Friday, April 29, 2011

APABILA MOOD MENULIS TAK MAU MARI

The late 'Tom'
Terlalu banyak perkara sebenarnya yang ingin saya tulis di blog ini... berdasarkan pengalaman sendiri, pengamatan pengalaman orang lain, cakap mulut dan peristiwa semasa yang berlaku di sekeliling saya. Tapi kadang-kadang mood menulis memang tak mau mari... walhal perkara-perkara itu sentiasa berlegar-legar dalam kepala. Banyak pengalaman menarik yang molek rasanya kalau dikongsi bersama... siapa tahu ianya bermanfaat untuk pembaca. Malas pulak hari ni rasanya tapi hati nak menulis juga... jadi saya tulis la juga beberapa perkara yang masih di peringkat 'raw' dalam kepala saya... hehe, memang tak mau fikir tapi dia datang jugak.

Kisah video... 
 
... ramai kawan-kawan yang minta agar saya 'elaborate' tentang skandal video yang begitu hebat dimainkan ketika ini. Soalan yang wajib ditanya kepada saya... 'benarkah orang itu'. Jika pun saya ada pendapat... saya fikir biarlah ianya tidak saya zahirkan di sini. Hal video ni biarlah pihak berkuasa uruskannya... hal peribadi.

1Melayu 1Bumi...

... ramai juga rakan-rakan bukan Melayu saya menyatakan rasa kurang senang dengan gerakan ini, nampak seperti 'perkauman' kata mereka. Saya cuma boleh katakan... cuba lihat dari satu sudut lain, kenapa tiba-tiba orang Melayu bersemangat untuk menyatukan semua Melayu. Tentu ada sebabnya dan pada saya apabila orang hendak bersatu... tentulah itu satu niat yang baik. Cuma mungkin jalan cerita dan motifnya nampak berbeza mengikut tafsiran masing-masing. Saya bukanlah pakar sangat tentang pembangunan sosio-budaya nih... cuma mampu berdoa agar Malaysia kekal harmoni dan sejahtera.

PERKASA...

... beberapa kawan saya telah menjadi ahli kepada NGO Melayu ini yang dipelopori oleh Enche Ibrahim Ali. Satu pihak mengatakan ianya kebangkitan suara Melayu Baru dan di sebelah sana mengatakan NGO ni bersifat 'perkauman'. Untuk menggerakkan pertubuhan yang sebesar ini memerlukan suara dan iltizam yang begitu kuat dan berani... memang ahli PERKASA berani. Bodoh la saya jika hendak menghentam bangsa dan saudara saya sendiri kan... lebih-lebih lagi apabila pertubuhan dan parti politik yang ada begitu aktif menjalankan gerakan 'pecah dan perintah' orang Melayu hingga terbahagi kepada beberapa 'puak'. Dan mungkin juga PERKASA ini menambahkan lagi bilangan puak... mungkin. Namun... kena fikir juga kenapa PERKASA muncul? Akal logik saya berkata... tidak mungkin PERKASA ini jahat kan.

NASI LEMAK...

... saya rasa orang politik ni memang dah naik lemak hinggakan isu makanan ni boleh jadi tajuk utama di akhbar.

RINGGIT MALAYSIA BERTAMBAH KUKUH...

... dengarnya tukaran sekarang RM2.88 = USD1, RM1 = RIYAL1.38, RM1 = IND3,599. Dengan kata mudah, RM bertambah tinggi nilainya berbanding tukaran asing. Kuasa membeli rakyat Malaysia besar di luar negara. Terfikir juga apa manfaatnya kepada majoriti rakyat di Malaysia... harga barangan import tetap tak turun, begitu juga dengan barang makanan. Tengah tunggu kawan-kawan yang biasa dengan FOREX bagi ulasan. Yang menariknya seorang kawan dengan murah hati hendak mengajar saya FOC... buat duit dengan FOREX tanpa perlu guna orang tengah atau agen dan katanya boleh buat duit dalam USD500 seminggu... takkan nak tolak kan tawaran... kena jumpa teh tarik la nampaknya.

E-FILING...
 
... lusa dah 30 April yob, dah submit ke belum income declaration kepada LHDN. Nanti tengah-tengah malam baru la terhegeh-hegeh telefon saya macam mana nak isi borang tu. Padahal dah berbelas tahun buat... kali ni kena 'cas' yuran la... asyik free je.
 
PUTERA WILLIAM NAK MENIKAH...

...hahaha, mesti ada yang gelak kalau baca ni... macam mana saya boleh terfikirkan hal kawen anak Putera Charles Al Englander. Ikhlasnya... saya berminat sebab saya dibesarkan di kawasan istana dan telah menyaksikan beberapa perkahwinan DiRaja... memang amat menarik dan bukan selalu berlaku pun. So, memang saya nantikan acara ini... tapi di Astro je la kan.

PESAKIT BUAHPINGGANG...

... beberapa tahun yang lalu, saya telah menubuhkan sebuah pusat dialisis 'single used' di Klang. Panjang ceritanya... tapi mood belum mari untuk saya tulis di sini secara terperinci... mungkin suatu hari nanti. Saya memang sentiasa memikirkan pesakit-pesakit itu walaupun telah hampir 3 tahun saya meninggalkan syarikat yang menubuhkan pusat dialisis tersebut. Bukanlah suatu perkara yang menarik apabila dari semasa ke semasa saya dimaklumkan tentang kematian demi kematian beberapa pesakit yang boleh dikategorikan sebagai agak kronik keadaannya. Semoga Allah menyediakan Ar-Raudhah kepada mereka di alam barzakh... ikhlas sesungguhnya dari hati saya.

ASTRONOMI...

... sesungguhnya saya seorang peminat alam semesta... alam astronomi. Sejak dari kecil saya selalu memikirkan, berapakah usia dunia ini dan bilakah semuanya akan mati... dan apa sesudah mati. Dunia internet memang hebat dan sekarang saya amat menikmati maklumat yang begitu banyak tentang astronomi... sungguh menakjubkan 'hasil tangan' Allah dan sesungguhnya nikmat yang dikurniakanNya terlalu amat banyak hingga tiada langsung ruang untuk kita menyatakan tidak menerima nikmat itu.. Dan Dia selalu menunjukkan kepada kita... hebat macam mana pun kita di dunia, bukan semua nikmatnya dapat kita rasa... semata-mata hendak menunjukkan bahawa kita ni cuma la hambaNya... jadi jangan la berjalan di muka bumi ni dengan riak dan takabur.
 
JEPUN DATANG BALIK KE MALAYSIA... 
 
