Thursday, March 3, 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN... KLANG BANDARAYA DI-RAJA

Agak lama juga saya tidak ke Klang... bandar kelahiran saya, bandar di usia kanak-kanak dan remaja saya... bandar di mana saya habiskan hampir separuh dari hidup saya. Selepas tamat pengajian peringkat diploma... saya telah berpindah ke Shah Alam dan kekal hingga sekarang. Namun adakalanya apabila teringatkan zaman remaja... saya akan ke Klang, memandu ke tempat-tempat yang menghimbau kembali zaman kegemilangan remaja saya... haha. Semasa di pusat pengajian tinggi dulu, apabila ada rakan-rakan bertanya saya tinggal di mana dan saya sebut Klang... spontan mereka bertanya kembali... 'dekat mana tu?'... tak 'cool' la macam Kay El. Tapi hingga sekarang... Klang tetap di hati.

Hari ini seorang kawan  mamak Penang berkulit putih dan kerjanya memandu kapalterbang mengajak saya ber'lunch' di Klang bersama-sama dengan Des 'Da Boss' Iskandar (masih tak boleh lupa dialog Latif Ibrahim tempoh hari) dan Ah Lem... dia habaq mai dekat dengan bangunan Majlis Perbandaran Klang... tu dia, ada kedai bawah pokok juai nalla rekek punya kari ikan. Gerenti sedap, gerenti panas. Macam mana orang Klang buleh tak tau tempat ni... so saya gagau la jugak. Rupanya bekas tempat post guard stesen keretapi KTM dulu yang letak sebelah tingkat bawah Jambatan Besi Klang tu.


Inilah jambatan besi yang saya katakan tu... sekarang dah tak digunakan lagi atas sebab-sebab keselamatan dan sebuah jambatan batu telah dibina bersebelahan.
 

Ada nampak tak bangunan macam khemah sebelah jambatan tu macha? Itulah kedai makan Pengkalan Balak, Klang yang saya maksudkan. Ini adalah pandangan dari seberang berhampiran Pasar Jawa, Klang. Dan bangunan tinggi di sebelah belakang tu adalah bangunan Majlis Perbandaran Klang. Ramai orang ingat Sungai Klang tu di Kay El... tapi ini la sebahagian dari Sungai Klang dan hala ke kanan sungai itu akan menuju ke Pelabuhan Klang... ke muara.

Sekarang mari kita masuk bab makan... bab yang paling best dan disukai oleh semua orang.




Nin dia... kari bawal hitam. Punya la lembut isinya, punyalah nalla rekek kari dia... panas-panas pulak tu dan makan beramai-ramai. Actually, kari dia sama la macam kari tempat lain... nama pun kari kan. Tapi Abang Des Iskandar kita dah sebut... 'tak payah pergi Penang macam ni'. Tapi bila kawan mamak kulit putih habaq mai kata kari ni nalla... sah sedap la tu.


Cuma satu je yang kurang... sayur. So, kitaorang order la sekali ayam goreng panas dan hati goreng. Service memang laju beb... sekejap je lauk dan air dah sampai. 4 ekor ikan bawal kari, sekor bawal goreng, ayam goreng, hati goreng, popedom, nasi putih (tambah 2x) dan air... semuanya harga RM31. Murah tu beb... memang confirm murah untuk masakan yang sedap dan panas-panas. Alhamdulillah kenyang... terima kasih Des Iskandar sebab belanja kaki makan macam saya ni.

Selain dari Jambatan Besi Klang yang bersejarah tu... ada view yang lebih menarik... masjid terapung di pinggir sungai. Cuba lihat pandangan di waktu siang dan malam... gambar ini saya perolehi dari laman sesawang my-mummy.com dan photomalaysia.com... tumpang pinjam.






Amacam... tapi saya tak pasti samada kedai makan ni dibuka waktu malam atau tidak. Area kedai makan ni tak la bergitu bersih... boleh tahan la tapi kaki makan seperti saya ni... kena tengok dulu la kan, makan apa yang patut ikut tekak... lepas tu baru cerita.

... siapa pulak nak belanja jalan-jalan cari makan lagi nih, dengar cerita kedai makan baru My Arab Foods kat Seksyen 9, Shah Alam tu sedap... :)



2 comments:

  1. Ralat: Nama tempat ni bukan Pengkalan Balak... tapi Pengkalan Batu, Klang... sori beb

    ReplyDelete
  2. betul tu, pengkalan balak tu kt melaka bro.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...