam kebetulan pulak... kebanyakan barangan dari China memang amat mudah rosak... takde gerenti langsung.

Saya pernah berkunjung ke Beijing pada tahun 2003 dulu... sebagai seorang pelancong. Mungkin disebabkan jadual lawatan yang amat ketat, saya hanya berkesempatan berkunjung ke 'tourist spots'. Langsung takde peluang untuk meninjau kehidupan sebenar di Beijing. Satu-satu tempat yang amat saya kagumi adalah Tembok Besar China. Dan pada masa itu saya masih melihat kebanyakan barangan buatan China agak rendah kualitinya.

Pada pertengahan tahun 2010 ini, saya berkesempatan sekali lagi berkunjung ke China namun bukan sebagai pelancong tetapi sebagai seorang usahawan etnik Melayu Musim Malaysia yang telah membuat perkongsian bersama dengan rakan-rakan etnik Cina Malaysia. Kami telah melakukan siri lawatan ke pusat-pusat perniagaan dari Shenzen hinggalah ke Guangzhou selamat hampir 7 hari.

Kali ini saya benar-benar kagum dengan perkembangan pesat di tempat-tempat yang saya kunjungi. Barangan yang mereka hasilkan amat berkualiti. Saya tahu masih ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ni... tapi saya boleh katakan kepada sesiapa jua yang ingin membeli barangan di China... berapa banyak duitkah yang anda ada untuk membeli kualiti? Mereka amat mampu menyediakan barangan yang amat berkualiti bersesuaian dengan harga yang kita tawarkan. Soal samada urusan perniagaan ada unsur penipuan... saya rasa itu akan saya tulis di tulisan yang lain.

Bayangkan produk lampu LED dijual di seluruh bandar. Contohnya, satu bandar Shah Alam hanya menjual lampu dan produk LED... begitulah perumpamaannya. Berpuluh-puluh blok bangunan perniagaan dan mereka hanya menjual produk barangan LED... ya keseluruhannya sebelah menyebelah. Kalau di Malaysia digunakan pendekatan sedemikian... saya rasa tak sampai sebulan bangkrap kedai sebelah atau setidak-tidaknya ramai yang guna 'ubat pelaris tok moh'. Pemandangan ini saya saksikan dalam perjalanan dari Shenzen ke Guangzhou. Satu bandar menjual hanya perabut, satu bandar hanya menjual produk berasaskan seramik dan batu dan satu bandar yang menjual barangan elektronik.

Saya agak tersentuh juga apabila taukeh-taukeh di sini secara terbuka menerima kunjungan seorang peniaga etnik Melayu Muslim Malaysia seperti saya... terima kasih daun keladi.

Bandar-bandar di sana... bersih dan kemas. Di Shenzen, saya saksikan sendiri kawasan perniagaan seperti sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail dalam gandaan yang banyak dalam jarak perjalanan sejauh hampir 30-50km... di kiri dan kanan jalan. Bayangkan hanya bangunan besar di kiri kanan jalan sepanjang hampir 50km perjalanan kereta. Saya diberitahu bangunan setinggi belasan tingkat disiapkan binaannya dalam beberapa bulan sahaja dan tapak pembinaan mereka bersih dan kemas jika dibandingkan dengan Malaysia. Di pertengahan perjalanan barulah saya sedari rupa-rupa lanskap jalan ditanam dengan pokok mangga... beratus bilangan pokoknya dengan buah yang masih muda.  Dan saya juga diberitahu terdapat bandar lain di mana landskap jalannya ditanam dengan pokok lychee.

Panjang sungguh cerita kalau hendak saya tulis segalanya selama 7 hari saya berada di Shenzen hingga Guangzhou.. belum cerita di Guangzhou lagi. Mungkin di lain kali saya akan bercerita panjang lebar mengenainya.

Namun melihat perkembangan ekonomi dan politik di Amerika serta Eropah sekarang ini membuatkan saya sedikit gusar. Kedua-dua blok negara ini amat terkenal dengan tindakan yang tidak bermoral setiap kali negara mereka dihimpit masalah ekonomi dan politik yang direka oleh mereka sendiri. Saya bimbang mereka akan menyerang China... bukan peperangan senjata. Saya pasti mereka tidak akan menang dalam peperangan senjata. Saya amat bimbang jika Amerika menggunakan kelicikan mereka memanipulasi sistem kewangan sesebuah negara yang mereka rasakan akan memberikan ancaman. 

Benar, saya jangkakan Amerika akan menyerang matawang Yuan atau Remninbi China. Dengan kekuatan tenaga buruh dan bahan mentah murah, China amat berupaya menghasilkan barangan yang berkualiti dan murah. Saya hampir pasti Amerika yang berusaha menaikkan matawang Yuan semahal yang boleh agar segala kos tenaga buruh dan bahan mentah yang China miliki menjadi mahal hinggakan mereka tidak berupaya lagi menghasilkan produk yang berkualiti dan murah yang mampu dimiliki oleh negara-negara yang penduduk mereka amat ramai seperti India dan Indonesia malahan gugusan Asia Tenggara.

Kasihan China... kasihan sungguh sekiranya mereka menjadi mangsa. Namun apa pun... saya pasti akan berkunjung lagi ke China... mungkin untuk seberapa kerap sebagai seorang peniaga dan juga pelancong. Selamat berniaga kepada semua rakan-rakan 'bisnesman'... di benua jua anda berada. Walaupun kita jarang berjumpa namun Blackberry Messenger sentiasa menjadi kita sentiasa dekat.
Read more

Friday, November 12, 2010

AHLI POLITIK VERSION 3.0

Macam cerita drama pulak bila baca kisah terbaru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Belum sempat nak memahami babak episod yang lepas, muncul pulak babak baru... macam cerita Madu 3. Kawan-kawan dalam PKR jangan la pulak marah bila saya tulis ni... kang kata pulak saya tak ada hak bercakap tentang PKR sebab bukan ahli... haram katanya. Dah PKR memerintah Selangor setelah rakyat Selangor menunjukkan kemarahan kepada BN pada pilihanraya yang lepas... so saya kira, tentu la saya ada suara kan.

