Sunday, December 26, 2010

BULAN HILANG... TIMBUL BINTANG 3

preview
Menarik juga bila baca kenyataan Kerajaan Selangor yang melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2011... siap keluar pekeliling yang meminta semua agensi meletakkan logo tersebut di semua surat dan dokumen rasmi. Saya pasti usaha tersebut boleh memberikan promosi yang baik bagi menarik lebih ramai pelancong ke Selangor pada tahun hadapan Menarik juga logo ni... cuma ada macam yang tak kena pulak rasanya. Akal nakal saya telah mula memikirkan segala yang bertentangan....
Read more

Saturday, December 25, 2010

SUATU MASA DI TAHUN 80-AN... MASA TU MEMANG 'COOL' BEB

preview
Suatu masa dulu, siapa yang pakai spek ni... kira cool la masa tu... famous Rayban ni beb. Selain dari melindungi mata dari pancaran ultra violet... ianya agak berkesan untuk beritahu anak dara yang kita ni 'cool'... hahaha. Bukan semua mampu pakai spek ni dulu... masa tu harga RM250 boleh tahan mahal tu. Entah ke mana tah hilangnya spek ni, rasa-rasanya boleh jadi style untuk tahun 2011 nanti... mana la tau kan... mana la tau laku lagi... hahaha. Tengok budak-budak...
Read more

Thursday, December 23, 2010

CERITA SATU MALAM JUMAAT

preview
Terkedu sekejap bila Kerajaan Selangor hari ni umumkan pengharaman logo 1Malaysia di premis perniagaan di kawasan jajahan Majlis Daerah Kuala Langat. Logo ini dikatakan bermotif politik kerana ianya adalah inisiatif dari Barisan Nasional yang juga parti memerintah Malaysia buat masa ini. Saya kira tentu perkara ini teramat serious di dalam agenda Kerajaan Selangor kerana ianya dibincangkan dan diputuskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)... satu jawatankuasa...
Read more

Saturday, December 18, 2010

PEGUAM SYARIE... MASUK ISLAM, BUKAN SUSAH PUN

preview
Hari ni Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah menetapkan untuk menolak sebarang perlantikan bukan Islam sebagai seorang peguam syarie. Syabas saya ucapkan apabila perkara ini ditangani dengan cara yang cukup berhemah. Bagi seorang yang cetek agama seperti saya ni... kalau nak jadi peguam syarie, boleh apa salahnya... anuti la agama Islam yang sememangnya suci ni. Tak payah la sampai nak tuntut hak sampai ke mahkamah atas dasar hak persamaan,...
Read more

DUA ALAM

preview
Kali pertama saya dengar perkataan ini ialah semasa di sekolah rendah. Pada masa itu dua alam lebih merujuk kepada binatang bernama katak yang dikatakan boleh hidup di dalam air dan daratan sepertimana ketam. Dan apabila ia dirujuk kepada seorang manusia, kami lebih merujuknya sebagai pondan atau bapuk. Namun tidak pernah terlintas pada masa itu untuk merujuk perkataan tersebut menjangkau ke perbuatan atau perlakuan seks... hanya dari segi gerak-geri yang lembut semata-mata. Namun...
Read more

Sunday, December 5, 2010

KENAPA FILEM 2 ALAM KURANG SAMBUTAN

preview
Kesian jugak saya dengan Dr. R ni bila dengar filem pertama dia, 2 Alam kurang mendapat sambutan yang menggalakkan. Dengar khabarnya kutipan tak sampai RM500,000 keseluruhan... tapi belum la ada berita rasmi. Hanya suara-suara sumbang rakan-rakan yang kurang senang dengan style rambut Dr R... hahaha, jangan marah. Tentu hampa Dr. R kita ni sebab filem pertama dia tak sehebat produk jualan dia... takpe la Dr., demikian la dugaan seorang usahawan. Mudah-mudahan berjaya...
Read more

Friday, November 26, 2010

APABILA MOSCOW DAN BEIJING TOLAK DOLAR AMERIKA

preview
Agak menarik apabila kedua-dua pemimpin Rusia dan China yang bertemu baru-baru ini sepakat untuk menolak penggunaan dolar Amerika dalam urusan perdagangan dua hala kedua-dua negara. Setelah sekian lama, tiba-tiba timbul persetujuan ni... di saat ekonomi China sedang naik. Sehingga hujung tahun 2010 ni, tukaran perdagangan dua hala kedua negara dijangkakan mencapai USD60 bilion dan sebahagian besar dari jumlah tersebut didagangkan di dalam matawang dolar. Tiba-tiba pulak...
Read more

