Thursday, February 3, 2011

AIR MATA DI BUMI MEMALI

Ramai kawan-kawan yang sezaman dengan saya semasa berlakunya peristiwa Memali bertanya samada saya telah membaca buku terbaru karangan C.N. Al-Afghani, Saya belum membeli apatah lagi membaca buku tersebut, insyAllah saya akan membelinya jika berkesempatan. Tapi kalau ada rakan-rakan yang ingin menghadiahkan sebuah kepada saya... saya boleh beri alamat rumah :).

Dulu kerajaan ada mengeluarkan Kertas Putih berkenaan peristiwa tersebut dan saya ada salinannya kot... tapi entah di mana letaknya... dalam timbunan cetakan berbagai artikel yang saya simpan. Saya juga sudah tidak begitu ingat akan peristiwa tersebut secara terperinci namun ianya ada membangkitkan kemarahan bukan sedikit pihak pada masa itu dan ceritanya masih berkumandang hingga ke hari ini.

Saya tidak dapat memberi sebarang ulasan terperinci sekarang kerana belum membacanya namun tidak dapat mengelak dari membaca berbagai 'link' yang diberikan oleh kawan-kawan berkenaan dengan buku ini. Nampak menarik juga sebab tulisan buku ini dikatakan berbentuk penerangan dan pendedahan... kebetulan pula kerana saya memang minat buku bercorak penyiasatan dan biografi.

Buku ini dikatakan membangkitkan tentang Tabung Memali yang ditubuhkan untuk mengutip sumbangan, derma, sedekah atau pemberian bagi tujuan membantu keluarga mangsa tragedi Memali. Ianya telah menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan pengikut PAS, ada yang tertanya-tanya dan tidak kurang juga ada yang marah terhadap penulis buku tersebut yang juga dikatakan 'orang PAS'... tidak saya tahu secara tepat kerana saya tidak mengenali penulis. Namun saya fikir agak kurang wajar jika sesiapa jua memberi responsif awal yang bersifat penafian. 
Sebenarnya saya mengharapkan PAS akan berkata bahawa satu jawatankuasa bebas dan berkecuali akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut, bukannya 'statement' berbentuk penafian kerana masalah dan persoalan tidak akan selesai. Saya juga lihat PAS sebelum ini bersifat begitu 'agresif mendesak' apabila ada isu berbangkit yang membabitkan Kerajaan Persekutuan dan jika tidak ada tindakan segera diambil maka mereka 'ugut' untuk adakan perhimpunan... mungkin mereka berniat baik namun saya juga berharap dalam isu buku ini, mereka juga pantas membuat tindakan yang konstruktif.
Saya ingin sekali dengar mereka berkata akan bentangkan laporan audit atau laporan kewangan atau apa saja laporan berkenaan dengan pengurusan tabung tersebut. Bila tabung ditubuhkan, siapa yang bertanggungjawab ke atas tabung tersebut, berapa banyak kutipan dan simpanan dan berapa banyak duit yang telah diserahkan kepada keluarga mangsa... sama seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor bila mereka bentang kedudukan kewangan dan pengurusan negeri. Alasan bahawa ini adalah soal ahli dan parti, 'morally' saya nampak tidak wajar kerana saya yakin bukan ahli PAS juga ada memberikan sumbangan.

Jika kerajaan BN berani ambil tindakan kurang popular apabila sesuatu isu yang tidak menyebelahi kerajaan BN dan PAS ambil kesempatan menghentam untuk 'political mileage'... saya fikir PAS juga harus 'gentleman' dalam perkara buku ini. Bukanlah niat saya ingn melihat BN pula menghentam PAS tapi kejujuran dan keikhlasan memegang amanah apatah lagi hak anak yatim-piatu, ianya melangkaui prinsip kepartian... saya yang kerdil di kalangan ulama ini merasakan PAS harus menzahirkan keikhlasan mereka walaupun tindakan itu tidak popular.

Buat masa ini, pandangan saya terhadap segelintir pemimpin PAS semakin bercampur-baur, sama seperti terhadap segelintir pemimpin di dalam BN atau PKR. PAS bukanlah satu parti yang asing bagi saya kerana saya ada ramai kawan-kawan di dalam PAS dan juga kawan-kawan pro-PAS... malahan saya juga pernah mendapat sedikit ilmu dari Ustaz Nik Razi Nik Mat semasa saya di ITM dulu. Demi menghormati persahabatan, saya enggan menerjah fikiran mereka seperti rakan-rakan politik lain yang begitu gemar membuat provokasi 'hati kering'. Dan janganlah berhujah dengan saya menggunakan pendekatan 'lauk basi, salahkan dapur'.

Seikhlasnya saya tidak berminat mencari kesalahan PAS. jika ada. Cuma, saya semakin kurang selesa dengan beberapa pendekatan segelintir orang kuat PAS yang nampaknya lebih kurang dengan segelintir pemimpin parti lawan. Janganlah buka keburukan orang lain dalam isu yang spesifik ini kerana itu bukanlah jawapan. Kerana soalan yang berbangkit cukup mudah... APA JADI DENGAN TABUNG MEMALI?

5 comments:

  1. saudara dimana boleh saya dapatkan buku air mata memali nie?

    ReplyDelete
  2. aku pun cari buku ni, mana nak dapat ni?

    ReplyDelete
  3. sampai sekarang tak jumpa... puas cari di kedai2 buku agama

    ReplyDelete
  4. buku tuh la nih ada lagi ka cetakannya?
    buku saya hilang dek kerana bg org pinjam ..kalau sapa2 taw kat mna cetakan terkini bleh sy dptkan tlg bgthu lokasi..

    ReplyDelete
  5. buku tersebut telahpun diharamkan penjualannya oleh pihak tertentu yg tidak senang dgn penulisan tersebut. harapa2 fahamlah siapa pihak2 tertentu..sangat sedih sekali apabila jika benarlah manusia2 yg diangkat pnjadi ulama..asas agama mengenai hak anak yatim tu pn boleh diabaikan,bagaimana kita nk angkat jadi pemimpin?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...