Saturday, March 12, 2011

FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Sumber: internet
Filem yang lama ditunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia akhirnya ditayangkan... beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula. Filem keluaran KRU Productions dan arahan seorang anak muda bernama Yusry... begitu muda untuk sebuah epik yang tersohor ini... Hikayat Merong Mahawangsa. Kali terakhir saya baca buku ni adalah di zaman persekolahan... berhari-hari lamanya duduk di perpustakaan membaca buku ini dahulu sebab tak mampu nak beli sebuah.

Saya sempat menonton filem ini petang semalam. Terasa agak sekejap waktu tayangan hampir 2 jam kot... memang menarik untuk saya. Oleh kerana filem ini baru ditayangkan dan arahan pertama Yusry untuk sebuah filem epik... saya tidak berminat untuk 'mencari kesalahan'. Kekaguman saya terhadap kreativiti dan perspektif pengarah muda ni melebihi dari apa saja kritikan. Saya fikir mungkin kita patut pergi menonton terlebih dahulu... cerita kemudian.  Agak teruja juga bila filem epik arahan seorang anak muda Melayu ditayangkan di Gardens Midvalley... tiket mahal tu beb untuk panggung premier ni dan seingat saya mungkin inilah filem Melayu pertama yang dimainkan di sini. Filem ni dalam dwibahasa... Bahasa Melayu dan English. Ada juga diselitkan beberapa adegan di dalam bahasa Mandarin.

Gambar hiasan
Cuma saya terfikir... apa yang akan dihasilkan oleh anak muda ni sekiranya beliau diberikan bajet RM50 juta untuk membuat sebuah lagi filem. Bajet seperti itu mungkin terlalu besar sekiranya filem itu hanya untuk pasaran tempatan tapi saya rasa Yusry tidak akan toleh ke belakang lagi... filem Melayu harus diantarabangsakan... di'global'kan... bukan lagi kata-kata 'punch line' meraih publisiti murahan menarik peminat.

Selamat majujaya kepada Yusry dan KRU Productions... dan selamat menonton kepada kawan-kawan yang khabarnya dah booking tiket awal-awal. Bawalah anak-anak menonton bersama... asyik dok rumah je main game PSP.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...