Friday, March 18, 2011

IKAN OH IKAN

Kecik-kecik dulu selalu mak ingatkan supaya makan banyak ikan... sumber protein yang murah dan mudah didapati terutamanya untuk ahli keluarga yang ramai. Dan pada zaman 70an-80an memang mudah nak dapat ikan fresh bagi sesiapa yang tinggal berhampiran pantai atau sungai. Air tidak begitu tercemar seperti sekarang ini... sekali pergi mancing atau menjaring... mau satu baldi ikan dapat. Dan saya rasa hingga sekarang... ikan masih lagi sumber protein yang paling murah berbanding rantaian makanan yang lain.

Cerita dokumentari bersiri 'Monster Fish' di tv telah 'trigger' saya tentang sesuatu dan  juga mengingatkan saya akan lawatan ke Padang, Indonesia beberapa tahun dulu melihat pusat pemprosesan ikan tuna jenis 'blue fin' dan 'yellow fin'. Memang besar ikan tuna ni... ada yang hampir 6-7 kaki panjangnya dan memang ikan ini menjadi kegilaan penggemar seafood merata dunia. Disebabkan harganya yang mencapai beberapa ribu ringgit seekor... ianya telah terlalu dikomersialkan hingga menjejaskan eko-sistem. Bagi penggemar makan seperti saya... tertanya juga, apa sedapnya ikan yang boleh dikategorikan sebagai 'monster' ni... besar sangat.

Hasil bacaan saya beberapa hari ni mendapati... ikan-ikan bersaiz 'gigantic' atau 'monster' seperti tuna, swordfish, sharks, marlins atau tilefish... mendedahkan perkara yang agak mengejutkan. Ikan super-size ni mengandungi 'mercury' yang begitu tinggi hingga boleh membuatkan keguguran kepada ibu mengandung malah boleh mencacatkan anak... serious tu beb. Lebih besar ikan tu dari saiz normal dan lebih 'predator' sifatnya... itulah ikan yang mengandungi 'mercury' paling tinggi... bahaya tu. Saintis membuktikan ikan predator ini begitu lambat membuang toksin dan mercury di dalam badannya berbanding dengan tumbesarnya yang cepat membesar. Bermakna ikan ini 'menyimpan mercury'.

Jadi kena la berhati makan ikan... kalau pergi pasar tu pilihlah ikan yang kecil atau sederhana besar... murah pun murah berbanding ikan besar. Kena pulak sekarang ni laut juga dikhuatiri tercemar akibat loji nuklear yang hampir semuanya terletak berhampiran sumber air yang digunakan untuk menyejukkan loji tersebut. So, siapa yang kaki pancing tu kalau dapat ikan terlalu besar... bergambar je la, lepaskan ikan tu kemudian.






Semua gambar di atas diperolehi dari internet, sekadar hiasan

... so jangan la makan ikan yang dah tua dan bagak saiznya hahahaha... makan ikan kembung dan sardin je dah la... ikan gak tu
Read more

Thursday, March 17, 2011

AKADEMI BOLASEPAK PNSB

Sejak Malaysia menang Piala AFF yang lalu... semangat cintakan pasukan bolasepak negara telah mula bernyala kembali. Agak malap sokongan ini sejak hampir sedekad yang lalu... saya pun takde la buat study kenapa sokongan ni merosot dulu, takde keje haiii. Cuma pada tahun 80an dulu... saya remaja giler masa tu beb... pantang ada game di stadium, berduyun-duyun umat datang pakai jersi pasukan masing-masing. Dan selalunya perkara ni berlaku terutamanya pada musim Semi-Pro atau Liga Perdana sedang berlangsung. Masa tu liga tempatan Malaysia memang sama hebat dengan Liga Inggeris... Manchester United masa tu apa la sangat, team metroseksual... orang amik cuti beb semata-mata nak tengok bola di Stadium Merdeka.

Tapi itu cerita lama... dah retro. Sekarang ni, bekas pemain bola negara, negeri, daerah dan sekolah malahan bekas pemain bola tegar di padang-padang yang terbiar... estet juga... telah bergabung tenaga menjayakan satu akademi... AKADEMI BOLASEPAK PNSB. Dahulunya akademi ni hanya satu lagi nama berbanding berpuluh-puluh akademi yang ada di Malaysia... sekarang ianya adalah BRAND NAME. Bangga... itulah yang boleh saya katakan. Dulu bilangan pelatih tidak begitu ramai... namun ianya semakin berkembang dan jika sesiapa berkunjung ke Stadium Mini Seksyen 13, Shah Alam pada petang Sabtu dan pagi Ahad... anda akan saksikan seluruh padang penuh dengan anak muda berumur di antara 6-18 tahun sedang giat berlatih bolasepak di bawah tunjuk ajar jurulatih yang terlatih.

