Friday, February 4, 2011

SIAPA MOHAMED EL BARADEI




Apabila krisis Mesir bermula, saya tidak begitu terkejut kerana saya telah mula mendengar sendiri rungutan beberapa anak muda di Mesir semasa ke sana tahun lepas. Walaupun lawatan saya ke sana agak singkat namun sedikit sebanyak dapat juga mengetahui bahawa penduduk tidak begitu gembira dengan keadaan ekonomi dan jumlah pekerjaan yang amat terhad. Malahan melihat dari beberapa struktur rumah yang ada di sana, saya agak terkejut apabila hampir kesemua rumah di sana bahagian dinding luarnya tidak di'plaster'. Malahan rumah dibina seperti tanpa kelulusan dan boleh disambung-sambung ke atas mengikut kesesuaian.

Tiba-tiba muncul nama Mohamed El Baradei, orang yang dikatakan memulakan revolusi rakyat Mesir ke atas Presiden Hosni Mubarak. Dikatakan juga Hosni Mubarak ni adalah 'puppet' Amerika dan sekutu kuat Israel. Anggapan saya tentulah rakyat tidak suka Amerika apatah lagi Israel. Dan dalam saat-saat genting ini tiba-tiba Presiden Obama meminta Hosni Mubarak supaya menghormati suara rakyat... dan El Baradei muncul 'out of nowhere'. El Baradei ini dikatakan menghabiskan sebahagian besar hidupnya di luar Mesir... dan tiba-tiba jadi 'self-appointed spokesman' untuk revolusi Mesir ini.

Saya jadi agak 'musykil' juga dengan kemunculan pemmpin-pemimpin di akhir zaman ini yang mudah mengaku mengatakan mereka mewakili rakyat yang mahukan perubahan. Dan pada pandangan saya, satu revolusi besar di negara yang sememangnya begitu strategik di negara Arab... memerlukan seorang yang 'superhero and well connected' untuk menggelarkan diri mereka sebagai 'spokesperson' dan berdiri di barisan hadapan.


Pencarian saya bermula di laman sesawang 'International Crisis Group' di mana El Baradei adalah salah seorang ahli 'Board of Trustees' (Board of Trustees). Melihat dari slogan-slogan di laman ini, saya yakin ini adalah 'a very influential NGO'. Dan lebih menarik apabila nama George Soros, pelobi dan tokeh kewangan berbangsa Yahudi juga berada di dalam Lembaga Amanah ini... memang amat menarik. Pencarian saya beralih pula ke beberapa orang lain di dalam Lembaga Amanah ini.... sosialis, komunis, kapitalis... semua ada. (Latarbelakang Lembaga Amanah). Malahan El Baradei ini juga dikaitkan dengan Council of Foreign Relations.

Saya cuma mampu berdoa dan berharap revolusi ini sekiranya yang dimahukan oleh majoriti rakyat Mesir, agar dipermudahkan perjalanannya oleh Allah. Harap-harap agar mereka tidak terlepas dari mulut harimau dan masuk ke mulut buaya. Agak sukar saya hendak menerima seorang pemimpin Islam apatah lagi bila mereka telah lama terbabit dengan mana-mana puak Yahudi dan Nasrani kerana demikianlah janji Allah yang saya dengar melalui ceramah agama bahawa kedua-dua bangsa ini tidak akan puashati selagi kita tidak mengikuti jalan dan kehendak mereka.

... akan adakah pemimpin Islam yang boleh kita sandarkan harapan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...