Tuesday, November 23, 2010

KALAU ANGKA BOLEH BERKATA=KATA

preview
Saya hampir boleh menulis untuk apa jua jenis topik... namun apabila tajuk ni 'blink' dalam kepala, saya tak tau macam mana nak mula perenggan tulisan ni... hadoi lemau. Bertahun-tahun lamanya saya bergelumang dengan angka bersesuaian dengan kerjaya saya. Tapi kali ini saya sedang berusaha untuk 'menulis angka-angka'... haha. Memang satu cubaan yang agak mencabar kerana setiap tulisan saya di sini adalah secara terus... tanpa dikarang terlebih dahulu atau diedit. So......
Read more

Monday, November 22, 2010

ADAM LAMBERT VS LADY GAGA... TIBA-TIBA MUNCUL MAHER ZAIN

preview
Beberapa hari yang lalu saya ada terbaca di beberapa sesawang mengenai beberapa cerita mengenai beberapa orang bukan muslim yang telah berminat dengan Islam malahan ada yang mengaku telah menganut agama Islam... kesan dari mendengar lagu Maher Zain. SubhanAllah... kalau benar, saya menganggap ianya tak ubah seperti kisah-kisah dunia sufi yang begitu indah dan di zaman moden ini... Maher Zain telah melakukan dengan caranya yang tersendiri. Pertama kali saya mendengar...
Read more

Sunday, November 21, 2010

SILAT PENGANTIN DATANG LAGI

preview
Selalunya bila hujung tahun sebegini, makin banyak jemputan khawin yang akan diterima... tiap-tiap minggu ada. Kalau silap susun jadual, boleh kecik hati kawan-kawan bila kita tak berkesempatan memenuhi jemputan. Namun ada satu acara yang saya rasa tak lengkap iaitu silat bunga pengantin... acara sebelum kedua mempelai naik atas pelamin... dah takde ke orang pandai silat bunga kot. Ke mana hilangnya gelanggang silat yang begitu banyak pada tahun 80an dulu? Hampir setiap...
Read more

KAABAH KU... MASJIDIL HARAM KU

preview
Sudah hampir selesai umat Islam menunaikan haji tahun 2010, semoga memperolehi haji yang mabrur... mudah-mudahan suatu hari nanti saya akan menyusul... insyAllah sekiranya berkemampuan segala-galanya. Saya masih ingat semasa kecil dulu, ketika ada saudara-mara yang hendak mengerjakan haji dengan pengangkutan kapal... hampir berbulan-bulan lamanya mereka meninggalkan Malaysia... itupun ramai juga yang meninggal dunia semasa di dalam perjalanan pergi dan balik. Saya yakin...
Read more

Saturday, November 13, 2010

CHINA: DARI KACAMATA SEORANG PENIAGA MELAYU

preview
Dahulu dan sekarang, apa sahaja barangan yang berlabel "Made in China" amat sinonim dengan kualiti yang rendah, mudah rosak dan amat murah. Sebut la apa jua jenis barangan, kalau ianya dari China... kita agak berbelah bagi samada hendak beli atau tidak. Macam kebetulan pulak... kebanyakan barangan dari China memang amat mudah rosak... takde gerenti langsung. Saya pernah berkunjung ke Beijing pada tahun 2003 dulu... sebagai seorang pelancong. Mungkin disebabkan jadual...
Read more

Friday, November 12, 2010

AHLI POLITIK VERSION 3.0

preview
Macam cerita drama pulak bila baca kisah terbaru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Belum sempat nak memahami babak episod yang lepas, muncul pulak babak baru... macam cerita Madu 3. Kawan-kawan dalam PKR jangan la pulak marah bila saya tulis ni... kang kata pulak saya tak ada hak bercakap tentang PKR sebab bukan ahli... haram katanya. Dah PKR memerintah Selangor setelah rakyat Selangor menunjukkan kemarahan kepada BN pada pilihanraya yang lepas... so saya kira, tentu...
Read more

