Monday, February 28, 2011

APABILA ANAK KECIL BERAKSI DI PADANG BOLA


'Sangat meriah'... itulah kata-kata yang boleh saya ungkapkan apabila berkunjung ke Stadium Mini, Seksyen 13 Shah Alam hari ni. Begitu ramai anak-anak kecil yang saya lihat begitu bersemangat bermain bola di setiap inci ruang yang ada di padang bola stadium itu. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor melalui Akademi Bolasepak PNSB merupakan penggerak utama program bolasepak remaja ini... kalau tak silap saya, tahun ni merupakan tahun ke-5kot program ini dijalankan.

Pada awal program ini dijalankan... sambutan agak terhad namun ianya berkembang setiap tahun. Dengan adanya program ini juga, PNSB telah melancarkan Karnival Bolasepak Merdeka setiap tahun sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia... dan sambutan pada setiap tahun memang di luar jangkaan. Saya dimaklumkan juga ada pasukan yang tidak berpeluang menyertainya kerana terlalu banyak pasukan yang ingin bertanding.

Kelmarin saya sempat berkunjung menyaksikan latihan oleh pelatih Akademi Bolasepak PNSB dan ianya sama sekali menghapuskan sangkaan saya bahawa budak-budak sekarang cuma minat main bola di televisyen... atau main PSP... atau lain-lain jenis permainan yang tidak memerlukan mereka untuk bergerak aktif.



Inilah sebahagian dari gambar yang sempat saya paparkan di sini... ada beratus-ratus lagi gambar. yang mungkin akan saya haplod jika berkesempatan nanti... insyAllah. Dan penyertaan remaja perempuan juga adalah di luar jangkaan saya. Syabas kepada semua tenaga Akademi Bolasepak, Kelab Bolasepak PNSB, ibubapa dan semua pelatih akademi... selamat majujaya, semoga suatu hari nanti saya akan melihat anak-anak remaja ni menyarung jersi pasukan antarabangsa... mudah-mudahan berkesempatan lihat mereka bermain bersama The Gunners...

... hail Meriam Kabaid!!!


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...