Gatal la juga mulut saya bertanya kawan-kawan dalam PKR nih... 'ni apa cerita Zaid Ibrahim ni Sheikh?'. 'Ala bang, UMNO lagi teruk krisis macam-macam'. Macam tu la pulak jawabannya... sama je sejak dulu, persoalan yang timbul tak dijawab tapi cerita lain timbul. Come on Sheikh... lapuk dah taktik lari topik ni. Kena ingat, kamu semua sedang dinilai oleh rakyat Selangor... kita nak lihat apa kamu buat, bukan apa kamu cakap. Ikut la macam yang lain tu.. buat kerja, bukan tukang bodek.

Saya sebenarnya tertunggu-tunggu... bila PKR nak pecat Zaid Ibrahim ni. Dulu Zulkifli Nordin kena pecat (... kalau tak silap la) sebab dia amat bertegas isu kalimah Allah. Ni Zaid Ibrahim dah terang-terang suruh orang kuat PKR berundur... saya ulang... Zaid suruh orang yang tubuhkan PKR berundur. Ye la, saya pasti Zaid ada niat yang baik sebab dia kata rakyat harus diutamakan. Tapi siapa pun tahu, kalau lawan bos... harus kena tindakan displin beb. Kalau tak ambil... nanti rakyat akan fikir lain. Hari ni Zaid ada kata ura-ura menubuhkan parti baru... pun masih tiada tindakan displin diambil terhadap beliau. Apa yang agaknya mereka takutkan dengan Zaid ni... saya amat musykil.

Kawan-kawan dalam UMNO bertepuk sorak... mereka kata ini suatu petanda Pakatan Rakyat (PR) sudah amat lemah. Ketawa besar mereka sambil pegang Blackberry Torch baru (... handphone baru lagi tapi guna untuk sms dan call je. Lebih-lebih pun untuk update Facebook... hek eleh). Yakin sungguh mereka akan dapat rampas kembali Selangor pada pilihanraya akan datang.

Sekali lagi... tak tahan sungguh mulut saya nak bercakap dan macam bertih la patah ayat keluar dari mulut bila mereka tanya... '... ko rasa macam mana?'. Oleh kerana mereka ramai masa tu, semangat pun tengah berkobar-kobar sambil masing-masing dok sibuk tukar-tukar no pin Blackberry, saya cuma kata 'no komen'. Rupanya ada yang tidak puashati dan perbualan selanjutnya bersambung setelah sebahagian kawan-kawan yang lain pulang.

Saya fikir ahli politik yang ada sekarang ni kebanyakannya tidak begitu 'berbudi bahasa' atau menghormati pengundi. Mereka anggap pengundi ni macam takde jiwa. PR menang di Selangor bukanlah kerana mereka kuat. UMNO tidak pernah menyedari bahawa pada pilihanraya yang lalu pertandingan adalah di antara Rakyat Selangor vs BN.... dan rakyat sudah beritahu mereka marahkan BN malahan ada yang benci BN. Mereka benci tindakan ahli politik BN dan mereka meluat lihat keangkuhan sebilangan orang BN. Namun alhamdulillah sekarang ramai yang telah sedar. Mereka tidak lagi melatah apabila kita menegur walaupun masih ada yang 'eksyen' macam rakyat hadap sangat kat mereka... sori bro, pergi aksi tempat lain. Mereka juga kena ingat pada hakikat bahawa ada juga pemimpin PR yang memberikan perkhidmatan yang baik di Selangor dan mereka benar-benar turun ke padang tanpa sambutan karpet merah, tanpa paluan kompang, tanpa bergerabak kakitangan kerajaan yang mengiringi... dan mereka turun bukan hanya bila nak pilihanraya.

Saya juga tertanya-tanya... selepas BN kalah dulu, ke mana hilangnya bekas wakil rakyat yang berpenggal lamanya jadi ADUN di Selangor. Takkan la kalah terus merajuk hilang kot... seolah-olah mereka kata kat kita rakyat Selangor... 'lantak korang la'. Langsung tak nampak batang hidung. Kalau semak pasport diaorang mungkin kita tahu kot ke mana mereka ni merantau.

Namun apa yang lebih merisaukan saya adalah sikap ahli politik Melayu. Sudah-sudah la bertelagah sesama sendiri demi orang Melayu. Sampai sejarah pun hendak ditulis semula sedangkan tiada siapa pun boleh mengubah fakta. Hendak mengangkat keris pun tak boleh sedangkan itu adat. Mengharamkan jualan arak secara terbuka bagi kebaikan anak-anak remaja Islam pun menjadi kesalahan. Semuanya kerana hendak menjaga undi... apa jenis fatwa yang hendak dipakai juga harus mengambikira undi. Sekarang pun rasanya macam susahkan hendak mengaku sebagai seorang Melayu... orang akan pandang serong kot.

