Wednesday, December 23, 2009

2012... Malaysia Tanpa 'Malay'?

Sengaja saya pilih tajuk yang nampak agak radikal ni... Malaysia tanpa Melayu? Tapi tulisan ini bukanlah berbentuk perkauman, jauh sekali sebagai hasutan. Idea tulisan ini timbul setelah saya duduk minum bersama-sama kawan lama yang aktif dalam pembangunan modal insan dan antara topik yang timbul adalah apakah yang akan terjadi kepada 'competitiveness level' pelajar-pelajar Melayu pada masa akan datang sekiranya MARA kehabisan duit untuk menghantar pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apakah pelajar Melayu akan datang, boleh berdiri sama tinggi dengan pelajar lain dalam persaingan mendapatkan peluang pekerjaan selaras dengan berbagai usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia lebih kompetitif sebagai sebuah negara yang bisa menarik minat pelabur asing?

Mungkin ada yang kurang senang jika saya mengambil Singapura sebagai contoh. Namun hakikatnya, Singapura mempunyai polisi menarik sebanyak mungkin 'good brains' untuk menabur khidmat di negara mereka demi meletakkan Singapura sebagai negara mesra pelabur. Mereka amat terkenal dengan 'value added services' dan berbagai teknologi terkini. Dari mana mereka perolehinya? Itulah hasil dari penghijrahan pelajar mereka ke serata pelusuk dunia bagi mendapatkan ilmu yang terbaik. Mereka amat menghargai ilmu pengetahuan demi kesinambungan pembangunan negara mereka. Memang la ada antara bijak pandai sosial di Malaysia akan 'argue' tentang keruntuhan moral orang Melayu di sana namun komen-komen sedemikian tidak sedikit pun menjejaskan Singapura malahan tidak menjadikan Malaysia lebih mulia.

Saya rasa agak tersinggung sedikit mengenangkan nasib orang bijak pandai di Malaysia. Selalunya mereka ini kurang bercakap tapi boleh bekerja dengan baik. Tapi lihatlah nasib sebahagian dari mereka... nak masuk jadi ahli parti politik pun susah. Saya dengar borang yang mereka isi tidak pernah diproses kerana ada yang bimbang peluang sedia ada menjadi terbatas... jadi mereka ini perlu dicantas... macam tu pulak kisahnya. Jadi siapa nanti yang akan tinggal di dalam sesebuah parti politik? Apakah parti itu bisa berdiri gah di masa hadapan tanpa kehadiran bijak pandai ini? Kalau nak berdebat isu ni dengan orang politik... sampai kiamat 2012 pun takkan habis. Yang lagi menghairankan... bila ramai profesional muda belia masuk jadi ahli parti lain, habis melatah pulak parti satu lagi ni tuduh orang muda tu semua tak mengenang budi... haiss.

Masa depan Malaysia adalah jauh lebih penting dari apa jua cita-cita politik seseorang. Malaysia memerlukan pemimpin 'super-genius' di masa hadapan agar pemimpin itu boleh berkomunikasi secara berkesan dan bersesuaian dengan taraf intelektual pelajar-pelajar yang semakin tinggi pemikirannya. Tidak ada gunanya kita mengindoktrinasikan satu bentuk pemikiran terhadap mereka agar mundur ke belakang agar dapat disesuaikan dengan 'pemimpin yang rendah kualiti pemikirannya'. Dan kita juga harus sedar, kita amat memerlukan anak-anak muda ini sebagai pemimpin masa hadapan Malaysia... dan kita mahukan yang terbaik untuk Malaysia.

... cukuplah dengan bebanan sediada pelajar-pelajar yang kembali dari luar negara yang berstatus 'penghutang segera', jangan pula kita bebankan mereka dengan percanggahan politik sempit dan kolot, kerana kita orang dewasa yang hidup sekarang ni hanya meneruskan sisa-sisa hidup demi kehidupan anak-anak muda di masa hadapan... masa depan kita adalah mati di dalam sebuah rumah sempit bernama kubur.

2 comments:

  1. ha nie best punyer tajuk...bila dikaitkan tajuk org bijak pandai nie...aku terpikirkan masa depan projek 'permata negara'..aku pun tak tahulah org lain tapi aku tak jelas apa matlamat projek tu untuk jangka masa panjang dan pendek..

    second...kenapa pelajar - pelajar bijak pandai dalam negara kita nie tidak kita kumpulkan buat satu centre kat malaysia... make it privasi tanpa penglibatan politik untuk memastikan bijak pandai kita nie dr keluar negara ...tubuhkan i-centre ke...or satu centre yang lengkap di mana diaorang boleh bekerja terus di situ ... yang mana pelajar pelajar nie dikumpulkan dan diberikan peluang pekerjaan di situ serta peluang yang berpatutan...setimpal dengan kepandaian mereka...rasa rasanya ramai pelajar pandai kita dah tercicir...sejak dr sekolah rendah dan menengah kerana kita tidak kenalpasti dan asingkan...

    Rasanya, kita perlukan satu pembaharuan dalam malaysia...di mana kita perlu manfaatkan sumber kecerdikan dalam setiap individu...melentur buluh biarlah dari rebungnya...mungkin kita perlu buat sesuatu memastikan rebung tersebut berguna tanpa menjadi buluh lemang yang terbakar akhirnya dibuang begitu sahaja...tapi biarlah menjadi rebung yang akan dimasak menjadi makanan seterusnya menjadi darah daging apabila dimakan....

    ReplyDelete
  2. ... saya juga mahu perkara sedemikian berlaku tapi saya tau ianya takkan berlaku di Malaysia. Boleh dicanangkan tapi takkan terlaksana. Sama-sama la kita berdoa agar ianya boleh menjadi kenyataan suatu hari nanti... mungkin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...