... beberapa rakan pengarah syarikat saya mengatakan... the Japs are coming back to Malaysia. Selepas peristiwa kebocoran reaktor nuklear di Jepun, kisahnya ramai ahli perniagaan hendak membuka kembali kilang dan pejabat di Malaysia. Gempa bumi berskala besar dikatakan berlaku terlalu kerap akhir-akhir ini di Jepun. Memandangkan Malaysia masih lagi sesuai untuk kilang beroperasi... khabarnya banyak kilang-kilang besar hendak beroperasi di sini. Alhamdulillah la kalau betul... mudah-mudahan banyak peluang kerja untuk rakyat Malaysia. Agaknya bermula la kembali era mat dan minah kilang kot... lawa-lawa beb minah kilang dulu. Tapi ramai ke lagi anak-anak muda Malaysia hendak kerja kilang seperti dulu... jangan nanti berlonggok warga asing dah la... masalah beb.

USIA...

... dunia kata pergi, kubur kata mari.

............................................................. >>>>>

... ada orang kata saya terlalu banyak berfikir hingga rambut pun makin kurang... hahaha whatever. Tapi Allah turunkan ayat pertama... 'Bacalah'... itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita takkan berhenti berfikir... lebih banyak kita membaca, lebih banyak kita berfikir.

... dan saya masih berfikir, apa yang hendak saya tulis esok. Selamat malam warga Shah Alam... di mana jua anda berada.
Read more

Wednesday, April 27, 2011

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2011


Pesta Buku Kuala Lumpur 2011 datang lagi dan ini adalah pesta buku anjuran National Book Council of Malaysia kali ke-30. Awal-awal tahun 2000an dulu rajin gak saya layan pesta ni... salah satu acara wajib dan memang ditunggu-tunggu. Buku yang ditawarkan agak murah berbanding harga asalnya... sambil-sambil tu dapat la juga macam-macam door gifts. Bagi yang meminati novel... memang banyak dan kalau nasib baik, penulis juga hadir untuk bagi autograf frankly speaking saya memang tak begitu kenal rupa penulis kalau orang tak introduce. Secara relatifnya, buku tulisan Bahasa Inggeris hampir keseluruhannya lebih mahal berbanding buku Bahasa Malaysia... mungkin juga disebabkan kos pengangkutan kot.

Beberapa tahun kebelakangan ni saya agak jarang pergi ke pesta buku ni. Pertama, memang takde masa di hari bekerja walaupun ianya dibuka dari pukul 10am-9pm. Lokasi pesta adalah di PWTC... THE HEART OF TRAFFIC JAM AREA. So, kena datang tengahari... kalau sempat. Nak datang selepas waktu pejabat... no driver  in a right mind willing to enter that area when all employees rushing home... sesak giler beb. Kedua, organise ni tak perasan kot... tempat letak kereta tak cukup dan macam sardin kalau datang hari Sabtu dan Ahad. Nak daftar masuk pun, kena beratur, naik escalator kena beratur, nak hala ke dewan kena beratur... nak tengok buku pun kena berhimpit-himpit. So, macam mana la kita nak lega baca sinopsis buku tu. Kena cari tempat lain la yang lebih luas dan mudah cari tempat letak kereta.

Macam mana pun... seronok tengok orang ramai di situ. Bila orang kata, orang Malaysia ni tak minat membaca... tipu la kan. Walaupun bersesak... ulat buku tetap datang. Walaupun leceh nak cari tempat letak kereta, menggagau cari mesin nak bayar tiket parking dan berbelas minit nak pandu kereta keluar dari tempat letak kereta bertingkat tu... orang masih ramai datang ke pesta buku tahunan ni.

Hobi membaca memang elok... jadi marilah kita kekalkan semangat rajin membaca.
Read more

Wednesday, April 20, 2011

SEPATAH SOALAN... SEPATAH JAWABAN

Sesuatu yang saya amati apabila meningkat dewasa nih... hidup nih semakin banyak soalan berbanding jawaban. Malahan satu soalan seperti 'Sudah?'... boleh menimbulkan beberapa persoalan lain seperti... 'Sudah ke belum?', 'Sudah ke?', 'Sudah macam mana?'... dan macam-macam sudah lagi. Walhal jawabannya memang dah ada... 'Dah'. Tapi jawaban tu pun akan menimbulkan lagi beberapa persoalan lain... 'Dah macam mana?', 'Dah settle ke?'... dan macam-macam 'Dah' lagi. Apatah lagi bila jawaban itu masih lagi tidak memuaskan hati orang yang bertanya.

Keadaan di atas adalah situasi masa kini... dunia semakin bercelaru. Malahan soalan yang tidak memuaskan hati akan menambahkan lagi keresahan dan tidak mustahil ianya mengakibatkan orang hidup dalam persepsi yang tidak menguntungkan sesiapa malahan boleh menimbulkan ketegangan yang bisa memudharatkan. 

Gambar hiasan

Saya harap penerangan saya tadi tidak menambahkan kecelaruan sesiapa... hahaha.

Sebut tentang soalan dan jawaban ni... saya sebenarnya mengagumi kebolehan beberapa orang kawan saya yang begitu bijak menjawab hinggakan kita takmo lagi dah tanya soalan selanjutnya. Dengan nada suara dan mimik mukanya... memang selambaderk dia jawab. Padahal soalan itu dikemukakan adakalanya sekadar pembuka cerita... cari feel la kata orang. Meh kita lihat beberapa soalan tu.

Tanya: Bila la ko nak kawen nih?
Jawab: Ko nak sponsor ke?

Tanya: U ni dah kawen ke belum?
Jawab: I baru bujang 3.

Tanya: Ferrari ni kuat betul minyak dia makan kan?
Jawab: Keta harga sejuta, minyak ko berkira apehal.

Tanya: Seksi betul aku tengok minah tu, anak sapa la?
Jawab: Ko tak dapatttt...

Tu la dia beberapa contoh situasi orang bertanya dan yang menjawabnya memang tak berminat sangat nak jawab tapi tak jawab kang kecik hati pulak... hahaha kan. Memang la ada yang sakit hati tapi... kadang-kadang penat gak nak menjawab.

Dan sejak akhir-akhir ni ada dua jenis jawaban yang cukup digemari oleh orang yang malas nak bersoal jawab panjang-panjang...

Tanya: Ko ni kan, hari-hari aku tengok duduk kat kedai mamak je... kaya dah ko? Loaded tokeh mamak nih.
Jawab:... ada aku kisah.

Tanya: Orang politik nih, takmo turun padang ke? Asyik berlonggok je kat lobi hotel... ke hulu ke hilir naik Cayenne... naya rakyat cam ni.
Jawab:... KITA BAKOR JE.

............ bila la soalan-soalan akan terjawab dengan benar dan jujur. Suka benar nampaknya rakyat dibiarkan tertanya-tanya... pening kita beb.
Read more

DI SEBALIK KISAH REAKTOR TENAGA FUKUSHIMA

Hari ni saya bertemu dengan seorang client setelah hampir beberapa kali appointments batal disebabkan kesibukan masing-masing. Alasannya cukup baik kali nih... 'Brother, where are u now? The longer we postpone, the higher my electricity bill'. Haha... client dah panggil kan... kena layan serta-merta. Padahal dalam 10 kali set appointments... 9 kali dia yang postpone... but customer is always right. Sorang ofis di Puchong dan sorang ofis di Cyberjaya... and the meeting place is Kiaramas. Saya tanya la dia... 'Max, what the hell you request for this place?'. 'I tell u later la taikor, eleven haa'.

