Thursday, March 17, 2011

AKADEMI BOLASEPAK PNSB

Sejak Malaysia menang Piala AFF yang lalu... semangat cintakan pasukan bolasepak negara telah mula bernyala kembali. Agak malap sokongan ini sejak hampir sedekad yang lalu... saya pun takde la buat study kenapa sokongan ni merosot dulu, takde keje haiii. Cuma pada tahun 80an dulu... saya remaja giler masa tu beb... pantang ada game di stadium, berduyun-duyun umat datang pakai jersi pasukan masing-masing. Dan selalunya perkara ni berlaku terutamanya pada musim Semi-Pro atau Liga Perdana sedang berlangsung. Masa tu liga tempatan Malaysia memang sama hebat dengan Liga Inggeris... Manchester United masa tu apa la sangat, team metroseksual... orang amik cuti beb semata-mata nak tengok bola di Stadium Merdeka.

Tapi itu cerita lama... dah retro. Sekarang ni, bekas pemain bola negara, negeri, daerah dan sekolah malahan bekas pemain bola tegar di padang-padang yang terbiar... estet juga... telah bergabung tenaga menjayakan satu akademi... AKADEMI BOLASEPAK PNSB. Dahulunya akademi ni hanya satu lagi nama berbanding berpuluh-puluh akademi yang ada di Malaysia... sekarang ianya adalah BRAND NAME. Bangga... itulah yang boleh saya katakan. Dulu bilangan pelatih tidak begitu ramai... namun ianya semakin berkembang dan jika sesiapa berkunjung ke Stadium Mini Seksyen 13, Shah Alam pada petang Sabtu dan pagi Ahad... anda akan saksikan seluruh padang penuh dengan anak muda berumur di antara 6-18 tahun sedang giat berlatih bolasepak di bawah tunjuk ajar jurulatih yang terlatih.

Cakap banyak tak mau... tengok gambar-gambar ni














Amacam... siapa kata anak muda sekarang tak minat main bola lagi. Ramai yang kaki PSP tapi bola ni pun dah macam way of life diaorang. Semoga usaha murni ini berkekalan dan dipermudahkan laluannya oleh Allah. Bagi seorang yang memang amat meraikan aktiviti riadah seperti saya ni... pemandangan seperti ini amatlah menyenangkan.

Selamat majujaya kepada semua usaha tenaga di Akademi... Abang Des 'Da Boss', Pak Kob, Farif, Sham, Capt Faisal 'Da Academy Headmaster', Teh 'Da Bestest Kopi Maker', Zainal Nordin, Mandonna, Jamal dan para jurulatih. Ada beberapa lagi dari kalangan ibubapa yang saya nampak kerap berada setiap kali ada latihan petang di stadium tapi sori bro... wa lupa nama tapi cam muka, Harap sapa baca boleh kasi add nama untuk credit... satu dunia kena tau beb.

... saya mungkin tidak dapat menjadi photographer rasmi untuk perlawanan akan datang kerana majal En Salleh the photographer telah melekat kat saya. Setiap kali saya datang dengan kamera... PNSB mesti kalah... hahahahahaha.

2 comments:

  1. Tuan.mcm mana nak masukkan anak saya ke sini.umur 7 tahun.ada vontact no.hamizi @ 0136892245

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh datang ke Stadium Mini Shah Alam pada setiap Sabtu (4pm-6pm) atau setiap Ahad (8am-11am). Boleh bertanya dengan sesiapa juga ibubapa yg hadir di sana yg telah hantar anak2 mereka. Maaf saya tiada no. mereka.

      Tq.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...