Agak ramai juga yang bertanya dengan saya tentang 'video panas' yang tersebar di Youtube sekarang ni. Saya juga berkesempatan menonton video tersebut yang berdurasi selama 1 minit 47 saat. Ada juga yang tidak bersetuju bila saya kata saya telah menontonnya. Berbelah bagi sebenarnya nak lihat tapi kalau tak tengok, nak bercerita macam mana pulak... bertalu-talu sms yang saya terima minta pandangan saya. Agak terkedu juga selepas melihat video tersebut namun apabila perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak polis... saya kira molek rasanya kita benarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Berat rasanya hati nak menuduh walaupun benak hati mengatakan sesuatu.
Namun saya lebih tertarik dengan ulasan seorang rakan... rakan lama yang sama-sama di dalam dunia NGO semasa menuntut dulu. Beliau cuma tersenyum apabila saya utarakan hal ni dan balasannya agak ringkas... oleh kerana bertahun lamanya tak jumpa. beliau minta agar pertemuan kami elok dihiasi dengan hal-hal yang lebih memanfaatkan persahabatan dan minta saya agar merenungi 2 ayat Al-Quran bagi menjawab soalan saya. Katanya... inilah POLITIK 2011 - VERSI AKHIR ZAMAN... sesuatu fenomena yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w 1,400 tahun yang lalu.
Surah Al-Hujurat (Ayat 11):
"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah pula sesuatu puak perempuan yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruk gelaran nama fasiq (kepada seseorang) sesudah dia beriman, (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang yang zalim"
Sambungnya lagi supaya saya baca ayat di atas bersama dengan Surah Al-Humazah (Ayat 1). Al-Humazah ini bermaksud Pengumpat.
"Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat lagi pengeji"
So, kepada kawan-kawan saya yang masih inginkan jawaban dari saya... mungkin 2 ayat di atas boleh menjawab rasa ragu-ragu. Saya akui saya mempunyai pandangan tersendiri dalam perkara ni berdasarkan pengalaman lalu. Namun saya juga meyakini 'pertemuan' saya dengan 2 ayat di atas bukanlah atas dasar kebetulan... saya harus ambil maklum dan letakkan fikiran saya di tempat lain. Tak berbaloi rasanya melayan cerita video nih... dan semoga Allah melindungi saya dari kepandaian malahan kebodohan saya... amin.
No comments:
Post a Comment