Sunday, January 23, 2011

FAHRENHEIT 88 - SHOPPING MALL BARU DI KUALA LUMPUR

Sumber: fahrenheit88.com.my
Baru hari ini berkesempatan berkunjung ke Fahrenheit 88 Kuala Lumpur walaupun ianya telah dibuka pada penghujung tahun lepas. Saya telah 'notice' bangunan ni semasa ianya sedang diubahsuai dulu namun tidak begitu diberikan perhatian kerana dahulu bangunan ini dikenali sebagai KL Plaza. Dan pada tahun 80-an dulu pun, saya tidak begitu berminat jejak kaki di bangunan ni kerana tumpuan lebih di BB Plaza yang terletak tidak jauh dari situ... sebelum Pavillion KL didirikan.

Sumber: uniqlo.com.my
Pada November 2010, sebuah kedai pakaian yang terkenal di Jepun, telah secara rasminya dibuka di Fahrenheit88 ni. Agak menarik juga iklan promo yang dibuat... 'MADE FOR ALL' dan 'FROM JAPAN TO KUALA LUMPUR'... iklan yang memang 'mempelawa' naluri untuk ingin berkunjung. Semasa ianya baru dibuka, saya ada berkunjung ke sana namun tak dapat masuk sebab terpaksa beratur untuk masuk ke kedai. Dan selepas itu dari beberapa blog dan facebook yang saya baca... kedengarannya tempat ini agak menarik kerana dikatakan murah.

Hari ini dapat juga saya berkunjung ke Fahrenheit88 walaupun waktunya agak lewat... walaupun hujan turun rintik-rintik petang tadi. Oleh kerana keadaan Jalan Bukit Bintang di mana terletaknya Fahrenheit88 ini sentiasa 'jem', saya 'park' kereta di Pavillion KL yang terletak hanya di seberang jalan berhadapan Fahrenheit88. Mungkin kerana hujan atau petang Ahad, orang tak begitu ramai... akhirnya saya dapat juga jejak kaki ke tempat ni. Masuk je ke dalam... hmmmm, lebih kurang macam Bukit Bintang dan Imbi Plaza je suasananya. Kedai yang terdapat di dalam Fahrenheit pun lebih kurang sama macam di Bukit Bintang... takde apa sangat yang menarik. Ruang kedai di tingkat bawah pun banyak yang kosong lagi namun di tingkat-tingkat lain agak penuh. Jadi kalau sesiapa yang nakkan suasana macam Bukit Bintang... boleh la datang ke sini... ruangnya agak luas dan tak bersesak.

So, apa cerita dengan Uniqlo ni? Rekaan pakaian yang dijual agak ringkas, menarik dan MURAH. Patutlah diaorang guna slogan 'MADE FOR ALL'. Terdapat berbagai jenis pakaian yang berharga di bawah RM50 dan masing-masing boleh lagi menjadi 'stylo'... pada mata 'photographer' macam saya la. Memang amat sesuai untuk mereka yang gemarkan pakaian yang ringkas tetapi menarik. Kedai ni 3 tingkat... bahagian lelaki di tingkat 3... lain-lain untuk pompuan.

Jadi, bagi sesiapa yang ingin 'explore'... saya syorkan park sahaja kereta anda di Pavillion dan berjalan kaki ke Fahrenheit88 melalui ruang legar tengah Pavillion di mana 'events' selalu diadakan. Tempat letak kereta di Pavillion pun banyak (... tapi mahal la, park 2 jam dekat RM8 beb) dan tempat nak menjamu selera pun banyak pilihan berbanding di Fahrenheit88 yang memang amat terhad buat masa ni.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...