Sunday, January 10, 2010

Dunia Semakin Mencabar... Kita Semakin Bercakar

Naik jemu rasanya bila tatap akhbar harian Malaysia... tak habis-habis dengan berita pihak-pihak yang bercakaran. Saya pun naik hairan juga bagaimana pengamal media di Malaysia tergamak 'mendidik' rakyat Malaysia baca berita-berita yang 'mencerca, mencaci, mengata... dan segala men(... negatif)... hari-hari tanpa 'miss'. Boleh dakwa lagi pembaca sekarang sudah matang dan dewasa untuk menilai sesuatu berita... paling tidak pun ada la mana-mana manusia yang akan kata... 'kalau tak suka, jangan baca'. Mudah betul kita menyelesaikan persoalan... hulur muncung mulut je. Dia tak tau ke air liur tu tersembur merata-rata. Nak harapkan berita alternatif di internet... harap je la, lebih kurang sama juga.

Sambil menonton Anugerah Juara Lagu di TV3, sempat juga saya baca Mingguan Malaysia (... haha, dua buah media yang amat dibenci oleh Pakatan Rakyat). Peduli la dengan berita-berita yang lain tapi saya amat tertarik dengan satu tajuk berita 'Industri Halal Dunia Kini Cecah RM7.4 Trillion... banyak tu. Kalau ditukar ke dalam angka... RM7,400,000,000,000... rasanya cukup bilangan kosong yang saya tulis nih. Perdagangan halal di pasaran global dengan bilangan umat Islam seramai 1.6 billion. Namun sehingga 30 April 2009, hanya 423 syarikat dari 1,686 permohonan persijilan adalah syarikat Bumiputera. Itu belum lagi kalau disiasat dengan teliti berapa ramai sebenarnya orang Melayu dalam syarikat Bumiputera itu yang benar-benar menjalankan perniagaan tersebut... tanpa menjual lesen taraf Bumiputera.

Terfikir juga saya kenapa kerajaan atau pembangkang semua tidak 'all out' memastikan kita ada 100% syarikat Bumiputera Islam yang menjalankan 100% perdagangan halal di Malaysia agar dapat memenuhi 100% keperluan makanan halal di Malaysia. Adat orang meniaga ni... kalau ada keperluan dan permintaan yang pasti... dia akan meniaga, apa saja di bawah matahari dan bulan. Saya amat pasti nilai dagangan halal di Malaysia mencecah bilion ringgit. Kenapa kita orang Islam di Malaysia tak tertarik dengan 'harta dunia' yang sebegini, bukankah menyediakan keperluan makanan yang halal adalah fardhu kifayah... kenapa kita biarkan diri kita hanyut dengan permainan politik kotor di Malaysia seolah-olah hal politik tu macam darah daging kita dah... macam nafas yang dihela... kalau tak ada, mati.

Mengikut kiraan tahun 2005, jumlah penduduk Malaysia adalah dianggarkan 28 juta orang di mana 60% darinya adalah orang Islam... 16,800,000. Bermakna orang Melayu ada pasaran dagangan domestik berjumlah 16,800,000 orang. Itu baru di Malaysia, belum lagi di negara lain... dan tidak ada alasan dari segi statistik bahawa kita mudah gagal berniaga dagangan halal. Sesungguhnya kita pasti akan berjaya dengan kekuatan angka ini. Namun kita masih sibukkan diri dengan berita-berita politik 'bangang' di Malaysia. Orang dulu kata... orang dah ke bulan, kita entah ke mana hanyut tak ada haluan. Bila ditegur saya amat pasti hanya 2 reaksi yang selalu ditunjukkan... melatah atau mengamuk. Melatah meletakkan kita sama dengan orang Eskimo, mengamuk meletakkan kita sama dengan orang tak siuman. Ye la, media boleh kata mereka juga hidangkan berita yang lain tapi mukasurat berapa mereka letak.