Cakap banyak tak mau... tengok gambar-gambar ni














Amacam... siapa kata anak muda sekarang tak minat main bola lagi. Ramai yang kaki PSP tapi bola ni pun dah macam way of life diaorang. Semoga usaha murni ini berkekalan dan dipermudahkan laluannya oleh Allah. Bagi seorang yang memang amat meraikan aktiviti riadah seperti saya ni... pemandangan seperti ini amatlah menyenangkan.

Selamat majujaya kepada semua usaha tenaga di Akademi... Abang Des 'Da Boss', Pak Kob, Farif, Sham, Capt Faisal 'Da Academy Headmaster', Teh 'Da Bestest Kopi Maker', Zainal Nordin, Mandonna, Jamal dan para jurulatih. Ada beberapa lagi dari kalangan ibubapa yang saya nampak kerap berada setiap kali ada latihan petang di stadium tapi sori bro... wa lupa nama tapi cam muka, Harap sapa baca boleh kasi add nama untuk credit... satu dunia kena tau beb.

... saya mungkin tidak dapat menjadi photographer rasmi untuk perlawanan akan datang kerana majal En Salleh the photographer telah melekat kat saya. Setiap kali saya datang dengan kamera... PNSB mesti kalah... hahahahahaha.
Read more

Saturday, March 12, 2011

FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Sumber: internet
Filem yang lama ditunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia akhirnya ditayangkan... beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula. Filem keluaran KRU Productions dan arahan seorang anak muda bernama Yusry... begitu muda untuk sebuah epik yang tersohor ini... Hikayat Merong Mahawangsa. Kali terakhir saya baca buku ni adalah di zaman persekolahan... berhari-hari lamanya duduk di perpustakaan membaca buku ini dahulu sebab tak mampu nak beli sebuah.

Saya sempat menonton filem ini petang semalam. Terasa agak sekejap waktu tayangan hampir 2 jam kot... memang menarik untuk saya. Oleh kerana filem ini baru ditayangkan dan arahan pertama Yusry untuk sebuah filem epik... saya tidak berminat untuk 'mencari kesalahan'. Kekaguman saya terhadap kreativiti dan perspektif pengarah muda ni melebihi dari apa saja kritikan. Saya fikir mungkin kita patut pergi menonton terlebih dahulu... cerita kemudian.  Agak teruja juga bila filem epik arahan seorang anak muda Melayu ditayangkan di Gardens Midvalley... tiket mahal tu beb untuk panggung premier ni dan seingat saya mungkin inilah filem Melayu pertama yang dimainkan di sini. Filem ni dalam dwibahasa... Bahasa Melayu dan English. Ada juga diselitkan beberapa adegan di dalam bahasa Mandarin.

Gambar hiasan
Cuma saya terfikir... apa yang akan dihasilkan oleh anak muda ni sekiranya beliau diberikan bajet RM50 juta untuk membuat sebuah lagi filem. Bajet seperti itu mungkin terlalu besar sekiranya filem itu hanya untuk pasaran tempatan tapi saya rasa Yusry tidak akan toleh ke belakang lagi... filem Melayu harus diantarabangsakan... di'global'kan... bukan lagi kata-kata 'punch line' meraih publisiti murahan menarik peminat.

Selamat majujaya kepada Yusry dan KRU Productions... dan selamat menonton kepada kawan-kawan yang khabarnya dah booking tiket awal-awal. Bawalah anak-anak menonton bersama... asyik dok rumah je main game PSP.






Read more

Wednesday, March 9, 2011

CICAK TOKEK aka TOKAY GECKO

Hari ni MC... perut meragam kelmarin dan hari ni terus demam. Satu malam tak tidur malam kelmarin... ulang alik ke 'ofis kecik' setiap 1/2 jam... haru beb, memang betul-betul haru dibuatnya. Alhamdulillah hari ni ada kurang sikit... walaupun badan terasa agak goyang, darah tak jalan betul lagi kot haha. Tapi sms dari sorang kawan agak 'melajukan' aliran darah... 'Bro, kalau ada cicak tokek bagitau. 1kg boleh cecah RM1 juta'. Macam tak percaya langsung dan saya cuba la gagau sebarang maklumat yang ada.