Kepada kawan-kawan yang bakal jadi wakil rakyat yang berkhidmat pada pilihanraya akan datang... pada penamaan calon nanti, pada masa pengumuman pemenang nanti... sudikanlah pakai baju Melayu dan bersongkok. Kalau ye pun sampai nak jadi seorang yang liberal atau seorang yang mewakili semua rakyat... tunjukkan pada semua orang bahawa anda adalah seorang MELAYU.
Read more

Thursday, November 11, 2010

AIR OH AIR

"Minum air putih tu banyak-banyak... asyik minum air gas je, kembung perut nanti.". Begitulah tegur orang tua-tua dulu kat budak-budak tiap kali hari raya. Maklumlah zaman tahun 70an dulu bukan selalu dapat minum 'air gas' macam sekarang ni... kena tunggu raya atau anak orang kaya kahwin, dapatlah merasa air botol gas oren atau kola. Pada masa tu juga bekalan air cukup bersih, takde la macam sekarang ni... asyik keruh je air paip. Tak pasal-pasal kena pasang 'water filter' yang bukan murah harganya. Tapi apesal sekarang ni macam kecoh sangat bila tiba cerita air ni.

AIR BAH

Ramai betul  penduduk di utara tanahair yang terbabit dalam malapetaka banjir tahun ni. Macam-macam masalah yang timbul semasa dan selepas banjir... hari-hari kita dengar di media keluhan penduduk yang terlibat. Dari isu tempat tinggal hinggalah kepada bekalan air bersih. Saya lihat banyak juga pihak yang bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan dan moral... eloklah kan. Yang ahli politik pun... sama sibuknya bertelagah dok tuding bibir masing-masing... mengalahkan budak-budak yang main air bah.

PERJANJIAN AIR DI SELANGOR

Ni satu lagi hal... tak habis-habis. Dia kata dia... anu ni buat hal, anu tu berat sebelah. Masalah tak juga selesai tapi dari hari ke hari... ahli politik dok ambil peluang manipulasi isu ni untuk dapat perhatian rakyat Selangor. Lagi keliru rakyat Selangor agaknya, lagi mudah mereka kekalkan sokongan ikut acuan masing-masing. Tak tau la lepas ni ada lagi subsidi air atau tidak di Selangor... dulu masa nak undi, lembut sungguh lidah calon-calon. Sampai sekarang takde seorang pun ahli politik yang dok gebang kata mempejuangkan hak rakyat yang tampil bagi memastikan air yang sampai ke rumah haruslah bersih 100% tanpa perlu bimbang tentang kualiti air tercemar.

AIR MENTAH KE SINGAPURA

Agaknya memang tak pandai kot orang Malaysia ni berniaga air yang dijual kepada Singapura. Kalau tak silap, kita jual RM0.03/1000 liter metrik air mentah kepada Singapura dan dengan kemudahan loji penapis yang Singapura miliki, air tersebut diproses lalu dijual kepada Johor pada harga RM0.50/1000 liter metrik. Ye la, orang boleh kata loji tu mahal maka lojik ekonominya haruslah mahal dijual kembali kepada Johor. Dengan khabarnya perjanjian tu tamat tahun depan dan Johor nak naikkan harga 100%... so boleh la jual RM0.06 kan. Tapi kena ingat beb... negeri Temasek tu juga boleh naikkan peratusan harga yang sama kepada RM1.00.

Hilang akal fikir sekejap nih... kita naikkan 3 sen, Hang Nadim naikkan 50 sen. Kira betul-betul... kita untung ke atau diaorang yang untung. Kita pun tau program tapisan air laut serta 'Newater' yang Singapura buat tapi masih perlukan air mentah dari Johor... diaorang tak cukup air sebab 'water cachement area' Singapura sekangkang kera je. Bermakna puluhan tahun lagi Singapura harus bergantung air dari Johor... dan puluhan tahun jugalah Johor dok beli air padahal sumber air mentah di Johor.

Mahal sangat ke satu loji penapis air tu? Rasanya Che Det pernah peruntukkan  bajet untuk bina satu loji di Johor... pernah dengar la desas-desusnya dulu. Tapi tah mana silapnya projek tu tak juga dibuat. Apa kata kalau kerajaan batalkan pembinaan bangunan Warisan 100 Tingkat tu yang berharga berbilion ringgit... buat satu loji penapis di Johor. Tamatkan perjanjian jual air mentah ke Singapura dan paksa mereka beli air yang telah dirawat... kan senang meniaga macam tu, siapa yang nak meniaga rugi beb... habaq mai. Tapi dengar khabarnya Johor jual air ke Melaka pada harga RM0.30... takkan la saudara sendiri pun kena tekan... tak patut sungguh.

AIRMATA

Rasanya inilah satu-satunya jenis air yang sentiasa tak putus bekalannya... sepanjang tahun. Macam-macam musibah yang berlaku di Malaysia tahun ni malahan negara-negara jiran. Kemalangan jalanraya, kes bunuh, banjir, tsunami, penyakit dan lain-lain musibah... tanpa disedari bergenang juga airmata bila baca berita sebegini di media.

Itu tak termasuk airmata akak makcik yang dok layan cerita Sepanyol, Indonesia, Filipina dan sesekali drama Melayu masa hari raya yang dok main cerita sedih je. Bila sedih, emo la tu... bila dah emo gerenti nangis beb... hadoi lemau.

AIR KENCING SETAN

Kecoh la sekejap kat Selangor dulu pasal air ni... riuh puak-puak tertentu yang mahu penjualan arak oleh sebuah kedai serbaneka diharamkan. Berhari-hari keluar suratkhabar dengan macam-macam hujah, fatwa dan pandangan... sudahnya setakat madah pujangga je. Dok ceramah memang la sedap... kena pulak orang dok bertepuk kat depan... siap buat lawak bagi orang ketawa.

Tengok di Brunei... baru usul je agar arak dibenarkan penjualan di kawasan tumpuan pelancong... dah kena cantas dengan Sultan dengan alasan takut musibah yang Allah turunkan jika usul itu diluluskan. Rupanya kita tak sehebat Brunei. Buatlah apa jua cerita dan ulasan pasal isu ni... hakikatnya arak tetap dijual secara terbuka di Malaysia... itulah fakta yang tidak boleh ditolak dengan hujah menuding jari pada orang lain. Lapuk dah taktik ni bro... percayalah.