Rupanya ini abang sudah beli satu unit rumah di Kiaramas... wallawey, juta tu beb. Max bagitau dia nak 'hijaukan' rumah dia dengan penggunaan elektrik seminima boleh... so we talk and talk... datang jauh-jauh bincangnya sekejap je. Tapi saya salute jugak dia... kurang gunakan elektrik bukan sahaja kurangkan bil tapi make the earth cooler la kan... kalau semua orang buat macam tu... alhamdulillah.

Conversations goes on... dan saya agak tertarik apabila Max bercerita tentang reaktor nuklear Fukushima di Jepun yang rosak teruk baru-baru nih dan rancangan kerajaan Malaysia hendak membuat sebuah reaktor nuklear tenaga di Pahang bagi menampung keperluan tenaga di Malaysia. Secara peribadi saya agak kurang bersetuju dengan rancangan tu. Pertama, bukannya saya boleh dapat jadi kontraktor untuk projek tersebut hahahaha ada hati beb dan kedua, saya tak nampak keperluannya kerana kita masih ada alternatif seperti renewable energy atau energy efficiency... mungkin YB-YB yang ada boleh duduk dan fikirkan pendekatan ni tak kisahlah kalau saya tak dapat projek nih hahaha.

Max bagitau saya... 'do you know that Fukushima nuclear reactor is actually producing substance for nuclear weapon?' Aisey... i got shock man, terkejut. Tapi tak sempat nak sembang panjang sebab saya kena rush somewhere dan Max dapat 'panggilan bini'... hahaha orang sayang bini dan kena rush ke Bangsar. Kacau betul kalau cerita sekerat jalan tapi sempat juga dia minta saya browse the international media.

Yup, malam ni ada jumpa beberapa artikel tentang cerita tu tapi tak banyak sangat... berita masih terlalu raw tapi interesting kalau dapat baca sesuatu yang misteri dan kontroversi.




Memang menarik kalau dilihat reaktor nuklear ni di waktu siang dan malam... nampak macam environmental friendly je kan. Cuma setahu saya, reaktor tenaga nuklear memerlukan kuantiti air yang amat banyak untuk menyejukkan bahan uranium yang digunakan kerana ianya teramat panas. Dan air yang telah digunakan untuk tujuan itu terpaksa dirawat semula sebelum boleh dilepaskan semula ke laut atau sungai... namun ia masih tidak dapat menjamin 100% bahawa air itu tidak akan tercemar. Saya rasa maklumat ini juga diketahui oleh semua orang.

Namun ada satu artikel yang mengganggu fikiran saya sedikit... Kerajaan Jepun bermati-matian tidak mahu menerima bantuan pakar dari beberapa negara luar untuk mengelakkan bahan radiasi akibat kebocoran reaktor Fukushima dan 2 reaktor yang lain dari merebak dengan lebih teruk. Dikhabarkan bahawa hasil dari kajian pakar luar ke atas partikel radiasi yang merebak ke luar dari Jepun... menemui wujudnya bahan yang boleh menghasilkan senjata nuklear. Dengan kata lain... bahan sampingan yang dihasilkan oleh reaktor nuklear ini mampu untuk menghasilkan senjata nuklear. Dan sekarang telah adanya sangkaan bahawa... secara diam-diam Jepun telah menghasilkan senjata nuklear di kesemua reaktor nuklear yang ada di Jepun. This is news beb... shocking.


Bukan sedikit jumlah reaktor tenaga nuklear yang ada di Jepun dan jika benar ada senjata nuklear dihasilkan secara rahsia di setiap reaktor nuklear tersebut... memang gila. Saya katakan gila kerana semua orang risau dengan kedudukan Jepun yang berada di atas pusat lingkaran gempa Pasifik. Sekiranya berlaku beberapa gempa yang berskala besar... apa akan terjadi sekiranya semua reaktor tenaga nuklear itu bocor atau terbakar. Dan Jepun ada senjata nuklear? Banyak mana? Kenapa? Jepun nak balas dendam ke sebab pernah kena atomic bomb dulu? Big disaster beb... that is not a good news at all. Bagi sesiapa yang berminat boleh la baca di Program Senjata Nuklear Jepun... dalam English la beb, jangan komplen... dulu suruh amik English edukesyen takmo.

'Brother. make sure my new home is cool ok... if not, i'll send the TNB bill to you'... sempat lagi Max 'sound' saya sebelum dia ke Bangsar pigidah Max, takut bini la lu.
Read more

Monday, April 18, 2011

BELANGA CAFE @EMPIRE GALLERY, SUBANG JAYA

Sedap nama kedai makan nih... sesedap makanan yang ada di dalamnya. Ada yang memberitahu saya pemilik kedai makan ini adalah Ustaz Ismail Kamus... kalau ada boleh confirm kan, elok juga. Bangga beb orang Melayu boleh buka kedai makan di Garden Mid Valley dan Empire Gallery.... kalau betul la owner dia tu. Kalau bukan... agak-agaknya kena review balik kot nak makan lagi situ selepas tengok keputusan PRN Sarawak hehe.


Saya kira la bukanlah nak memandang rendah sesiapa, kalau tengok depan kedai nih... dalam kepala ingat mesti mahal ni. Kena pulak dekat Empire Gallery... nampak kebanyakan macam... jenis mahal-mahal je. Yup, mungkin juga mahal sedikit la dari kedai-kedai biasa namun kuantiti makanan yang dihidangkan itu agak banyak 'gram'nya berbanding di kedai-kedai biasa. Tak rugi cuba... sedap datang lagi. Kalau mahal pun... tak rugi juga kalau dapat merasa sekali sekala. Bak kata orang tua... jangan kita dikunun-kununkan dek orang pekan. Kalau tak silap kedai ni terletak di tingkat 2 kot... 2 tingkat di atas kedai roti The Loaf Che Det tu.

Sebelum tiba bab makan, mari kita tengok decor kat dalam kedai nih... bagi sesiapa yang gemar ambil gambar... boleh makan di sini dan ambil gambar. Chantek ke tak... mari kita lihat.





Macam kaki saya, macam badan saya, macam kasut saya... BUT IT'S NOT ME


Amacam... chantek kan. Memang nampak nusantara la, nampak kemelayuan... macam masa kita kecik-kecik dulu, waktu di mana orang Melayu bersatu... waktu di mana orang Melayu amat tinggi budi bahasanya. Haha... sentimen sikit, well, siapa lagi nak 'up' orang Melayu kan kalau bukan kita takde la macam sesetengah orang tu, demi undi sanggup bunuh bangsa sendiri.

