Tuesday, January 26, 2010

Mari Berubah: Pentingnya Komunikasi Yang Berkesan

Semasa sekolah dulu, saya tidak begitu menggemari 'public speaking'... rendah diri ada, gugup apatah lagi. Tiap-tiap kali bila tiba waktu untuk subjek Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris... saya memang tak senang duduk kerana amat bimbang cikgu akan memanggil ke hadapan bilik darjah untuk membaca karangan. Punyalah tertutup fikiran masa tu, asyik fikir cikgu nak buat naya kita je suruh pergi depan dan kena gelak dengan kawan-kawan bila tengok kita terketar-ketar pegang buku. Sekarang baru la tau betapa murninya hasrat para guru yang ingin kita berjaya di masa hadapan.

Setelah saya melangkah ke alam pekerjaan, barulah saya menyedari betapa pentingnya penggunaan bahasa yang betul dan skil berkomunikasi... waktu yang terlambat untuk saya sesali. Bekas bos saya pernah berkata... 'memang you ada degree dan ada ilmu, yang membezakan you dengan yang lain adalah cara you berkomunikasi dan skil perhubungan awam you'. Dan sekarang saya katakan bahawa apa yang beliau katakan berbelas tahun yang lalu amatlah betul.

Tidak kira apa jawatan yang kita sandang sekali pun... komunikasi yang berkesan amatlah penting. Memang benar pendedahan di universiti memberikan permulaan yang baik namun dari pemerhatian saya, kebanyakan pelajar hanya berkomunikasi sesama rakan 'satu kepala' mereka. Itupun bahasa yang digunakan adalah bahasa rojak... ditambah pula dengan 'bahasa sms' yang memang merosakkan keindahan bahasa semata-mata hendak jimat duit prepaid. Saya telah berjumpa dengan ramai pelajar universiti yang menjalankan latihan praktikal dan saya agak 'tersinggung' melihat cara mereka berkomunikasi di dalam 'business world'. Dan berkali-kali juga saya mengingatkan mereka agar 'bertutur seperti orang dewasa'.

Lihatlah cara orang berkomunikasi di TV... dengarlah cara orang berkomunikasi di radio. Rajin-rajinlah menonton rancangan TV berbentuk perniagaan, dokumentari atau filem-filem yang 'jenis banyak bercakap'... saya pasti adik-adik semua boleh belajar bentuk komunikasi yang berkesan. Buku-buku tentang cara berkomunikasi juga amat banyak di toko-toko buku... beli dan bacalah.

Dunia tanpa sempadan yang semakin rancak sekarang ini 'telah memaksa' semua eksekutif syarikat agar berubah. Akan tiba masanya apabila polisi dan strategi syarikat menuntut kemahiran eksekutif agar boleh berada di mana sahaja dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Sebuah syarikat yang bagus akan berkembang dan sentiasa melebarkan sayap perniagaannya di mana sahaja ada peluang untuk berbuat demikian.

... siapa tahu suatu hari nanti, adik-adik juga berpeluang 'naik pangkat' dan tidak mustahil juga bakal menjadi seorang Ketua Eksekutif... takkan syarikat nak pilih orang pendiam jadi ketua syarikat kan... tutup syarikat nanti. Berlatihlah sekarang untuk bertutur dengan bahasa yang teratur dan kemas.

[Tulisan akan datang --> Marilah berubah: Postur Badan Anda Mencerminkan Diri Anda]

4 comments:

  1. Emm... betul-betul-betul :)

    Sikit hari lagi atau sekarangpun dah tertimbus keindahan Bahasa Melayu :(

    Bahasa Melayu tukar Bahasa Malaysia tukar semula Bahasa Melayu tukar semula Bahasa Malaysia... di Malaysia...

    Yang sama sejak merdeka adalah Bahasa Cina dan Bahasa Tamil .... walau minoriti tetap kekal sampai sekarang tak berubah walau dah 52 tahun merdeka :(

    ReplyDelete
  2. erm..aku sokong...kebanyakkan graduan sekarang tak ader skil komunikasi yang berkesan...akibatnya..dia hanya bergaul di peringkat kawan kawan sahaja....dan keluarga.
    bila jumpa orang yang selain dari peringkat usia dia selain yang disebutkan tadi ..komunikasi gagal berterusan disebabkan tiada kemahiran berkomunikasi dengan betul...
    organisasi yang cemerlang pasti memerlukan seorang eksekutif yang boleh berkomunikasi dengan semua lapisan usia dan pangkat..dan yang pasti dengan komunikasi yang cemerlang....DIA pasti boleh membawa diri walau dimana situasi berada...dan mungkin memudahkan rezeki untuk dia...mana tau...

    ReplyDelete
  3. saya yakin ramai kawan2 saya sendiri pernah menjalani latihan praktikal semasa mereka di universiti dulu... dan sekarang ramai juga mereka yang memegang jawatan bertaraf 'bos'. Adakalanya pelajar praktikal 'mengambil hati' terhadap teguran yang dibuat namun perkara tersebut terpaksa dibuat. Penting untuk kita maju ke hadapan... ada waktunya 'soal hati dan perasaan' terpaksa dilupakan seketika. Kita perlu menjadi lebih dewasa dan sepatutnya menjadi lebih matang... dan memang benar, komuikasi yang cemerlang pasti boleh membawa diri walau di mana situasi... amat benar

    ReplyDelete
  4. Bro... kenapa tidak menulis lagi? Sibuk?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...