Thursday, November 11, 2010

AIR OH AIR

preview
"Minum air putih tu banyak-banyak... asyik minum air gas je, kembung perut nanti.". Begitulah tegur orang tua-tua dulu kat budak-budak tiap kali hari raya. Maklumlah zaman tahun 70an dulu bukan selalu dapat minum 'air gas' macam sekarang ni... kena tunggu raya atau anak orang kaya kahwin, dapatlah merasa air botol gas oren atau kola. Pada masa tu juga bekalan air cukup bersih, takde la macam sekarang ni... asyik keruh je air paip. Tak pasal-pasal kena pasang 'water...
Read more

Friday, October 15, 2010

Malaysian Moto GP 2010

preview
Bikers dari negara jiran, Thailand Agak istimewa acara Malaysian GP pada tahun ini kerana sambutan ke-20 dan tarikh 'raceday' ialah 10.10.10... 10 Oktober 2010. Pada tarikh bersejarah inilah ribuan rakyat tempatan dan pelancong datang ke Litar Lumba Sepang tanpa mengira cuaca  yang agak panas. Tarikh ini juga merupakan tarikh bersejarah bagi mereka yang terpaksa 'mengorbankan' jemputan undangan perkahwinan rakan-rakan dan sanak saudara... ada yang merajuk beb....
Read more

Wednesday, September 22, 2010

MANUSIA BERASAL DARI BERUK

preview
 Memang kalau ikut akal yang waras, takde siapa pun akan percaya tajuk ni... tapi kepada adik-adik dan anak-anak (adeh... tua dah ni), memang inilah salah satu dari subjek dalam matapelajaran di sekolah rendah yang diterima oleh mereka yang segenerasi dengan saya... bersekolah rendah di pertengahan tahun 70an dan awal 80an. Sungguh benar... kami diajar bahawa MANUSIA BERASAL DARI BERUK. Bayangkan terpaksa hafal turutan jenis-jenis beruk sehinggalah membawa ke...
Read more

Saturday, August 28, 2010

1001 NOSTALGIA RAMADHAN - BILA NUZUL QURAN MENJELANG

preview
1980an - saya masih bersekolah menengah pada masa tu. Ramai rakan-rakan saya di luar bandar Klang mengatakan... 'apa ada kat Klang tu? Tempat jin bertandang banyak la kot...'. Selalunya kami akan bertekak apabila isu ni ditimbulkan namun... di situlah tempat lahirnya saya. Bagi budak sekolah yang meminati sejarah dan seni seperti saya (... saya pelajar aliran sains), Klang adalah satu elemen sejarah penting di samping Kuala Selangor dan Jugra. Tapi tulisan ini bukan...
Read more

Saturday, August 21, 2010

KITA SEMAKIN HILANG...

preview
Ramai juga rakan-rakan yang bertanya kenapa saya posted begitu banyak posting-posting di Facebook yang nampak 'Ol Skool Stuffs' seperti lagu-lagu dan cerita TV 80an, alat permainan lama dan sekali-sekala gambar-gambar lama. Sudah tentu cerita-cerita sedemikian adalah kegemaran saya kerana era 80an adalah era kegemilangan saya (... saya gelak). jika tidak pun untuk rakan-rakan yang sezaman saya. Ada rakan mengatakan saya seorang konservatif... ambil masa yang agak lama...
Read more

Monday, August 16, 2010

AMERIKA DARUL DEMOKRASI

preview
Setiap kali orang sebut Amerika, secara spontan saya akan terbayang Donald Duck, Goofy dan lain-lain watak kartun yang memang cukup popular. Selain dari itu, perang di sana sini malahan filem-filem mereka pun secara istiqamah memaparkan 'watak kaki perang' dan 'Polis Dunia'... nak bagitau orang la kot mereka adalah 'The Greatest American Hero'.Kalau baca 'mainstream media' mereka, memang Amerika ini dibayangkan sebagai pelindung dan pembawa obor demokrasi... pejuang...
Read more

Friday, August 13, 2010

1001 NOSTALGIA RAMADHAN - HARI TAK BERSEKOLAH

preview
Hari ini adalah Jumaat pertama di bulan Ramadhan... sempat juga ke Masjid Shah Alam untuk bersolat jumaat... luarbiasa ramainya jemaah yang hadir, alhamdulillah. Saya tiba agak awal ke masjid kerana ingin menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah seawal yang boleh... seperti yang telah saya lakukan sejak berbelas tahun yang lalu apabila saya telah mula mempunyai pendapatan sendiri... mudah-mudahan sedemikianlah hendaknya untuk tahun-tahun yang mendatang.Semasa...
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...