Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL 2011 DI SELANGOR


Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Muhammad Rasulullah s.a.w. Semoga kita mampu mengikuti ajaran dan suruhan yang telah diajar kepada kita oleh para guru yang menerimanya dari guru-guru yang terdahulu bersusur galur hingga ke Rasulullah s.a.w. Esok, 15hb Februari 2011 adalah Maulidur Rasul dan seperti kebiasaannya, ia disambut satu negara (... dan cuti umum). Minta maaf la, saya tidak begitu arif menulis sesuatu tentang Islam secara terperinci... bimbang tersilap tutur kata... 'buat ajaran sesat' kata budak-budak sekarang. Namun dari semasa ke semasa insyAllah buku Sirah Nabawi tidak terlepas dari senarai bacaan rutin saya... mudah-mudahan Allah permudah dan terangkan hati saya untuk memahami dan mempraktikkannya. Jadi jika rakan-rakan ingin cerita agama... silalah ziarah website Ustaz Haron Din atau Ustaz Muhammad El-Muhammady... antara tulisan yang saya gemari walaupun kadangkala terpaksa rujuk dari rakan-rakan yang lebih arif tentang tulisan tersirat.

Untuk pengetahuan pembaca blog saya dari luar negara (aceh ceh... ada kot), Malaysia masih menyambut Maulidur Rasul secara rasmi. Umat Islam akan berkumpul dan berarak sambil mengucap selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, aktiviti yang dijalankan sejak saya kecil masih berjalan hingga sekarang. Di Selangor, perarakan akan diadakan esok... bermula dari Stadium Mini Shah Alam Seksyen 13 dan berarak ke Stadium Mini, Shah Alam yang terletak berhampiran... 20 minit berjalan kot. Selalunya hampir semua jabatan kerajaan, agensi kerajaan negeri dan anak syarikat akan menghantar kakitangan secara berkumpulan 40 orang sambil memakai baju melayu yang seragam mengikut pilihan masing-masing sambil berjalan membawa banner mengucapkan salam dan selawat.

Saya tidak pasti samada semua orang pernah merasai pengalaman ini dan pada sesiapa yang belum... mungkin boleh membabitkan diri. Semasa saya kanak-kanak dahulu, kami berebut-rebut hendak menyertainya walaupun takde kumpulan khusus yang kami boleh sertai. Kami pakai baju melayu bersampin bagai, hala ke Masjid Sultan Sulaiman, Kampung Jawa Klang dan masuk je dalam mana-mana kumpulan yang ada... janji dapat berarak. Mungkin teruja masa tu sebab Almarhum Tuanku Salahuddin akan ikut berarak sama dengan rakyat. Dan selepas itu semua berkumpul di satu tempat dan Almarhum Tuanku akan berikan 'buah tangan' (bab buahtangan ni tak ingat samada semasa keputeraan Tuanku atau Maulidur Rasul... hehe). 'Buah tangan' ni kadang-kadang berupa bekas plastik yang cantik berisi makanan. Bekas tersebut selalunya kami akan gunakan untuk bawa bekal makanan ke sekolah... dan tayang di sekolah. Sebab masa tu, siapa ada bekas makanan tu kira 'cool' la der... hehe.

Semoga Islam kekal mekar di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...