Sunday, March 20, 2011

KESAN GEMPA BUMI DI JEPUN... KITA PATUT TAHU

Sedih dan terkejut... itulah reaksi saya apabila melihat video kejadian tsunami baru-baru ini di Jepun. Air laut yang melimpah ke daratan sapu bersih segala yang ada di laluan. Bagi rakyat Jepun, kejadian tsunami dan gempa bumi mungkin perkara biasa namun bagi kita yang berada di Malaysia... ianya amat menakutkan pada pandangan mata. Saya ada juga terbaca di beberapa blog rakyat Malaysia yang berada di sana... dari tulisan mereka pun cukup menggerunkan saya... mudah-mudahan Allah melindungi rakan-rakan kita di sana dan permudahkan urusan pembangunan semula kawasan yang terjejas.


Gambar pusaran air yang berlaku semasa tsunami ini masih menjadi misteri... apakah agaknya yang terjadi di bawah sana. Namun ada beberapa perkara yang mungkin kita patut tahu tentang gempa bumi di Jepun ni... ianya bukan sahaja menjejaskan penduduk Jepun malah ada memberi kesan secara langsung kepada bumi... tempat tinggal kita yang sekangkang kera dan ada yang sanggup saling berbunuhan untuk menguasainya.

BILANGAN GEMPA BUMI SETAHUN DI JEPUN

Saya ada juga terdengar gempa memang kerap berlaku di Jepun dan kalau dilihat dari cara Jepun membangunkan negara mereka... semua struktur bangunan yang dibina haruslah mencapai tahap piawaian kalis gempa bumi yang telah ditetapkan. Secara puratanya dilaporkan sebanyak 1,500 gempa bumi dicatatkan berlaku dalam setahun di Jepun... bermakna hampir 4 kali gempa berlaku setiap hari. Namun kekuatan gegaran tersebut berbeza dan gegaran yang baru berlaku beberapa hari lalu berukuran 8.8 - 9.0. Itu adalah gegaran yang terbesar sejak Perang Dunia Ke 2 dan yang ke-5 terkuat direkodkan sejak tahun 1900.

PUTARAN BUMI

Pakar geo-fizikal dari NASA mengatakan, akibat dari gempa bumi ini... putaran bumi telah dipercepatkan selaju 1.6 mikrosaat. Ini bermakna bila putaran semakin laju, kiraan masa dalam sehari jadi lebih pendek. Serious ni beb... ini baru gegaran di Jepun. Semasa gegaran di Sumatera pada tahun 2004 dulu... putaran bumi telah dipercepatkan selaju 6.8 mikrosaat. Jangan ingat takde kesan sampingan akibat putaran bumi yang semakin laju ni... ianya akan menyebabkan eko-sistem dan cuaca bumi menjadi semakin tidak stabil dan jangan terkejut suatu hari nanti... salji boleh turun di Shah Alam.

REAKTOR NUKLEAR DI JEPUN

Jepun adalah negara ke-3 besar pengguna tenaga nuklear di dunia dan ada 52 reaktor nuklear yang aktif seluruh Jepun manakala 3 buah lagi di dalam pembinaan. Banyak tu beb... dan kejadian gempa bumi baru-baru ni menyebabkan dua buah loji di Fukushima terbakar dan bocor. Udara dan air telah tercemar dengan bahan uranium dan mula merebak. Bayangkan Jepun yang terletak di atas plat gempa bumi yang sangat aktif dan ada 52 buah reaktor nuklear di atas Jepun... kalau la semua sekali bocor... selamat jalan romeo la dunia nih. Sekarang rakyat dunia telah mula mempersoalkan keselamatan loji-loji nuklear kerana walau secanggih mana pun teknologi pembinaannya tetap tidak dapat melawan kehendak alam semulajadi.

RADIASI YANG MEREBAK

Jangan sangka radiasi hanya merebak melalui air dan udara. Kena ingat, sistem pengangkutan dunia sekarang amat cepat dan cekap. Pagi sarapan di Tokyo... malamnya dah boleh dinner di Kuala Lumpur. Kita dok screen orang yang masuk melalui pintu masuk imigresen di lapangan terbang... habis, kapalterbang yang mendarat tu siapa nak buat whole body screen?

So sekarang nih... apa yang bestnya kalau teknologi yang terlalu berlebihan akibat dari sikap manusia sendiri yang gilakan kemajuan teknologi dan penggunaan tenaga... akhirnya membunuh diri sendiri secara perlahan? Kalau tak perlu pasang lampu rumah tu... tutup je la... berjimat-jimat la sikit.  Bukan sahaja tenaga nuklear digunakan untuk supply keperluan tenaga dunia malahan arang batu juga dibakar secara maksimum untuk tujuan yang sama. Bila asap bahan bakar dari fosil lepas ke udara setiap hari ditambah lagi dengan asap kereta yang juga dari bahan bakar petrol... tak best rupanya tinggal di bumi ni.

... tu belum lagi dari asap rokok yang orang dok bakar setiap hari... hadoi lemau nih.

Percaya atau tidak... ada sebuah pulau yang terletak sangat berhampiran dengan pusat gempa bumi yang berlaku di Sumatera pada tahun 2004 yang lalu yang tidak bergantung pada kecanggihan teknologi moden apabila berlakunya gempa. Penduduk pulau ini seramai hampir 700,000 orang tapi tsunami yang melanda pada tahun 2004  lalu hanya mengorbankan 7 orang sahaja. Sejak turun temurun mereka menurunkan cerita nenek moyang apabila berlaku sahaja gempa, penduduk akan lari ke bukit berhampiran kerana tahu ombak besar akan melanda kampung... semuanya kerana hubungan kemasyarakatan yang begitu rapat dan saling mengingati.

... kita dok perabih duit belanja entah hapa-hapa tah untuk bagitau gempa nak melanda... buang duit betul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...