Monday, December 19, 2011

10 MINIT TUNGGU LAMB KHABSA

preview
Musim hujan sekarang ni, teringin pulak nak try makanan Arab... Lamb Khabsa di Zam-Zam Arabic Restaurant. Sambil-sambil menunggu ni, menulis la kejap apa yang patut. Teringat pulak trip ke Mesir tahun lepas... trip yang benar-benar mencabar dan menyeronokkan.... baru nak tulis, tau-tau dah siap la pulak 'takeaway' nih. Maybe next time, bila ada masa yang amat sesuai... saya akan tulis tentang pengalaman 'mengembara' di bumi Mesir. Memang amat panjang kalau nak menceritakannya...
Read more

Tuesday, December 13, 2011

NASI LEMAK 1.0 -VERSI MALAYA

preview
Saya kira tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang tidak mengenali nasi lemak. Antara makanan ringkas yang paling digemari dan murah harganya. Semasa di sekolah rendah dahulu, pasti ada kelibat anak-anak kecil yang berjalan di taman-taman perumahan, mengusung bakul yang berisi nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang dan suratkhabar. Pada hemat saya, mereka ini adalah anak-anak dari keluarga yang miskin yang mengambil peluang menjual nasi lemak bagi membantu keluarga....
Read more

Friday, December 9, 2011

CIMBCLICKS - BILA KLIK KENA TIPU

preview
Dear Customer! Your Online account has been subjected to compulsory update to secure it from electronic fraud. Please Click Here to update. Thank you & have a good day ahead! Warm Regards CIMB Team Hari ni saya terima email di atas yang tertera sender Cimbclicks.com... tiba-tiba suruh saya update akaun online, padahal saya tak guna langsung akaun online CIMB. Bila musykil bersarang kat kepala ni, saya cubalah klik 'Click Here' dan terus redirect ke website...
Read more

Thursday, December 8, 2011

KITA TIDAK DILAHIRKAN UNTUK HIDUP SELAMANYA

preview
Alhamdulillah, di Malaysia ini jika kita ke pelusuk mana sekalipun... apabila tiba waktu solat, kita masih boleh mendengar laungan azan yang menandakan wajibnya kita meninggalkan segalanya sebentar untuk kita dirikan solat. Bukan lama pun tempoh untuk melakukannya, dalam 10 minit sahaja. Dan di Shah Alam ini, di beberapa tempat tertentu... kita boleh mendengar azan yang adakalanya dari 2,3 tempat sekaligus. Maklumlah, hampir setiap taman perumahan mempunyai surau......
Read more

Wednesday, December 7, 2011

MBO CINEMA - PANGGUNG WAYANG PERTAMA DI SHAH ALAM

preview
Suatu ketika dulu, panggung wayang tidak dibenarkan berada di dalam bandar Shah Alam. Saya agak kurang pasti apakah ada sebarang larangan bertulis tentang perkara ini, namun sekarang panggung wayang berjenama MBO telah pun memulakan operasi tayangannya di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam. Mungkin kedudukan Bukit Jelutong ini yang terletak agak berjauhan dari Pusat Bandar Shah Alam, maka kehadiran panggung wayang ini tidak begitu dirasai oleh sebahagian besar penduduk...
Read more

Monday, December 5, 2011

GRAFITI - ARTIS JALANAN

preview
Kebetulan hari ni saya ke Seksyen 2, Shah Alam... tempat di mana bertahun-tahun saya habiskan masa belajar di ITM. Dah banyak berubah tempat ni... gerai-gerai lama tempat kami lepak dulu lepas kelas, sekarang telah bertukar wajah... lebih teratur dan bersih. Namun kedai-kedai lama masih ada di situ. Dan di satu sudut dinding kedai yang menghadap asrama... saya saksikan sesuatu yang sememangnya menjadi minat saya sejak kecil... LUKISAN. Grafiti di dinding yang dilukis...
Read more

Thursday, December 1, 2011

MAKAN-MAKAN DI SHAH ALAM - B'YYU PATISSERIE CAFE

preview
Ada orang kata Shah Alam ni agak 'kekampungan' sedikit berbanding bandar-bandar besar yang lain... setidak-tidaknya itulah pendapat sebilangan orang luar yang berkunjung ke sini. Senyap sunyi katanya menjelang maghrib... takde tempat liburan. Hanya baru-baru inilah muncul panggung wayang MBO di Space U8, Bukit Jelutong... itupun terletak di luar pusat bandar dan hujung bersempadan dengan Subang dan Sungai Buloh. Ramai juga yang hairan bagaimana panggung wayang ini mendapat...
Read more

Monday, November 28, 2011

ROTI GULAKU DAH CUKUP MANIS

preview
Agak lama juga saya hendak menulis tentang makanan kegemaran saya di waktu kecil dulu... ROTI GULA. Kali terakhir saya menjamahnya mungkin semasa di sekolah menengah kot. Kalau kata lama sangat... orang kata saya dah tua pulak sekarang ek... hahaha. Dulu tak tunggu mak siapkan, saya boleh buat sendiri... apalah sangat roti gula ni kan... hahaha.Agak unik juga cara saya membuat roti sapu mentega bergula ni. Pada masa itu, kami biasa membeli roti benggali sahaja... sebab...
Read more

Monday, November 21, 2011

REZEKI DI BUMI ALLAH

preview
Cuti sekolah datang lagi dan kali ini tempohnya agak panjang... cuti penggal ketiga (istilah kami semasa sekolah dulu). Dan saya berada di kedai mamak Pelita, Seksyen 9 Shah Alam... sarapan sambil menunggu kawan untuk berbincang tentang perniagaan. Di kawasan ini memang banyak kedai dan pejabat, terdapat juga beberapa pejabat agensi kerajaan di bangunan Shah Alam Mall ni. Pagi Isnin, tak banyak kakitangan awam berada di kedai mamak ni, mungkin masing-masing sedang sibuk...
Read more