Gambar hiasan
Ini la rupanya cicak tokek ni atau dalam English Educationnya... Tokay Gecko. Dikhabarkan cicak ni merupakan sumber kepada vaksin pencegahan AIDS dan HIV. Saya tak sempat nak google pasal fakta ni... bila saya buat google search... hebat binatang berkaki empat ni. Harga seekor cicak ni di antara RM4,000 - RM1.5 juta seekor bergantung kepada saiz dan berat. Hampir semua orang menawarkan binatang ni dan dakwa memilikinya. Mereka yang membuat tawaran juga begitu ramai... berebut-rebut. Tak kurang juga ada yang dah senaraikan sekali 'rules and procedures' pembelian.

Bayangkan kalau sesiapa dulu ada bela binatang ni dari kecil sebagai binatang peliharaan permainan... tiba-tiba orang ketuk pintu rumah dan tawar RM1 juta untuk beli... jutawan satu malam sekelip mata beb. Apa pun, selamat berniaga pada kawan-kawan... tapi berhati-hatilah terutamanya sesiapa yang jadi broker tu. Jangan sampai kena tipu sampai bergolok gadai nanti... bukan murah urusniaga ni beb.

Gambar hiasan

... agaknya bila la lalat ada komersial value... senang sikit nak tangkap kat belakang rumah tu.

Read more

Thursday, March 3, 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN... KLANG BANDARAYA DI-RAJA

Agak lama juga saya tidak ke Klang... bandar kelahiran saya, bandar di usia kanak-kanak dan remaja saya... bandar di mana saya habiskan hampir separuh dari hidup saya. Selepas tamat pengajian peringkat diploma... saya telah berpindah ke Shah Alam dan kekal hingga sekarang. Namun adakalanya apabila teringatkan zaman remaja... saya akan ke Klang, memandu ke tempat-tempat yang menghimbau kembali zaman kegemilangan remaja saya... haha. Semasa di pusat pengajian tinggi dulu, apabila ada rakan-rakan bertanya saya tinggal di mana dan saya sebut Klang... spontan mereka bertanya kembali... 'dekat mana tu?'... tak 'cool' la macam Kay El. Tapi hingga sekarang... Klang tetap di hati.

Hari ini seorang kawan  mamak Penang berkulit putih dan kerjanya memandu kapalterbang mengajak saya ber'lunch' di Klang bersama-sama dengan Des 'Da Boss' Iskandar (masih tak boleh lupa dialog Latif Ibrahim tempoh hari) dan Ah Lem... dia habaq mai dekat dengan bangunan Majlis Perbandaran Klang... tu dia, ada kedai bawah pokok juai nalla rekek punya kari ikan. Gerenti sedap, gerenti panas. Macam mana orang Klang buleh tak tau tempat ni... so saya gagau la jugak. Rupanya bekas tempat post guard stesen keretapi KTM dulu yang letak sebelah tingkat bawah Jambatan Besi Klang tu.


Inilah jambatan besi yang saya katakan tu... sekarang dah tak digunakan lagi atas sebab-sebab keselamatan dan sebuah jambatan batu telah dibina bersebelahan.
 

Ada nampak tak bangunan macam khemah sebelah jambatan tu macha? Itulah kedai makan Pengkalan Balak, Klang yang saya maksudkan. Ini adalah pandangan dari seberang berhampiran Pasar Jawa, Klang. Dan bangunan tinggi di sebelah belakang tu adalah bangunan Majlis Perbandaran Klang. Ramai orang ingat Sungai Klang tu di Kay El... tapi ini la sebahagian dari Sungai Klang dan hala ke kanan sungai itu akan menuju ke Pelabuhan Klang... ke muara.

Sekarang mari kita masuk bab makan... bab yang paling best dan disukai oleh semua orang.




Nin dia... kari bawal hitam. Punya la lembut isinya, punyalah nalla rekek kari dia... panas-panas pulak tu dan makan beramai-ramai. Actually, kari dia sama la macam kari tempat lain... nama pun kari kan. Tapi Abang Des Iskandar kita dah sebut... 'tak payah pergi Penang macam ni'. Tapi bila kawan mamak kulit putih habaq mai kata kari ni nalla... sah sedap la tu.


Cuma satu je yang kurang... sayur. So, kitaorang order la sekali ayam goreng panas dan hati goreng. Service memang laju beb... sekejap je lauk dan air dah sampai. 4 ekor ikan bawal kari, sekor bawal goreng, ayam goreng, hati goreng, popedom, nasi putih (tambah 2x) dan air... semuanya harga RM31. Murah tu beb... memang confirm murah untuk masakan yang sedap dan panas-panas. Alhamdulillah kenyang... terima kasih Des Iskandar sebab belanja kaki makan macam saya ni.

