Tuesday, August 10, 2010

1001 NOSTALGIA RAMADHAN - MAKAN SAHUR

Selasa, 10hb Ogos 2010... malam ini adalah malam pertama Ramadhan bagi tahun hijrah 1431. Solat sunat tarawikh juga bermula malam ini... surau dan masjid pasti penuh di awal Ramadhan... semangat awal Ramadhan dan diharap berkekalan hingga ke malam terakhir... doa untuk saya sendiri dan untuk sahabat handai juga.

Suatu ketika dulu, semasa pakaian baju putih dan seluar biru atau hijau menjadi rutin harian... sahur boleh dikatakan satu isu yang agak 'mengganggu fikiran'... haha. Mak terutamanya tatkala Ramadhan menjelang... memang cukup sibuk... dan mengejutkan anak bangun sahur... umpama melaksanakan tugasan seorang warden asrama. Setakat memasak, bangun pagi dan apa saja berkaitan hal domestik rumah... lelaki memang angkat tangan beb. Namun untuk mengejut beberapa orang anak yang masih bersekolah bangun bersahur... boleh jadi kecoh satu kawasan istana. Dah la kena bangun sejam awal dari semua orang... siap berhidang bagai... lepas tu nak suruh anak-anak makan untuk 10 minit pada pukul 4.15 pagi.

Macam mana rupa aku ngadap makanan pukul 4.15... korang bayangkan sendiri rupa korang hahaha. Terkulat-kulat memikirkan nak habiskan nasik sepinggan, ikan setengah ekor dan TELUR. Memang tu je la lauk yang terlarat makan... tapi berapa lama? Seminggu je.... hahahaha.

Kalau dah namanya MAK... perangai anak-anak dia ni dalam kocek dia je. Memang semua mak ni ada je plan B. Daripada dia penat nak melayan kerenah anak-anak dia yang malas kemain nak bangun sahur... dia masak tengah malam dan semua kena makan pukul 12 malam... habis cerita. Siapa nak sahur lewat... kena bangun sendiri dan jawapannya memang minum air je la sebab malam nak panaskan lauk.

Bila dah kekenyangan bersahur kadang-kadang tak sempat masuk bilik tidur... dekat depan ruang tamu je tidur. Tak kira la mana... capai bantal dan lelap. Dan mak... masih di dapur mengemas sambil kadang-kadang dibantu oleh abah. Tidur selepas sahur ni memang nyenyak sungguh... umpama ular kekenyangan, subuh pun kadang-kadang lepas.

Dan untuk ke sekolah esok harinya... mak juga yang akan bangun terlebih dahulu... sentiasa mengutamakan keluarganya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...