AIR LIUR TUKANG KARUT

... memang itulah air yang paling banyak sekarang ni. Hari-hari kita jumpa sebilangan pemimpin yang dok jaja air liur je bagi mendapatkan simpati rakyat Malaysia. Betul ke tak cerita tu... ada bukti ke tak... tu semua belakang kira. Yang penting mereka nampak 'VIP' di media... jadi orang tau la mereka buat kerja. Kan ke politik ni... 'world of perception'.

... apa yang rakyat dapat... tempias air liur je la.
Read more

Friday, October 15, 2010

Malaysian Moto GP 2010

Bikers dari negara jiran, Thailand
Agak istimewa acara Malaysian GP pada tahun ini kerana sambutan ke-20 dan tarikh 'raceday' ialah 10.10.10... 10 Oktober 2010. Pada tarikh bersejarah inilah ribuan rakyat tempatan dan pelancong datang ke Litar Lumba Sepang tanpa mengira cuaca  yang agak panas. Tarikh ini juga merupakan tarikh bersejarah bagi mereka yang terpaksa 'mengorbankan' jemputan undangan perkahwinan rakan-rakan dan sanak saudara... ada yang merajuk beb. Dan pada tarikh bersejarah ini jugalah beberapa rakan saya dok mengacau bertanyakan jalan apabila mereka tersesat masuk Shah Alam... orang dah kata dah... jangan telefon pada tarikh ni... berbulan tunggu tu.

Apa yang 'best' sangat dengan MotoGP ni... saya memang tidak ada jawapan yang spesifik tetapi itulah satu-satunya lokasi untuk saya ambil gambar aksi pelumba motosikal dunia... minat la kot sikit-sikit motor besar ni tapi rezeki belum ada lebih untuk saya 'angkat' sebijik.

Ramai yang mengagak hari tersebut akan dipenuhi dengan 'mat motor' yang datang dari seluruh pelusuk negara... memang betul la tu. Tapi jangan terkejut jika saya katakan bilangan mereka yang datang berkeluarga juga semakin ramai berbanding tahun-tahun sudah... cuba lihat bakal pelumba negara di bawah...



... siap bantal busuk tu
Saya cuma agak terkilan apabila melihat berbelas anak muda yang membawa motor dalam keadaan yang amat membahayakan semasa dalam perjalanan ke litar lumba tersebut... budak-budak nakal ni bawa motor dengan angan-angan di kepala mereka adalah pelumba profesional. Bayangkan jika mereka terjatuh dan dilanggar oleh kenderaan besar yang lain.

'Race' baru nak bermula dan saya telah basah kuyup... peluh keluar macam baru lepas berlari 2km. Cuma suasana yang meriah yang membuatkan panas itu terasa agak sejuk sedikit. Bukan saya sahaja malahan ribuan penonton yang hadir juga menahan kepanasan tapi sebab dah minatkan.

Tidak seperti perlumbaan kereta F1... bilangan penonton 'mat saleh' tidak begitu ramai semasa MotoGP ini. Tak tau la kenapa... mungkin 'adrenalin' menyaksikan motor agak kurang berbanding kereta F1 yang begitu laju dan lebih bising bunyinya. Tiket juga agak murah iaitu RM60 di tempat duduk pentas K1. Semasa saya menyaksikan F1 beberapa tahun dulu, tiket di pentas ini agak mahal... hampir RM900... orang 'sponsored'... harap nak beli sendiri... harap je la.

Mungkin tahun depan saya datang naik motor... senang nak cari 'parking'. Bayangkan jalan jem berjam lamanya bila nak balik. Mungkin la kot nak cari motor... datang pun nampak bergaya sikit... mungkin la kot kalau ada rezeki boleh la cuba-cuba motor kat bawah ni... mungkin kot insyAllah :)




Dan inilah satu-satunya pelumba Malaysia yang dapat masuk bertanding secara 'wild card'... semoga suatu hari nanti kita ada pelumba bertaraf dunia seperti Nicol David yang menjadi pemain No. 1 squash...


Read more

Wednesday, September 22, 2010

MANUSIA BERASAL DARI BERUK

 
Memang kalau ikut akal yang waras, takde siapa pun akan percaya tajuk ni... tapi kepada adik-adik dan anak-anak (adeh... tua dah ni), memang inilah salah satu dari subjek dalam matapelajaran di sekolah rendah yang diterima oleh mereka yang segenerasi dengan saya... bersekolah rendah di pertengahan tahun 70an dan awal 80an. Sungguh benar... kami diajar bahawa MANUSIA BERASAL DARI BERUK. Bayangkan terpaksa hafal turutan jenis-jenis beruk sehinggalah membawa ke beruk moden berakal yang dipanggil... MANUSIA. Kalau silap hafal... boleh gagal peperiksaan akhir tahun beb. Itulah agaknya timbul perumpamaan dulu... 'MACAM BERUK'... hasil pendidikan tu la kot. Namun apabila saya memasuki sekolah menengah... matapelajaran tersebut telah dimansuhkan. Dan tak terfikir la pulak masa tu kenapa Kementerian Pendidikan boleh 'lepaspandang' isu tu. 
 
Tulisan ni bukan tentang Kementerian Pendidikan... saya bukan la ahli akademik nak berdebat dengan mereka yang ber'frame-frame' sijil kat dinding. Apa yang hendak saya katakan ialah... sejarah sentiasa akan ditulis semula dengan bukti baru dan tafsiran yang lebih kompleks. Matapelajaran yang saya ceritakan tadi adalah contoh paling mudah.
 
