Tuesday, November 17, 2009

1 + 1 = TIGA?... HAISSS

Kerajaan Selangor mengumumkan perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan bayaran imbuhan sebanyak RM1 sebulan... tu dia. Selepas keluar berita ni, bertalu-talu sms kawan-kawan masuk ke henfon saya minta ulasan ringkas. Saya menjangkakan tentu ramai yang akan menyatakan rasa syukur atau yakin dengan perlantikan ni... tapi semua sms dan email yang saya terima seperti... '... ni apehal pulak tiba-tiba lantik Anwar jadi Penasihat Ekonomi?'. Ramai yang tak berpuashati rupanya... sama la macam tak yakin. Pandangan ringkas saya... bagi la dia peluang 100 hari ke apa ke, kita tengok la kesan jangkapendek dan jangkapanjang... siapa tau kan... 'super hero' ni mampu membawa Selangor sebagai kuasa ekonomi terbesar negara. Ye la kan... Sheikh sorang ni dipotretkan oleh hulubalang-hulubalangnya sebagai salah seorang yang amat berpengaruh di kalangan pemimpin-pemimpin dunia... untung rakyat Selangor.

Saya rasa ramai yang dah komen pasal imbuhan RM1 dan kenapa Sheikh ni dilantik... Che Det pun ada bagi komen. Terlalu awal untuk saya berikan tahniah atau pujian di atas lantikan Sheikh ni... sebab dah nak masuk 2 tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor... dok lagu tu gak, tak terbukti apa pun lagi. Jadi biarlah saya berfikiran 'buruk' terlebih dahulu sehingga terbukti kebolehan mereka.

Soalan kawan-kawan saya yang pertama: Kenapa lantik Anwar? Sebenarnya saya tak peduli pun kalau Khalid ni nak lantik sapa pun dan tak payah la buat press conference semata-mata nak bagitau bayar imbuhan Penasihat Ekonomi sebanyak RM1 sebulan... buat malu rakyat Selangor je. Macam la kita tak mampu bayar 'the bestest consultants in the world'. Cuma saya percaya dengan satu prinsip... SATU CAMPUR SATU MESTI SAMA DENGAN LEBIH DARI DUA... 1 + 1 = >2. Tak paham jugak? Macam ni... Menteri Besar Selangor (MB) ni sapa tak kenal, hebat sungguh bunyinya sebagai ahli korporat dulu... dulu la. Sheikh ni pulak... dah keliling satu dunia dah jumpa berbagai pemimpin dunia dalam macam-macam bidang... kata dia la kan. Kalau MB boleh buat untung RM1 dan Sheikh juga boleh buat untung RM1... bermakna apabila dua-dua kepala ni digabungkan segala bagai kecekapan ekonomi dan pengalaman mereka yang hebat-hebat belaka... saya amat mengharapkan keuntungan yang akan dihasilkan mesti lebih dari RM2. Kalau hasilnya takat RM2 gak atau kurang... sama je macam tak payah bergabung. Tapikan... sampai sekarang kita tak tau berapa banyak dah MB bawak masuk pelaburan ke dalam Selangor, hasil dari inisiatifnya sendiri. Tak boleh la dia ambil kredit bila pegawai-pegawai ekonomi Selangor bekerja keras buat promosi pelaburan asing dan berjaya bawa masuk syarikat asing tapi bila macam-macam hal yang tak berjaya, dia kata... 'ini adalah disebabkan masih ada old remnants di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Dan kalau setakat Sheikh ni bawak masuk pelaburan yang sememangnya dah jadi kerja MB dan exco-exconya... rugi je bayar RM1 sebulan tu... duit gak tu.

Soalan ke-2: Bayaran imbuhan sebanyak RM1 sebulan. Kalau dah kata ikhlas tu... suruh MB bayar sendiri la, bayar je untuk 3 tahun sekali... baru RM36. Jangan pulak nanti berjela tuntutan elaun perjalanan dan tempat tinggal bagai... jangan pulak nanti bila orang tanya, MB jawab... 'saya cuma kata bayaran imbuhan RM1 sebulan tapi Penasihat Ekonomi berhak mendapat segala tuntutan perjalanan dan lain-lain bayaran yang berkaitan dalam usahanya menaikkan ekonomi Selangor'. Saya juga mahu SELCAT pantau perbelanjaan Penasihat Ekonomi ni nanti... kalau kata lawatan perniagaan ke luar negara... kena pastikan itu lawatan ekonomi sahaja, bukan lawatan politik, bukan lawatan berjumpa pemimpin luar bagi memburukkan nama baik Malaysia atau bersembang segala macam keburukan orang... MESTI BINCANG HAL EKONOMI SAHAJA. Dan kalau platform ni digunakan oleh Sheikh ni untuk berceramah tentang keburukan orang lain... SELCAT mesti dakwa dia kerana membazirkan dana kerajaan dan masa rakyat. Kalau dia buat juga... tarik balik 'permit tauliah' dia, walau keluar sepatah perkataan yang memburukkan orang lain. Tapi kan... tahun lepas 2008, ada keluar berita kata Sheikh ni dengan MB pergi ke Dubai bagi menarik pelabur asing ke Selangor, dah setahun dah lawatan tu... senyap je, apa cerita?

