The late 'Tom' |
Terlalu banyak perkara sebenarnya yang ingin saya tulis di blog ini... berdasarkan pengalaman sendiri, pengamatan pengalaman orang lain, cakap mulut dan peristiwa semasa yang berlaku di sekeliling saya. Tapi kadang-kadang mood menulis memang tak mau mari... walhal perkara-perkara itu sentiasa berlegar-legar dalam kepala. Banyak pengalaman menarik yang molek rasanya kalau dikongsi bersama... siapa tahu ianya bermanfaat untuk pembaca. Malas pulak hari ni rasanya tapi hati nak menulis juga... jadi saya tulis la juga beberapa perkara yang masih di peringkat 'raw' dalam kepala saya... hehe, memang tak mau fikir tapi dia datang jugak.
Kisah video...
... ramai kawan-kawan yang minta agar saya 'elaborate' tentang skandal video yang begitu hebat dimainkan ketika ini. Soalan yang wajib ditanya kepada saya... 'benarkah orang itu'. Jika pun saya ada pendapat... saya fikir biarlah ianya tidak saya zahirkan di sini. Hal video ni biarlah pihak berkuasa uruskannya... hal peribadi.
1Melayu 1Bumi...
... ramai juga rakan-rakan bukan Melayu saya menyatakan rasa kurang senang dengan gerakan ini, nampak seperti 'perkauman' kata mereka. Saya cuma boleh katakan... cuba lihat dari satu sudut lain, kenapa tiba-tiba orang Melayu bersemangat untuk menyatukan semua Melayu. Tentu ada sebabnya dan pada saya apabila orang hendak bersatu... tentulah itu satu niat yang baik. Cuma mungkin jalan cerita dan motifnya nampak berbeza mengikut tafsiran masing-masing. Saya bukanlah pakar sangat tentang pembangunan sosio-budaya nih... cuma mampu berdoa agar Malaysia kekal harmoni dan sejahtera.
PERKASA...
... beberapa kawan saya telah menjadi ahli kepada NGO Melayu ini yang dipelopori oleh Enche Ibrahim Ali. Satu pihak mengatakan ianya kebangkitan suara Melayu Baru dan di sebelah sana mengatakan NGO ni bersifat 'perkauman'. Untuk menggerakkan pertubuhan yang sebesar ini memerlukan suara dan iltizam yang begitu kuat dan berani... memang ahli PERKASA berani. Bodoh la saya jika hendak menghentam bangsa dan saudara saya sendiri kan... lebih-lebih lagi apabila pertubuhan dan parti politik yang ada begitu aktif menjalankan gerakan 'pecah dan perintah' orang Melayu hingga terbahagi kepada beberapa 'puak'. Dan mungkin juga PERKASA ini menambahkan lagi bilangan puak... mungkin. Namun... kena fikir juga kenapa PERKASA muncul? Akal logik saya berkata... tidak mungkin PERKASA ini jahat kan.
NASI LEMAK...
... saya rasa orang politik ni memang dah naik lemak hinggakan isu makanan ni boleh jadi tajuk utama di akhbar.
RINGGIT MALAYSIA BERTAMBAH KUKUH...
... dengarnya tukaran sekarang RM2.88 = USD1, RM1 = RIYAL1.38, RM1 = IND3,599. Dengan kata mudah, RM bertambah tinggi nilainya berbanding tukaran asing. Kuasa membeli rakyat Malaysia besar di luar negara. Terfikir juga apa manfaatnya kepada majoriti rakyat di Malaysia... harga barangan import tetap tak turun, begitu juga dengan barang makanan. Tengah tunggu kawan-kawan yang biasa dengan FOREX bagi ulasan. Yang menariknya seorang kawan dengan murah hati hendak mengajar saya FOC... buat duit dengan FOREX tanpa perlu guna orang tengah atau agen dan katanya boleh buat duit dalam USD500 seminggu... takkan nak tolak kan tawaran... kena jumpa teh tarik la nampaknya.
E-FILING...
... lusa dah 30 April yob, dah submit ke belum income declaration kepada LHDN. Nanti tengah-tengah malam baru la terhegeh-hegeh telefon saya macam mana nak isi borang tu. Padahal dah berbelas tahun buat... kali ni kena 'cas' yuran la... asyik free je.