Begitu juga tentang apa jua polisi dan dasar kerajaan terhadap apa jua yang pernah digunapakai dahulu... akan juga sentiasa mengalami tafsiran dan penilaian semula... tiada apa yang berkekalan. Apa yang dulu diyakini dan di'undang-undang'kan... telah dinilai semula oleh sesiapa sahaja yang tahu menggunakan internet. Agak menarik apabila kita membaca beberapa tulisan yang 'memang nampak logik' kerana ruang lingkup perbahasan sekarang menjadi terlalu luas dan reaksi spontan pembaca dikira dalam bilangan minit... bukan lagi berbulan-bulan atau bertahun semasa kita diajar manusia berasal dari beruk. Sejarah tamadun dunia, peristiwa 9/11, perang Teluk... apa saja. Saya dapat saksikan sendiri bagaimana 'cantik dan bermutu' sesetengah tulisan yang ada di platform bukan media perdana malahan ia turut 'mengetuk' minda berkarat sebilangan ahli akademik dan orang politik di Malaysia. Bayangkan kalau mereka yang di media mainstream yang menulis... boleh mengamuk orang.
 
Saya cuma mengharapkan agar orang yang berjawatan dan berpolitik dalam kerajaan sekarang supaya... lebih bijak berhujah dan berpolitik. Lebih-lebih lagi kalau mereka yang sama kulit dengan saya... gagalnya mereka berhujah dengan baik akan turut mencemarkan bangsa saya.  Apatah lagi sekarang ini bilamana tulisan bangsa saya yang 'membantai dan mengondem' bangsa sendiri seolah-olah menjadi kebanggaan dan kemegahan agar dipandang mulia oleh mereka yang tak sewarna kulit dengan saya.
 
... namun sekarang saya tertanya-tanya sungguh... 'agaknya tak pandai kot orang kita berpolitik'... 'entah hapa-hapa la fakta hujah yang diaorang guna nih'. Bukan kosong tanggapan saya ni kerana selama bertahun-tahun saya menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana orang politik yang nampak hebat dengan jawatan dan kereta mewah namun berhujah umpama orang tak pernah bersekolah di Dewan Undangan Negeri.
 
... dan sekarang apabila masa berubah, begitu juga dengan senario politik negara... tanggapan saya menjadi semakin kuat... 'betul kot orang kita memang tak pandai berpolitik tapi pandai main politik wayang kulit'. Masalah ni... memang ada masalah.
 

Read more

Saturday, August 28, 2010

1001 NOSTALGIA RAMADHAN - BILA NUZUL QURAN MENJELANG

1980an - saya masih bersekolah menengah pada masa tu. Ramai rakan-rakan saya di luar bandar Klang mengatakan... 'apa ada kat Klang tu? Tempat jin bertandang banyak la kot...'. Selalunya kami akan bertekak apabila isu ni ditimbulkan namun... di situlah tempat lahirnya saya. Bagi budak sekolah yang meminati sejarah dan seni seperti saya (... saya pelajar aliran sains), Klang adalah satu elemen sejarah penting di samping Kuala Selangor dan Jugra. Tapi tulisan ini bukan berkenaan sejarah Klang dan juga bukan berkenaan orang Klang. Ada cerita-cerita menarik apabila tibanya Nuzul Quran bagi budak sekolah seperti saya pada masa itu di samping sejarah Nuzul Quran itu sendiri... biarlah tok-tok lebai cerita pasal tu.

Bila tibanya Nuzul Quran bermakna sekolah cuti... bukan setakat itu je, itu bermakna malam tujuh likur akan berlaku tidak lama lagi... mercun dan bunga api. Apabila qunut mula dibacakan semasa solat tarawikh, kami mula tersengih... dah dekat dah masa untuk bermain bunga api dan mercun. Malahan ramai juga antara kami yang mula jarang ke surau istana untuk bersolat jemaah terawikh kerana agak sibuk menyusun jadual menyusur jalan di quarters istana... takde buat apa pun tapi seronok berlonggok ramai-ramai di luar rumah sambil berbasikal... basikal BMX... kira 'cool' masa tu.

Selalunya beberapa hari sebelum malam tujuh likur, kami akan lebih kerap berlonggok beramai-ramai... tak kira la mana tempatnya... court badminton, garas (garage kereta tuanku), tepi bukit, tangga rumah... mana saja. Masing-masing dah mula bukak cerita pasal kasut raya baru, baju baru dan tak kurang juga rancang nak jalan raya rumah mana dulu... penting strategi serbu rumah masa raya ni sebab ianya akan menentukan 'kutipan duit raya'.

Kami juga agak sibuk masa tu cari kayu-kayu untuk dibuat tiang pelita... benda wajib tu. Hampir semua rumah akan pasang... dari mula 'gate' masuk quarters istana hinggalah hujung jalan sebelah makam diraja. Memang cukup meriah bila semua pelita dipasang sepanjang satu-satunya jalan utama di quarters tu. Kadang-kadang tu duduk ramai-ramai sambil tengok pelita tu pun dah cukup menyeronokkan.

Sebelah siangnya kami agak sibuk 'cuci rumah'... lap papan rumah, mengecat mana yang patut, bersihkan bawah rumah, potong rumput, susun pasu... tak banyak kerenah sangat masa tu sebab kami semua seronok sebab raya dah dekat. Beberapa jiran juga dah mula buat kuih raya... masa tu lebih kepada untuk kegunaan sendiri tapi bayangkan biskut 'homemade'... memang tak pernah ada tandingan. Tak ramai pakai dapur gas masa tu... kebanyakannya dapur minyak gas atau dapur kayu... sebab tu kalau diperhatikan rumah-rumah yang ada di quarters tu... dapurnya mesti ada 'chimney'.

