Saturday, February 19, 2011

AKU KAYA

Selepas Mesir, kini beberapa negara Arab Islam lain juga bergolak... sana-sini rusuhan atas alasan mahukan perubahan dan menentang ketidakadilan pemerintah. Kalau dah beratus-ratus ribu orang ramai berhimpun atas jalanraya, saya kira takkan ini dirancang oleh mana-mana parti politik kan... ianya nampak spontan dan hanya berlaku sekali dalam puluhan tahun. Kalau di Siam tu mungkin juga saya ragui keikhlasannya sebab cukup terancang dan dirancang. Susah la kalau macam tu kan... siapa juga yang naik memerintah, pasti puak satu lagi akan 'stage' perhimpunan yang sama atas nama rakyat... kacau kalau macam tu.

Salah satu punca kebangkitan rakyat di Mesir ialah faktor ekonomi dan kemiskinan... dengarnya ramai rakyat yang takde kerja dan pendapatan mereka tidak begitu memberangsangkan. Saya pernah ke sana tahun lepas... dan memang ada di antara mereka serba kekurangan. Malahan kebanyakan rumah di Cairo juga dindingnya tidak berplaster... nampak batu-bata je. Getir juga tengok orang Mesir cari duit.

Cakap pasal duit... apa yang anda akan buat sekiranya terima email mengatakan anda menang 800,000 pound sterlings. Bangun pagi je, ada email masuk suruh claim hadiah kemenangan... di SOUTH AFRICA. Ini dah macam harta Ismet di luar negara.

Saya kira ramai orang berharap email seperti ini adalah benar... bayangkan duit ni kalau ditukar ke Ringgit Malaysia... selesai semua hutang (... dan buat hutang baru hehe). Hairan betul, skim macam ni mesti datang dari negara Afrika.

... tahun 70an dulu, ada rancangan khas cabutan Toto. Ada la sorang akan putar-putar bekas bulatan yang ada nombor-nombor untuk cabutan nombor bertuah... haha, dulu-dulu lagi orang dah cakap pasal transparency... takde orang dakwa-dakwi keputusan nombor cabutan bertuah tu dimanipulasi. Apa taknya, ditayangkan satu negara beb. Hahaha... tapi jangan la buat, judi tu.

Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...