Selain dari Jambatan Besi Klang yang bersejarah tu... ada view yang lebih menarik... masjid terapung di pinggir sungai. Cuba lihat pandangan di waktu siang dan malam... gambar ini saya perolehi dari laman sesawang my-mummy.com dan photomalaysia.com... tumpang pinjam.






Amacam... tapi saya tak pasti samada kedai makan ni dibuka waktu malam atau tidak. Area kedai makan ni tak la bergitu bersih... boleh tahan la tapi kaki makan seperti saya ni... kena tengok dulu la kan, makan apa yang patut ikut tekak... lepas tu baru cerita.

... siapa pulak nak belanja jalan-jalan cari makan lagi nih, dengar cerita kedai makan baru My Arab Foods kat Seksyen 9, Shah Alam tu sedap... :)



Read more

Wednesday, March 2, 2011

SUATU MASA DULU... SEKARANG BARU NAK BISING.

Agak santai masa saya hari ni... bebanan kerja tidak begitu banyak. Jadi dapat saya luangkan masa bersama beberapa pengarah syarikat saya... jalan-jalan cari lokasi sesuai untuk projek pembangunan hartanah. Saya agak tertarik dengan pembangunan di kawasan Mont Kiara dan Sri Hartamas. 30 tahun yang lalu kawasan ini tidak begitu diminati namun hasil pembangunan infrastruktur yang tumbuh melata di sekelilingnya telah memungkinkan beberapa 'senior' saya yang telah lama berada di dalam pembangunan hartanah... memaksimakan pengetahuan dan modal untuk membangunkan kawasan itu sekaligus mengaut keuntungan yang bukan sedikit nilainya. Banyak perkara yang saya renungkan sejak zaman persekolahan dahulu kini satu persatu menjadi kenyataan. Setelah berbelas tahun lamanya berkhidmat dengan anak syarikat kerajaan negeri yang juga terbabit di bidang hartanah... saya telah mengambil keputusan untuk memenuhi impian... menjadi seorang ahli perniagaan. Dan syukur alhamdulillah... ada rakan-rakan yang sudi menerima saya walaupun saya la satu-satunya pengarah berbangsa Muslim Melayu di dalam syarikat.

Namun ini bukanlah cerita berkenaan dengan saya. Ini adalah berkenaan dengan 'kebolehan tulang empat kerat' yang mungkin dipandang sepi oleh segelintir anak muda walhal di situlah letaknya sumber rezeki yang paling besar. 

Begini ceritanya...

Tahun 80an dahulu, saya ada juga melihat segelintir anak muda yang bekerja di sektor pembinaan. Memang agak comot kerja ni dan tak glamer langsung. Oleh kerana pada masa tu, industri perkilangan begitu hebat berkembang... ramai anak muda lebih berminat kerja kilang. Saya enggan komen tentang kerja kilang ni kerana itu juga satu pekerjaan mulia. Namun, ramai anak muda masa tu tidak minat dengan kerja pertukangan. Masa tu, ramai anak-anak Cina bekerja sebagai buruh binaan bertahun-tahun lamanya sehinggalah ke satu tahap mandur yang juga berbangsa Cina harus bersara atas faktor umur dan kesihatan. Ramai anak-anak Cina itu naik pangkat jadi mandur kerana bidang kerja ini memerlukan pengalaman 'tulang 4 kerat', tidak seperti kerja pejabat. Jadi, bertuahlah mereka yang ada pengalaman dan skil.

Apabila anak-anak Cina itu telah menjadi mandur, mereka memerlukan pekerja untuk menggantikan mereka... oleh kerana anak Melayu tidak begitu berminat, pekerja dari Indonesia terpaksa dibawa masuk dan bukan sedikit bilangannya. Maka beralihlah kepakaran dan pengalaman tersebut dari mandur Cina ke pekerja Indonesia.

Hari ini, saya saksikan sendiri... pekerja-pekerja Indonesia yang dulunya hanya buruh binaan, sekarang bukan sahaja sebagai mandur... tapi sudah ramai  jadi sub-kontraktor. Kalau dulu buruh binaan itu terima upah harian, sekarang mereka menerima habuan yang lebih berbentuk 'total sub'... mereka sudah 'demand' sebagai kontraktor, bukan lagi sebagai pekerja. Inilah kelebihannya apabila mereka ada skil dan pengalaman kerja sebagai buruh dulu... kami tidak ada pilihan selain harus memilih mereka sebagai sub-kontraktor akibat dari permintaan pelanggan yang mahukan kualiti dan tempoh kerja yang singkat... takkan la kami nak upah orang yang keluar dari universiti yang cuma ada sijil tapi tak pernah pegang tukul besi... kan. Kerja binaan bukan seperti kerja pejabat apatah lagi syarikat swasta seperti kami.