Demikianlah yang terjadi setiap kali Nuzul Quran menjelang tiba dan sebelum mulanya malam tujuh likur... kini jadi kenangan. Dan agak sedih juga apabila melihat kesemua rumah di quarters tersebut dirobohkan beberapa tahun yang lalu untuk dibina apartmen bagi menampung bilangan pekerja yang meningkat... namun ianya takkan pernah sama dengan suasana dahulu. Kadang-kadang terasa agak terkilan kerana tidak terfikir untuk merakamkan setiap sudut quarters tersebut apatah lagi aktiviti yang pernah kami lakukan kerana pada masa tu takde kamera digital... kamera guna filem agak mahal bagi kerluarga kami yang purata pendapatannya di bawah RM500 sebulan.

... namun apabila telah meningkat dewasa, saya maklumi bukan wang yang menentukan kegembiraan kita... ianya lebih kepada bagaimana kita menjalani kehidupan ini, kadang-kadang kita tidak perlukan banyak duit untuk merasa seronok.


Read more

Saturday, August 21, 2010

KITA SEMAKIN HILANG...

Ramai juga rakan-rakan yang bertanya kenapa saya posted begitu banyak posting-posting di Facebook yang nampak 'Ol Skool Stuffs' seperti lagu-lagu dan cerita TV 80an, alat permainan lama dan sekali-sekala gambar-gambar lama. Sudah tentu cerita-cerita sedemikian adalah kegemaran saya kerana era 80an adalah era kegemilangan saya (... saya gelak). jika tidak pun untuk rakan-rakan yang sezaman saya. Ada rakan mengatakan saya seorang konservatif... ambil masa yang agak lama untuk menerima perkara-perkara yang baru kecuali apabila ianya berkaitan dengan 'gadgets'. Mungkin juga dalam beberapa perkara namun saya sebenarnya 'kurang selesa' terhadap sebarang perubahan yang bersifat 'membunuh dan meracun'... semata-mata untuk mengadaptasi perubahan zaman.

TULISAN TANGAN

Komputer benar-benar telah membunuh seni tulisan tangan. Saya sendiri telah begitu kurang menggunakan tulisan tangan sejak keterlaluan bergantung kepada komputer... ekcelly memang lebih pantas guna komputer apatah lagi ada beribu-ribu 'fonts' yang boleh digunakan. Nak cepat la kononnya, boleh simpan beribu-ribu 'files' dalam satu tempat dan seribu lagi alasan untuk menyedapkan hati bahawa tulisan tangan sudah tidak penting.

... tiba-tiba dunia ada masalah tenaga dan harga elektrik serta bateri menjadi terlalu mahal, macam mana? Nampak mustahil kan perkara tu nak berlaku... tapi siapa sangka Acheh musnah akibat Tsunami dan berjuta orang di Pakistan hilang tempat tinggal akibat banjir baru-baru ni. Ha fikir... mana nak cucuk wayar komputer tu?

SENI BAHASA

'Ko nk buke posa kt mne hr ney? Jgn lpe mek ako kt rmh'... ambil masa sedikit nak faham pesanan ringkas yang sebegini... kedu sekejap. Kalau dulu tulisan 'shorthand' begini hanya digunapakai oleh jurutrengkas (... ada ke lagi jawatan ni sekarang). Tapi sekarang dah jadi bahasa koman spanar semua pengguna henfon... jimat masa dan cas SMS. Nampak macam tak penting kan nak timbulkan benda macam ni... tunggu la nanti bila kita perhati budak-budak sekarang tidak tahu membezakan bahasa pasar dan bahasa komunikasi formal bila diaorang interbiu kerja dan harus bersaing bila bekerja nanti.

... sekarang pun kita telah hilang banyak bahasa-bahasa indah dalam rumpun Melayu yang biasa kita gunakan dahulu. Anak saudara saya sendiri bertanya kepada saya... 'gerobok tu apa?'

MASAKAN

Berapa ramai agaknya anak dara sekarang ni yang memasak? Mungkin terlalu ke depan soalan saya ni... lebih elok ditanya sebegini... 'berapa ramai orang kita sekarang masak sendiri?'. Yang orang perempuan jangan pandang semacam kat saya dan tak payah la bulat-bulat mata kat saya nak menyusun ayat dalam kepala buat modal nak berdebat. Saya bicarakan tentang seni masakan yang hilang... bukan soal kerjaya mereka... itu masalah mereka... hahaha. Jangan la marah... kalau kita mahu... BOLEH. Bak kata Ustazah Norbahya (... betul ke eja nama akak ni)... ANDA BUAT ANDA DAPAT. Kalau tak nak masak... sudah. Makan la kat luar dan makanan segera tu sepuas-puasnya... orang ada duit kan... tapi esok-esok kalau takde duit atau semua premis takde sijil halal macam mana?

... sukar dah kita nak merasa jenis masakan lama, kuih Melayu dan berbagai jenis masakan yang sememangnya sedap (... dan HALAL) yang dimasak dengan penuh kasih-sayang oleh ibu dan nenek kita dahulu. Sampaikan kalau pergi mana-mana rumah orang... ayam pun pakai ayam segera. Jangankan nak merasa ayam goreng kunyit biasa... ayam berempah kering... haram.

p/s nota peribadi:... isteri saya memang cook terbaik (... malam ni masak apa yang?)

SKIL KERASTANGAN

Rasanya istilah kerastangan ni difofularkan oleh majalah Gila-Gila dahulu... kurang lebih maksudnya kita buat sendiri la sesuatu barang tu... contohnya menganyam bakul. Seni membuat alat permainan sendiri hampir hilang... susah nak jumpa orang buat layang-layang sendiri, roket kertas, kapal kayu, kereta sorong kayu malahan perkara yang paling ringkas... buat kad raya sendiri. Ye la, semua orang sibuk kan... memang takde banyak masa pun.

