Sunday, November 22, 2009

Kehendak Diri Dan Tuntutan Undang-Undang

Sehingga ke hari ini, saya masih diasak dengan berbagai soalan mengenai Dr. Asri oleh beberapa orang kawan-kawan. Saya amati agak samarata bilangan penyokong dan bukan penyokong Dr. Asri di kalangan mereka namun apa yang kurang saya gemari adalah perbezaan pendapat tentang isu Dr. Asri ini rupa-rupanya sedikit merenggangkan kemesraan persahabatan di kalangan mereka. Isu yang cuma tentang permit telah menjangkau dan bercampur-baur dengan persoalan-persoalan lain hinggakan perdebatan mereka entah ke mana halanya.

Nak kata bagus sangat saya ni beri pendapat, memang takde la tapi ada la sedikit pandangan peribadi yang bersarang dalam kepala saya ni... mau tak mau, kena juga saya menulis agar kurang sikit 'skrip' yang menerawang dalam kepala ni bila dah ramai sangat kawan-kawan dok tanya.

Apabila JAIS kata penceramah bebas mesti ada permit untuk beri ceramah di Selangor... pada saya 'clear cut'... itu adalah kehendak undang-undang yang telah diluluskan. Sama je macam kita nak memandu... mahir macam mana sekalipun atau mampu beli kereta apa sekalipun... mesti ada lesen memandu... itu undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ. Jadi apabila kita persoalkan... permit itu hanya menyekat kebebasan menyampaikan ilmu... itu adalah persoalan moral. Memberikan ceramah tanpa permit adalah 'LEGALLY WRONG'... boleh didakwa di mahkamah. Dan apabila kita hentam JAIS di akhbar, di tempat ceramah... malahan di Dewan Undangan Negeri.... saya nampak ianya bertambah menjadi 'MORALLY WRONG'.

Sebenarnya secara peribadi saya mengharapkan kerendahan hati Dr. Asri agar memohon maaf kerana kesilapannya memberi ceramah tanpa permit dan tauliah... rupanya perbuatan tersebut amatlah susah buat orang terkenal seperti beliau. Mungkin beliau ada alasan tersendiri... cuma akal nakal saya terfikir juga nak beri cadangan kepada beliau... apa kata bila lesen memandu (jika ada la) beliau tamat nanti, jangan 'renew' lesen memandu tu... pandu je kereta sebab dia mampu pakai kereta dan boleh memandu. Beri peluang JPJ atau polis saman beliau dan kita lihat samada kehebatan beliau berhujah boleh melepaskan beliau dari undang-undang sivil. Minta maaf la Dr. Asri dengan cadangan nakal saya ni... bukanlah menghasut tapi sebagai rakyat biasa, saya nampak kalau undang-undang sivil ni mudah je orang semua ikut tapi bila nak kuatkuasakan undang-undang syariah rupa-rupanya susah... amat kompleks. Saya sebenarnya takut jugak la nak komen lebih-lebih sebab ramai peguam handal khabarnya nak jadi peguambela Dr. Asri secara percuma... rakyat biasa macam saya ni memang tak mampu upah peguam.

Saya tertunggu jugak la samada kawan-kawan dari PAS akan mempertahankan tindakan JAIS ni... ye la, dulu masa kempen pilihanraya lepas bukan main kuat bunyinya nak menguatkuasakan undang-undang Islam di Malaysia. Harap-harap isu permit dan tauliah berceramah ni ditangani dengan baik dan berhemah... malu kat orang nanti. Tak payah la buruk sangka tuduh orang JAIS buat tindakan melulu la... ada 'old remnants' dalam JAIS la nak menjatuhkan Pakatan Rakyat. Buat rakyat biasa seperti saya ni... apa yang 'LEGALLY WRONG' tetap akan salah walaupun guna alasan 'not guilty until proven'. Kadang-kadang memang dah salah pun... tapi boleh lepas gak sebab kesalahan teknikal... itulah kata kawan-kawan peguam saya.

Saya amat berharap kesan dari kes ini tidak akan menjadikan ianya sebagai 'rujukan' bagi tindakan akan datang. Esok tau-tau orang pacak tiang depan bangunan SUK Selangor buat gerai guna alasan... ada modal cukup dan kemahiran serta ditambah dengan bilangan orang ramai yang memberangsangkan berurusan di bangunan tu... tak payah mohon lesen atau permit sebab dah ada rujukan kes sedemikian. Bilangan rumah urut dan karaoke pun naik macam cendawan tumbuh sebab pengusaha yakin mereka 'LEGALLY RIGHT' boleh berniaga di mana-mana kerana ada modal dan permintaan tinggi... sudah. Semuanya dilakukan atas alasan... hak kebebasan.

