Friday, February 4, 2011

mStar Online : Kutip RM7 Juta, Syamsul Boleh Tidur Lena


Selepas adik-beradik KRU... saya boleh berikan 'salute' kepada anak muda ni. Dalam masa orang lain sibuk bergaduh, bertekak, memekik dan saling berfitnah untuk duduk di kerusi No. 1, Putrajaya... beliau memilih untuk berjabat salam, membina empayar dan menyemarakkan ekonomi perfileman Malaysia dengan karyanya yang terbaru KHURAFAT yang dikatakan telah mengutip hampir RM7 juta.


Saya belum berkesempatan menonton filem ini namun insyAllah akan cuba berbuat demikian di masa cuti Tahun Baru Cina ni... walaupun agak terlambat sedikit. Harap-harap filem 'gegar panggung' ini masih lagi ditayangkan.


mStar Online : Kutip RM7 Juta, Syamsul Boleh Tidur Lena

1 comment:

  1. Cerita terlalu tak masuk akal, sepanjang filem ni suasana gelap saja, tak seram langsung, cuma muzik saja buat gempak dan membuhsankan.

    RM 7 juta? Menunjukkan begitu ramai yang tertipu dan kualiti minda orang kita berada paras mina separuh sedar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...