Wednesday, February 9, 2011

MALAYSIA DI MATA DUNIA

Hari-hari asyik baca berita pasal jenayah dan politik di Malaysia pun jelak rasanya... menyampah pun ada tapi tak boleh elak, nak kena baca juga. Tak baca nanti takut hilang hujung pangkal bila kawan-kawan dok syok bercerita macam-macam isu semasa dan tak lepas peluang nak 'menembak' kita kalau kita tak 'alert' dengan isu semasa Malaysia mahupun dunia.

Bila tengok kejayaan Kerajaan Malaysia yang begitu bersusah-payah menyelamatkan rakan-rakan kita di Mesir dan kejayaan skuad bolasepak Harimau Malaya yang menang Piala AFF baru-baru ni, saya teringin pulak nak tulis beberapa pencapaian Malaysia yang boleh kita renungi dan banggakan. Kalau nak layan pandangan negatif... memang tak terlayan, so kita lihat apa cantiknya Malaysia di mata dunia tapi seringkali 'diburuk-burukkan' oleh segelintir rakyat Malaysia di luar negara.


Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan ke-4 terpanjang di Asia dan ke-10 terpanjang di dunia. Sepanjang 13.5km yang menghubungkan tanah besar dan pulau. Panjang tu beb... tol pun boleh tahan mahal tapi one way je la kena.


Ini dia... Masjid Negeri Shah Alam di Selangor. Masjid ini juga adalah kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Tapi dome Masjid Shah Alam ni adalah yang terbesar di dunia dan boleh menampung hampir 24,000 jemaah... banyak tu (tapi tiap kali solat waktu especially siang, lebih kurang dua saf je orang datang berjemaah kecuali solat jumaat... full).


Dari tahun 1988 hingga 2004, bangunan berkembar Petronas ni adalah yang tertinggi di dunia sehingga takhta tersebut 'dirampas' oleh bangunan Taipei 101. Namun hingga ke hari ini, bangunan ini kekal sebagai bangunan berkembar yang tertinggi di dunia.

 
Menara Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Nenas (depan Batu Keras KL la) adalah menara yang ke-6 tertinggi di dunia. Namun menara ini adalah 'freestanding tower' (tak tau apa maksud ni) yang ke-2 tinggi di dunia. Ramai tak pernah datang sini kan... cuba dulu baru tahu.

S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.P.W.B.

Syarikat Kerjasama Orang- Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat Dan Pinjam-Meminjam Wang Berhad. Wahhh, jenuh nak menaip singkatan yang paling panjang di dunia kot... atau setidak-tidaknya yang paling panjang di Malaysia. Dalam Wikipedia pun takde nama syarikat ni beb.

 
Gua Nasib Bagus yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak ini adalah gua yang terbesar di dunia... besar beb. 40 buah Boeing 747 boleh dimuatkan dalam gua ni. Nampaknya satu hari nanti kena cuba 'explore' gua ini untuk sesi fotografi.

... ada lagi kot rekod Malaysia yang diiktiraf di dunia yang patut kita ketahui... rajin-rajin la 'browse' di mana-mana.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...