Wednesday, January 7, 2009

Dimanakah Palestine Di Peta Dunia


Di mana agaknya Palestine di peta dunia 10 tahun akan datang? Tanahnya diambil, rakyatnya dibunuh dan kebebasan mereka disekat pada tahap maksima. Kita di Malaysia masih lagi berdebat dan berkira-kira memboikot produk Amerika dan sekutu-sekutu Israel. Ada yang setuju, ada yang tidak dan ada yang kata apa pun yang dibuat tidak akan memberi kesan signifikan kepada mereka. Selama lebih kurang 50 tahun, tanah Palestine dirampas sedikit demi sedikit namun kita di sini hendak memulakan rancangan boikot walau sehari pun, masih bertelagah.



Apabila pihak keselamatan membuat 'road-block' di Malaysia, hampir semua pihak mengadu kerana jalan 'jem'. Agaknya kalau 'checkpoints' dibuat di Malaysia untuk setiap 10km jalanraya, rasanya orang baling kasut ke muka Ketua Polis Negara. Jangan samakan Malaysia dengan negara lain, kita pentingkan ekonomi. Betul agaknya, siapa pulak nak suapkan nasi percuma ke mulut kita kan kalau asyik 'jem' jalan sampai ekonomi pun terbantut.

Sekali lagi, kita kena berkira juga kalau nak boikot barang mereka.

1 comment:

  1. Salam
    Tuan Presiden... mohon pandangan / ulasan mengenai isu negara-negara Islam khususnya di bawah OIC masih 'takut-takut' menyatakan pendirian tentang isu Palestine - ekonomi, politik dsb..
    klu boleh siap dengan fakta lagi... - Aku & Palestine

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...