Saturday, November 19, 2011

CITTA MALL, SUBANG

preview
Yup, sebuah lagi mall dibuka di Subang, Selangor... Citta Mall. Bersaiz agak sederhana besar dan hanya 4-tingkat kot, tak perasan pulak tadi beb... atau mungkin 3-tingkat. Kalau diambilkira G Floor, kira 4 tingkat la kot... kan hehe. Nevermind, lokasi Mall ni, jika datang dari Subang Airport... sebelah kira selepas jejambat, masuk ke simpang kiri bila nampak bangunan Symphony. Jangan masuk ikut simpang ke kiri di bawah jejambat tu... jauh nak pusing ke Citta Mall nanti....
Read more

Thursday, October 27, 2011

MERPATI DUA SEJOLI

preview
Ini bukan cerita chinta... masih lagi cerita tentang makan. Bagi mereka yang pernah tinggal di kampung atau pinggir bandar semasa kecil di tahun-tahun 70an dan 80an, pasti biasa dengan suasana di mana ramai yang membela burung merpati. Di kebanyakan bandar kecil, terdapat ramai juga pemilik kedai yang membina rumah/sarang burung merpati yang agak unik binaannya di atas bumbung kedai yang selalunya rata. Rumah kecil itu dibina di antara 2-4 tingkat dengan bilangan pintu...
Read more

Saturday, October 15, 2011

DAGING 'LEMBU PENDEK'

preview
Entah kenapa topik ini boleh timbul tapi itulah perbualan kami semasa pertemuan dengan rakan-rakan yang lama tidak bertemu... rakan-rakan 'keje gomen' yang ada kaitan dengan pertanian, penternakan dan segala yang berkaitan dengan sumber makanan. Dan memang lebih menarik apabila perbualan topik ini berlaku ketika kami sedang baik punya 'sapederk'... hehe. Bagi saya memang agak 'kembang tekak' tapi bagi rakan-rakan... itu adalah isu negara yang amat penting.BABI... nama...
Read more

Sunday, September 18, 2011

MAKAN-MAKAN YANG 'FAIL'

preview
Lama betul tak menulis di blog ni... ada juga kawan-kawan minta saya tulis lagi tentang makan-makan politik takmo kata diaorang... hik hik. Apa la, best apa cerita politik... banyak bahan nih, cerita-cerita politik menarik dari sumber yang amat sahih lagi meyakinkan. Kalau nak cerita politik, kita sembang kat kedai kopitiam la... panjang sangat kalau nak tulis sini, silap-silap ayat... kena saman ratus-ratus juta nanti. Ada sapa-sapa nak tolong bayar? Ada banyak bahan...
Read more

Wednesday, August 17, 2011

SHAH ALAM - PERKAMPUNGAN URBAN MELAYU

preview
Apa ada di Shah Alam... agak kerap juga soalan ini dikemukakan oleh ramai orang luar Shah Alam yang berhasrat untuk berkunjung ke sini. Demikian jugalah soalan itu kerap ditanya oleh rakan-rakan semasa saya belajar di ITM Shah Alam (sekarang UiTM). Tidak kurang juga ada yang membandingkan Shah Alam seolah-olah seperti Kuala Lumpur... bandar metropolitian yang serba moden. Mereka membayangkan 'skycrapers'... penuh dengan bangunan bertingkat-tingkat yang mencapai awan. Shah...
Read more

Saturday, August 13, 2011

JUAL TASBIH DI TRAFIK LIGHT

preview
Mungkin ramai yang tidak begitu memahami maksud gambar di atas jika saya tidak menceritakan gambaran sebenar tapi inilah antara pemandangan baru yang terdapat di Shah Alam... warga asing menjual tasbih di perhentian lampu isyarat. Kali pertama saya perasan 'pemastautin baru' ini ialah sehari dua selepas masuknya bulan Ramadan di waktu selepas zohor ketika saya dalam perjalanan ke pejabat. Dan selepas itu saya masih juga melihat kelibat warga asing ini pada hari-hari...
Read more

Thursday, July 28, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA... WE PROUD OF YOU

preview
Gambar di atas saya ambil semasa Safee dan Amirul datang ke majlis pelancaran Karnival Bolasepak Merdeka PNSB pada tahun 2009 dulu... semasa mereka baru nak naik. Dan sekarang mereka membuat kita merasa bangga memakai jersey Harimau Malaya. Amirul adalah anak kepada Coach Zainal Nordin yang juga jurulatih pasukan bolasepak PNSB FC. Nampaknya nasib tidak menyebelahi kita pada malam ni untuk pra kelayakan bolasepak Piala Dunia... yup kita kalah dengan Singapura... errr...
Read more

Monday, July 25, 2011

SEKALI SEKALA MAKAN KEK... WELLLL

preview
Saya tak berapa fancy sangat makan kek nih... mak saya selalu kata tekak saya ni 'tekak Melayu koman spanar'. Walaupun saya pun tak berapa pasti apa maksudnya tapi dari cara mak saya menyebut dengan idhram ma'alghunnah yang kurang sedap intonasinya... kira saya ni memang tekak Melayu deli la hahaha. Serious sheikh, berkali-kali saya cuba  makan kek... kadang tu tak habis. Yang habis tu bila slice kek yang memang dah kecik tu, dipotong lagi untuk sekali ngap. Memang...
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...