Wednesday, October 14, 2009

Cerita Kenduri Kahwin

Agak lama juga saya bercadang untuk bercerita tentang kenduri kahwin ni... terutamanya yang dibuat di kawasan perumahan. Semasa kecil dulu, setiap kali ada kenduri kahwin di quarters kediaman saya, boleh dikatakan hampir seluruh penduduk akan terbabit. Bukan sehari dua malah persediaannya memang meriah sejak sebulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

Apa yang menarik perhatian saya setiap kali adanya orang nak kahwin adalah pada hari berlangsungnya kenduri tersebut... kata orang-orang tua, hari jadinya. Gelagat orang yang ada di bawah khemah, dalam rumah, belakang rumah dan tuan rumah benar-benar membuatkan saya sering tersenyum seorang.

Saya pun tak tau dari mana datangnya pantang yang mengatakan mak pengantin tak boleh duduk bawah khemah, mak pengantin tak boleh tengok pengantin bersiap dan bermacam-macam pantang lagi. Selalunya yang bagi arahan pantang ni... makcik-makcik pengantin. Jadi, terconggok je la mak pengantin tu depan pelamin tengok orang lalu-lalang buat kerja. Dan pada hari itulah, suara makcik-makcik pengantin lebih kuat dari speaker box band boy... riuh.

Ayah pengantin pulak memang 'semat' hari tu... lengkap berbaju melayu, segak, kemas... tapi sampai tengahari je. Belum pun pukul satu, sampin dah londeh. Baju pun jatuh labuh ke bawah sebab poket dah penuh dengan sampul surat berisi duit. Kerjanya hanya menyambut tetamu tapi ke hulu ke hilir juga sebab risau tengok lauk tak bertukar hidang... orang pun sibuk memanggil datang ke meja. Sampin yang dia pakai asalnya labuh... lama-lama jadi skirt pendek sebab tak perasan dok gulung lipatan sampin tu... mana tidaknya, risau pun ada takut lauk tak cukup.

Masa ini jugaklah adik-beradik yang ada selisih faham sikit nak tunjuk protes tak puashati. Kadang-kadang tu cerita yang 10 tahun dulu pun boleh jadi isu balik... time majlis tengah sibuk, time tu jugaklah dia tunjuk protes. Tarik muka la, tinggi suara la, merajuk la.... tapi, time ni la. Taik punya hal pun mau gaduh... haisssss.

Paling steady budak-budak penanggah... Jaworld kata... rewang. Pakaian wajib... seluar jeans lipat sampai tulang kering, towel good morning kat leher... tapi mesti gaya rock. Diaorang ni suruhlah kerja sampai malam... janji supply rokok tak putus. Diaorang ni jugaklah naik pentas... nyanyi dengan band boy. Asal pegang je mikrofon... mesti pakai spek hitam.

Tukang masak semua dekat belakang bawah satu khemah. Macam mana lajunya tangan diaorang buat kerja, macam tu jugaklah lajunya mulut diaorang bercakap. Semua topik sekaligus... dari hal pengantin sampailah hal jiran. Tuan rumah pun tak kisah... janji lauk siap on time dan cukup.

Tapi ada satu kumpulan yang saya tengok agak tertib penampilan diaorang. Pakai 'semat'... baju 'masuk dalam seluar'... spek hitam wajib. Time makan diaorang makan tapi lepas tu diaorang ni akan berdiri atau duduk-duduk sebelah khemah... lama pulak tu, terutamanya waktu puncak orang datang nak makan. Macam SB... asyik perati orang sana-sini tapi diaorang sama-sama diaorang jarang bercakap. Asal melintas je anak dara... macam radar, serentak je kepala diaorang tengok anak dara tu berjalan. Tahun-tahun 80an dulu diaorang ni anak-anak muda yang biasa dikenali sebagai... mat rock, mat diskang, mat belia. Berlainan falsafah musik tetapi bila ada majlis kahwin... diaorang akan bersatu dengan satu tujuan... 'usha anak dara'. Diaorang terpaksa kumpul ramai-ramai satu group sebab bila diaorang berseorangan masa tu... hilang 'macho' diaorang.

Memang tak susah saya hendak mendekati golongan semua ini... lebih-lebih lagi bila saya pegang kamera. Apapun kehadiran dan gelagat mereka benar-benar menambah keceriaan majlis kenduri kahwin. Semoga tradisi mengadakan kenduri kahwin di rumah sendiri dan secara gotong-royong akan kembali seperti dahulu.

1 comment:

  1. Bro, I agree with u psl budaya gotong-royong ni. Memang meriah! Tapi itu dulu & budaya di kampung. Sekarang ni semuanye pakai catering. Lebih mudah & cepat, sesuai dgn kehidupan skrg yg semuanye nak pantas bergerak mcm I-phone 3Gs.

    Lagi satu, mcm mana nak buat gotong-royong kat kwsn perumahan bandar yg mana warganye sibuk keje dr siang sampai mlm. Even on weekends pun keje. Yg. tak bekerja weekends pulak, cuti 1@2 hari ni ler yg diperuntukkan nak mengemas rumah, mendobi pakaian, balik kampung, melawat org tua @ org sakit dan sebagainye. Sebab tulah konsep gotong-royong kat bandar ni bole dikatakan gagal..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...