Friday, August 13, 2010

1001 NOSTALGIA RAMADHAN - HARI TAK BERSEKOLAH

Hari ini adalah Jumaat pertama di bulan Ramadhan... sempat juga ke Masjid Shah Alam untuk bersolat jumaat... luarbiasa ramainya jemaah yang hadir, alhamdulillah. Saya tiba agak awal ke masjid kerana ingin menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah seawal yang boleh... seperti yang telah saya lakukan sejak berbelas tahun yang lalu apabila saya telah mula mempunyai pendapatan sendiri... mudah-mudahan sedemikianlah hendaknya untuk tahun-tahun yang mendatang.

Semasa kami di alam persekolahan dulu, jarang sekali kami bangun lewat di waktu pagi... selalunya sebelum pukul 8 pagi dah siap mandi, begitu juga keadaannya di bulan Ramadhan. Selalunya lepas mandi... muka agak mamai sekejap. Tempat paling best nak lepak... kat tangga depan rumah sambil tunggu kot ada kawan-kawan yang muncul satu persatu untuk rancang aktiviti yang boleh dibuat... selalunya spontan je, buat apa yang sempat. Dan sungguh, pukul 8am hingga ke pukul 2pm... adalah satu jangkamasa yang amat panjang rupanya... terkebil-kebil menahan lapar dahaga... haha.

So, pakat la 2-3 orang, kitaorang layan Library Klang dekat sekolah convent tu. Kadang-kadang library belum bukak, kitaorang dah tunggu luar. Aircond beb... so boleh la layan lama sikit dalam tu. Kalau nasib baik... ada sesi 'storytelling' dibuat. Walaupun dalam bahasa Inggeris tapi... buat-buat faham la sebab masa tu bukan mahir sangat bahasa tu. Boleh tahan jauh jugak library ni... tapi bila jalan kaki ramai-ramai tu kan memang tak terasa... ada je cerita sepanjang perjalanan yang memakan masa 10 minit tu. Yang paling leceh bila nak lalu bukit hospital tu... mak ai, bulu roma meremang je... semacam je teduh kawasan bukit tu. Tapi bulan puasa kan... apa nak takut, semua hantu kena ikat dah.

Buku apa yang selalunya kitaorang pinjam untuk tempoh seminggu? Kalau tak buku Hardy Boys... buku Nancy Drew... pantang ada keluaran baru, gerenti pinjam dulu. Tak silap masa tu ada kad pinjaman dan maksimum buku hanyalah dua buah... so kalau ada banyak masa, satu baca di situ dan pinjam lagi dua bawa balik. Itupun tak sampai sehari dah habis baca dua-dua... so kena tunggu Sabtu lagi satu untuk pinjam lagi buku sebab malas nak pergi library masa hari sekolah.

Balik je rumah dalam pukul 2... layan tidur dulu. Dulu siaran tv mula pukul 2 rasanya sebab sebelah pagi hanya ada rancangan tv pendidikan. Petang kena layan cerita katun dulu, lepas tu barulah keluar rumah untuk acara-acara sukan yang memang happening masa tu. Di kawasan istana dulu cuma ada satu kawasan padang simen garage yang paling besar... kat situ la kitaorang layan semua jenis aktiviti. Dan yang paling best... main kasut roda, takde roller blade masa tu... kasut roda 4 dengan stopper getah. Kejap-kejap kena ketatkan skru dan ketatkan tali sebab asyik longgar je. Ramai beb... hampir semua budak-budak istana ada kasut roda... bila semua sekaligus turun main buat rantaian keretapi... memang best giler. Bila haus je, kat tepi garage tu ada paip air... layan minum situ je. Kitaorang rest bila ada kereta nak lalu situ je atau bila ada kereta tuanku nak masuk parking. Dan selalu gak kena sound dengan arwah Pak Amin sebab kitaorang selalu pecahkan bidai panjang yang tutup pintu garage tu... nama pun budak-budak kan.

Boring je main kasut roda... kitaorang layan main nyorok-nyorok atau main perang-perang... sapa pun boleh main tapi selalunya kena stop bila ada yang menangis atau gaduh... haha. Hadoi... memang sengal. Bila nak masuk je pukul 6... bilangan orang mula surut sebab masing-masing balik mandi nak buka puasa... rasanya dulu waktu maghrib masuk pukul 6.30 macam tu sebelum waktu diselaraskan ke hadapan setengah jam ikut Sabah Sarawak. Dan berulang kembali episod solat tarawikh macam biasa. Kalau ada cerita P. Ramlee malam tu... sah tak keluar rumah sebab cerita P. Ramlee jarang-jarang main di tv waktu tu. So bila ada je, gerenti tunggu... dan mesti ada kopi.

Bunyi macam bosan je dulu kan... tapi sebenarnya itulah waktu paling gembira dalam hidup, walaupun takde apa tapi suasana pada masa tu memang tak akan ada galang ganti. Hari ini, hiburan sudah amat keterlaluan dan kita juga semakin sibuk dengan urusan harian apatah lagi bila telah memegang tanggungjawab berkeluarga.

Kadang-kadang tu ada juga berharap agar suasana zaman 80an tu datang kembali... harap je la kan.

2 comments:

  1. Paling tak tahan jalan nak pi library tu ada pakcik jual air dalam lori..perghhhh pegi library pasal balik bleh singgah minum kat situ je and makan tahu sumbat. heheheheh :)

    ReplyDelete
  2. hospital besar klang tu tempat aku lahir kat situ tuh perghhh syahdu kawasan tu....memg kawasan puaka dgn pokok2 dia memg beso gilerr siap ada 'rambut'. Kalo mnyorok kat situ sure smpai mlm pun takleh jumpa.....

    Mi sebelum smpai library...lepak kat gerai kayu tepi skali tuh boleh baca majalah free, pastu ada gerai mamak yg memg hampeh tak sedap lansung, yg best lepak jap kat azizah taylor tak tau ada ke lagi hntah!!kedai mak member aku pastu baru laaaa ke library......and d memory remainz

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...