Sunday, January 3, 2010

Antara Slogan Dan Yang Kita Lihat

Sikit punya skema tajuk tulisan... macam ayat-ayat cinta orang politik pun ye. Tapi sebenarnya ni tulisan biasa je... kisah kehidupan yang hari-hari kita kena mengadap. Ada kawan minta saya ulas tentang keputusan mahkamah baru-baru ni tentang penggunaan kalimah 'Allah' oleh selain penganut Islam di Malaysia tapi rasanya isu tu terlalu tinggi untuk saya ulaskan, biarlah ahli-ahli politik bertegang leher seminggu ni... dah memang tu pun keje diaorang di Malaysia ni. Kita tinggalkan dulu kisah diaorang ni... lantak pi la depa.

Macam biasa asal cukup bulan je... berlari la saya ke bank untuk bayar macam-macam bil. Dulu boleh ke kaunter tapi sekarang bank pun dah menyampah tengok muka kita... dia letak mesin 'cash deposit' dekat luar bank. Siapa saja yang nak bayar pinjaman... 'dihalaunya' sambil tersenyum supaya kita guna mesin 'cash deposit' tu di luar bank. Orang bank ni pun satu... buat promosi gila-gila, bagi pinjaman kat ramai orang... lepas tu bila nak bayar bil... dia letak SEBIJIK je mesin 'cash deposit', kalau nasib-nasib ada la dua bijik... itupun dekat cawangan yang besar. Beratur panjang satu hal... asal masuk duit kena 'reject'... masuk je, dia 'reject' lagi... hek eleh. Yang orang belakang kita pun dah datang tepi kita pandang kita semacam... saiko tu. Kita pun komplen la kat dalam... boleh senyum tu kata duit yang kita guna tu rosak la, koyak la, lapuk la... weh, apehal korang ni... duit yang kita guna tu lepas 'cucuk' dekat mesin ATM korang la. Diaorang boleh nak 'cover line' lagi tu siap kata... 'Encik lain kali datang seminggu awal sebelum hujung bulan'. Ingatkan cerdik sangat siap pakai tie bagai... diaorang ingat gaji masuk tengah bulan ke? Kepada bank-bank manager... sila ambil perhatian. Tumpu pada kerja anda dan jangan duduk dekat pejabat je tunggu pukul 2 petang sebab nak jumpa client (... main golf?)... sengal.

Kaunter dalam bank pun satu hal... bayangkan ada sampai berbelas kaunter tapi tak pernah sekali pun semua kaunter tu dibuka sekaligus. Rasanya tujuan kaunter tu dibuat agar pelanggan takkan beratur sampai 10 orang atau nombor giliran ada sampai ada 20 orang lagi di depan yang akan buat urusan. Kadang-kadang tu bank manager lalu lalang tapi dia buat 'derk' je... dia takmo arah ke mana-mana kakitangan buka kaunter yang ditutup tu bila dah banyak sangat nombor giliran dah keluar? Kita nak sound staff dia kang... dia sound kita balik. Tapi kalau tengok diaorang ni buka kaunter kat 'shopping mall' tu... alahai, bukan main manis senyum. Orang yang tak minat pun habis diikutnya berjela-jela panjang dok terang produk baru bank dia.

Sekarang ni kalau pandu kereta time hujan... gerenti tension semacam. Jalan jem satu hal... tapi bila tengok jem sebab banjir atas jalan akibat dari saluran air ke longkang tersumbat... memang hangin. Rasanya tiap-tiap bulan majlis perbandaran dok bayar je 'maintenance cost' dekat kontraktor... semata-mata nak bagi jalan elok. Tapi tiap-tiap kali hujan lebat... jalan mesti banjir sana-sini akibat saluran air ke longkang tersebut... sikit punya hal je tu... sodok dengan kayu pun sumbat tu boleh clear. Tapi pernah ke kita nampak kakitangan majlis ke sapa ke yang berwajib keluar tengok jalan time hujan... semua dok kat ofis main Facebook, percaya la. Takkan sibuk main Yahoo Messenger. Diaorang yang terbabit dengan hal-hal teknikal ni pulak keje ikut time pejabat... abis masalah ada time pejabat je ke? Buat la shift keje beb... time hujan ke ribut ke... turun padang la tinjau keadaan. Asyik check kerja kontraktor time nak buat payment je... memang la time cuaca cantik. Korang tak pernah terfikir ke orang boleh eksiden ke... kereta rosak ke disebabkan dek banjir tu... masalah betul la korang ni... haiss.

Last sekali... ni memang saya tuju khas dekat Sinar Harian dan Harian Metro. Dah bertahun-tahun rasanya dua-dua paper nih. Tapi kalau sampai sekarang korang tak pernah semak 'spelling error' yang memang ada dalam tiap-tiap keluaran... takyah jual la suratkhabar. Dok tegur orang sana-sini, lapor macam-macam sampai ada kacau-bilau suasana dibuatnya bila korang main bedal je lapor sebab nak bagi sensasi agar jualan naik... tapi ejaan lebih kurang macam tulisan saya je dalam blog ni... suka la saya syorkan agar hantar para editor masuk kursus ejaan. Korang jangan ingat ni saja-saja nak komplen.. ni Metro ni dengor sini. Cuba tengok balik keluaran 3 Januari 2010, mukasurat D2 - Metro Ekspresi... tajuknya 'DIPILIH TERBAIK DEKAT INI'.... tapi kat belah bawah tu ada tulisan kata... 'Rekod Terbaik Sepanjang Dekad Lalu'. Sikit punya besar tajuk korang beb... salah la pulak tu... DEKAT ke DEKAD?

Haaa... korang pikir la sendiri.


4 comments:

  1. Jika dikaji... pekerja jadi malas sebab makan makanan tak halal... jadi la malas.
    Pemimpin pun sama... apabila aniaya sana sini... yg rugi bangsa n agama sendiri.
    Ada bangsa suka tengok bangsa sendiri melarat kononnya kata dah tak larat!
    Dunia sekarang, manusia boleh kena tegur ke? Tegur kang ... hilang sedara...
    Agaknya mereka lebih rela hilang negara daripada hilang pangkat n darjat sementera ni...

    ReplyDelete
  2. bro,, kisah bank tu,,, ada satu bank paling besar dalam bangunan PKNS,, PALING BESAR YG ADA 24 KAUNTER... yg selalu datang adalah otg-org tua,,, kaunter ADE 24 kaunter.. yg buka hanya 2,, express line ade 1 kadang-kadang 2.. itu pun terkedek kedek nak berurusan,,, pernah sekali tunggu utk lagi 10 org punya turn nak kena tunggu sampai hampir sejam setengah,, tak ke,, mangkuk betul bank ni,, cuba lah teka bank mana,, hahahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaha... korang pun hangin gak. Nak buat macam mana, diaorang tu durian... kita ni mentimun je. Esok2 jadi tempoyak baru diaorang tau timun lenyek cukup2

    ReplyDelete
  4. Ni semua 'durian bangang'... selagi tak de pertumpahan darah... merempat kat negara sendiri... selagi tu tak sedar diri... kerja tanpa jati diri!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...