Tuesday, March 1, 2011

1 MAC... MACAM-MACAM CERITA HARI NI

Diam tak diam... dah masuk bulan Mac 2011. Tak sampai 6 bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak... bulan yang sememangnya amat saya nanti-nantikan setiap tahun. Mudah-mudahan ada rezeki saya lagi berjumpa dengan Ramadhan... amin. Hari ini juga, seorang kawan yang saya kenal di sekolah rendah... tiba-tiba sms saya bertanya khabar berita. Terkejut saya, kerana kali terakhir kami bersama ialah di Darjah 6... lama tu bro. Suka saya apabila terima sms tersebut... ada juga kawan lama yang masih ingat saya lagi apatah lagi kawan kaki bola. Tersentuh juga hati saya apabila dia kata... 'semua benda aku boleh usaha cari bro... takkan sama dengan kawan-kawan'. Memang... saya setuju sangat la tu.

Apa lagi 'kejutan' agaknya hari ni...

PILIHANRAYA KECIL KERDAU DAN MERLIMAU

Ramai juga rakan-rakan saya yang pergi membuat liputan kerana tugasan atau sebagai sukarelawan di kedua-dua tempat ni. Saya tak berapa nak ikut sangat berita pilihanraya kecil kali ni... muak dah asyik pilihanraya kecil dengan mainan isu yang entah hapa-hapa... semata-mata nak bunuh karektor calon demi undi. Dan agak mengejutkan juga kali ni... kawan-kawan saya juga seperti kurang gah seperti sebelumnya apabila buat berita... dah fed-up jugak kot. Yang bestnya, bukan gambar kempen pilihanraya diaorang email... tapi gambar ikan patin... hahaha. Saya nak paparkan di sini tapi disebabkan ada unsur-unsur copyright... saya tunjukkanlah gambar lain tapi bawa maksud yang sama.


Ikan patin gulai tempoyak tu beb... siap kasi message tu... 'ikan patin temerloh ni tak sama dengan tempat lain bro, fresh sedap giler'. Terliur beb... sungguh kecur dibuatnya nih. Member semua kata... cerita makan lagi best... hik hik... setuju sangat la tu.

TENGOK CERITA HANTU DI SIANG HARI

Entah macam mana hari ni boleh pulak saya tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung dengan kawan-kawan di 'port terbaek'... big screen beb.

 
First time... tengok cerita hantu waktu siang hahaha. Terima kasih la kawan-kawan yang sediakan kopi kaw dan pisang panas. Seronok tengok dan gelak ramai-ramai... memang lawak la cerita ni. Rasanya inilah satu-satunya cerita yang tunjuk hantu muncul waktu siang... cun pulak tu hahaha. Takde dah macam cerita hantu dulu... penuh bedak dengan tepung je muka. Apapun, tahniah Brader Mamat Khalid... memang cerita ni lebih best dari cerita arahan beliau sebelumnya... hidup filem Melayu. Tangan ni gatal je nak tulis 'satu cerita yang menakjubkan' siang tadi tapi sebab dah janji tak boleh nak story... so kena diam la. Macam mana pun, permintaan saya untuk dapat sedikit discount... SILA CONSIDER SESERIOUS-SERIOUSNYA... hahahaha. Harap maklum budak yang bernama S***** (Bukan nama sebenar).

ANTARA MISBUN SIDEK DAN SAFEE SALLEH





Cuba korang fikir... apa persamaan di antara dua ahli sukan nih? Takmo cerita panjang... nanti kalau ada masa, cuba korang dengar iklan Safee kat radio. Style dengan tone suara dia bercakap... lebih kurang sama je dengan iklan Misbun bercakap... hahahaha... ni sapa la diaorang punya PR yang takmo kasi screentest prektis dulu... hadoi, stone semacam bro.

CERITA 'HANI' DI TV3

Hahahaha... yes, saya memang peminat drama dan filem Melayu. Korang ada masalah ke? Eksyen la sapa yang kata... 'apa kelas filem Melayu nih'.

 
Cerita ni tamat malam ni... budak pompuan pelakon utama cerita ni, Fathia yang melakonkan watak Ummu Hani akhirnya meninggal dunia dalam episod akhir malam ni... memang sedih beb, nak menitis gak airmata dibuatnya. Tapi bukan setakat jalan cerita tu yang menarik malam ni... sebenarnya apabila Ummu Hani meninggal disebabkan kanser otak, saya teringatkan bekas pensyarah yang juga kawan saya semasa di ITM Shah Alam dulu... meninggal akibat kanser. Airmata hampir menitis disebabkan teringat kata-kata terakhir beliau di hari saya menziarahi arwah beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia... 'aku ni hidup ikut jam je Mie, tak tau la lepas pukul 12 tengahari ni ada nyawa lagi ke tidak'... ya, saya menangis semasa arwah berkata begitu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan memberikan Ar-Raudhah sebagai tempat tinggal di alam sana... amin.



DES ISKANDAR @ LATIF IBRAHIM

Hahahahahahaha... hari ni saya betul-betul gelak besar. Akhirnya rahsia seorang rakan baik yang disimpan selama hampir berbelas tahun dari pengetahuan kawan-kawan rapat... bocor juga hari ini. Mungkin ramai anak muda tidak begitu mengenali gambar di atas... Latif Ibrahim sewaktu muda... seorang pelakon dan penyanyi terkenal di tahun 70an dan 80an. Saya masih bersekolah rendah waktu tu... tapi tidak bagi seorang kawan saya ni... satu zaman dengan Latif Ibrahim... hahahahaha, jangan marah Abang Des @Boss.

Apabila kawan saya ni bawak VCD satu cerita 70an dulu... semua tertunggu gak cerita apa agaknya ni. Sekali tu keluar gambar Latif Ibrahim dengan baju belang, rambut panjang dan seluar pendek 'cengut' ala-ala budak sekolah rendah Chung Hwa Klang... pelakon perempuannya saya tak berapa ingat dah. Tapi yang tak tahan tu bila keluar dialog... 'Des Iskandar....'. Hahahahahaha... akhirnya hari ni baru la kitaorang tahu dari mana dapat nama 'Des Iskandar'... hardcore fan Latif Ibrahim rupanya... hadoi. Tapi memang cool bro... nama Des tu memang la amat cool...salute.

... kadang-kadang kita tak perlu pun belanja besar untuk berseronok dengan kawan-kawan. Ada kopi... ada nasi bungkus dan ada tempat lepak tengok 'big screen'. Takde nak kecoh pun pasal politik... cuma satu VCD dengan dialog 'Des Iskandar' sudah cukup menggegarkan dunia... hahaha.... selamat malam kawan-kawan, di mana jua anda berada.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...