Monday, March 28, 2011

APABILA ORANG TUA BERGADUH... ANAK DUDUK LUAR RUMAH

Ahli Parlimen Korea Berkelahi
Masa kita kecik-kecik dulu, kerapkali ibubapa kita menegur... 'korang ni kalau bertemu je mesti bergaduh, macam anjing dengan kucing'. Dah nama pun budak-budak kan... selisih sikit mesti gaduh. Puas la dipujuknya anak-anak supaya berbaik-baik, macam-macam hadiah la dibaginya suapaya anak mahu mendengar kata.

Tapi sekarang dekat Malaysia... hari-hari orang tua bergaduh. Mengalahkan budak-budak yob. Dulu kalau bukak suratkhabar... takde berita lain... mat rempit, buang anak, artis skandal VIP dan khalwat. Sekarang ni... bukak la paper kata orang utara, hari-hari cerita orang-orang tua bergaduh. Nasib baik la mukasurat belakang bahagian sukan tu terkecuali... walaupun kadang-kadang ada jugak berita pegawai-pegawai bergaduh... orang tua gak tu.

... apa nak jadi nih. Kalau orang tanya saya macam mana... biasanya saya jawab... 'macam mana lagi ko nak? memang macam ni la...'. 

Sedang diaorang ni dok bergaduh... akibat dari tsunami dan gempa bumi baru-baru ni di Jepun, sehingga 18 Mac 2011, Kerajaan Jepun melaporkan seramai 6.405 mati dan 10,259 masih hilang manakala 2,409 tercedera. Setakat ni saya cuma dengar tak tau la kot ada laporan lain hanya Putera Malaysia hantar sukarelawan bagi membantu mangsa di sana. Dapat la juga jaga air muka kita yang kononnya terkenal dengan ramai alim ulama tersohor. Agaknya sebab Jepun ni bukan negara Islam... so, tak perlu la kot kita sibuk-sibuk nak bantu. Ye la, diaorang dulu kan ke kejam masa takluk Malaya... so dalam hati agaknya ada yang kata... padan muka. Syabas kepada Putera Malaysia... tetapkan tekad anda walaupun apabila korang pulang ke Malaysia nanti ada orang tuduh usaha ini hanyalah konspirasi politik semata-mata.

Sedang kita dok istiqamah buat demo depan masjid membela orang tua... NATO telah lancarkan kempen serangan selama 60 hari bagi memaksa Muammar Gaddafi letak jawatan. Saya masih ingat dulu, bukan main ramai orang Malaysia yang berbangga apabila bercerita tentang Presiden Libya ni... semua orang agungkan beliau sebab pemimpin Islam yang cukup rendah diri dengan hanya tinggal di dalam khemah. Menggunakan nama Presiden ni dalam apa-apa kempen mereka sekaligus juga melabelkan mereka pemimpin Islam hebat seperti Gaddafi. Namun tidak ada sebarang demo dilakukan apabila negara asing bertindak mencerobohi kedaulatan Libya... tidak ada siapa pun pemimpin di Malaysia yang mahu mendesak agar Israel juga dikenakan sekatan ruang udara... NATO juga tidak pernah bincang langsung nak lancarkan serangan terhadap Israel yang dah bunuh beribu rakyat Palestin... tidak kira orang tua, wanita atau kanak-kanak. Takut nanti kena cemuh dengan orang bukan Islam sebagai TAK COOL.

Sedang semua pihak yang bertelagah saling mendoakan kejahanaman lawan masing-masing... tiap-tiap kali semasa khutbah solat jumaat, khatib selalu mendoakan kesejahteraan semua umat Islam di Malaysia dan merata dunia agar dirahmati serta diredhai Allah. Bukak la mana-mana e-ceramah di Youtube dan sebut la penceramah bebas mana sekalipun... mereka juga membaca doa agar setiap umat Islam dilindungi dan dirahmati... TANPA KIRA POLITIK ATAU BANGSA.

Sedang semua pemimpin Islam saling bertekak siapa lebih Islam, siapa masuk neraka... kedengaran di sana-sini ada orang Melayu-Islam jadi rendah diri dan malu apabila berdepan dengan orang bukan Islam. Segala yang teruk adalah orang Islam... segala yang perkauman juga adalah orang Islam. Ikatan sesama kita semakin longgar bukan kerana perbuatan orang lain dan bukan kerana usrah mubaligh yang kononnya hendak menyesatkan umat Islam... hubungan sesama semakin longgar kerana Yang Berhormat sekalian dok sibuk menjahanamkan satu sama lain untuk menunjukkan kepada kita... mereka adalah anugerah Tuhan yang paling tinggi kasyafnya.

... kepada semua orang-orang tua sekalian, tolonglah jangan bergaduh macam budak-budak. Kalau ada yang jahat tu, saya rasa taklah sejahat Firaun... kalau ada yang baik sangat tu, saya rasa taklah sebaik Malaikat. Patut-patutlah pun kalau nak bertekak. Takut nanti kalau hari-hari bertekak... anak-anak pakat keluar rumah. Nanti tuduh pulak... anak-anak tak pedulikan orang tua.

... bawak-bawak la duduk berbincang ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...