Tuesday, January 18, 2011

PNSB U-20 BERAKSI DI FINAL PIALA TAN SRI MUSTAPHA KAMAL 2010




PNSB Under-20 beraksi lagi di perlawanan akhir. Kali ini Piala Tan Sri Mustapha Kamal 2010 di Stadium SUK, Shah Alam. Namun tidak seperti perlawanan akhir yang lain... saya merasakan sedikit kelainan pada kali ini. Mungkin kerana Malaysia baru saja menang Piala AFF maka 'excited' itu terbawa-bawa apabila coach pasukan ini, Mandonna beritahu saya PNSB Under-20 masuk perlawanan akhir... sekali lagi. Memang seronok... mungkin kerana saya telah mengikuti perkembangan pembangunan sukan PNSB sejak awal penubuhannya lagi (sudah tentu la beb, saya sendiri terbabit di dalam penubuhan PNSB FC).

Penonton memang ramai... tidak keterlaluan jika saya katakan stadium penuh. Mana taknya... semua tempat duduk memang dipenuhi sehingga ramai yang terpaksa berdiri dan semua tangga juga dipenuhi penonton. Saya tak perasan pulak tempat duduk penyokong Selangor (... tak minat nak tahu).

Memang PNSB hanya menduduki tempat kedua pada perlawanan malam itu tapi sorry Selangor... saya tidak akan 'mencemarkan' tulisan saya ini dengan bercerita tentang pasukan Selangor Piala Presiden di permulaan tulisan kerana saya tidak berminat... apatah lagi setelah saya melihat sendiri permainan mereka malam tu. Jadi saya akan letakkan cerita tentang Selangor di akhir tulisan... tengok la macam mana.

Seriously... saya hanya hadir menonton jika PNSB masuk perlawanan akhir. Tak sempat beb, kerja banyak. Dan apabila menyaksikan pasukan PNSB berdiri di atas padang sebelum perlawanan... saya telah menaruh keyakinan PNSB akan beri tentangan sewajarnya tanpa perlu saya memberi perhatian terhadap pasukan lawan. Mungkin saya boleh huraikan satu persatu 'perasaan' saya dari sudut pandang peminat bolasepak.

Memang muda-muda belaka pemain PNSB... sebahagian besar adalah dari pelatih di Akademi Bolasepak PNSB. Saya sendiri menyaksikan mereka berlatih pada usia yang begitu muda sehinggalah mereka diserapkan ke sebelasan utama. Dan pada malam itu mereka bermain dengan baik walaupun ada seorang dua yang mungkin agak gugup apabila beraksi di perlawanan akhir dengan penonton yang begitu ramai. Dan apabila separuh masa pertama berakhir dan keputusan masih seri... saya katakan bahawa PNSB telah pun menang kerana mereka berlawan dengan pasukan negeri... Selangor Piala Presiden (... saya tidak mahu ulas perlawanan Selangor sekarang kerana ianya akan merosakkan tulisan saya). Gol pertama yang diperolehi oleh Selangor umpama... NASIB BAIK (... sungguh memalukan). Dan apabila PNSB membalas dengan gol yang cantik jarak sederhana... terpinga-pinga pemain Selangor. Bayangkan team PNSB yang orang sangka kerdil (sorry beb... we never feel we are small) boleh balas jaringan gol yang cantik. Dan mereka tambah terpinga-pinga apabila seringkali pertahanan PNSB gagal dibolosi walhal saiz badan permain PNSB agak sederhana besar berbanding mereka. Saya boleh katakan dengan bangga... memang latihan pemain Selangor ni... fail total loss... main di home ground pulak tu.

Tak tahan dah ni nak komen pasal Selangor pulak... amekao

Namun, saya akui juga kawalan bola pemain Selangor agak baik (boleh la)... hantaran agak tepat tapi TAKDE RESULT. Buat apa lari laju-laju sampai depan semput... team Warisan PNSB pun boleh jaring gol bila sesekali menyerang. Dan apabila pemain Selangor dengan selamba derk lambat-lambatkan permainan... hek eleh, apa punya taktik saiko diaorang pakai ni... siapa hajau agaknya. Bayangkan diaorang buat hal masa lawan PNSB... PNSB bukan team negeri beb... bukan. Yang risau sampai buat taktik hamis terlentang la, berjalan lambat keluar bila kena tukar, buat-buat tak tau bila kena tukar... taktik ni dek, dah pupus... sama macam pupusnya kaum-kaum yang rosakkan bolasepak negara dengan rasuah. Kalau betul-betul bagus (status pemain negeri pulak tu), pamerkan la kehebatan agar penonton kagum dengan Selangor. Kena ingat la... mereka amat memerlukan penonton untuk memenuhkan Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan. Tapi bila tengok budak-budak pelapis Selangor ni main malam tu... ada la 2-3 orang yang boleh diharap... yang lain.. harammmm.

Penganjur pun satu hal... FAS pun dua kali lima. Kalau nakkan pemain pelapis yang berkualiti... bagilah perlawanan akhir di padang yang lebih bermutu. Apa masalahnya pulak kalau main di Stadium UiTM Shah Alam yang memang cantik. Takkan la sewa setakat RM1,000 untuk perlawanan akhir pun nak berkira. Dah la padang SUK tu, rumput dia punya la tebal boleh kasi lembu gemuk kalau tinggal 2 hari situ. Lepas tu dok bercakap pasal pembangunan bolasepak di Selangor. Padang FAS dekat Kelana Jaya tu pun dah dibuat apartment khabarnya... keras la korang nih. Kalau ikutkan hati, nak je cari sapa-sapa sponsor padang perlawanan akhir malam tu... tapi rasanya memang itulah standard Selangor kot, padang pun nak padang kerajaan.

Cukuplah cerita pasal Selangor... nasihat ringkas saya... jangan la rosakkan masa depan budak-budak Selangor ni yang memang berbakat main bolasepak.

Kepada pasukan PNSB Under-20... korang tak kalah. Kalau korang kalah... aku akan salahkan coach Mandonna (hahaha). Tapi percaturan Mandonna betul dari sudut displin asas pasukan bolasepak. Jadi korang rajin-rajin la datang training, serious masa latihan, dengar kata Pengurus... yang penting... masa main, main betul-betul. Jangan masa game... korang buat hal pulak posing macam nak bergambar atas padang tu (aksi tu pemain PNSB Warisan dah buat right reserved).

Akhir kalam... selamat majujaya kepada seluruh warga PNSB FC dan Akademi Bolasepak PNSB. Saya boleh katakan dengan bangga... anda semua adalah juara setiap hari apabila anda hidup sebagai satu keluarga yang besar. Kemahsyuran bola itu berlaku apabila anda semua jadikan bolasepak sebahagian dari cara hidup dan bersama-sama di padang setiap hari.

Syabas sekali lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...