... saya cuma terfikir, kalaulah sub-kontraktor itu adalah anak Melayu yang ada skil dan pengalaman 'tulang 4 kerat'. Memang ada sub-kontraktor Melayu sekarang... cukup ramai tapi mereka juga 'total sub' pada orang Indonesia yang ada pengalaman 'tulang 4 kerat'. Memang benar, renungan saya dulu kini telah jadi kenyataan. Rugilah kita dan tak usahlah kita nak salahkan orang yang tak mahu tolong kita.

Hari ini perkara itu juga berlaku di sektor yang lain... lihat berapa ratus ribu warga asing yang datang ke Malaysia yang dapat pekerjaan. Walaupun bergaji agak kecil tapi mereka 'develop' skil dan pengalaman teknikal malahan di sektor perkhidmatan seperti di restoran, kedai makan mahupun hotel. Dan apabila ada peluang naik pangkat... saya lihat kebanyakan bos sekarang ni gemar melantik orang yang ada pengalaman 'tulang 4 kerat'... bukan sekadar di atas kertas sahaja kerana perniagaan memang bermotifkan 100% untuk membuat keuntungan. Bekas pekerja Indonesia saya sendiri beritahu, apabila mereka cukup pengalaman kerja di Malaysia... mereka boleh pulang dan lebih mudah mendapat pekerjaan di sektor binaan di Indonesia dengan gaji yang lebih lumayan kerana antara syaratnya ialah... PENGALAMAN BEKERJA DI SEKTOR BINAAN DI MALAYSIA.

Saya hanya seorang yang amat kecil di dalam dunia pembinaan hartanah... sedang mendapatkan pengalaman 'tulang 4 kerat' dari rakan-rakankongsi saya yang telah puluhan tahun berada di sektor ini. Mudah-mudahan anak muda yang sebangsa saya menyedari perkara ini sekarang... masih belum terlewat. Saya enggan memberi kata-kata manis kepada mereka kerana bimbang manis itu memberi penyakit kemudian hari... saya memberitahu mereka akan realiti hidup. Saya sedar ada yang agak marah bila saya katakan... 'janganlah terlalu emosi tentang bahasa kerana Bahasa Inggeris itu amat penting'... tapi itulah hakikatnya.

... memang saya agak bimbang tentang masa hadapan bangsa saya ni. Kelak jika masih selesa hidup dalam dunia 'subsidi, kasihan, tahu satu bahasa sahaja dan ini adalah tanah Melayu'... masa depan kita akan ditentukan oleh orang lain. Masa tu sudah terlambat... bahkan sekarang pun kadang-kadang saya rasa menyesal kerana tidak tahu Mandarin, Arab dan Tamil.

 
Moto ini saya dapat dari image search Google... mungkin boleh kita renungkan bersama... sepertimana saya renungkan di awal 80an dulu. Sekarang, saya masih seorang Muslim Melayu yang sedang memerhatikan ramai bangsa Pakistan, India, Tibet dan Vietnam telah mula mendapat kepercayaan bos mereka untuk dilantik sebagai Pengurus di tempat kerja masing-masing... dahulunya mereka datang ke Malaysia dan bekerja dengan tekun serta sabar... datang dengan hanya satu beg pakaian. Agak-agak anak muda kita boleh terima ke apabila mereka hadir untuk temuduga kerja, penemuduga itu adalah warga asing yang datang ke Malaysia 10 tahun dulu?

... kita masih lagi berbalah dan saling 'mengurangkan keIslaman' di antara satu sama lain.

Read more

Tuesday, March 1, 2011

1 MAC... MACAM-MACAM CERITA HARI NI

Diam tak diam... dah masuk bulan Mac 2011. Tak sampai 6 bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak... bulan yang sememangnya amat saya nanti-nantikan setiap tahun. Mudah-mudahan ada rezeki saya lagi berjumpa dengan Ramadhan... amin. Hari ini juga, seorang kawan yang saya kenal di sekolah rendah... tiba-tiba sms saya bertanya khabar berita. Terkejut saya, kerana kali terakhir kami bersama ialah di Darjah 6... lama tu bro. Suka saya apabila terima sms tersebut... ada juga kawan lama yang masih ingat saya lagi apatah lagi kawan kaki bola. Tersentuh juga hati saya apabila dia kata... 'semua benda aku boleh usaha cari bro... takkan sama dengan kawan-kawan'. Memang... saya setuju sangat la tu.