PUTERA WILLIAM NAK MENIKAH...
...hahaha, mesti ada yang gelak kalau baca ni... macam mana saya boleh terfikirkan hal kawen anak Putera Charles Al Englander. Ikhlasnya... saya berminat sebab saya dibesarkan di kawasan istana dan telah menyaksikan beberapa perkahwinan DiRaja... memang amat menarik dan bukan selalu berlaku pun. So, memang saya nantikan acara ini... tapi di Astro je la kan.
PESAKIT BUAHPINGGANG...
... beberapa tahun yang lalu, saya telah menubuhkan sebuah pusat dialisis 'single used' di Klang. Panjang ceritanya... tapi mood belum mari untuk saya tulis di sini secara terperinci... mungkin suatu hari nanti. Saya memang sentiasa memikirkan pesakit-pesakit itu walaupun telah hampir 3 tahun saya meninggalkan syarikat yang menubuhkan pusat dialisis tersebut. Bukanlah suatu perkara yang menarik apabila dari semasa ke semasa saya dimaklumkan tentang kematian demi kematian beberapa pesakit yang boleh dikategorikan sebagai agak kronik keadaannya. Semoga Allah menyediakan Ar-Raudhah kepada mereka di alam barzakh... ikhlas sesungguhnya dari hati saya.
ASTRONOMI...
... sesungguhnya saya seorang peminat alam semesta... alam astronomi. Sejak dari kecil saya selalu memikirkan, berapakah usia dunia ini dan bilakah semuanya akan mati... dan apa sesudah mati. Dunia internet memang hebat dan sekarang saya amat menikmati maklumat yang begitu banyak tentang astronomi... sungguh menakjubkan 'hasil tangan' Allah dan sesungguhnya nikmat yang dikurniakanNya terlalu amat banyak hingga tiada langsung ruang untuk kita menyatakan tidak menerima nikmat itu.. Dan Dia selalu menunjukkan kepada kita... hebat macam mana pun kita di dunia, bukan semua nikmatnya dapat kita rasa... semata-mata hendak menunjukkan bahawa kita ni cuma la hambaNya... jadi jangan la berjalan di muka bumi ni dengan riak dan takabur.
JEPUN DATANG BALIK KE MALAYSIA...
... beberapa rakan pengarah syarikat saya mengatakan... the Japs are coming back to Malaysia. Selepas peristiwa kebocoran reaktor nuklear di Jepun, kisahnya ramai ahli perniagaan hendak membuka kembali kilang dan pejabat di Malaysia. Gempa bumi berskala besar dikatakan berlaku terlalu kerap akhir-akhir ini di Jepun. Memandangkan Malaysia masih lagi sesuai untuk kilang beroperasi... khabarnya banyak kilang-kilang besar hendak beroperasi di sini. Alhamdulillah la kalau betul... mudah-mudahan banyak peluang kerja untuk rakyat Malaysia. Agaknya bermula la kembali era mat dan minah kilang kot... lawa-lawa beb minah kilang dulu. Tapi ramai ke lagi anak-anak muda Malaysia hendak kerja kilang seperti dulu... jangan nanti berlonggok warga asing dah la... masalah beb.
USIA...
... dunia kata pergi, kubur kata mari.
............................................................. >>>>>
... ada orang kata saya terlalu banyak berfikir hingga rambut pun makin kurang... hahaha whatever. Tapi Allah turunkan ayat pertama... 'Bacalah'... itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita takkan berhenti berfikir... lebih banyak kita membaca, lebih banyak kita berfikir.
... dan saya masih berfikir, apa yang hendak saya tulis esok. Selamat malam warga Shah Alam... di mana jua anda berada.
test
ReplyDeleteSalam, saya ada terbaca mengenai saudara yang pernah membuka pusat dialisis.Saya angankan untuk membuka pusat dialisis sendiri 1 hari nanti, namun masih belum mampu dari segi kos. Jika saudara tidak keberatan dapatlah kiranya berkongsi pengalaman dgn saya. Lebih2 lagi dari segi kos, set up, system, machine, nefrologist, patient list atau sebagainya. Buat masa ini saya hanya mencari info melalui kwn2 dan internet.
ReplyDeleteSalam, saya masih menunggu jawapan saudara untuk berkongsi cerita mengenai dialisis. tq
ReplyDelete