Monday, January 24, 2011

LE TOUR DE LANGKAWI 2011 TELAH BERMULA

Sumber: ltdl.com.my
Le Tour de Langkawi 2011 telah pun bermula secara rasminya semalam, 22hb Januari 2011 dan dijangka akan berakhir pada 1hb Februari 2011. Acara lumba basikal terbesar di Malaysia ini memang menarik dan jarang sekali saya terlepas untuk mengikuti perlumbaan ini sekiranya ia melalui Shah Alam atau Klang. Terdapat 10 peringkat perlumbaan dan Uitm Shah Alam - Kuala Lumpur loop adalah peringkat ke-10 iaitu yang terakhir.

Pada pandangan peribadi saya, perlumbaan lumba basikal ini lebih menarik dan mencabar berbanding Formula 1 atau GP Motor Malaysia kerana jumlah jarak perlumbaan 10 peringkat adalah 1,315.4 km... jauh tu beb. Tidak seperti Formula 1 atau GP Motor yang hanya berlegar-legar puluhan kali dalam satu litar... asal lalu depan tempat duduk kita je... kita bersorak. Lepas 5-6 round, masing-masing boring dah... harap-harap ada la yang eksiden atau terbabas kot... barulah thrill balik race tu. Kalau tidak... yang tidur ada, makan jangan kata la... yang melayan henfon pun ramai.


Basikal ni pulak mana ada enjin... kena kayuh sendiri. Bayangkan pelumba berkayuh turun naik Cameron Highlands atau Genting Highlands... kita nak kayuh ke kedai pun, jenuh lap peluh. Masa sekolah dulu ada la juga saya ikut budak-budak yang main lumba basikal ni... serious beb, kayuh dari Klang ke Gombak masa tu memang sungguh mencabar. Itupun terlarat berkayuh pergi je... balik basikal masuk van.

Sumber: ltdl.com.my
Tahun ni LTDL 2011 masuk Shah Alam pada peringkat terakhir iaitu Uitm - Kuala Lumpur pada 1hb Februari 2011. Upacara akan bermula di Padang Kawat UiTM dan mereka berkayuh hingga ke Hotel Concorde Shah Alam di mana perlumbaan rasmi akan bermula pada pukul 1 petang... kalau takde apa-apa masalah teknikal la. Tapi kalau nak tau detail... lawat la http://www.ltdl.com.my/. Kalau nak tengok boleh la berlonggok dekat-dekat Concorde Shah Alam... jangan lupa bawa kamera. Datang la awal sikit, takut jalan kena tutup awal sebab kena beri laluan untuk perlumbaan ni.

So, pada sesiapa yang berminat nak ambil gambar... pastikan kamera telah tersedia. Majulah sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...