Apa lagi 'kejutan' agaknya hari ni...

PILIHANRAYA KECIL KERDAU DAN MERLIMAU

Ramai juga rakan-rakan saya yang pergi membuat liputan kerana tugasan atau sebagai sukarelawan di kedua-dua tempat ni. Saya tak berapa nak ikut sangat berita pilihanraya kecil kali ni... muak dah asyik pilihanraya kecil dengan mainan isu yang entah hapa-hapa... semata-mata nak bunuh karektor calon demi undi. Dan agak mengejutkan juga kali ni... kawan-kawan saya juga seperti kurang gah seperti sebelumnya apabila buat berita... dah fed-up jugak kot. Yang bestnya, bukan gambar kempen pilihanraya diaorang email... tapi gambar ikan patin... hahaha. Saya nak paparkan di sini tapi disebabkan ada unsur-unsur copyright... saya tunjukkanlah gambar lain tapi bawa maksud yang sama.


Ikan patin gulai tempoyak tu beb... siap kasi message tu... 'ikan patin temerloh ni tak sama dengan tempat lain bro, fresh sedap giler'. Terliur beb... sungguh kecur dibuatnya nih. Member semua kata... cerita makan lagi best... hik hik... setuju sangat la tu.

TENGOK CERITA HANTU DI SIANG HARI

Entah macam mana hari ni boleh pulak saya tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung dengan kawan-kawan di 'port terbaek'... big screen beb.

 
First time... tengok cerita hantu waktu siang hahaha. Terima kasih la kawan-kawan yang sediakan kopi kaw dan pisang panas. Seronok tengok dan gelak ramai-ramai... memang lawak la cerita ni. Rasanya inilah satu-satunya cerita yang tunjuk hantu muncul waktu siang... cun pulak tu hahaha. Takde dah macam cerita hantu dulu... penuh bedak dengan tepung je muka. Apapun, tahniah Brader Mamat Khalid... memang cerita ni lebih best dari cerita arahan beliau sebelumnya... hidup filem Melayu. Tangan ni gatal je nak tulis 'satu cerita yang menakjubkan' siang tadi tapi sebab dah janji tak boleh nak story... so kena diam la. Macam mana pun, permintaan saya untuk dapat sedikit discount... SILA CONSIDER SESERIOUS-SERIOUSNYA... hahahaha. Harap maklum budak yang bernama S***** (Bukan nama sebenar).

ANTARA MISBUN SIDEK DAN SAFEE SALLEH





Cuba korang fikir... apa persamaan di antara dua ahli sukan nih? Takmo cerita panjang... nanti kalau ada masa, cuba korang dengar iklan Safee kat radio. Style dengan tone suara dia bercakap... lebih kurang sama je dengan iklan Misbun bercakap... hahahaha... ni sapa la diaorang punya PR yang takmo kasi screentest prektis dulu... hadoi, stone semacam bro.

CERITA 'HANI' DI TV3

Hahahaha... yes, saya memang peminat drama dan filem Melayu. Korang ada masalah ke? Eksyen la sapa yang kata... 'apa kelas filem Melayu nih'.

 
Cerita ni tamat malam ni... budak pompuan pelakon utama cerita ni, Fathia yang melakonkan watak Ummu Hani akhirnya meninggal dunia dalam episod akhir malam ni... memang sedih beb, nak menitis gak airmata dibuatnya. Tapi bukan setakat jalan cerita tu yang menarik malam ni... sebenarnya apabila Ummu Hani meninggal disebabkan kanser otak, saya teringatkan bekas pensyarah yang juga kawan saya semasa di ITM Shah Alam dulu... meninggal akibat kanser. Airmata hampir menitis disebabkan teringat kata-kata terakhir beliau di hari saya menziarahi arwah beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia... 'aku ni hidup ikut jam je Mie, tak tau la lepas pukul 12 tengahari ni ada nyawa lagi ke tidak'... ya, saya menangis semasa arwah berkata begitu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan memberikan Ar-Raudhah sebagai tempat tinggal di alam sana... amin.



DES ISKANDAR @ LATIF IBRAHIM

Hahahahahahaha... hari ni saya betul-betul gelak besar. Akhirnya rahsia seorang rakan baik yang disimpan selama hampir berbelas tahun dari pengetahuan kawan-kawan rapat... bocor juga hari ini. Mungkin ramai anak muda tidak begitu mengenali gambar di atas... Latif Ibrahim sewaktu muda... seorang pelakon dan penyanyi terkenal di tahun 70an dan 80an. Saya masih bersekolah rendah waktu tu... tapi tidak bagi seorang kawan saya ni... satu zaman dengan Latif Ibrahim... hahahahaha, jangan marah Abang Des @Boss.

