Saturday, January 23, 2010

Kawan-Kawan Sekalian... Mari Kita Sama-Sama Berubah

Saya kira kita telah terlalu lama mendengar berbagai kalimah dari terlalu ramai orang yang berkata... 'berubah la', 'carilah ilmu walaupun ke negeri China', 'hari esok harus lebih baik dari hari ini' dan berbagai kalimah lain. Dan hakikat sebenarnya... lebih mudah bercakap dari melakukannya. Tak percaya juga? Cuba tanya berapa ramai yang dah berapa kali berusaha untuk melakukan senaman walaupun hanya sekali seminggu... kononnya untuk menjaga kesihatan... memang sah la, insafnya hanya sehari je... hahaha.

Mari saya ceritakan secara ringkas apakah itu perubahan dan bagaimana keadaan akan 'memaksa' kepada suatu perubahan. Dahulu kita pernah dengar gagasan beberapa buah negara yang mempunyai peratusan Gross Domestic Products (GDP) atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang paling tinggi di dunia... dan negara-negara itu dikenali sebagai G7. Beberapa dekad yang lalu G7 ini terdiri dari negara-negara perindustrian Barat... negara-negara maju yang menguasai perdagangan dunia dan sekaligus menentukan kedudukan ekonomi negara-negara lain. Mereka inilah yang menentukan blok ekonomi berdasarkan kekuatan perdagangan mereka dan yang menjadikan mereka kaya adalah kekuatan ilmu teknologi mereka hinggakan mereka berupaya memenuhi keperluan ekonomi beratus-ratus negara lain. Bagaimana mereka boleh melakukannya... mereka sentiasa bagaimana pentingnya sesuatu perubahan yang perlu dilakukan di semasa ke semasa akibat dari kekuatan faktor-faktor ekonomi yang sentiasa menuntut perubahan demi memenuhi kehendak penduduk dunia yang semakin meningkat.

Dan pada 1997, Rusia telah menyertai forum G7 tersebut bagi menjadikan G7 bertukar kepada G8 bersama-sama ahli forum sediada iaitu Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Britain, Amerika dan Kanada. Forum ini bukanlah satu forum yang formal seperti Bank Dunia atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu namun mereka akan bertemu setiap tahun bagi membincangkan bermacam-macam perkara. Saya yakin kesemua pemimpin G8 ini takkan saja suka-suka berjumpa untuk minum kopi kerana keluaran ekonomi kesemua negara G8 menguasai sebanyak 60% dari ekonomi dunia walaupun penduduk mereka hanyalah mewakili 14% dari jumlah penduduk dunia. Mereka amat meneliti setiap perubahan yang berlaku dalam semua aspek kehidupan demi melindungi kepentingan ekonomi mereka. Kesemua negara G8 juga pernah merasai dengan teruk kesan kemunduran ekonomi pada tahun 1930an hingga menyebabkan mereka hampir bangkrap... dan sekarang mereka amat menghargai perubahan.

Masih tidak percaya juga? Saya telah katakan tadi negara G8 hanyalah mewakili 14% dari jumlah penduduk dunia dan hasil dari perubahan dasar yang merancakkan ekonomi dunia... mereka terpaksa mengekalkan penguasaan ekonomi dunia dan untuk itu mereka memerlukan pengguna atau lebih dikenali sebagai PENDUDUK. Jumlah penduduk menentukan kekuatan penggunaan dan mereka tahu kebanyakan pengguna barangan mereka berada di luar lingkungan G8... mereka harus mengubah pendekatan dan cuba teka... timbul la forum G20.

Negara forum G8 amat menyedari mereka harus 'menjemput' negara-negara yang mempunyai penduduk terbanyak di dunia agar menyertai forum elit mereka. Saya yakin sekiranya negara di luar G8 bergabung... kekuatan ekonomi yang berganjak ke negara-negara yang mereka gelar... 'masih membangun dan belum matang'. Pada tahun 2009, forum G8 telah dirombak dengan ahli-ahli seperti Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki, Britain, Amerika dan Kesatuan Eropah. Demi perubahan, gabungan G20 yang baru telah mewakili 2/3 penduduk dunia dan mereka kini menguasai 80% ekonomi dunia.

Melakukan perubahan adalah melalui anjakan ke hadapan... transformasi, inovatif dan segala-gala kalimah yang bermaksud 'maju ke hadapan'. Membuka pekung orang lain sama sekali tidak akan memajukan ekonomi. Menghabiskan masa terlalu lama mencari kelemahan dan kesalahan orang lain agar orang lain melihat kita sebagai 'penyelamat dunia'... bukanlah perubahan ke hadapan. Namun yang sedihnya itulah yang berlaku sekarang di Malaysia.

Bagaimana kita mahu berubah ke hadapan... saya kira kita semua terpaksa melakukannya bersama-sama atau suatu hari nanti kita menjadi tidak kompetitif sehingga kita 'dipaksa' hidup selamanya sebagai 'minority shareholder' yang hampir tidak mempunyai suara berpengaruh dan terpaksa mengikut telunjuk 'majority shareholder' yang menentukan 'arah mana arus sungai harus bergerak'.

... pada tahun 1976, apabila Kanada bergabung dengan 6 negara lain bagi membentuk forum G7... kita dapat saksikan ekonomi kumpulan forum ini berkembang dari tahun ke tahun. Takkan kita nak tunggu berpuluh tahun akan datang hingga Malaysia dijemput masuk G20 baru nak berubah... silap-silap masa tu, Indonesia jauh meninggalkan kita seperti Singapura meninggalkan kita.

5 comments:

  1. Kalau kira buat karangan bro, ni pengenalan la. Isinya, nak jugak tau macam saya yang berumur 20 tahun ni nak buat apa? Abang saya yang 24 tahun nak buat apa? Kakak saya yang berumur 35 tahun nak buat apa? :D

    ReplyDelete
  2. benar... ini hanyalah pengenalan untuk siri2 tulisan serupa akan datang. InsyAllah saya akan tulis dari semasa ke semasa

    ReplyDelete
  3. Ya Bro Lanun Darat, kalau macam sekarang... kita rakyat biasa ni yang tak capai nak milik saham (walau kecilpun) patut buat apa? Simpan duit tunai dalam bank? beli barang kemas? beli beli tanah? utk jangka panjang?
    Agar kita yang rakyat biasa ni pun dapat hidup di hari muka, tidak merempat kat tanahair sendiri.
    Bezanya kaum kita ni susah nak berpersatuan... susah nak bersatu... dengki kianat je sentiasa... so dgn cara nasihat begini sekurang-kurangnya membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Bila agaknya pelapis orang orang terkaya melayu akan mula masuk nama dalam list ....takkan Syad al bukhari jer...tan sri azman hashim jer....yg muda skit mungkin la naza punyer chairman sekarang....

    mungkin mengejar harta dunia tu tak bagus tapi sekurang kurangnya kalau pelapis itu nanti boleh banyak membantu untuk kesusahan muslim yang lain...apa salahnya...

    ReplyDelete
  5. saya amat setuju... kita kekurangan pelapis selain budak2 Naza yang amat talented tu. Malahan adik-beradik KRU juga boleh dicontohi. InsyAllah... jika kita sendiri mempunyai peluang berada di atas sekarang atau akan datang... kita sudah boleh membentuk kumpulan pelapis sendiri. Saya sedang melakukannya... dengan cara saya sendiri dan mudah2an saya juga akan ajak semua rakan2 bersama... samada kita akan berjaya nanti atau tidak... itu ketentuan Allah... yang saya tau cuma JUST DO IT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...