Soalan terakhir: Kenapa baru sekarang lantik? Saya pun tak tau macam mana nak jawab soalan penghabisan ni... baru sampai ilham kot, dah memang hak eksklusif dia agaknya sukahati bila dan siapa dia nak lantik. Mungkin la agaknya dia dah buat macam-macam approach dulu dengan barisan exco yang ada tapi hasilnya tak begitu memberangsangkan secara ekonomik. Bukan senang pun nak membangunkan ekonomi yang kukuh dalam sekelip mata apatah lagi dengan urustadbir ekonomi Selangor yang dikatakan amat korup dan huru-hara dulu. Bukan sedikit 'task-forces' yang ditubuhkannya dan bukan calang-calang exco dipilih... dengar khabar mesyuarat exco pun dalam bahasa omputeh dek kerana nak menunjukkan betapa professionalnya barisan exco yang rata-rata berkelulusan tinggi. Tapi sudahnya selepas setahun 8 bulan... kena lantik jugak Penasihat Ekonomi. Bila dah lantik, dah tentulah Sheikh ni pun nak barisan exco ekonominya sendiri bagi memantapkan ekonomi Selangor. Dan saya rasa, siapa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga ekonomi Selangor selama ni... 'you are fired' sebab KPI teruk sehingga orang luar terpaksa dibawa masuk. Betul la kat YB Azmin dulu... ada exco yang harus ditukar kerana prestasi teruk dan ada YB mereka juga kata... MB juga boleh ditukar.

Kepada MB Selangor... saya suka la jugak usaha beliau ni semata-mata hendak menaikkan ekonomi Selangor. Biar bangga sikit orang Selangor sebab nampak bagus disebabkan kekuatan ekonominya, walaupun terpaksa ambil 'super hero' luar... bukan nampak kuat dan bagus sebab bagitau 'kentut orang busuk'. Buktikan kekuatan mereka bukan setakat 'politik tuding jari', memanipulasikan perkataan dan simbol agama bagi menarik perhatian dan simpati orang... dan juga 'berbaiah' bagi memastikan ukhwah terjamin tanpa mempedulikan sama ada sesuatu tindakan itu kadang-kadang mungkin salah. Dan janganlah juga menutup kelemahan dan kekurangan sendiri dengan membuka pekung orang semata-mata... muak dah dengar. Kerja dan bekerja la... sepertimana dia dok hentam orang lain sebab buat kerja salah. Ini adalah masa untuk beliau 'walk the talk'... kerana itulah rakyat Selangor hendak lihat... dan saya doakan kejayaan beliau kerana ianya juga akan menjadi kejayaan Selangor... amin.

... larat ke Pak Sheikh ni nak buat semua keje... Penasihat PKR dia, Kepala Pakatan Rakyat pun dia, Ketua Pembangkang dia. Ahli Parlimen lagi... tu belum lagi dengan macam-macam kes dia di mahkamah... hais, risau nih.

2 comments:

  1. SALAM BRO...DGR CITER DR RKN2 DI SEKTOR AWAM MAKIN LAMA MAKIN TERUK PEMERINTAHAN KERAJAAN PR...PUNCA2 PAK SHIEKH DI BAWA MSK KE SELANGOR BKN SETK UTK MENJANA EKONOMI SELANGOR JERR.PR NAK JADIKAN SELANGOR NIE SEBGI NEG PKR..SEBAB PKR DAH TAK DERR NEG SEPERTI PARTI RP LAIN..DAP ADA PENANG PASA ADA KEDAH DAN KELANTAN..ALMAKLUMKAN SELANGOR KAN ADA SUMBER ASLI BNYK..SO MEREKA NAK CARI SUMBER ASLI UTK NEXT PRU 13..

    ReplyDelete
  2. agak subjektif sebenarnya soal sokongan terhadap PR ni di Selangor. Ada juga tindakan baik yang dilakukan oleh mereka yang benar-benar memberi manfaat namun ada juga tindakan mereka menimbulkan persoalan baru. Secara peribadi, saya amat meragui kebolehan barisan exco kerajaan negeri yang ada... mereka setakat menyambung kerja-kerja lama. Contoh yang baik soal pertanian... sehingga hari ni saya tak nampak sebarang pemodenan pertanian yang dilakukan walhal ianya terbukti di luar negara mampu menjana pendapatan yang tinggi.

    Soal Anwar jadi penasihat ni... memang ianya menimbulkan banyak persoalan berbentuk politik berbanding nilai ekonomi yang boleh dibawa masuk ke Selangor... namun, perkara dah berlaku. Kalau lagu tu gak... mungkin sokongan rakyat Selangor akan beralih arah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...