Friday, February 18, 2011

NASIONALISME MALAYSIA DI BUMI ARAB

Gambar: Sinar Harian
Tajuk ni saya pinjam dari akhbar Sinar Harian hari ini...ditulis oleh wartawannya, Farah Zamira Farush Khan... saya tak kenal dia. Satu-satunya kakitangan Karangkraf yang menerbitkan akhbar ni yang saya kenal ialah Badak... nama ganas tapi hati baik beb. Sampai sudah saya tak tahu nama sebenar Badak ni... haha sori bro. Hari ni agak santai sedikit fikiran saya... kawan-kawan pun takde tanya soalan yang berat-berat... sebab hari Jumaat kot. Pagi ni saya terbaca sisipan tentang cerita Ops Piramid... operasi Kerajaan Malaysia yang menyelamatkan rakyat kita yang terkandas di Mesir baru-baru ni. Yang bestnya berita ni... wartawan tersebut sendiri mengikuti operasi itu di Mesir... sesuatu yang harus saya kagumi.

Banyak berita dan tulisan yang saya baca tentang operasi ni... ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang 'spin' dengan berbagai pendekatan bagi menafikan usaha murni ni. Ikut masing-masing la... cuma saya kadang-kadang tersengih sendiri bila 'kaki kutuk' ni semuanya tidak berada di Mesir tapi ceritanya macam dia ada di situ. Tapi zaman internet yang terlalu laju ni kan... spin la macam mana pun, perkara yang benar akan timbul juga... kecuali la kalau hati dah gelap sangat macam Laut Hitam.

Saya suka mengambil sepotong ayat dari tulisan wartawan ini untuk renungan bersama... 'jika yang banyak mengkritik itu mempunyai idea bernas, mengapa tidak dikongsikan bersama dan mengapa kepakaran itu tidak ditawarkan dalam membantu misi itu tempoh hari?'. Untuk semua blogger lelaki, saya ulangi sekali lagi... Farah Zamira ini adalah seorang gadis... ingat tu baik-baik. Beliau kini sebahagian dari sejarah cemerlang negara... bukan seperti kita yang handal bising di sini... malu la.

Sekali lagi... syabas kepada semua yang terbabit di sana... anda adalah hero dan heroin kami. Sekarang kami boleh menarik nafas lega kerana tahu jika negara di dalam kesusahan, kami ada tempat untuk bergantung harap... terima kasih banyak-banyak.

Sesiapa yang ingin baca cerita ni sila klik di sini Nasionalisme Malaysia Di Bumi Mesir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...