Apabila kawan saya ni bawak VCD satu cerita 70an dulu... semua tertunggu gak cerita apa agaknya ni. Sekali tu keluar gambar Latif Ibrahim dengan baju belang, rambut panjang dan seluar pendek 'cengut' ala-ala budak sekolah rendah Chung Hwa Klang... pelakon perempuannya saya tak berapa ingat dah. Tapi yang tak tahan tu bila keluar dialog... 'Des Iskandar....'. Hahahahahaha... akhirnya hari ni baru la kitaorang tahu dari mana dapat nama 'Des Iskandar'... hardcore fan Latif Ibrahim rupanya... hadoi. Tapi memang cool bro... nama Des tu memang la amat cool...salute.

... kadang-kadang kita tak perlu pun belanja besar untuk berseronok dengan kawan-kawan. Ada kopi... ada nasi bungkus dan ada tempat lepak tengok 'big screen'. Takde nak kecoh pun pasal politik... cuma satu VCD dengan dialog 'Des Iskandar' sudah cukup menggegarkan dunia... hahaha.... selamat malam kawan-kawan, di mana jua anda berada.
 
Read more

Monday, February 28, 2011

APABILA ANAK KECIL BERAKSI DI PADANG BOLA


'Sangat meriah'... itulah kata-kata yang boleh saya ungkapkan apabila berkunjung ke Stadium Mini, Seksyen 13 Shah Alam hari ni. Begitu ramai anak-anak kecil yang saya lihat begitu bersemangat bermain bola di setiap inci ruang yang ada di padang bola stadium itu. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor melalui Akademi Bolasepak PNSB merupakan penggerak utama program bolasepak remaja ini... kalau tak silap saya, tahun ni merupakan tahun ke-5kot program ini dijalankan.

Pada awal program ini dijalankan... sambutan agak terhad namun ianya berkembang setiap tahun. Dengan adanya program ini juga, PNSB telah melancarkan Karnival Bolasepak Merdeka setiap tahun sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia... dan sambutan pada setiap tahun memang di luar jangkaan. Saya dimaklumkan juga ada pasukan yang tidak berpeluang menyertainya kerana terlalu banyak pasukan yang ingin bertanding.

Kelmarin saya sempat berkunjung menyaksikan latihan oleh pelatih Akademi Bolasepak PNSB dan ianya sama sekali menghapuskan sangkaan saya bahawa budak-budak sekarang cuma minat main bola di televisyen... atau main PSP... atau lain-lain jenis permainan yang tidak memerlukan mereka untuk bergerak aktif.



Inilah sebahagian dari gambar yang sempat saya paparkan di sini... ada beratus-ratus lagi gambar. yang mungkin akan saya haplod jika berkesempatan nanti... insyAllah. Dan penyertaan remaja perempuan juga adalah di luar jangkaan saya. Syabas kepada semua tenaga Akademi Bolasepak, Kelab Bolasepak PNSB, ibubapa dan semua pelatih akademi... selamat majujaya, semoga suatu hari nanti saya akan melihat anak-anak remaja ni menyarung jersi pasukan antarabangsa... mudah-mudahan berkesempatan lihat mereka bermain bersama The Gunners...

... hail Meriam Kabaid!!!


Read more

SHAH ALAM vs MERLIMAU

 
Hujung minggu nih pilihanraya kecil di Merlimau, Melaka. Tiba-tiba saja tempat ni menjadi terkenal bagi sesiapa yang setakat sampai ke Bandar Hilir jika bertandang ke Melaka... bak kata orang Melaka... lahabau betul, Merlimau pun tak tau dekat mana. Kalau nak tau... tengok google map... hahaha.

Memang takde mercu tanda yang menarik di Merlimau nih... beberapa kilometer dari sini jika menghala ke selatan, kita akan sampai ke Muar (ada orang sebut 'Muau'... ada yang kata 'Muor)... kira dah masuk Johor Utara la tu. Berhampiran Merlimau ni juga la terletaknya dua tempat ikan bakar yang menjadi buah mulut pelancong yang datang ke Melaka... Pernu-Umbai dan Serkam. Ada juga beberapa lagi tempat lain seperti di Pengkalan Balak.

Itu baru sebut ikan bakar... belum lagi asam pedas Melaka. Memang pelancong akan cari dua benda makan ni... ikan bakar dan asam pedas. Saya pun tak habis lagi explore semua tempat makan yang ada di Melaka... maybe satu hari nanti nak kena stay sana dalam seminggu kot... jalan-jalan kasi gemuk makan.

