Tuesday, March 29, 2011

HOBI LAMA YANG TINGGAL KENANGAN

1970an-80an... pada masa tu sebilangan rumah masih tidak memiliki tv warna rasanya belum masuk Malaysia kot... bahkan masih banyak penghuni rumah tidak mampu memiliki sebuah tv yang herannya masa tu kena bayor lesen TV beb.. masa tu siaran tv cuma TV1 dan TV2 sahaja. Pagi hingga pukul 3 petang adalah rancangan tv pendidikan dan pukul 11 malam dah habis siaran... penutup siaran pula adalah bacaan Al Quran. Budak-budak sekarang kalau dengar agaknya kata... boring beb. So, apa yang budak-budak zaman tu buat... selain dari bersukan dan dengar radio... ada la hobi sampingan.

Sumber: internet
Yup... kumpul stamp. Boleh dikatakan ramai juga budak-budak sekolah minat kumpul stamp masa tu. Terutamanya bagi yang tinggal berhampiran Lembah Klang... banyak sumber dan pilihan. Bagi yang ada kenalan di luar negara... setiap bulan hantar poskad beb, semata-mata nak stamp. Siap sound member suruh guna stamp berlainan setiap kali hantar poskad. Mungkin ramai tidak tahu... stamp is a work of art. Mula-mula, artis akan lukis di kertas yang besar dan memang amat terperinci dan kemudian akan diproses dalam bentuk lebih kecil. So, kumpul stamp ni seolah-olah... kumpul lukisan kecil. Percaya atau tidak... ada stamp tertentu yang mempunyai nilai muka cuma 25 sen tetapi disebabkan faktor tertentu... ianya boleh mencapai ribuan ringgit selepas beberapa tahun... percaya la.

Sumber: internet
Saya tak pasti samada sekolah sekarang masih menggunakan lencana sekolah yang dibuat dari besi seperti contoh di atas. Saya pun tak pasti idea siapa kena pakai lencana yang ada pin di belakang ni sebab tak praktikal langsung. Pertama, menggelebeh beb poket baju. Kedua, berlubang-lubang baju. Ketiga, selalu sangat jadi bahan gaduh dengan pengawas sebab kerapkali terlupa atau tertinggal lencana ni di rumah. Keempat, mudah sangat misplace... sah kena denda kalau datang sekolah.. Kelima, lencana ni kami selalu gunakan untuk main terbalikkan lencana lawan atas meja. Keenam, ada la kutu-kutu mana tah guna lencana ni sebagai senjata bila bergaduh. Walaubagaimanapun... kumpul lencana memang jadi hobi dan memang selalu ambil peluang tukar-tukar lencana dengan budak-budak sekolah lain. Hehehe... itu la pun salah satu modal nak ayat anak dara sekolah... 'u nak tukar lencana dengan i ke?'

Sumber: internet
Bagi yang otai-otai sikit... diaorang suka kumpul kotak mancis. Masa tu kalau siapa ada peluang makan lunch ke, makan dinner ke kat hotel atau pub atau kelab malam memang kelab malam banyak zaman tu, atas stesen bas Klang pun ada... memang selalu cilok mancis yang ada atas meja makan tu. Entah kenapa tah masa tu, hotel mesti ada provide mancis atas meja. Sekarang ni... haram, letak ashtray je... tu pun ada yang cilok buat subenir. Tak tau la samada ada orang maintain lagi hobi kumpul kotak mancis nih.

Sumber: internet

Kumpul duit syiling.dan duit kertas... memang best. Walaupun masa tu agak sukar nak dapat tapi oleh kerana rumah berdekatan dengan Pelabuhan Klang... dapatlah kumpul dari ahli keluarga kawan-kawan yang bekerja sebagai kelasi.

Banyak lagi sebenarnya hobi-hobi zaman dulu yang sekarang semakin dilupakan... nak sebut pun lupa dah bendanya.. Lencana besi sekolah yang saya kumpul berpuluh-puluh banyaknya dulu pun entah ke mana halanya. Cuma tinggal buku-buku stamp dan koleksi duit syiling dan kertas... dan saya masih meneruskan hobi ini kerana minat terhadap lukisan dan fotografi.

... apa agaknya hobi budak-budak sekarang ni?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...