Bagi menjawab soalan cepumas kawan-kawan tentang merokok... perbuatan itu adalah 'MORALLY WRONG' sebab ianya membahayakan kesihatan sendiri dan orang lain... nak hisap... hisaplah... tak kena dakwa. Masih nak mempertahankan alasan korang? Boleh tapi cuba bayangkan kalau suatu hari nanti... orang bersin kat muka korang... dia tak 'LEGALLY WRONG'... cuma 'MORALLY WRONG'. Agak-agak kalau korang nak bedal atau dakwa orang yang bersin tu... ingatlah pulak, asap rokok yang korang hembus tu... hala ke mana? Untuk makluman... Majlis Fatwa Selangor telah wartakan... kalau tak silap la... merokok tu haram... bermakna samalah perbuatan tu dengan perbuatan yang ditegah oleh Islam. Ustaz ada kata... jangan kita berkekalan berbuat perkara yang ditegah oleh Islam... ianya menipiskan iman, menebalkan kesombongan... jangan marah haaa... ustaz la kata... saya sampaikan je kat sini.

Selamat pagi Shah Alam... di mana juga anda berada.

2 comments:

  1. saya tak menyokong sesiapa...tp org kita asyik cakap pasal Legally Wrong & Legally Right hanya berdasarkan undang2 ciptaan kita sendiri...tp bagaimana dgn undang2 ciptaan Maha Esa...padaNya ada dua hukum saja...hukumNya or hukum Jahilliah..(Al-Maidah:50)Jadi memberi ceramah agama perlukan lesen atas hukum siapa?? cuba renungkan....

    ReplyDelete
  2. Setahu saya memang Al Quran telah menetapkan hukum-hukum kehidupan kepada umat manusia namun ianya lebih berbentuk umum dari segi pelaksanaan namun amat spesifik dari segi akidah. Contohnya Al Quran ada menyebut tentang tanggungjawab menunaikan/mengeluarkan zakat namun pelaksanaan terperinci tentang cara pelaksanaannya... Allah telah berikan keistimewaan kepada manusia untuk menetapkan caranya.

    Begitu juga tentang ceramah umum ni... memang digalakkan menyebarkan ilmu namun ceramah bukanlah satu2nya kaedah. Jika kita baca tulisan Yusof Al Qardhawi, Muhammad El Muhammady, Syed Naquib Al-Attas dan banyak lagi pemikir2 Islam Malaysia... mereka ada menggariskan sahsiah dan tatacara pelaksanaan hukum Islam secara terperinci... cuba sesekali hadiri ceramah intelektual mereka yang lebih bersifat akademik dan ilmiah... tanpa ada apa2 unsur menyindir atau perli sesiapa kerana cara ceramah sedemikian juga tidak begitu digalakkan dalam hikmah berceramah.

    Secara hikmahnya, Al Quran mengajar kita supaya berusaha mengikuti dan menghormati undang2. Undang-undang kahwin dan berkeluarga misalnya hanya dikatakan dalam Al-Quran supaya manusia saling kenal mengenal namun tidak diberikan perincian tentang undang-undang perkahwinan. Apakah rasional kita boleh benarkan sesiapa sahaja berkahwin secara batin dengan alasan sepotong ayat Al-Quran? Apa akan terjadi jika berlaku penceraian? Apa akan jadi kepada hak isteri dan anak-anak? Bagaimana hendak didakwa jika tiada bukti nyata sah perkahwinan?

    JAIS tentu ada kaedah tertentu tentang ceramah dan saya tidak boleh mengatakan mereka bersikap berpihak kerana saya sendiri tidak pernah bersoal jawab dengan mereka tentang hal ini. Sekadar menilai tindakan mereka dari berita media. Namun saya boleh katakan ceramah tanpa permit adalah salah kerana itu undang2 yang ditetapkan pemerintah yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya.

    Namun ini hanyalah pandangan peribadi saya yang agak umum. Jika ada masa, sila luangkan masa baca tulisan pemikir2 Islam yang saya katakan tadi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...