Ok, iklan politik dah habis... kita tengok lauk jap. Tak banyak makan yang diaorang display... so tak dapat la nak ambil gambar banyak-banyak pasal makanan. Semua ada dalam menu... makan Melayu, makanan orang kita... macam kita makan dulu masa kecik-kecik... di perkampungan orang Melayu tapi kat sini makan dengan sudu garpu.


Makan nasik goreng je beb... haha. Siap dengan ayam goreng, keropok ikan parang, kerabu mangga dan ada sambal belacan. Fuh, siapa kata tak terliur kan... sah la saraf dia dah rosak macam saraf sebilangan orang kita yang hilang dah jatidiri Melayu, baru dapat makan western sikit... dah lupa. Boleh tahan gak nasik goreng ni... licin.


Kek pun tinggal sepotong je... habis sold out. Sama la dengan puding... tinggal hujung-hujung je. Tapi hari tu tak larat nak makan... kenyang diet la konon.


Orang rumah saya merangkap photographer gambar-gambar nih kata memang pernah nampak makanan Anak Dara 2 Sebilik. Kalau tanya saya... hehe, anak dara mana tu? Siapa nama? Apa nombornya? Hehehe... jangan marah haa...


Boleh tahan gak mahal air tu kan... tapi kalau nak dibandingkan dengan kedai makan lain... ada yang lagi mahal dan tempat tak best pulak tu.


Last sekali... teh tarik... boleh la tahan. So, semua-semua ni harganya lebih kurang RM35 untuk dua orang... hmm ok la kalau sekali-sekali kan. So kalau datang makan di sini... pelan-pelan kayuh beb. Tempat chantek... so ambil la gambar posing sana sini dulu buat kenangan... sementara boleh makan kan.

Ada seorang rakan lama saya pesan... 'makan la di tempat orang kita seboleh-bolehnya. Sekurang-kurangnya terjamin halal. Kuasa politik orang kita pun sering dicabar akhir-akhir ini dengan cara yang sungguh tidak berhemah dan 'kurang ajar'. Institusi yang diketuai oleh orang kita pula dikutuk habis-habisan dengan cara ambil peluang bila berlaku sedikit kesilapan... diburukkan sehina-hinanya dan takkan kita nak kata tidak berdetik di hati kita tidak terasa dengan segala kata-kata kurang ajar itu. Kita masih ada lagi kuasa membeli yang besar... jadi, perhatikanlah di mana kita belanja duit kita. Kita sahaja la yang akan jaga orang kita... tidak ada orang lain sheikh.' Masing-masing ada pendapat sendiri kan... kita sama-sama fikirkannya. Malaysia ni multi-racial... so, kita semua sama-sama jaga hati dan perasaan di antara satu sama lain.

... kadang-kadang makan dan politik tidak dapat dipisahkan.
Read more

BAHAN PERISA BUKANLAH MAKANAN ASLI SEBENAR


Saja je provoke pakai gambar kat atas tu... haha. Hari ni takde citer pasal jalan-jalan cari makan. Ramai gak dok tanya kenapa senyap sekejap pasal tulisan makan-makan... sibuk bro, baru habis kempen pilihanraya kat Sarawak hahahaha. Harap bersabar... insyAllah saya akan tulis berkenaan dengan beberapa tempat makan... gambar banyak tapi mood belum mari.

Hari ni saya nak tulis sikit pasal makan jugak... pasal perasa yang terdapat di dalam makanan. Selalu kita nih, asal sedap sodok tekak je... kita bedal. Tapi mari kita tengok sekejap... apa ada dalam makanan yang kita dok telan hari-hari dan sikap kita sendiri yang takmo 'detox' toksin-toksin yang masuk ke dalam badan akibat dari pemakanan kita.

Saya kira semua orang pernah nampak apa jua jenis makanan yang tertulis... 'Sour Plum Flavour', 'Orang Flavour' dan berbagai lagi jenis perisa yang tertera pada balut makanan yang kita beli. Percaya atau tidak... sesetengah dari perisa itu adalah perisa sintetik... BAHAN PERISA KIMIA. Rasanya memang saling tak tumpah macam rasa sebenar makanan... tapi yang kita telan itu adalah bahan kimia. Ingat tak masa di sekolah dulu semasa kelas Sains di makmal... pernah tengok kan bahan-bahan kimia dalam botol kaca atas meja tu. Hasil campuran dari berbagai jenis bahan kimia boleh menghasilkan 1001 satu macam perisa tiruan yang sah-sah bukan makanan asli... bunyi macam bahaya tu beb... MEMANG BAHAYA.

... mari kita lihat beberapa jenis perasa kimia yang ada di pasaran

PERISA STRAWBERI

Takkan tak pernah tengok buah strawberi kot... pergi Cameron Highlands nun, nanti taulah buah tu macam mana. Dalam industri makanan, perisa ini dipanggil BENZYL ACETATE. Memang sedap aiskrim perasa strawberi... tapi bahan kimia yang sama ini juga digunakan untuk membuat simen film-splicing.

PERISA NENAS

Nenas Sarawak kalau dimakan dengan kicap gula cili api... sedap beb. Tapi kena makan nenas yang betul la, bukan perisa nenas yang dikenali sebagai ETHYL ACETATE. Ianya juga adalah bahan kimia yang digunakan untuk mencuci kulit dan tekstil.

PERISA PISANG

Tak banyak produk rasanya yang menggunakan perisa pisang nih... ekcelly saya pun tak pernah jumpa pun satu lagi produk yang menggunakan perisa pisang yang dikenali sebagai AMYL ACETATE. Bahan kimia ini juga sama seperti bahan di atas yang digunakan untuk mencuci kulit dan tekstil.

PERISA RASPBERI

Saya memang suka aiskrim perisa ni... sedap dan wangi. Dan bahan perisa yang juga digunakan dalam industri minyak wangi ini jugalah yang entah dah berapa kali masuk ke dalam perut saya. Nama saintifik perisa ini ialah  ETHYL BUTYRATE... salah satu bahan kimia yang paling murah dalam industri pemakanan berbanding bahan kimia lain. So kalau dah murah tu kan... sah la digunakan secara meluas untuk pasaran 'mass production' untuk memenuhi keperluan jutaan pengguna. Mana cukup beb nak cari buah original raspberi nih... bukan semua negara yang boleh tanam pun.

PERISA KACANG

BUTYRALDEHYDE... jangan suruh saya sebut perkataan ni beb, memang tak pandai. Tapi bahan ini juga banyak digunakan dalam industri getah. Orang biasa sebut bahan kimia ni sebagai BUTANAL

PERISA VANILA

Saya rasa inilah kot perisa yang paling banyak digunakan dalam berbagai jenis rantaian makanan yang dikeluarkan secara 'mass production'. PIPERONAL... macam nama hero Hindi sikit la kan tapi inilah bahan kimia yang digunakan untuk membunuh kutu... apa jua jenis kutu bukan kutu berahak atau main kutu. Juga dikenali sebagai HELIOTROPIN... juga digunakan di dalam produk bahan pewangi.

