Monday, January 11, 2010

Ada Apa Dengan Tahun 80an

Saya yakin ramai di luar sana masih merindui tahun 1980. Buktinya masih ada stesen-stesen radio yang memainkan lagu-lagu irama tahun 80an malahan banyak juga lagu-lagu yang masih dicipta menyerupai irama tahun 80an. Kebanyakan lagu-lagunya juga masih segar dan masih diminati oleh golongan anak muda yang lahir selepas tahun 80an. Mari kita lihat ada apa sebenarnya dengan tahun 80an.

Cerita TV McGyver Dan The A-Team


Kedua-dua cerita bersiri TV ni amat diminati ramai. Pendek kata orang tak keluar malam la semata-mata nak tengok rancangan tv nih. Walaupun jalan cerita dia hampir sama je setiap minggu tapi... dah itu je pun cerita yang ada. Orang masa tu tak pernah pun tanya kenapa McGyver dan ahli A-Team kalau kena tangkap je, mesti kena kurung dalam tempat yang ada je peralatan yang diaorang boleh lepaskan diri. Tiap-tiap episod pun macam tu, tapi orang tengok gak tiap-tiap minggu. Siap ada yang komplen lagi apesal rancangan tu ditamatkan.

Kereta 'K.I.T' Dalam Cerita Knight Rider

Cerita berbentuk penyiasatan ni pun lebih kurang je macam cerita di atas. Semua anak muda yang ada kereta masa tu maupun yang baru bercita-cita nak beli kereta macam KIT. Apa yang bestnya kereta tu... hehe, lampu yang bernyala macam neon kelab malam kat muncung kereta. Semua orang bukan main kagum dengan kereta tu yang boleh bercakap... terutamanya lampu kat muncung kereta tu.

Fesyen Pakaian

Rasa-rasanya dalam tahun 80an saja orang pakai jaket atau kot dengan lengannya dilipat 3 inci sebelum sampai ke siku. Tak kisah la apa jenis pun... tapi mesti lipat. Dan kalau anda sangka stail angkat koler t-shirt Polo tu stail budak-budak sekarang... anda silap besar. Itulah stail paling popular tahun 80an. Masa ni jugalah orang yang kerja pejabat swasta atau kerajaan... tali leher diaorang besar sikit je dari saiz mata piano. Paling tidak pun masa ni kalau orang tak pakai fesyen seluar ketat gila ala-ala kumpulan rock... orang akan pakai seluar besar giler ala-ala diskang kumpulan Duran-Duran.

Muzik

Lagu rap paling popular masa ni ialah dari cerita 'Fresh Prince of Bel Air' yang dilakonkon oleh Will Smith dan penyanyi rap yang dok ulang-ulang sebut 'Can't Touch This' oleh MC Hammer... tapi muncul sekejap sorang rapper mat saleh yang lirik lagu rap dia cuma 'Ice Ice Baby'... sorang mamat nama Vanila Ice. Tapi masa ni, rock tengah mengganas di Malaysia dengan kemunculan Search dan Wings tapi tenggelam timbul dengan lagu-lagu 60an yang tiba-tiba naik dan lagu pop rock jiwang... Headwind. Habis sekejap rock beb. Alat media yang paling popular masa ni... WALKMAN yang beratnya macam batu-bata.

Hantu

Ada dua jenis hantu yang orang takut akibat dari pengaruh filem... satu hantu menyeramkan dan satu hantu tak menyeramkan langsung. Zaman ni kalau tengok cerita 'Poltergeist' memang tak tidur malam dibuatnya. Seram gila masa tu... dan satu-satunya hantu yang tak menakutkan ialah hantu-hantu dalam Ghostbusters.

Pakwe Dan Makwe Impian

Budak-budak perempuan masa ni kalau nakkan pakwe... tak nak orang lain kecuali mesti nak macam budak-budak kumpulan muzik New Kids On The Block. Yang budak-budak lelaki pulak kalau nak cari makwe... mesti macam Julia Rais atau mana-mana artis Pan-Asian yang sewaktu dengannya.

Pandangan Tentang Dunia Masa Depan

Hampir semua orang percaya bahawa dunia akan datang adalah seperti dalam cerita bersiri TV... Space 1999. Tapi kebanyakan mereka hanya ingat seorang pelakon yang membawa watak Maya.

