Thursday, January 20, 2011

SHAH ALAM FOR DUMMIES 2.0


Ramai sangat dah kawan-kawan dari luar Shah Alam yang kerap bertanyakan arah jalan dan tempat setiap kali cuti sekolah atau cuti umum... kalau tak nak ke kenduri kahwin.... bersunat... ataupun ziarah saudara-mara. Dan setiap kali itu jugalah la, jenuh saya nak terangkan arah sambil cuba men'visualisasi'kan kedudukan mereka... bayangkan mereka hanya beritahu landmark berdekatan... dah saya terpaksa buat mind mapping dalam kepala. 

Saya amati, ramai sungguh yang cukup fobia dengan jalan di Shah Alam. Mari saya senaraikan beberapa perkara 'mitos' moden tentang Shah Alam yang seringkali menghantui kawan-kawan saya yang pertama kali masuk ke Shah Alam:-

NAMA KAWASAN DAN ALAMAT
Tidak seperti kawasan lain di Malaysia (agaknya la), Shah Alam antara bandar yang mula-mula meng'segmen'kan perbandarannya menggunakan perkataan SEKSYEN. Dan selepas tahun 2000, telah muncul pula perkataan SEKSYEN U. Agaknya dah terlampau banyak seksyen hingga ke angka 38, maka U telah diperkenalkan untuk kawasan-kawasan baru.

ROUNDABOUT

Seriously beb, bila orang ingat je Shah Alam... diaorang akan terbayang roundabout yang begitu banyak. Saya sendiri pun tak ingat ada berapa roundabout... mungkin puluhan kot. Percaya atau tidak, ada juga yang bawak kereta berpusing-pusing di roundabout sebab tak tau nak masuk simpang mana.
TAMAN PERUMAHAN

Bilangan taman perumahan juga memang banyak di Shah Alam pada pandangan orang. Jadi orang fikir kalau tersesat masuk satu taman... nak cari jalan keluar sampai kena berpusing dan silap-silap dah pandu keluar Shah Alam.

Sekarang, saya akan ceritakan serba ringkas tentang Shah Alam agar memudahkan sesiapa jua sekiranya mereka berkunjung ke Shah Alam. Saya takkan cerita la secara detail sangat sebab sesiapa juga boleh rujuk di internet sekiranya hendak mencari sesuatu lokasi secara spesifik. Mari kita kenali Shah Alam secara mudah:-

SEKSYEN

Memang alamat di Shah Alam menggunakan sistem SEKSYEN, samalah seperti PRESINT di Putrajaya atau SS di Subang Jaya. Kalau tak silap, takde Seksyen 1 di Shah Alam... ianya bermula dari 2. Saya kira semua orang tahu Lebuhraya Persekutuan. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, apabila anda melepasi Tol Batu 3 maka anda telah memasuki Shah Alam, penghujung Shah Alam adalah Tol Sg Rasa sekiranya anda memandu terus di Lebuhraya Persekutuan... di mana selepas tol tersebut, anda akan memasuki Bandar Klang. Kalau drive 90km/j, lebih kurang 10-15 kot dari tol Batu 3 ke tol Sg Rasa.
Sekarang, cerita pasal Seksyen pulak. Di sepanjang Lebuhraya Persekutuan itu, sebelah kanan lebuhraya adalah Seksyen 2-14 manakala Seksyen 15-38 (sampai Seksyen 38 kot) berada di sebelah kiri lebuhraya. di mana semua kawasan industri ditempatkan termasuklah kilang Carlsberg tu. So, sesiapa yang nak cari rumah, pastikan alamat tersebut berada di Seksyen mana dan masalah anda akan separuh selesai... especially yang terkial-kial nak cari dewan orang buat kenduri kahwin.

Tempat menarik yang ada di Seksyen 2-14... tengok Google Map la beb, takkan nak cerita detail pulak kan. Jangan risau, kalau sesat gak... cari kedai makan atau 7-11. Pekerja situ akan bagitau arah jalan... jangan tanya di stesen mnyak... memang lagi sesat la kalau Bangladeshi yang tunjuk jalan.

SEKSYEN U

Seksyen U adalah satu kawasan baru dibangunkan selepas tahun 2000 kalau tak silap. Ianya adalah kawasan selepas Stadium Shah Alam menghala ke Subang dan Sg. Buloh. Kawasan perumahan Bukit Jelutong dan TTDI Jaya terletak di kawasan ini. Begitu juga dengan kawasan industri Glenmarie. Boleh rujuk Google Map untuk maklumat lanjut.
TEMPAT MAKAN

Boleh dikatakan di setiap seksyen dan U ada tempat makan. Dari seringkas-ringkas jenis makanan hinggalah yang 'high class'. Jadi jangan risau kalau bermalam di Shah Alam kerana kebanyakan kedai mamak beroperasi 24 jam, kedainya besar dan ada 'big screen'. Mall yang besar seperti SACC Mall, Alam Sentral dan Plaza Masalam terletak di kawasan Seksyen 2-14 ini. Kopitiam ada di mana-mana... anda hanya perlu masuk ke mana-mana kedai apa saja untuk bertanya jalan jika tersesat... ingat, jangan bertanya di stesen minyak kecuali ada pekerja Malaysia di situ.
TEMPAT RIADAH

Tempat riadah yang paling selesa ialah di Tasik Shah Alam, Seksyen 4, Pusat Bandar... berhampiran UiTM Shah Alam dan Masjid Biru Negeri. Dan juga terdapat sebuah extreme park di sebelah Stadium Mini, Seksyen 13... bersebelahan dengan Stadium Shah Alam. Di extreme park ni ada KFC, Pizza Hut dan Burger King... boleh lepak makan hingga pukul 11 di Pizza Hut. Kalau tak silap KFC dan Burger King 24 jam kot... rasanya la.

PADANG GOLF
Bagi sesiapa yang berminat dengan golf... Kelab Golf KGSAAS 36 lubang terletak di Seksyen 13... sebelah Stadium Mini Shah Alam. Malahan Shah Alam dikelilingi dengan padang golf (.... dan 5 highways bertol) yang hanya dengan 15 minit memandu dah sampai. Kelab Golf Saujana, Glenmarie, Monterez dan Tentera Udara terletak saling hampir sebelah menyebelah. Jadi boleh pilih... pada sesiapa yang berminat la.

Demikian la serba sedikit tentang Shah Alam... sekali lagi, boleh rujuk Google Map sekiranya inginkan details. Selamat Datang ke Shah Alam... enjoy your trip and stay here. Don't worry... anda tidak akan sesat kecuali kalau ada gelabah... :)

1 comment:

  1. wah bagus guide nie...tapi ader org tanya aku kubur kat shah alam kat mana?...ha kena bgtau tuh....ramai org tatau kubur kat shah alam kat mana....
    ha..lagi satu...seksyen 1 ader....tuh UITM tuh seksyen 1 ...tapi tak digazetkan sebab semuanya UITM yang punya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...