Monday, February 28, 2011

APABILA ANAK KECIL BERAKSI DI PADANG BOLA

preview
'Sangat meriah'... itulah kata-kata yang boleh saya ungkapkan apabila berkunjung ke Stadium Mini, Seksyen 13 Shah Alam hari ni. Begitu ramai anak-anak kecil yang saya lihat begitu bersemangat bermain bola di setiap inci ruang yang ada di padang bola stadium itu. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor melalui Akademi Bolasepak PNSB merupakan penggerak utama program bolasepak remaja ini... kalau tak silap saya, tahun ni...
Read more

SHAH ALAM vs MERLIMAU

preview
 Hujung minggu nih pilihanraya kecil di Merlimau, Melaka. Tiba-tiba saja tempat ni menjadi terkenal bagi sesiapa yang setakat sampai ke Bandar Hilir jika bertandang ke Melaka... bak kata orang Melaka... lahabau betul, Merlimau pun tak tau dekat mana. Kalau nak tau... tengok google map... hahaha. Memang takde mercu tanda yang menarik di Merlimau nih... beberapa kilometer dari sini jika menghala ke selatan, kita akan sampai ke Muar (ada orang sebut 'Muau'... ada...
Read more

Sunday, February 27, 2011

KEDAI MAKAN DI SANA SINI

preview
Saya kira agak banyak juga kedai makan Melayu Muslim yang dibuka di sana-sini di Shah Alam... hampir setiap pelusuk Shah Alam. Bagus juga sebab banyak pilihan... namun Mamak's atau India Muslim masih mendominasi setiap kawasan. Bayangkan... Syed Restaurant sahaja ada hampir 4 buah di kawasan sekitar 5km radius dari HQ Syed yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam. Kesemuanya hampir penuh sahaja sepanjang masa dengan pengunjung dari berbagai bangsa... terutamanya waktu...
Read more

Saturday, February 19, 2011

AKU KAYA

preview
Selepas Mesir, kini beberapa negara Arab Islam lain juga bergolak... sana-sini rusuhan atas alasan mahukan perubahan dan menentang ketidakadilan pemerintah. Kalau dah beratus-ratus ribu orang ramai berhimpun atas jalanraya, saya kira takkan ini dirancang oleh mana-mana parti politik kan... ianya nampak spontan dan hanya berlaku sekali dalam puluhan tahun. Kalau di Siam tu mungkin juga saya ragui keikhlasannya sebab cukup terancang dan dirancang. Susah la kalau macam...
Read more

Friday, February 18, 2011

NASIONALISME MALAYSIA DI BUMI ARAB

preview
Gambar: Sinar Harian Tajuk ni saya pinjam dari akhbar Sinar Harian hari ini...ditulis oleh wartawannya, Farah Zamira Farush Khan... saya tak kenal dia. Satu-satunya kakitangan Karangkraf yang menerbitkan akhbar ni yang saya kenal ialah Badak... nama ganas tapi hati baik beb. Sampai sudah saya tak tahu nama sebenar Badak ni... haha sori bro. Hari ni agak santai sedikit fikiran saya... kawan-kawan pun takde tanya soalan yang berat-berat... sebab hari Jumaat kot. Pagi...
Read more

Thursday, February 17, 2011

UFO DI MALAYSIA

preview
Gambar dari internet Beberapa rakan saya minta cerita tentang UFO... saya pun tak tau kenapa tiba-tiba beriya-iya diaorang nak tau. Saya kira ini tentu pengaruh media... dan ada juga yang mengakui pernah terlihat objek seperti UFO. Tapi bila saya tanya adakah objek tersebut seperti di atas (saya pun terpengaruh dengan objek yang selalu disumbat oleh media sejak kecil)... mereka kata seolah-olah cahaya terang yang bergerak laju dan kadang-kala berhenti seketika...
Read more

Tuesday, February 15, 2011

JALAN-JALAN SAPEDERK SEAFOOD DENGAN RM100

preview
RM100... kadang-kadang terfikir juga makanan berlauk seafood apa yang boleh saya dapat dengan duit sebanyak ni. Murah tapi berbaloi value for money... cam kedekut kan tapi apa ada hal, kena cari juga. Tempat-tempat biasa pergi gerenti burst punya bajet... so kena cari tempat baru. Lagipun boring dah asyik Port Klang je... tekak takmo dah dengan chef situ... so, mana beb? (Iklan: ... member travel agent, Aisyam Ali meset kat FB kata must go to Japan next trip.. orang...
Read more

Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL 2011 DI SELANGOR

preview
Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Muhammad Rasulullah s.a.w. Semoga kita mampu mengikuti ajaran dan suruhan yang telah diajar kepada kita oleh para guru yang menerimanya dari guru-guru yang terdahulu bersusur galur hingga ke Rasulullah s.a.w. Esok, 15hb Februari 2011 adalah Maulidur Rasul dan seperti kebiasaannya, ia disambut satu negara (... dan cuti umum). Minta maaf la, saya tidak begitu arif menulis sesuatu tentang Islam secara terperinci... bimbang tersilap...
Read more

GRAMMY AWARDS 2011

preview
Sempat juga tengok sikit-sikit Grammy Awards 2011 tadi... kena tengok ulangan nanti untuk full show. Nampak macam best, performance pun dahsyat (Lady Gaga?)... pakaian diaorang pun jangan cakap la tapi ada juga yang lebih 'sopan' dari beberapa artis di Malaysia... hehe kurang la sikit fesyen kemban tadi. Tapi kalau artis barat ni nak pakai kurang sana-sini pun... dah memang macam tu 'adat istiadat' diaorang. Tolak ke tepi sekejap showmanship dan fesyen diaorang (kalau...
Read more

Friday, February 11, 2011

USAHAWAN MUDA MINYAK ANGIN

preview
Hari Selasa, 14hb Februari minggu hadapan adalah hari yang sangat-sangat tidak disukai oleh para ulama di Malaysia... Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih. Dan pada keesokkan harinya adalah Maulidur Rasul. Sejak dua tiga hari yang lalu, kes buang bayi dimainkan kembali oleh media utama negara samada di TV atau suratkhabar... menaikkan kembali kemarahan sebilangan rakyat Malaysia yang memang dah 'hangin' dengan fenomena yang menjijikkan ini yang nampaknya tidak...
Read more

Wednesday, February 9, 2011

MALAYSIA DI MATA DUNIA

preview
Hari-hari asyik baca berita pasal jenayah dan politik di Malaysia pun jelak rasanya... menyampah pun ada tapi tak boleh elak, nak kena baca juga. Tak baca nanti takut hilang hujung pangkal bila kawan-kawan dok syok bercerita macam-macam isu semasa dan tak lepas peluang nak 'menembak' kita kalau kita tak 'alert' dengan isu semasa Malaysia mahupun dunia. Bila tengok kejayaan Kerajaan Malaysia yang begitu bersusah-payah menyelamatkan rakan-rakan kita di Mesir dan kejayaan...
Read more

PERJANJIAN BERTAJUK 'MARAH KENA JUAL'

preview
 Gambar di atas saya pinjam sekadar untuk menggambarkan tentang perkara yang hendak saya tulis kali ini. Bukanlah ulasan tentang cerita 3 Abdul yang cukup mahsyur berdekad lamanya tu... tapi tentang perjanjian 'kalau marah kena jual' yang terdapat di dalam cerita tu. Cukup menarik hinggakan idea cerita tersebut boleh digunapakai sehingga ke hari ini. Sehingga hari ini ada kawan yang berjanji hendak memberikan Buku Jingga keluaran khas Pakatan Rakyat tidak juga...
Read more

Monday, February 7, 2011

KHUSRIN + KHALID = SELANGOR MAJU

preview
Gambar: mStar Online Akhirnya... inilah pertemuan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Selangor. Pertemuan di antara Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor. Pertemuan pertama kali bagi membincangkan arahan dan harapan MB terhadap SUK Selangor. Amtara yang dibincangkan ialah pengurusan hartanah dan aset Kerajaan Selangor, masalah setinggan, kecurian pasir dan mungkin beberapa perkara yang lain (tidak dilaporkan oleh mStar). Banyak perkara yang hendak...
Read more

Sunday, February 6, 2011

JANGAN SILAP PILIH KERJAYA DER

preview
Bagaimana agaknya peluang kerjaya sekarang ini di Malaysia. Bimbang juga bila lihat begitu banyak kolej dan universiti swasta tumbuh bagai cendawan bagi memenuhi permintaan penduduk remaja Malaysia yang semakin ramai meninggalkan alam persekolahan. Andaikata selepas mereka keluar dari sekolah atau universiti nanti, pekerjaan tidak dapat menampung permintaan... bagaimana mereka hendak menyambung hidup membantu keluarga dan membayar hutang pinjaman pelajaran. Cuba...
Read more