.......... jadi, amacam beb? Minta maaf la tak boleh nak cerita detail... berapa lama nak tulis kalau semua jenis perisa hendak diulas. Boleh pergi ke kedai buku dan cari la buku-buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang... cute je bukunya beb, boleh masuk poket. Harga pun dalam RM5.00... memang lebih murah dari sekotak rokok yang berharga RM10.

Jadi, kepada sesiapa yang teringin nak makan buah tu... makan la buah sebenar, bukan perisa buah. Banyak dah tempat jual buah sekarang nih... tak macam dulu. Sebelum makan tu, cuci la sebersih-bersihnya dan berdoa la... mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Dan amalkanlah minum air masak atau air mineral sebanyak mungkin dalam sehari... terutamanya sebelum tidur dan selepas solat subuh tu. Itulah amalam tok nenek kita dulu yang hidup sihat berpuluh tahun lamanya dan maintain slim... saya dah bagi tips nak kurus nih... cubalah. Janganlah terlalu banyak sangat makanan ada perisa tiruan dan ditambah pulak minum air berkarbonat tiap-tiap hari tak kira siang atau malam... tu belum lagi letak ais nak kasi sejuk. Racun semua tu beb... percaya la. 

Bahan kimia + lemak tepu + gula + garam + ais = ... LU FIKIR LA SENDIRI.
Read more

Wednesday, April 13, 2011

BANK PUSAT AMERIKA LEBIH BAHAYA DARI TENTERANYA

 
"I sincerely believe, with you, that banking establishments are more dangerous than standing armies; and that the principle of spending money to be paid by posterity, under the name of funding, is but swindling futurity on a large scale." - Thomas Jefferson.  
 
Hari ini seorang rakanniaga dari Singapura... seorang Cina Muslim yang lahir di Singapura, menetap beberapa tahun di Kuala Lumpur semasa kecil dan membesar serta bekerja di Amerika Syarikat... datang mengunjungi saya di pejabat. Umurnya telah melebihi separuh abad dan baru hari ini saya berkesempatan berbual secara berdepan dengan beliau. Setelah berbual panjang tentang rancangan perniagaan untuk penubuhan cawangan di Malaysia, sempat juga saya bertanya tentang keadaan di Amerika... saya belum pernah sampai ke sana walaupun banyak undangan yang saya terima... insyAllah tahun hadapan, agak sibuk tahun ini. 

Saya bertanyakan beliau apakah akan terjadi dengan Amerika sekiranya China yang memiliki majoriti terbitan bond kerajaan meluaskan lagi pegangan bond pada masa akan datang... apakah China akan 'memiliki' Amerika. Beliau hanya ketawa dan kata 'you are watching too many movies perhaps my fren'. Soalan serious saya dijawab begitu... samalah macam soalan tentang jam Omega tapi dijawab lain... hahahaa jangan marah Sheikh, gurau je.

Beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku samasekali selagi Yahudi pegang semua bank terbesar yang ada di dunia... selagi semua bank itu mengeluarkan lebih banyak pinjaman bagi membiayai perang yang 'diusahakan atau dicipta' oleh Presiden Amerika. Selagi ada perang... selagi itu la banyak pinjaman dibuat dan apabila lebih banyak pinjaman dibuat maka lebih banyak la 'interest' akan dipungut. Central Bank of America tidak akan pernah kekurangan duit kerana ianya akan dicetak tanpa had bagi digunakan untuk tujuan peperangan yang tentunya menelan belanja dalam angka 'trillion'. Dakwa beliau lagi... Presiden Amerika sebenarnya 'ditentukan' oleh Central Bank walaupun lahiriahnya nampak seperti melalui proses demokrasi. Dan sebab itu jugalah bekas Presiden John F. Kennedy dibunuh... kerana beliau menentang plan perang Amerika dan berusaha keras untuk mengurangkan penglibatan Amerika dalam segala macam perang di dunia.

'My dear fren... start reading on this Bank Central now and you'll know'. Yup, saya telah pun memulakannya dan carian di Google menemukan saya dengan website ini The Creation of a Central Bank in America. Rasanya saya pernah terbaca tentang hal ni dalam tulisan Mathias Chang... penasihat Tun Mahathir dulu... kena cari balik beberapa buku lama beliau yang ada dalam simpanan... The Future Fastforward.

Kalau sesiapa ada apa-apa maklumat menarik yang boleh dikongsi bersama... harap sudi beritahu.
Read more

'BUKU' YANG BERTUTUR DENGAN SENDIRI


Saya pernah menerima sebuah kitab Injil dari seorang kawan penganut ajaran Kristian beberapa tahun yang lalu... pada masa tu beliau kerap datang ke pejabat lama saya atas urusan kerja dan beberapa tahun berkawan dengan beliau, kami lebih banyak bertukar cerita tentang agama dan sosial berbanding membincangkan hal-hal kerja pembangunan hartanah yang diceburinya. Adakalanya perbincangan kami agak tegang apatah lagi bila berbangkit soal kitab itu sendiri... beliau dengan Biblenya dan saya sudah tentu dengan kitab Al Quranul Karim. Hinggalah pada suatu hari beliau memberitahu bahawa akan bertukar ke syarikat hartanah yang akan ditubuhkan sendiri dan sempat juga beliau 'menghadiahkan' sebuah Bible... untuk bacaan saya katanya. Dan dia agak terkejut apabila akhirnya saya beritahu bahawa saya pernah membaca beberapa versi Bible sebelum itu... dan Bible bukanlah sesuatu yang asing kerana saya pernah bersekolah di mana pengetua sekolah itu adalah seorang Mubaligh Kristian dan saya pernah juga 'tumpang sekaki' mendengar 'ceramah' tentang Kristian yang disampaikan oleh pendakwah Kristian yang datang ke sekolah.

Zaman sekolah dulu, bahan bacaan dan rujukan tentang Kristian ni agak sukar diperolehi... saya banyak bergantung dari ustaz di kawasan perumahan dan rakan-rakan yang bergerak aktif di dalam kumpulan tabligh... rakan-rakan di dalam ABIM juga pada masa tu agak rajin memberikan maklumat bertulis kepada saya. Pada masa sekolah dulu, perdebatan lebih banyak terfokus untuk merendahkan lawan masing-masing... tak pandai sangat berhujah pada masa tu sebab kekurangan maklumat.

Namun apabila saya sambung pelajaran di ITM Shah Alam... pendedahan terhadap maklumat amat meluas apatah lagi di situ jugalah bertembungnya segala pemikir-pemikir muda dari berbagai lapisan masyarakat. Saya masih ingat lagi apabila suatu hari saya 'terjumpa'  buku karangan Ustaz Harun Din bertajuk Manusia Dan Islam... berkali-kali saya ulangi membacanya.

