Tuesday, January 19, 2010

Ini Tidak Adil...

Saya agak teruja sedikit membaca berita hari ini bertajuk 'Man Fails In Bid To Legalise Sodomy' (The Star) dan 'Ini Tidak Adil' (Harian Metro). Berita mahkamah ini berkenaan dengan seorang lelaki (muslim agaknya sebab nama Melayu) yang disabit 22 tuduhan liwat mempersoalkan hukuman mahkamah terhadapnya. Pesalah tersebut juga adalah seorang penghidap HIV. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 22 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dan telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Mangsa tertuduh pula adalah seorang remaja berusia 15 tahun dan perkara ini berlaku sekitar pertengahan tahun 2007.

Saya bukanlah seorang pengamal undang-undang di Malaysia dan tidak la begitu mahir dengan hal-hal perundangan jenayah. Namun apabila saya baca berita tentang hujah yang digunakan untuk 'melepas bebaskan' tertuduh oleh peguamnya (muslim rasanya sebab nama Melayu) di Mahkamah Rayuan... saya hanya mampu tepuk dahi. Terkedu lidah pun ada bila baca baris demi baris.

Antara hujahan yang dibuat oleh peguam tertuduh adalah seksyen undang-undang tertentu Kanun Keseksaan yang menetapkan bahawa perbuatan melakukan persetubuhan luar tabie adalah bertentang dengan perkara tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau berhujah bahawa semua orang perlu dilayan secara adil dan melarang perbuatan menindas rakyat. Dia kata peuntukan jenayah liwat itu tidak adil kerana hanya lelaki yang boleh dihukum sedangkan perempuan yang memasukkan vibrator ke dalam dubur lelaki dan menikmati keseronokan seksual daripada perbuatan itu... itu bukan persetubuhan luar tabie. Jadi dia kata la peruntukan jenayah itu berat sebelah dan tidak adil terhadap lelaki.... (nama peguam ni macam nama Melayu).

Sungguh... berulang kali saya baca berita ni... berulang-ulang kali. Saya cuba memahami apakah rasionalnya peguam (macam Melayu muslim namanya) ini berhujah sedemikian. Saya nak kata dia salah... kang disamannya saya sebab menghina mahkamah tapi saya tidak dapat berhenti berfikir... apakah rasionalnya beliau berhujah sedemikian.

Saya hairan sedikit kenapa kesalahan seseorang harus diadili berdasarkan kesalahan orang lain... apakah perkara ini dibenarkan dalam hujahan di mahkamah? Seolah-olah kita kata seorang lelaki tidak salah meliwat kerana kita kata orang perempuan pun ada guna vibrator. Sedangkan seorang lelaki yang 'mengadakan persetubuhan secara sukarela kedua-dua pihak' dengan seorang remaja bawah umur boleh didakwa sebagai 'statutory rape'... apakah kita boleh kata tidak adil menjatuhkan hukuman ke atas seorang lelaki yang meliwat seorang remaja bawah umur? Sampai hakim pun kata apakah peguam hendak mengatakan bahawa hubungan homoseks di antara sesama jantina adalah sah di sisi undang-undang Malaysia.

Mungkin la agaknya peguam tu hanya jalankan tugasnya kerana memang jadi satu prinsip seorang tidak didapati bersalah sehingga dibuktikan bersalah setelah melalui segala proses perundangan. Dah memang tanggungjawab dia nak lepaskan anakguam dia... dan nasibnya tak baik sebab kalah kes.

Dan selepas ini saya akan menunggu jika ada sebarang ulasan tentang perkara ini oleh mana-mana ulama, ahli politik, rakan-rakan peguam atau sesiapa sahaja yang memperjuangkan selama ini... Islam is a way of life... kehidupan normal manusia dan berbagai lagi kalimah yang pernah dikeluarkan oleh pakar-pakar hubungan manusia.

... dan semakin bimbang rasanya apabila undang-undang yang dicipta manusia digunakan untuk menghalalkan segala usaha dan cara... asalkan ianya memenuhi kehendak diri dan kebebasan asasi manusia. Dan kita pula sedang hidup di dalam dunia ciptaan itu... subhanAllah.

3 comments:

  1. Sebab tu kena rujuk Al-Quran dan Sunnah...
    Sebab tu Nabi S.A.W bersabda... "kata-kataku ini lebih difahami oleh umatku di akhir zaman".
    Sebab tu 'saksi' mestilah orang yg benar, apabila mengadili sesuatu...
    Sebab tu doa orang terfitnah itu cepat kesampaian...
    Sebab tu sebagai manusia, kita perlu pendirian dan pegangan... tak boleh jadi lalang!
    Semoga Allah S.W.T melindungi umatNya...
    Semoga kita sentiasa beringat kpdNya...
    Semoga Allah S.W.T melindungi isteri,anak-anak dan saudaraku semua...

    ReplyDelete
  2. Ya... sebab tu kita perlu terus berusaha-sabar-bersyukur sentiasa...

    Tetapi usaha - gigih - ikhtiar sejak capai merdeka hingga kini - agama itu lah yg cuba dicantas...

    Dicantas bro... sehingga kita lalai, kemudian lali...

    Kemudian kita keliru... mana yang boleh buat-tengok-dengar-cakap berbanding yang dilarang oleh suruhanNya...

    Akhir sekali, kita buat peraturan dan hukum sendiri buat sedap pakai... yang sesuai... dan kita labelkan 'betul'...

    Itu namanya dunia, siapa yang bertahan sabar memegang suruhanNya, InsyaAllah akan meninggalkan dunia yg fana ini ke alam abadi dengan jayanya... Mari menuju kejayaan....Allahuakhbar!

    ReplyDelete
  3. Hahaha.... kat Malaysia @ tanda akhir zaman... orang yang benar akan difitnah @ diletup @ digantung @ dianiaya... dan orang yang salah akan bermaharajalela... what to do... enjoy loo! Bro... tulis sikit pasal PM sekarang... apa hala tuju? Hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...