Saturday, February 5, 2011

MESIR... TANAH FIRAUN

preview
 Sejak beberapa hari yang lalu saya menerima beberapa kiriman ringkas dari rakan-rakan yang memaklumkan bahawa satu perhimpunan aman akan diadakan selepas solat Jumaat semalam dan akan berarak ke Kedutaan Amerika. Ianya diadakan khusus untuk menyatakan sokongan segelintir rakyat Malaysia terhadap revolusi rakyat di Mesir. Ada juga yang bersungguh-sungguh minta saya hadir bagi menyatakan sokongan... sokongan untuk perubahan di Malaysia!! Saya tinggalkan dulu cerita...
Read more

Friday, February 4, 2011

SIAPA MOHAMED EL BARADEI

preview
Apabila krisis Mesir bermula, saya tidak begitu terkejut kerana saya telah mula mendengar sendiri rungutan beberapa anak muda di Mesir semasa ke sana tahun lepas. Walaupun lawatan saya ke sana agak singkat namun sedikit sebanyak dapat juga mengetahui bahawa penduduk tidak begitu gembira dengan keadaan ekonomi dan jumlah pekerjaan yang amat terhad. Malahan melihat dari beberapa struktur rumah yang ada di sana, saya agak terkejut apabila hampir kesemua rumah di sana...
Read more

DUIT, DUIT... DI MANA KAU DUIT

preview
Berkali-kali saya belek kedua-dua jenis nota bank ini yang bernilai RM50 dan RM1 setiap satu. Memang agak ketara juga perbezaan kedua-duanya terutama dari segi saiz. Namun, percaya atau tidak... bukan sedikit kali kedua-dua nota bank ini menyebabkan perselisihan faham di antara penjual dan pembeli malahan ianya telah beberapa kali berlaku di depan mata saya. Hari ini, di pasar basah Seksyen 6, Shah Alam... penjual dan pembeli di sebuah gerai menjual suratkhabar...
Read more

mStar Online : Kutip RM7 Juta, Syamsul Boleh Tidur Lena

preview
Selepas adik-beradik KRU... saya boleh berikan 'salute' kepada anak muda ni. Dalam masa orang lain sibuk bergaduh, bertekak, memekik dan saling berfitnah untuk duduk di kerusi No. 1, Putrajaya... beliau memilih untuk berjabat salam, membina empayar dan menyemarakkan ekonomi perfileman Malaysia dengan karyanya yang terbaru KHURAFAT yang dikatakan telah mengutip hampir RM7 juta. Saya belum berkesempatan menonton filem ini namun insyAllah akan cuba berbuat demikian...
Read more

Thursday, February 3, 2011

AIR MATA DI BUMI MEMALI

preview
Ramai kawan-kawan yang sezaman dengan saya semasa berlakunya peristiwa Memali bertanya samada saya telah membaca buku terbaru karangan C.N. Al-Afghani, Saya belum membeli apatah lagi membaca buku tersebut, insyAllah saya akan membelinya jika berkesempatan. Tapi kalau ada rakan-rakan yang ingin menghadiahkan sebuah kepada saya... saya boleh beri alamat rumah :). Dulu kerajaan ada mengeluarkan Kertas Putih berkenaan peristiwa tersebut dan saya ada salinannya kot... tapi...
Read more

Wednesday, February 2, 2011

HARAP SEMUA BAHAN SEJARAH DI MUZIUM MESIR SELAMAT

preview
Saya pernah sampai di negara yang telah wujud ribuan tahun yang lalu... yang begitu dikenali sebagai Land of Paraohs. Apabila berlakunya krisis di Mesir sekarang ini, selain dari bimbangkan keselamatan rakan-rakan dan saudara-mara yang berada di sana... saya juga amat berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri bahan-bahan sejarah yang berada di merata Mesir. Berpuluh tahun lamanya pihak muzium Mesir berusaha untuk mengumpulkan ribuan artifak dan menjaganya...
Read more

Tuesday, February 1, 2011

SEJUKNYA MALAYSIA

preview
 Shah Alam telah dilanda musim sejuk sejak 3-4 hari yang lalu... kan best kalau snow betul-betul boleh turun di Selangor. Kalau nak merasa pun, kena la pergi kat I-City Seksyen 7 Shah Alam tu... khabarnya ada 'peti sejuk saiz besau' bagi sesiapa yang hendak merasa musim sejuk seperti di luar negara. Pagi tadi masa nak keluar pergi kerja, meter temperature kereta saya pertama kali papar 24.0 degree celcius... suhu yang dikira agak sejuk jugalah untuk kawasan seperti...
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...