Berbalik kepada rakan saya tadi... beliau minta saya baca Bible tersebut dengan hati yang terbuka... tanpa prejudis katanya. Saya beritahu beliau insyAllah saya akan buat demikian dengan syarat beliau dengar apa yang hendak saya katakan tentang Al-Quran... dan beliau terima. Saya ceritakan kepada beliau tentang sudut yang berbeza tentang Al-Quran dan kenapa ianya begitu bertaraf mukjizat pada mata manusia biasa seperti saya hinggakan tiada satu pun yang dapat menandinginya. Saya akui kepada beliau bahawa saya bukanlah seorang yang 'religious' atau pakar bahasa Arab dan huraian tentang mukjizat Al Quran itu lebih elok diterangkan sendiri oleh pakar agama... namun 'keajaiban' Al Quran itulah yang selalu 'bercakap dengan sendirinya' kepada saya.

MUDAH DIHAFAL

Saya bertanya kepada beliau namakan hanya seorang sahaja paderi yang pernah menghafal setiap perkataan di dalam Bible... hanya seorang sahaja yang ada di Malaysia. Beliau kata tidak pernah bertemu dan agak mustahil Bible itu boleh dihafal dengan tepat namun itu bukanlah alasan Bible itu tidak benar. Saya katakan kepada beliau... saya telah baca beberapa versi Bible dan apabila saya tanya tentang beberapa kisah di dalamnya... paderi Kristian harus melihat dulu kitab tersebut. Dan saya katakan kepada beliau... saya bertanyakan perkara yang sama tentang Al Quran kepada beberapa ustaz di Selangor dan ramai di antara mereka mampu membacakan dengan tepat setiap bait dan patah perkataan di dalam Al Quran tanpa perlu membukanya. Malahan sejarah tentang turunnya setiap ayat itu juga diceritakan secara konsisten.

Saya setuju dengan beliau, bila dia kata kalau diulang baca setiap hari sesiapa juga boleh menghafalnya. Tapi, ada sesiapa ke nak hafal sebuah buku sekiranya buku tersebut hanyalah sekadar seperti novel atau biografi namun bukanlah saya berniat menuduh Bible itu seperti novel... hanya satu perumpamaan. Sudah tentu sebab buku itu terlalu istimewa hinggakan orang hendak menghafalnya. Dan jika mengikut turutan sejarah... Bible diturunkan jauh terlalu awal dari Al Quran. Penganut agama Kristian sudah tentu ada terlalu banyak masa untuk menghafalnya.

TIADA PAKSAAN HAFAL AL QURAN

Saya katakan juga kepada beliau... tidak ada mana-mana negara yang paksa atau bayar upah supaya rakyatnya hafal Al Quran. Hampir semua negara Arab tu kaya dengan minyak... terlalu kaya hinggakan mereka boleh upah berjuta rakyatnya supaya hafal Al Quran tapi itu tidak pernah berlaku. Malahan bukan sedikit hartawan beragama Islam yang menderma sejumlah dana yang besar untuk hadiahkan berjuta-juta naskah Al Quran setiap tahun.

DIHAFAL OLEH BERBILANG BANGSA

Saya katakan kepada beliau... pergi la ke mana jua pelusuk dunia... dari timur ke barat... Al Quran ini dihafal oleh semua jenis bangsa walhal bahasa Arab bukanlah bahasa ibunda mereka. Dari semuda-muda manusia hinggalah setua-tua manusia... mereka hafal Al Quran.

BOLEH DIBACA SECARA BERLAGU

Saya terangkan kepada beliau industri muzik adalah antara industri hiburan berorientasikan keuntungan yang paling berjaya di dunia. Disebabkan keuntungan material itulah maka begitu ramai artis muncul setiap hari dan penyanyi adalah salah satu darinya. Apabila beberapa perkataan dicantumkan menjadi bait-bait lagu yang begitu puitis... ianya akan diminati jutaan peminat dan memberikan keuntungan. Saya akui dan bersetuju dengan beliau banyak lagu-lagu ketuhanan Kristian begitu mahsyur... salah satunya dibawa oleh Raja Reggae, Bob Marley. Tapi lagu itu dicetuskan hasil dari bacaan Bible. Sebaliknya bagi Al Quran... setiap barisan ayat itu sendiri dibacakan secara berlagu dengan lenggok yang begitu indah tanpa perlu ditambah atau dikurangkan walau satu huruf. Bukankah itu satu keajaiban. Saya tidak bersetuju apabila beliau kata alunan Al Quran hanya sedap telinga mendengar untuk penganut agama Islam dan saya minta beliau rujuk kepada begitu banyak bukti yang menunjukkan ramai orang Eropah mengakui lunak bacaan Al Quran sehingga ada yang berminat untuk mendalami Islam... itu tidak pernah berlaku di dalam Kristian.


.... demikianlah serba sedikit pengalaman lalu saya. Namun tulisan ini bukanlah bertujuan untuk merendahkan sesiapa. Hak beragama itu adalah pilihan masing-masing. Kalau nak berdebat tentang kedua-dua agama ni... memang takkan sudah... dan saya sudah tentulah bukan orangnya untuk diletakkan di barisan hadapan untuk berdebat... hahahaha. Tiba-tiba sahaja saya teringat cerita ni bila bertemu dengan beberapa rakan lama yang begitu aktif di dalam kumpulan tabligh. InsyAllah saya akan ingat pesan mereka agar... 'patah balik seperti dahulu walaupun sekarang dah agak ok' hahahaha... doakan la segala kebaikan dan kekuatan untuk saya.

... mungkin juga jika saya berkesempatan bertemu dengan rakan lama itu... mungkin kali ini perdebatan akan 'berlainan wajahnya' sebab saya kerapkali dengar bahawa kerapkali juga ungkapan 'Kristian dan Islam ada tuhan Allah yang sama' dimainkan sejak kebelakangan ni... bukanlah suatu perkara yang baru namun konsep ketuhanan di dalam Islam dan Kristian memang berbeza... bimbang juga nanti ada yang buat tatu 'ALLAH' kat lengan bagi menzahirkan 'religious'nya hati mereka kerana ini telah lama berlaku apabila salib ditatukan di badan... semoga ianya tidak terjadi di kalangan penganut Islam.

... assalamualaikum dan selamat malam kepada semua... di mana jua anda berada.
Read more

Tuesday, April 12, 2011

PANGGILAN 'PELIK' DARI 'BANK ABC'

Sejak 2 minggu kebelakangan ni, hampir setiap hari saya menerima panggilan telefon di mana nombornya tidak saya tahu dari mana asalnya. Hari ni kebetulan agak santai sedikit masa dan tergerak hati untuk mengangkat panggilan tersebut... dan dari seorang wanita tele-marketer kot. yang bercakap dengan nada dan gaya seperti dari kakitangan bank yang adakalanya menelefon saya atas urusan perbankan. Nombor telefonnya memang hampir sama dengan lokasi sebuah bank di Kuala Lumpur... yup, saya angkat panggilan tersebut.