... saya saksikan sendiri budak-budak mat saleh di Amerika dan Europe masih lagi mahir dalam seni pertukangan tangan. Malahan anak-anak Senior Paul (... cerita American Chopper la) cukup mahir buat jeti kecil di sungai. Kita nak guna martol ketuk paku pun... berapa kali ekjas sebab paku asyik bengkok.


... sebahagian petikan dari karya pantun oleh Bung Hamka - Di Atas Runtuhan Kota Melaka

bukan ku minta jambatan emas
tapi nasihat hendak ku beri
kenang-kenangan zaman yang lepas
iktibar cucu kemudian hari



Read more

Monday, August 16, 2010

AMERIKA DARUL DEMOKRASI

Setiap kali orang sebut Amerika, secara spontan saya akan terbayang Donald Duck, Goofy dan lain-lain watak kartun yang memang cukup popular. Selain dari itu, perang di sana sini malahan filem-filem mereka pun secara istiqamah memaparkan 'watak kaki perang' dan 'Polis Dunia'... nak bagitau orang la kot mereka adalah 'The Greatest American Hero'.

Kalau baca 'mainstream media' mereka, memang Amerika ini dibayangkan sebagai pelindung dan pembawa obor demokrasi... pejuang hak asasi dan kebebasan sejagat. Kalau mereka kata bebas maka bebas la... kalau mereka kata pengganas maka pengganas la sesebuah negara tu. Dan sungguh amat ternyata mereka melaungkan kepada dunia bahawa... 'YANG TERKUAT DAN TERKAYA AKAN MENENTUKAN SEJARAH DAN PERJALANAN DUNIA'... mengikut acuan mereka semata-mata.

Dan saya masih bergelut cuba memahami bagaimana sebilangan orang Malaysia amat mengagungkan Amerika malahan bergantung harap kepada Amerika untuk memandu arah sejarah Malaysia dan bentuk demokrasi yang boleh diberikan sijil halal agar diiktiraf dunia... (mengikut acuan mereka).

Apa yang mengganggu fikiran saya tentang Captain America nih... sampai berebut-rebut orang Malaysia cium tangan lutut diaorang nih:-

PEPERANGAN DUNIA SANA-SINI

Saya kira semua orang tahu pembabitan Amerika di mana saja peperangan serata pelosok dunia... jika mereka tahu kedudukan sebenar negara UFO, mungkin mati dah semua makhluk hijau kepala lonjong mulut cute tu. Iran, Iraq, Afghanistan dan semua negara yang berbendera bulan... tu tak termasuk pembabitan baling batu sembunyi tangan mereka seperti di Palestin... bayangkan berapa ramai bayi, kanak-kanak, wanita dan warga tua yang mereka bunuh setiap tahun. Dan banyak sekali pendedahan oleh rakyat mereka sendiri bahawa Amerika terbabit dalam mengganggugugat senario politik negara lain semata-mata negara tersebut tidak semangkuk dengan mereka.

... macam mana kita boleh tadah tangan kepada orang yang bunuh saudara mara kita?

PENGAMAL HUBUNGAN SEJENIS TERBESAR DUNIA

Segmen ini agak memualkan untuk saya bicarakan panjang lebar kerana semua orang tentu sedia maklum. Jika Malaysia yang dikatakan boleh menjadi sebuah model negara Islam malahan semua orang muslim berpolitik tak kira parti di Malaysia mengatakan bahawa Malaysia harus menjadi sebuah negara Islam... agak mengelirukan apabila Amerika diharapkan untuk membawa atau menjunjung cahaya kebenaran di sini.

... jadi bingung kepala saya bila kawan-kawan sesama Islam di Malaysia saling fitnah memfitnah satu sama lain dan dalam masa sama mahu Amerika menjadi imam.

PAK GUARD PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Semua negara di dunia ni seperti diwajibkan menjadi ahli kepada PBB... enggan bermakna kena pulau, tak dapat bantuan antarabangsa. Malahan keengganan mana-mana negara (... negara mskin terutamanya) mengikut telunjuk PBB akan menghalalkan PBB untuk mengenakan segala macam sekatan antarabangsa atas nama kepentingan sejagat dan dasar demokrasi. Cuma saya terfikir jika PBB menjunjung dasar demokrasi... kenapa Amerika masih lagi mempunyai kuasa veto atau kuasa pembatal? Setiap kali ada ketetapan mengutuk Israel yang memang terbukti hakiki membunuh umat Islam di Palestin... Amerika pasti akan gunakan kuasa veto untuk membatal sebarang sekatan ke atas negara pasangan sejenis mereka itu.

... dan kita di Malaysia saling duduk bersanding melirik mata dengan Amerika bagi menegakkan demokrasi yang dikatakan semakin hilang di Malaysia... come on, takkan dari tangan seorang pemimpin yang sentiasa berlumuran darah orang Islam? Tangan yang begitu berkuasa cuma perlu diangkat semasa undi mengutuk kekejaman Israel bagi mempamerkan keangkuhan kuasa veto... walaupun disanggah oleh 99% suara rakyat dunia.

... apakah kuasa veto itu demokrasi?

HIDUP BERSAMA TANPA PERKAHWINAN SAH

Satu Malaya kecoh apabila ada kes buang bayi... maknanya mempunyai seorang anak di luar nikah adalah takdir yang amat memalukan dan selalunya berkesudahan dengan bayi tersebut dibuang merata-rata. Semua orang menangis lihat mayat bayi tersebut yang dijumpai di merata tempat... berkokok-kokok semua tok lebai. Dan kerajaan langsung didesak agar mengenakan hukuman mati ke atas mak bapak bayi tu... gantung sampai mati. (... dah berkuatkuasa dah hari ni)

... tapi kita masih lagi berpeluk cium dengan Amerika yang mempertahankan institusi tanpa perkahwinan dan anak luar nikah... mereka kata itu hak asasi dan kebebasan rakyatnya... itulah DEMOKRASI hakiki. Sekarang kita lihat sendiri di sana betapa keluarga-keluarga seperti ini disanjung dan dipuja... sedangkan amalan tersebut amat dibenci di Malaysia.