Komputer

Tak banyak komputer ada masa ni... skrin komputer dengan tulisan kaler merah dan kemudian hijau. 'Motherboard' nya pulak bagak besar almari baju. 'Mouse' takde sebab bukan 'Windows based'... kena taip command sendiri macam stail program C++.

Handphone

Memang sapa pun tak terfikir pasal handphone masa ni... dunia cukup aman sentosa kerana yang ada hanya public phone yang selalu dirosakkan. Telefon kat rumah pun jenis roll-dial... putar-putar macam roda 'gameshow' Roda Impian.

Permainan

Percaya atau tidak permainan masa ni yang cukup popular dan hanya boleh diselesaikan oleh orang yang didakwa sebagai bijak ialah... RUBIK. Alat mainan macam kotak dengan ada macam-macam kaler di setiap permukaannya. Cara menyelesaikan ialah dengan memastikan semua permukaan mempunyai jenis kaler yang sama... (sampai sekarang aku tak boleh 'solve' main rubik tu... haissss). Permainan konsol TV yang paling best masa ni ialah ATARI... cool beb kalau ada game nih... hahaha.

Orang Kuat

Bayangkan boleh orang percaya ada orang betul-betul kuat disebabkan tengok cerita Six Million Dollar Man lakonan Lee Majors sampaikan bila mamat tu pergi mana-mana pun... peminat dia suruh demo seolah-olah dia betul 'bionic man'. Yang tak tahan tu tiap-tiap kali Lee Majors nak tunjukkan kekuatan dalam cerita tu... terus adegan jadi 'slow motion' lepas tu ada bunyi sengau '... te'te'te'te'... betul beb, memang sengal tapi satu dunia minat Lee Majors dan percaya dia memang betul-betul 'bionic man'. Sampai la cerita Hulk muncul... terus orang guna statement... 'korang jangan buat aku marah... aku tukar jadi hijau kang'.

... walla weh, banyak lagi sebenarnya perkara yang berlaku sekarang samada jenis muzik, fesyen dan macam-macam lagi adalah kesinambungan atau sekadar ulang tayang dari apa yang berlaku pada tahun 80an... tak percaya? Percaya la...



3 comments:

  1. Saje je buat kita masuk alam mimpi jap la bro...

    ReplyDelete
  2. Mc Gyver dulu... sekarang hero pecah amanah, kapal hilang, orang meletup tapi tak leh lepaskan diri heronya...

    Knight Rider dulu... sekarang hero 'menang' dapat pompuan...

    Fesyen pakaian... sama je... lelaki sekarang makin berseluar pendek jln-jln, yg pompoan lagi sikit kain tutup badan lagi vogue, kalau pakai tudung pun pakai yang ketat dan jarang... baru orang pandang...

    Muzik... irama makin tak tentu hala... yg bising, yg tergagap, yg terpatung menjadi gilaan...

    Hantu... makin byk hantu kat Malaysia ni... ada pulak hantu baik... yg boleh di buat kawan...

    Pakwe & makwe... hishh... makin seram aku memikirkan anak-anak ku di hari muka nanti... yang bertudung pun belum tentu dara... yg lelaki... berapa ramai lah yg nak pertahankan teruna ... hisshhhh...

    Masa depan... makin hebat binaan cerita jangkaan hari muka... Amagedon la ...

    Komputer n telefon... makin canggih... tak de isteripun tak pe tapi jgn tak de line internet @ telefon.huhuhuhu...

    Permainan... PSP PS dll... makin khayal... sampai rubic cube pun kalau nak pakar kena refer internet... ya bro... semua ada di bagi tau :D

    Orang kuat .. kalau dulu hulk... org hijau... sekarang ... orang coklat... biasa je... kulitnya sawo matang... solat subuh pun boleh bunuh bapa, atuk, kakak, nenek sekali gus tanpa tukar warna pun... hissshhh...

    Sama je... 80an, 90an, 2010an.... emmm makin hebat ... makin dekat hari pembalasan...

    Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

    ReplyDelete
  3. Takut pulak baca komen penulis kat atas ni ... tapi ... betul betul betul (versi Upin Ipin)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...