Dia perkenalkan diri dari RHB Bank dan terus bertanyakan tentang kad kredit saya... apabila saya tanya samada dia dari bahagian kad kredit, dia 'divert' dan beritahu tentang 'skim perlindungan kad kredit' yang ditawarkan oleh 'RHB Bank' tah betul tah tidak. Oleh kerana agak laju beliau bercakap, saya tidak begitu pasti biji butir ceritanya... yang saya perasan dia kata ada skim perlindungan untuk baki kad kredit yang tidak dapat dibayar... kurang lebih begitulah. Agak asyik juga takkan tergoda kot hahaha dengar kepetahan wanita ni bertutur yang memang seperti lenggok percakapan kebanyakan kakitangan bank yang saya kenali.

Dia kata 'bank' ingin menawarkan skim perlindungan tersebut dan akan menghantar borang untuk saya isi... lalu dimintanya alamat saya... dan saya beri. Saya kata kalau beliau dari RHB Bank... takkan alamat saya tiada dalam rekod. Dia kata rekod tu 'P&C'... maklumat sulit katanya. Dengan 'bodohnya'... ya saya beri alamat saya.. apa sangatlah kalau nak hantar borang kan. Tapi semasa dalam perbualan tadi, saya teringat pulak... macam mana minah ni tahu saya pemegang kad kredit RHB Bank kalau dia kata dia kakitangan RHB Bank... takkan la alamat pun tak boleh dapat dari department lain. Menyesal sudah sebab 'terbagi' alamat saya.

Tiba-tiba dia minta nombor kad pengenalan saya kartu tanda... macam orang tak bersalah saya kata tak ingat nombor kad pengenalan dan wallet tertinggal dalam... tak tau la boleh pakai ke tidak alasan nih hahaha. Saya kata saya akan beri esok... lepas tu, dia minta pulak saya beri nombor kad kredit... semua nombor di depan dan belakang kad. Terus saya kata 'esok esok' dan letak telefon.

Selepas tu saya cuba buat panggilan ke nombor tadi... 'The number you have dialled, is not in service. Please try again... 1900'. Hadoiiiiiiiii... sudah kena la. Nasib baik la saya tak bagi nombor kad pengenalan dan kad kredit tadi. Memang urutan perbualan telefon itu sungguh spontan dan 'macam style orang bank tanya soalan la'... memang terasa macam 'kena pukau' sekejap. Alhamdulillah... semoga Allah sentiasa melindungi saya. So, kawan-kawan di luar sana... hati-hati la, rasanya ni sindiket penipuan kad kredit nih.

03-27813100... 03-27811900. Hati-hati la dengan nombor ini dan sindiket sebegini. Saya mungkin tersilap sangka tapi apabila nombor itu sendiri tiada dalam perkhidmatan... selalunya kalau dari Malaysia... mesti ada suara wanita berbahasa Malaysia atau dalam English... suaranya pun kita boleh cam suara mesin yang biasa digunakan Telekom Malaysia... ini suaranya lain macam pulak bunyinya.

... hati-hati beb.
Read more

Sunday, April 10, 2011

BILA NAJIB DAN NIK AZIZ JADI MODEL BERSAMA


Saya tak sempat nak buka suratkhabar hari ni... agak sibuk sedikit dengan urusan peribadi. Dan bila dah lega sikit, barulah ada kesempatan buka laman berita di internet. Kot-kot ada la berita 'video' lagi ke... hehehe. Tapi gambar-gambar yang saya nampak sebentar tadi, ternyata amat menyedapkan mata... dua orang tokoh negara dilihat bersama semasa program Perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Industri Automatif Pekan, Pahang yang berlangsung semalam. Agak terkejut juga saya kerana, Tok Guru Nik Aziz sudi memenuhi jemputan saya agak je la kot ada jemputan di saat kemelut yang melanda sebuah parti apabila satu 'video panas' didedahkan oleh Dato Trio.

Mari kita lihat lagi beberapa keping gambar yang ada...




Dari segi politik, saya kira berbagai jenis 'spin news' yang boleh dibuat dari beberapa keping gambar ini. Baik UMNO mahupun PAS sudah pasti mempunyai 'spinners' yang mampu melakarkan 1001 kisah hanya berdasarkan beberapa keping gambar di atas.

Saya kira... sebagai seorang yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik... saya suka melihat gambar-gambar yang ada di atas. Benar-benar memberikan kesenangan minda sambil mendoakan agar... kedua-dua pihak akan bersatu suatu hari nanti. Saya tak peduli la apa ahli-ahli parti mereka hendak kata... ikut masing-masing punya keras kepala la. Tapi saya yakin kedua-dua tokoh ini pasti bersetuju sekiranya saya malahan ramai lagi seperti saya... mendoakan kesejahteraan persahabatan ini dan tak payah la la spin kata-kata saya ni, sori bro... tak laku kat sini.

Muak dah rasanya asyik dengar SAME SHIT DIFFERENT DAY... betul-betul muak. Susah benar kita nak meraikan persahabatan... hal peribadi yang hanya membabitkan seorang, kerapkali disangkutkannya dengan orang lain agar menjadi payah... begitulah... dulu, kini dan mungkin selamanya. Habis porak peranda hidup kita dek hal peribadi seseorang... kawan menjadi lawan, saudara menjadi musuh... sampaikan nak minum teh tarik pun kena tengok tempat dan dengan siapa kita nak minum. Silap haribulan, orang 'chop' dahi kita pengikut seseorang... payah.

... mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Kalau ada kawan-kawan yang nakal sedikit... nasihatilah dia elok-elok, janganlah sampai berpecah-belah. Yang nakal tu pun taklah sejahat Firaun dan yang menasihat tu pun saya kira taklah sebaik Malaikat. Jadi, mun-mun tu moleklah... kita lebih kurang je la kan kalau kata-kata saya ni pun ada orang nak spin, tak tau la nak kata apa lagi.
Read more

POLITIK MILLINIUM - VERSI AKHIR ZAMAN


Agak ramai juga yang bertanya dengan saya tentang 'video panas' yang tersebar di Youtube sekarang ni. Saya juga berkesempatan menonton video tersebut yang berdurasi selama 1 minit 47 saat. Ada juga yang tidak bersetuju bila saya kata saya telah menontonnya. Berbelah bagi sebenarnya nak lihat tapi kalau tak tengok, nak bercerita macam mana pulak... bertalu-talu sms yang saya terima minta pandangan saya. Agak terkedu juga selepas melihat video tersebut namun apabila perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak polis... saya kira molek rasanya kita benarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Berat rasanya hati nak menuduh walaupun benak hati mengatakan sesuatu.

Namun saya lebih tertarik dengan ulasan seorang rakan... rakan lama yang sama-sama di dalam dunia NGO semasa menuntut dulu. Beliau cuma tersenyum apabila saya utarakan hal ni dan balasannya agak ringkas... oleh kerana bertahun lamanya tak jumpa. beliau minta agar pertemuan kami elok dihiasi dengan hal-hal yang lebih memanfaatkan persahabatan dan minta saya agar merenungi 2 ayat Al-Quran bagi menjawab soalan saya. Katanya... inilah POLITIK 2011 - VERSI AKHIR ZAMAN... sesuatu fenomena yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w 1,400 tahun yang lalu.