Saya yakin masih sempat untuk orang Melayu Islam menguasai perdagangan halal dunia kerana agama sesungguh menyatukan kita semua. Buatlah sekarang dan saya pasti akan 'provoke' semua orang yang saya kenal untuk membantu setidak-tidaknya sebagai pengguna. Besarkan perniagaan, buat skim latihan untuk pelajar-pelajar, didik anak bangsa agar bersaing di peringkat domestik dan global... saya yakin boleh kerana sifat orang Melayu Islam ni, kalau mereka tumpu dengan tekun sesuatu perkara, mesti selalunya akan lebih pandai dari orang lain kerana memang sifat Melayu sebagai 'fast learner'. Malangnya, kita dididik 'belajar benda-benda bangang' oleh sebilangan ahli politik yang 'lebih gaya dari rupa'... ahli politik yang jenis ni paling suka mendabik dada sebagai pejuang bangsa.

Saya rasa cukuplah kita merosakkan masa depan anak-anak Melayu Islam kita... hentikanlah sekarang juga. Bimbinglah mereka atau setidak-tidaknya kumpullah mereka dan bawalah berjumpa dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendedahkan berita tentang dagangan halal dunia tu. Saya yakin pasti beliau mempunyai rencananya sendiri dalam agenda membangunkan ekonomi orang Islam. Jangan kita mudah tunduk atau mengalah jika ada sedikit gangguan politik atau kata-kata 'kotor' segelintir orang bagi melemahkan semangat kita kerana kelak yang rugi adalah kita.

... jika kita tidak mulakan hari ini, saya merasa bimbang... esok mungkin tiada.

4 comments:

  1. Saya telah dibesarkan dgn berjiran dgn keluarga berketurunan India dan Cina.

    Dan kata jiran Cina itu... hari-hari orang Melayu makan satu kati babi.

    Itu cerita 40 tahun dulu...

    Bayangkanlah sekarang ... berapa byk makanan tanda 'HALAL' konon tapi mengandungi E110?

    Boleh dikatakan hari-hari rakyat Malaysia makan makanan yg tidak halal.

    Sebab tu arwah atuk suruh makan makanan yg dimasak dirumah... ayam sembelih sendiri.

    KFC yg disembelih 'bangla' juga yg sedap n membuka selera... walaupun sekarang kalau anda makan KFC ... cuba cium bau dagingnya... busuk... tak percaya? Cuba la...

    Yang Islam galakan makan sayur, buah, bijirin dan ikan... tapi org kata makan cara orang putih... hishh... tu lah Melayu... perangkan rambut, pakai baju ketat-ketat, pakai tudung jarang-jarang... tak pe ikut orang putih tapi kalau pemakanan yg Islam ajukan ... tak nak lak ikut...

    Ini kalau komen bab pemakanan cara Islam je mau berkajang ni...

    But anyhow bro... teruskan penulisan mcm ni... walau macamana cara tulis pun... kesedaran sebagai 'Melayu' ke 'Islam'ke... susah... sebab pasaran, iklan memang menggalakkan utk cenderung makan makanan yg tidak halal...

    Nak minum kat STARBUCK... kedai-kedai mahal... restoren-restoren mahal ... Ingat! Ingat ya...

    Kenapa anak tak dengar cakap? Kenapa makin malas kerja @ belajar? Kenapa makin melawan? Kenapa sukar peroleh anak? Kenapa banyak penyakit datang?

    Ianya melibatkan faktor pemakanan ya....

    Semoga kita menjadi manusia yg lebih ingat-mengingati.. muhasabah diri.

    Demi anak, isteri, keturunan kita... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Teruskan perjuangan! Masing-masing dgn usaha tersendiri... ya kita harus terus ingat-mengingati.

    ReplyDelete
  3. Ada lagi ke barang makan yg betul-betul halal di atas rak pasaraya????

    ReplyDelete
  4. Kata pensyarah... first class student... yang macam saya ... jadi Profesor, second class student... yang jadi macam kamu semua... cikgu-cikgu, third class student... yang jadi ahli politik memerintah negara n bercakap dlm parlimen...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...