Tukar saja bendera Malaysia tu jadi bendera Amerika... jalur pun sama dah. Siapa tau kan kalau kita berbaiah dengan Amerika... kita akan diiktiraf sebagai masyarakat kelas elit dunia... memang itu pun yang kita hendak agaknya.

Read more

Friday, August 13, 2010

1001 NOSTALGIA RAMADHAN - HARI TAK BERSEKOLAH

Hari ini adalah Jumaat pertama di bulan Ramadhan... sempat juga ke Masjid Shah Alam untuk bersolat jumaat... luarbiasa ramainya jemaah yang hadir, alhamdulillah. Saya tiba agak awal ke masjid kerana ingin menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah seawal yang boleh... seperti yang telah saya lakukan sejak berbelas tahun yang lalu apabila saya telah mula mempunyai pendapatan sendiri... mudah-mudahan sedemikianlah hendaknya untuk tahun-tahun yang mendatang.

Semasa kami di alam persekolahan dulu, jarang sekali kami bangun lewat di waktu pagi... selalunya sebelum pukul 8 pagi dah siap mandi, begitu juga keadaannya di bulan Ramadhan. Selalunya lepas mandi... muka agak mamai sekejap. Tempat paling best nak lepak... kat tangga depan rumah sambil tunggu kot ada kawan-kawan yang muncul satu persatu untuk rancang aktiviti yang boleh dibuat... selalunya spontan je, buat apa yang sempat. Dan sungguh, pukul 8am hingga ke pukul 2pm... adalah satu jangkamasa yang amat panjang rupanya... terkebil-kebil menahan lapar dahaga... haha.

So, pakat la 2-3 orang, kitaorang layan Library Klang dekat sekolah convent tu. Kadang-kadang library belum bukak, kitaorang dah tunggu luar. Aircond beb... so boleh la layan lama sikit dalam tu. Kalau nasib baik... ada sesi 'storytelling' dibuat. Walaupun dalam bahasa Inggeris tapi... buat-buat faham la sebab masa tu bukan mahir sangat bahasa tu. Boleh tahan jauh jugak library ni... tapi bila jalan kaki ramai-ramai tu kan memang tak terasa... ada je cerita sepanjang perjalanan yang memakan masa 10 minit tu. Yang paling leceh bila nak lalu bukit hospital tu... mak ai, bulu roma meremang je... semacam je teduh kawasan bukit tu. Tapi bulan puasa kan... apa nak takut, semua hantu kena ikat dah.

Buku apa yang selalunya kitaorang pinjam untuk tempoh seminggu? Kalau tak buku Hardy Boys... buku Nancy Drew... pantang ada keluaran baru, gerenti pinjam dulu. Tak silap masa tu ada kad pinjaman dan maksimum buku hanyalah dua buah... so kalau ada banyak masa, satu baca di situ dan pinjam lagi dua bawa balik. Itupun tak sampai sehari dah habis baca dua-dua... so kena tunggu Sabtu lagi satu untuk pinjam lagi buku sebab malas nak pergi library masa hari sekolah.

Balik je rumah dalam pukul 2... layan tidur dulu. Dulu siaran tv mula pukul 2 rasanya sebab sebelah pagi hanya ada rancangan tv pendidikan. Petang kena layan cerita katun dulu, lepas tu barulah keluar rumah untuk acara-acara sukan yang memang happening masa tu. Di kawasan istana dulu cuma ada satu kawasan padang simen garage yang paling besar... kat situ la kitaorang layan semua jenis aktiviti. Dan yang paling best... main kasut roda, takde roller blade masa tu... kasut roda 4 dengan stopper getah. Kejap-kejap kena ketatkan skru dan ketatkan tali sebab asyik longgar je. Ramai beb... hampir semua budak-budak istana ada kasut roda... bila semua sekaligus turun main buat rantaian keretapi... memang best giler. Bila haus je, kat tepi garage tu ada paip air... layan minum situ je. Kitaorang rest bila ada kereta nak lalu situ je atau bila ada kereta tuanku nak masuk parking. Dan selalu gak kena sound dengan arwah Pak Amin sebab kitaorang selalu pecahkan bidai panjang yang tutup pintu garage tu... nama pun budak-budak kan.

Boring je main kasut roda... kitaorang layan main nyorok-nyorok atau main perang-perang... sapa pun boleh main tapi selalunya kena stop bila ada yang menangis atau gaduh... haha. Hadoi... memang sengal. Bila nak masuk je pukul 6... bilangan orang mula surut sebab masing-masing balik mandi nak buka puasa... rasanya dulu waktu maghrib masuk pukul 6.30 macam tu sebelum waktu diselaraskan ke hadapan setengah jam ikut Sabah Sarawak. Dan berulang kembali episod solat tarawikh macam biasa. Kalau ada cerita P. Ramlee malam tu... sah tak keluar rumah sebab cerita P. Ramlee jarang-jarang main di tv waktu tu. So bila ada je, gerenti tunggu... dan mesti ada kopi.

Bunyi macam bosan je dulu kan... tapi sebenarnya itulah waktu paling gembira dalam hidup, walaupun takde apa tapi suasana pada masa tu memang tak akan ada galang ganti. Hari ini, hiburan sudah amat keterlaluan dan kita juga semakin sibuk dengan urusan harian apatah lagi bila telah memegang tanggungjawab berkeluarga.

Kadang-kadang tu ada juga berharap agar suasana zaman 80an tu datang kembali... harap je la kan.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...