Monday, April 18, 2011

BELANGA CAFE @EMPIRE GALLERY, SUBANG JAYA

Sedap nama kedai makan nih... sesedap makanan yang ada di dalamnya. Ada yang memberitahu saya pemilik kedai makan ini adalah Ustaz Ismail Kamus... kalau ada boleh confirm kan, elok juga. Bangga beb orang Melayu boleh buka kedai makan di Garden Mid Valley dan Empire Gallery.... kalau betul la owner dia tu. Kalau bukan... agak-agaknya kena review balik kot nak makan lagi situ selepas tengok keputusan PRN Sarawak hehe.


Saya kira la bukanlah nak memandang rendah sesiapa, kalau tengok depan kedai nih... dalam kepala ingat mesti mahal ni. Kena pulak dekat Empire Gallery... nampak kebanyakan macam... jenis mahal-mahal je. Yup, mungkin juga mahal sedikit la dari kedai-kedai biasa namun kuantiti makanan yang dihidangkan itu agak banyak 'gram'nya berbanding di kedai-kedai biasa. Tak rugi cuba... sedap datang lagi. Kalau mahal pun... tak rugi juga kalau dapat merasa sekali sekala. Bak kata orang tua... jangan kita dikunun-kununkan dek orang pekan. Kalau tak silap kedai ni terletak di tingkat 2 kot... 2 tingkat di atas kedai roti The Loaf Che Det tu.

Sebelum tiba bab makan, mari kita tengok decor kat dalam kedai nih... bagi sesiapa yang gemar ambil gambar... boleh makan di sini dan ambil gambar. Chantek ke tak... mari kita lihat.





Macam kaki saya, macam badan saya, macam kasut saya... BUT IT'S NOT ME


Amacam... chantek kan. Memang nampak nusantara la, nampak kemelayuan... macam masa kita kecik-kecik dulu, waktu di mana orang Melayu bersatu... waktu di mana orang Melayu amat tinggi budi bahasanya. Haha... sentimen sikit, well, siapa lagi nak 'up' orang Melayu kan kalau bukan kita takde la macam sesetengah orang tu, demi undi sanggup bunuh bangsa sendiri.

Ok, iklan politik dah habis... kita tengok lauk jap. Tak banyak makan yang diaorang display... so tak dapat la nak ambil gambar banyak-banyak pasal makanan. Semua ada dalam menu... makan Melayu, makanan orang kita... macam kita makan dulu masa kecik-kecik... di perkampungan orang Melayu tapi kat sini makan dengan sudu garpu.


Makan nasik goreng je beb... haha. Siap dengan ayam goreng, keropok ikan parang, kerabu mangga dan ada sambal belacan. Fuh, siapa kata tak terliur kan... sah la saraf dia dah rosak macam saraf sebilangan orang kita yang hilang dah jatidiri Melayu, baru dapat makan western sikit... dah lupa. Boleh tahan gak nasik goreng ni... licin.


Kek pun tinggal sepotong je... habis sold out. Sama la dengan puding... tinggal hujung-hujung je. Tapi hari tu tak larat nak makan... kenyang diet la konon.


Orang rumah saya merangkap photographer gambar-gambar nih kata memang pernah nampak makanan Anak Dara 2 Sebilik. Kalau tanya saya... hehe, anak dara mana tu? Siapa nama? Apa nombornya? Hehehe... jangan marah haa...


Boleh tahan gak mahal air tu kan... tapi kalau nak dibandingkan dengan kedai makan lain... ada yang lagi mahal dan tempat tak best pulak tu.


Last sekali... teh tarik... boleh la tahan. So, semua-semua ni harganya lebih kurang RM35 untuk dua orang... hmm ok la kalau sekali-sekali kan. So kalau datang makan di sini... pelan-pelan kayuh beb. Tempat chantek... so ambil la gambar posing sana sini dulu buat kenangan... sementara boleh makan kan.

Ada seorang rakan lama saya pesan... 'makan la di tempat orang kita seboleh-bolehnya. Sekurang-kurangnya terjamin halal. Kuasa politik orang kita pun sering dicabar akhir-akhir ini dengan cara yang sungguh tidak berhemah dan 'kurang ajar'. Institusi yang diketuai oleh orang kita pula dikutuk habis-habisan dengan cara ambil peluang bila berlaku sedikit kesilapan... diburukkan sehina-hinanya dan takkan kita nak kata tidak berdetik di hati kita tidak terasa dengan segala kata-kata kurang ajar itu. Kita masih ada lagi kuasa membeli yang besar... jadi, perhatikanlah di mana kita belanja duit kita. Kita sahaja la yang akan jaga orang kita... tidak ada orang lain sheikh.' Masing-masing ada pendapat sendiri kan... kita sama-sama fikirkannya. Malaysia ni multi-racial... so, kita semua sama-sama jaga hati dan perasaan di antara satu sama lain.

... kadang-kadang makan dan politik tidak dapat dipisahkan.

3 comments:

  1. Salam.

    Kalau ke Belanga cafe di Midvalley, saya suka order nasi kerabu daging bakar. huh..memang sedap.

    ReplyDelete
  2. Restoran Belanga ni milik Puan Zainab, isteri kpd Datuk Ismail Kamus. Sebelum ini Puan Zainab adalah ister kpd Juhaidi Yean Abdullah pemilik restoran Kelantan Delights. Kerana jodoh mereka tak panjang, mereka berpisah cara baik. Juhaidi urus Kelantan Delight, manakala Puan Zainab yang kemudian berkahwi dgn Datuk ismail Kamus buka restoran Belanga.

    ReplyDelete
  3. hmm menarik. saya belum pegi kat sini tapi lalu je ade la dan makan kat the loaf. design dia menarik macam ala traditional. one day saya terjah sini hehe. Kalu senang2 tu singgah la blog saya kat www. blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan...makan hehe dan register follower tau TQ TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...