Surah Al-Hujurat (Ayat 11):

"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah pula sesuatu puak perempuan yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruk gelaran nama fasiq (kepada seseorang) sesudah dia beriman, (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang yang zalim" 

Sambungnya lagi supaya saya baca ayat di atas bersama dengan Surah Al-Humazah (Ayat 1). Al-Humazah ini bermaksud Pengumpat.

"Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat lagi pengeji"  

So, kepada kawan-kawan saya yang masih inginkan jawaban dari saya... mungkin 2 ayat di atas boleh menjawab rasa ragu-ragu. Saya akui saya mempunyai pandangan tersendiri dalam perkara ni berdasarkan pengalaman lalu. Namun saya juga meyakini 'pertemuan' saya dengan 2 ayat di atas bukanlah atas dasar kebetulan... saya harus ambil maklum dan letakkan fikiran saya di tempat lain. Tak berbaloi rasanya melayan cerita video nih... dan semoga Allah melindungi saya dari kepandaian malahan kebodohan saya... amin.
Read more

Wednesday, April 6, 2011

WANITA 'VAMPIRE'


Gambar di atas bukan 'supahimpos' dek non... Maria Jose Cristerna aka Vampire Woman. Di Mexico, kerjaya beliau dikenali sebagai Tattoist. Mungkin sebilangan dari kita tidak menganggap itu sebagai kerjaya... namun... itulah di Mexico. She is an artist... one of the highest 'kasta' dalam dunia moden barat. Beliau kata beliau dulu bersekolah di 'religious school' dan berkahwin pada usia 17 tahun dan ada 4 anak dah. Mula 'ink' badannya sedikit demi sedikit bagi melepaskan tekanan perasaan akibat didera secara konsisten... dan akhirnya seluruh tubuhnya bertattoo. Hebat kan... freedom of expression yang nampaknya mula bercambah di Malaysia.

Dan apabila mula boring agaknya dengan tattoo... beliau mula bertindik di sana sini dan terkini... implan tanduk di dahi sebagai satu simbolik kekuatan. Semua ini dilakukan kerana cintanya terhadap vampire sejak dari kecil dan menjadi impiannya untuk kelihatan seperti itu apabila dewasa... dan inilah hasilnya. Malahan taring pun dia implan dan projek masa hadapannya adalah implan 2 tanduk di belakang kepala.

Hebat... memang hebat. Media yang sering memaparkan hasil imaginasi karya pengarah-pengarah yang berpaksikan kebebasan bersuara dan berkarya sejak dulu memang benar-benar memberikan kesan terhadap manusia. Kalau di Malaysia, orang takut hantu... tapi di barat... orang berebut-rebut nak jadi hantu. Tengok saja cerita New Moon... ramai yang mengagumi pelakon cerita hantu tu, nampak cool katanya. Mungkin saya agak prejudis... mungkin juga mereka hanya suka tengok wayang. Tapi heran juga... semakin banyak cerita hantu di Malaysia dan dah takde dah hantu yang menyeramkan... silap haribulan satu hari nanti mungkin ada adegan... hantu diperkosa oleh kutu berahak yang memang lebih hantu dari hantu.

Mungkinkah suatu hari nanti ada 'ulama' yang tiba-tiba mengatakan bahawa 'tattoo' adalah OK? Orang semakin bijak dan kritis pemikirannya sekarang... akan adakah nanti 'ulama' yang boleh berhujah dengan bijaksana untuk menangani masalah sosial? 'Ulama' sekarang ni nampaknya lebih berminat dengan politik... dan apa jua kesalahan serta masalah sosial... akan dicampakkan ke batu jemala pihak yang bertentangan. Dok sibuk 'bertanding' siapa lebih Islam, siapa lebih tinggi kasyaf... masalah masih takkan selesai.

... selamat malam Shah Alam people... di mana jua anda berada.
Read more

Friday, April 1, 2011

YA HABIBI ALIBABA... MAKAN LAGI

ZAM ZAM ARABIC FOODS... kali ni saya cuba makanan Arab. Sebelum ni pun dah beberapa kali saya cuba tapi asyik di Sahara Tent je... lama-lama boring gak. Dan semasa di Egypt malahan di Schenzen, China... saya juga berkesempatan merasa masakan Arab. Boleh la... tapi saya agak kurang menggemarinya. Tapi dek kerana hari-hari lalu kat Seksyen 9, Shah Alam tu... dok lintas hormat kedai ni, tak tahan jugak beb. Nak kena kasi try test gak.


Besar kedai nih... size 3 buah lot kedai. Agak besar ruang bawah kedai nih... walaupun takde aircond Indonesia kata ASEH, takde la panas sangat. Saya tak pasti samada kedai ni ada provide tingkat atas... nampak macam ada. Tak kisah la... meh kita tengok apa ada dalam ini kedai.


Amacam... nama nasik ni... LAMB MANDY... yup, memang Arab ni tak reti langsung makan sayur. Nasi ala-ala briyani nih memang sedap... panjang-panjang nasi dia. Rasanya sama la seperti Lamb Mandy di Sahara Tent tapi saya rasa Lamb di Sahara Tent lebih sedap dari sini... tapi confirmed tak sesedap lamb yang saya makan di gerai di Schenzen.


Sayur takde tapi orang Arab ni makan sup... sup ni dipanggil sup sayur tapi tak nampak timbul sayurnya, banyak jenis kacang dalam sayur nih. Boleh la tahan sedap... hehehe boleh la.


Gambar ni cuma hiasan semata-mata... tak tau sedap ke tak. Haha... tak sempat nak rasa sebab dah kekenyangan makan Lamb Mandy... maybe next time.


Kek.... ye ini adalah gambar kek yang nampaknya macam manis sangat... so tak pasti la samada akan try nanti ke tak sebab... MANIS nampak rupanyer... hehehe



... jangan tanya saya apa benda ni. Saya pun tak sempat nak tanya sheikh tu apa nama makanan nih.


Ini pula ada sejenis kuih manisan bernama Baqlawa... manis beb tapi boleh tahan la sedap.


Inilah interior kedai ni... actually deco ni lebih kurang la macam kedai makan yang ada di Mesir. Tapi saya rasa kedai ni lagi cantik kot.

So... agak-agak selera makan ada naik beb? Meh saya tunjukkan harganya


Cuba korang tengok betul-betul harga 2 Milo Ice tu... RM10... SEPULUH HENGGET. Mana ada kedai dalam Shah Alam yang jual 2 gelas Meylo Es sampai SEPULUH HENGGET.

Kalau sesiapa yang berminat nak makan di sini... datang la sebelum pukul 12.30... takut takde tempat kosong belah dalam. Tempat duduk di luar agak panas kalau tengahari... happy eating guys.
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...