Tiba-tiba saya teringatkan Shah Alam... kalau nak dibandingkan Shah Alam dengan Merlimau dari segi tempat makan... Shah Alam lagi berlambak kedai makan. Pendek kata semua jenis la ada di Shah Alam... bahkan asam pedas Melaka yang dijual oleh bukan orang Melaka... dan mungkin juga bukan orang Malaysia... hahaha. Musykil betul kadang-kadang makan di Shah Alam nih sebab yang hidangnya bukan orang kita... Tibet ada, Vietnam ada, Cambodia ada, Bangladeshi ada... Indonesian jangan cakap la, dia sesaja.

Tapi ada satu pesanan SMS yang saya terima dari kawan yang sedang buat liputan pilihanraya di Merlimau... yang membuatkan fikiran saya agak terganggu seketika. Dia kata di kawasan Politeknik Merlimau berhampiran dengan Medan Selera... akses WiFi adalah percuma... 24 JAM... line pun laju beb... tak payah nak pakai password bagai.




... saya tertanya-tanya juga, maybe di Shah Alam ada kot tempat public disediakan WiFi free tanpa perlu masuk password.... tapi di mana ya?

... kalah juga kita dengan Merlimau rupanya... haissssss lemau beb.


Read more

Sunday, February 27, 2011

KEDAI MAKAN DI SANA SINI

Saya kira agak banyak juga kedai makan Melayu Muslim yang dibuka di sana-sini di Shah Alam... hampir setiap pelusuk Shah Alam. Bagus juga sebab banyak pilihan... namun Mamak's atau India Muslim masih mendominasi setiap kawasan. Bayangkan... Syed Restaurant sahaja ada hampir 4 buah di kawasan sekitar 5km radius dari HQ Syed yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam. Kesemuanya hampir penuh sahaja sepanjang masa dengan pengunjung dari berbagai bangsa... terutamanya waktu pagi. Saya tidaklah terlalu particular tentang tempat nak sarapan pagi... mana sempat je.

Meh kita lihat dalam kedai-kedai makan yang agak baru di kawasan yang baru di Shah Alam... Seksyen 13. Hampir semua orang tak tau di mana Seksyen 13 ni... tapi kalau saya kata Stadium Shah Alam... 'aaaaaa tau tau'. Mari saya tunjuk beberapa kedai makan yang ada di Seksyen 13 ni... di area baru Laman Seri.

 
Ni Meat Combo set dari Laman Grill... sapa nak makan semua jenis daging, bolehlah order set ni. Ada kambing, lembu dan ayam serta hidangan sampingan... memang sedap hidangan untuk 2 orang ni. Harga dalam RM54.90. Carrot juice memang pekat... dalam RM6.50 kot. Rasanya Tony Roma mungkin better kot tapi ada juga hidangan di sini yang tidak ada di kedai jual steak di tempat lain... dan ownernya orang kita (wajib support beb kalau sedap). Tempat berhawa dingin, cantik, luas dan untuk kaki 'smoker'... tempat duduk kat luar memang cantik. Cuma kalau korang berlonggok ramai-ramai hisap rokok... sah la kotor macam sesetengah kedai makan.


Ni pulak kedai yang specialize jual kuey teow. Tapi ada la juga jual makanan lain... orang kata sedap. Saya dah try... boleh la tahan. Mungkin saya tidak begitu menggemari yang goreng-goreng... tak try la kuey teow sup dia. Tempat yang paling happening di kedai ni ialah bahagian belakang sekali... maksud saya view je la... agak privacy hahaha. Kuey teow special kat atas ni harganya RM7.50... ada telur.


Sebelah kedai jual kuey teow tadi (Nama kedai 'Ban-J') ada kedai kopitiam... Killiney. Lebih kurang macam kedai kopitiam lain la makanannya... rasanya takde yang special. Kadang-kadang penuh kedai ni... tapi adakalanya service lambat sket. Owner dia memang peramah... rajin menegur.

Saya juga dapati ada beberapa buah lagi kedai yang akan dibuka disini... dan 2 lagi kedai mamak kot. Hadoi... asyik kedai mamak je. Bukak la kedai seafood ke, nasi dagang ke, nasi campur ke...atau yang specialize jual sup. Apapun, selamat majujaya kepada semua yang berniaga... kalau sedap, insyAllah kita akan war-warkan untuk support... iklan free beb, janji bagi service terbaik untuk pelanggan kaki makan macam saya.

.... nasihat saya untuk yang jaga badan... bila terasa sedap tu, berhenti la makan... hehe gerenti maintain slim beb.

Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...